Susah jadi saudagar unta yang jual orang. Bila ana jual orang, misti ada tak suka. Ada kala kena marah. Tapi ada yang sporting, dia cuma sebut ... celaka kau Husin ... hehehe. Pastinya ada yang ketawa. Sahidul sahabat ana sudah 130. Terima kasih.
Ada satu parti lawan tu tak boleh dijual idola mereka, melenteng macam orang tu maksum seperti Nabi Muhammad yang dilindungi tuhan dari dosa. Tak sporting pun. Padahal najisnya tersebar sekeliling bandar hingga tak boleh tutup.
Kalau jual orang dari kaum Cina dan India, melenting dan macam Jesse James pistol dia pantas dan panggil rasis. Husin sindir Melayu semasa mengucapkan Laya Cina, kena tembak rasis dan tertinggal abad.
Jual Tony, pun ada ingat Husin jual keling. Ana jual Tony nama Portugis, tapi koliang perasan diri orang putih. Pungkoq masih hitam legam.
Boleh kalau mahu debat panjang-panjang, boleh. Tapi Malaysia Today tahan orang Melayu dari komen di portal mereka. Takutlah tu. Mereka ni sebenarnya lagi rasis dan tidak ada tolak ansur. Menyalak, mengaruk dan menyondol saja.
Hari ini ana nak jual orang Minang. Kalau ana kena marah, biar orang Minang saja marah sama ana. Isteri ana pun orang Minang. Kadang-kadang dia senyum dengan cerita ini dan kad-dang kad-dang dia marah. Bila marah, kenalah pujuk.
Orang Minang memang bangsa pedagang dan peniaga. Mereka ni rajin, tak macam orang Ali Rustam yang dondang sayang sebelum padi masak.
Mereka terkenal dengan restoren makanan padang. Selain itu, mereka berniaga menjahit, baiki kasut, gunting rambut, meruncit, perusahan keropok jangit, kueh-kueh, dan lain-lain perniagaan dan kemahiran. Nasib baik, orang Minang tak jual burung dan barang-barang ukiran macma Abdul Wahab dan Abdul Wahub. Kalau tidak, dah lama orang Minang kena jual.
Mereka ni suka tolong menolong sesama kita. Orang Mianang tak henti henti tolong bawak sdara mereka dari Sumatera.
Selalunya orang Minang berjual beli sesama dengan orang Minang dengan harga lebih murah. Bila dia sebut "orang awak", paham-pahamlah harga mesti special. Betul macam orang Cina sesama orang Cina.
Dengan orang lain, tak ada tawar menawar. Sikit saja dikurangkan. Kadang-kadang kena jual ada. Macam sesetengah-setengah peniaga orang Cina.
Ada satu Duta berdagang impot pekpot untuk kerajaan cerita sama Husin mengenai orang Minang. Cerita orang Minang jual sikat di Chow Kit.
Masa itu, fesyen baru sikat adalah sikat plastik yang menyerupai sikat kulit penyu. Peniaga Minang ini pun menjerit, "Mari tuan-tuan dan puan-puan! Sikat! Sikat! Baik punya sikat! Sikat baru! Fesyen baru!
"Ini sikat macam sikat kulit penyu. Warna serupa.
"Sikat ini sangat kuat. Sikat ini mudah dilentuk. Senang untuk mengikuti bentuk kepala.
Sambil melentuk-lentukkan sikat tu, "Lihat sikat dilentuk tak patah kuat. Lentuk kanan tak patah. Lentuk kiri tak patah. Lentuk depan tajk patah. Lentuk belakang ..."
Snap! Bunyi sikat itu patah.
Tanpa ambil napas dan tidak melihat kiri serta kanan, skrip jualannya terus berubah.
"Lihat tuan-tuan dan puan-puan! Mutu barangan ini baik.
"Bagus punya plastik. Luar warna perang. Dalam pun warna perang. Saya sudah patahkan untuk tunjuk. Lihat! Lihat! Lihat! ..."
Itulah nama dia sau-da-garrrr.
Wow! Ana saudagar juga, saudagar jual unta secara halal dan secara sambilan jual orang.