Rabu, April 02, 2008

Suara Tidak Dapat Aum, Belakang Masih Mengigit

Sejak Barisan Nasional kalah teruk di dalam PRU12, suara Khairy didengari sekali saja di dalam media perdana.

Khairy hanya mempertahankan tuduhan dirinya sebagai penyebab kemerosotan BN dengan alasan ada beberapa sebab yang lain. Yang sahnya, dia tidak menafikan dirinya penyebab kekalahan BN.

Sejak itu, suara Khairy tidak didengari langung dari media perdana. Bayangkan betapa terpendam rasa tidak dapat menjawab kritikan terhadapnya yang sudah terbuka luas. Lebih geram lagi tidak dapat hentam orang.

Geram punya pasal, Persatuan Bolasepak Kedah jadi mangsa. Berikut adalah laporan akhbar yang ramai terlepas pandang:
Utusan
Selasa, 25 Mac 2008

Tiket percuma: Khairy belasah kerajaan Kedah

Mac 24 Kuala Lumpur: Persatuan bola sepak negeri yang memberikan tiket percuma bagi perlawanan bola sepak dalam liga tempatan perlu membayar levi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin berkata, tindakan persatuan bola sepak negeri yang menawarkan tiket percuma kepada peminat bola sepak khususnya di Kedah dikhuatiri mengundang masalah.

"Inilah masalahnya bila pembangkang mengambil alih persatuan bola sepak negeri, semua mereka hendak berikan secara percuma tetapi perkara ini perlu mengikut perjanjian yang ditetapkan," katanya kepada media dalam sidang media klinik penyerang Ian Rush di sini, semalam.

Jelasnya, persatuan bola sepak negeri perlu membayar levi kepada FAM jika mereka memberikan tiket percuma kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak liga tempatan.

"Mengikut perjanjian yang telah ditetapkan setiap persatuan bola sepak negeri perlu menjelaskan bayaran levi sebanyak 10 peratus kepada FAM mengikut komisen penjualan tiket yang ditetapkan.

Apa kena mengena dengan pembangkang, Khairy? Kalau marah dengan Mukhriz, atau Dr Mahathir atau Tengku Razaleigh, jangan marah kerajaan nak kasi tiket free. Fahamlah Kedah dah tak ada disko dan pub yang kamu selalu pergi.

Elleh ... Engkau dahulu pun kasi tiket bola free untuk MyTeam.

Sekarang ini, bertubi-tubi Khairy dihentam. Semalam di Hotel Singgahsana, nama KJ dan Pak Lah tidak berhenti-henti disebut, baik oleh penceramah dan juga para hadhirin. Adakah Khairy sudah diam?

Tidak.

Semalam terjumpa dengan rakan yang sudah mendapat kontrak dengan syarikat GLC. Punya marahnya dia kena pow duit. Setelah dapat kontrak secara telus dan bersih, budak-budak yang dihantar kononnya oleh Khairy meminta wang up-front darinya . Kata kawan ini, "Mereka ini macam orang perah ugut meminta wang. Jika tidak diberi, aku takut kontrak yang sudah akau susah-susah usahakan kensel."

Husin mebalas, "Kamu laporkan pada Pak lah,"

"Ah, kau ni macam tak tahu," katanya.

Sementara itu, Kabinet baru kerajaan pun diatur Khairy. Oleh kerana dia tidak dapat menduduki Kabinet, maka dia berjaya meletakkan beberapa orang pilihannya sebagai Menteri - Shaziman, Khaled Nordin dan Ismail Sabri.

Khairy minat nak jadi Menteri Belia dan Sukan. Kamu panaskanlah kerusi itu untuk Khairy ye, Ismail. Kamu pun banyak kes, tunggu masa keluarlah nanti.

Khairy akan kembali di dalam Kabinet Anwar nanti dan merangkap sekali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kali ini, Anwar dan Khairy akan berkata, "Wow! Hangpa semua sudah kena kaldaikan."

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengoklah mukanya tu. Inikah yang diharapkan untuk perjuangan Negara, Bangsa dan Agama.
Wahai ahli UMNO bangkitlah kita semua memperjuangkan wadah Bangsaku. Buang yang keruh ambil yang jernih. Adakan EGM segera seperti mana yang disarankan oleh Ku Li.
Harimau yang cedera lebih merbahaya, jadi perlulah dihapuskan sebelum beliau bertindak ganas. UMNO perlu dikukuhkan kembali seperti di zaman kegemilangannya dahulu demi generasi kita akan datang.
Mahukah kita melihat keangkuhan Bangsa kita dilacurkan sedemikian rupa. Sedih rasanya bila melihat kesudahan kepada pelajar pintar kita yang memasuki Universiti Oxford pada umur 13 tahun akhirnya terpaksa melacurkan diri. Di mana perginya martabat Bangsaku.
Bangsa Melayu lupus di bumi sendiri nanti.

Tanpa Nama berkata...

"Lure the tiger out of the mountain".
Rimau bukan senang beb nak kalahkan walaupun cedera. Tapi kalau si "puaka" tu sanggup berpakat dengan DSAI..memang puakalah tu.. mati nanti jadi hantu..kubur diludah orang.

Tanpa Nama berkata...

The REPLACEMENT

I ve noticed most of the Malaysia-Today's bloggers never stop bashing on NEP, Malay, UMNO & Tun M especially.

I smell a lot of rats there everytime there is an article on Tun M & Ku Li, these bashing comments came rushing in on the average of 40 to 50 in nos.

They never stop comparing how great is LKY's Dinasty administration & not surprisingly even during the GE 12 campaign our brother DSAI & his DAP brothers were very proudly boasting it to the people.In fact i cant recall any critics at all from
DSAI & DAP on WPI issues & all those dubious dealings between PL/KJ & TEMASIK groups.

Im being practical here. If it wasnt because of Tun M consistently voicing out againts Pak Lah & his HP6 cabinets administrations, i guessed the rest wont have the guts to follow thru.

To those who thinks that Singapore administration is so great, just open up a bit & surf around some of singapore's political sites to see whats happening down there.

Try read some of the articles (e.g Lee Kuan Yew administration a big Divide,If You Think Singapore is Great at http://singaporedissident.blogspot.com)

Its not surprise though, when reps of both side PL & Anwar are very fond of meeting & updating
each other & probably their master down there. Seems more like the master is changing the infamous & useless puppet.

Just when we thought we finally see the light, to me its more like LARI DARI MULUT BUAYA MASUK MULUT SINGA, neither way we are doomed.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul pendapat anda.
Khairy dgn DSAI 2X5 aje.
Kalau diaorg ni dpt tadbir negara
memang jahanam Malaysia nih.

Ms.PUCHONG