Jumaat, Jun 12, 2009

Manohara & Mi Bandung, Kisah-kisah cinta dengan Indon


Sekarang ni, skandal yang sibuk dibincang adalah mengenai bekas model Indonesia, Manohara yang lari dari suaminya dan anak Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra.

Ada cerita Manohara lari dengan memberitahu Kadar Shah menggunakan isyarat. Macam-macam yang dispekulasikan mengenai riwayat hidup Manohara. Dari ibu Manohara yang dikatakan mata duitan, penglibatan Interpol, bekas teman Manohara yang merupakan anak hartawan Bakrie hingga video kekasaran terhadapnya.

Katanya hubungan antara Manohara dan Tengku Fakry masih baik dan mereka sedia kembali bersama. Ada kata masaalahnya kehidupan istana yang penuh protokal dan caranya tersendiri tidak sesuai dengan anak muda yang dahulunya sosial dan bebas.

Cerita Manohara ini sensasi kerana melibatkan putera raja dan seorang wanita muda yang amat cantik. Untuk cerita kehidupan ianya tidak menyayatkan. Pada Husin, ini cerita peribadi antara suami isteri. Tak perlu dihebuh-hebuhkan.

Kawan ana dari Sabah ada menghantar e-mel mengenai satu percintaan dengan wanita Indonesia. Cerita ini sungguh mengguris hati. Ia melibatkan seorang warga Indonesia juga, tetapi hanya seorang pembantu rumah.

Untuk beberapa tahun, Sutina bekerja dengan Ahmad Suffian sebagai pembantu rumah. Sutina seorang pekerja yang baik. Dia ikhlas dalam kerjanya dan baik melayan majikannya. Ini menyentuh hati Suffian. Dia menghormati Sutina dan melayannya dengan baik.

Sutina orangnya sebenar cantik dan menarik tetapi maklumlah buat kerja rumah, tidak menyerlah kecantikannya. Suffian menyedari akan kecantikan Sutina disebalik luarannya yang simple.

Dengan layanannya yang baik, lama-lama dia jatuh hati dan diluahkan perasaanya. Terjalin hubungan sulit antara mereka hingga akhirnya terlanjur.

Satu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya sudah berisi. Suffian menjadi serba salah. Dia sedia bertanggungjawab untuk menikahi Sutina. Suffian rasa dirinya mampu menyediakan sebuah rumah untuk Sutina disini. Mungkin tidaklah mampu untuk meletakkan Sutina di sebuah rumah di kawasan mewah semacam seorang Menteri dulu.

Yang menyulitkan, Suffian tidak mahu merosakkan perkahwinannya dan Sutina tidak mahu melukakan isteri Suffian, Norazalina yang melayannya macam keluarga. Akhirnya demi kebaikan semua, mereka bersetuju untuk merahsiakan perhubungan mereka. Dengan berat hati, Suffian bersetuju dengan permintaan Sutina untuk kembali ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.

Suffian sedih untuk berpisah dan kesal tidak dapat melihat kelahiran anak mereka. Dia berjanji akan menanggung segala sara hidup Sutina dan kos pembesaran anak tersebut sehingga umurnya berusia 18 tahun. Dia akan mengatur untuk mereka bernikah. Sutina berjanji tidak akan menceritakan pernikahan mereka kepada sesiapa.

Suffian meminta Sutina memberitahunya secara rahsia apabila anaknya lahir nanti. Caranya adalah melalui poskad. Dia minta ditulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya dan dia faham anak sudah lahir. Dia akan segera menghantar belanja tambahan untuk anak.

Sembilan bulan berlepas itu. Satu hari Suffian pulang dari kerja. Dengan ruap muka yang hairan bercampur curiga, maklumlah orang perempuan, Norazalina memberitahu suaminya mengenai satu poskad yang diterima dari posmen hari itu.

"Abang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni."

"Oh, ye ke? Bagi poskad tu kat abang. Biar abang tengok," jawab Suffian dengan hati yang sedih bercampur gumbira. Dia dapat merasa Sutina sudah melahirkan anak mereka.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian.

Suffian terus membalikkan poskad untuk membaca pesanan rahsia mereka. Tiba-tiba muka Suffian berubah. Mula-mula bertukar menjadi biru, kemudian berubah menjadi ungu dan terus pengsan.

Apa isi kandung poskad itu?

Isi kandung poskad itu berbunyi ...

"Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

32 ulasan:

Amran berkata...

Kadang2 tak ada mi pun ... kena tipu si suffian.

Cucu Tok Selampit berkata...

Ni mee bandung buat sendiri dengan Indon kat sana ni, En Husin.

Syed Mat berkata...

Hang buat lawak Sin....dan berjaya menceriakan hidup aku pagi nie.

Tanpa Nama berkata...

Mee Bandung sedap.....tambah lagi....sedap....tambah lagi.... sedap....tambah lagi sedap.... tambah lagi

Pergi Bandunglah lagi sedap.

berasiam berkata...

Mee Bandung kena dilokalkan, baru jadi sedap, Mee Bandung Muor. Kalau yang biasa ke Muor, Mee Bandung Muor Central. Nama Central tu canggih tapi yang tak pernah pergi, kena alami sendirilah. Tapi yang baru balik dari Bandung cerita, kalau order Milo ais di sana, yang dihantar ais krim Milo. Rokok, selain Gudang Garam dan keretek seangkatannya, hanya Marlboro. Tapi dia nak pergi lagi tahun hadapan, nak tengok anaknya dengan Sutina yang dihasilkan di sana.

Mv Agusta berkata...

Macam sidir eden jo... keh..keh...keh. Mi bandung sana memang sedap. Kena pulak lepas mandi kuching... haaa..haa...haa, kata org nak minum susu buat apa bela lembu di 7 elevan pun banyak jual... mcm2 perasa ada. Dijamin tak jemu.... ada berani ka, kata org laa sy tak berani nak cuba minum takut muntah balik

AMBAJ berkata...

Itu hari dalam TV RCTI, Kadar Shah anak Suleiman Ninam Shah telah bercium pipi dengan Desy (ibu Manohara) TV Indon menyatakan bahawa Kadar Shah adalah kerabat Kelantan. Setahu orang Muar yang juga pengasas Mi Bandung, Kadar Shah adalah berketurunan mamak (Mi Mamak Muar). Spekulasinya Desy terhutang budi pada Kadar Shah yang mengatur Prison Break Manohara. Segala penginapan di Indonesia oleh Desy dan Manohara di biaiyai oleh Kadar Shah.

Kira-kira begitulah ceritanya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro,

1.Kesimpulannya jangan kawin sama cewek Indon sedangkan cewek Malaysia melambak lagi. Sampai jadi andartu pun ramai hehehe

2. Cinta antara benua atau cinta antara negara kadang-kadang memberi masalah sedangkan cinta dalam negara pun masalah tak habis2

3. Di Bandung, mee bandung memang tak jumpa seperti mana air sirap bandung. Mee bandung ngan sirap bandung ada kat Muor je bro.....hehehe
3.

Unknown berkata...

Husin, brp engko dpt jadi blogger ni? Kalu dpt ribu2 aku pun nak join engko le.... muahhe muahee meehuaheee

Been berkata...

Syeikh Husin Lempoyang, hang pernah makan Roti Pak Lah - popular kat Perlis

Tanpa Nama berkata...

Aduh, pembantu sambilan rumah saya dari Indon pernah suarakan begini "saya rasa saya juga mampu beli kereta Mercedes"

Saya sendiri sekadar proton, tanyakan, apakah tahu berapa harga sabuah Mercedes, cepat dijawab, TAHU!

Anih, cantik dan teramat rajin dan begitu tertib orangnya. Anak2 saya amat sayangkan dia TETAPI beberapa bulan kemudian baru saya tahu rahsia Mercedes!

Dia telah dilamar berkahwin (isteri kedua) oleh seorang pengusaha 2biji kedai minyak Shell yang amat besar di kawasan bandar!.

Selama ini, secara sembunyi.. (saya sendiri sedar selepas 3tahun bekerja dengan saya)kesana sini naik Mercedes dengan jejaka tersebut, mingkin dijanjikan sebiji untuk dia!

Inilah gejala yang mengakibatkan ramai dari kalangan anak2 kita yang menjadi andaratu...

Merc

Husin Lempang berkata...

hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Abe Usin yang Kacak lagi Segak,

Demo ingat lagi dok cerito fasal ADUN PAS hok nikoh awek cun dari Kampuchea, lepas tuh awek tu minta cerai. Lek nu cerito geng-geng elites lagu tu koh?


Nik Rahmah Nik Sulaiman
Gombak setia

Quantum Metal Consultant berkata...

Bila mato dan hati dah buto - tupasal tak tahu menilai mana satu kaca mana satu permata - di sobatnya walaupun tak berapa lawa - sekarang susah sebab didakwa kena sosah.

Nak makan mee bandung dan seerap bandung yang sodap bukannya ke tanah jowo - kat Muor je..

Cocokodok berkata...

Ini kisah gadis Indo jugak bila mahu berkahwin buat kali kedua dengan pemuda Malaysia. Juru nikah bertanya:

JN: Mengapa berpisah dengan suami pertama?

Gadis: Kurang cocok tuan!

JN: Mengapa ingin kawin dengan lelaki Malaysia ini?

Gadis: Ala Tuan, sudah cocok lah....

JN: Di mana cocoknya?

Gadis: Semuanya cocok Tuan, di depan dan belakang kita cocok semuanya.

JN: Oh semua kena cocok?

Gadis: Benar Tuan, kalau Tuan mahu kawin pun mesti kena cocok, bukan gitu Tuan?

JN: Ye, ye kena cocok!

haSan faTula berkata...

Orang Indon kalau cerita perempuan dia kena apa-apa heboh satu dunia tapi kalau orang Indon bawak lari anak perempuan Malaysia, orang Malaysia pulak nak beradab dan beradat minta bawa balik ke Malaysia ... kenapa yeee ...

krakatoa berkata...

Dengar kata anak raja ingat dah boleh jadi princess macam cerita Cinderella!

usabukata berkata...

wow! lu memang lawak la pak usin,

mee bandung satu

mie berkata...

bahaya tol, mie bandung sampai empat.. huhu~

Jamal Pak Tongkol berkata...

Biar empat orang buat mi bandung
... Sedap

Jangan empat sekali mi bandung
... Kopak

Yang Peng San berkata...

Akibat mee dari bandung banyak masaella sosial,gadi buang anak,bawa lari anak gadis sampai lombok dll semua ini bila dapat dibendung.??? Mee dan syurrrup bandung memang sedad!!

Che'Mat berkata...

Teringat pulak ada 1 lagi cerita cocok..

3 gadis Indon bersembang sama2 depa....

Suti: Saya ni belum kawin...belum ketemu yang cocok...

Tuti: Iya...saya bakal kawin bulan depan.. udah ketemu yang cocok

Tumpi: Saya pulak udah cerai...gak tahan...hari2 mau cocok...

kah kah kah

mie mamak berkata...

Lawak hampa lucah noo! Tak pa sesekali hilang tekanan. Yang aku tahu mi malaysia (gadis malaysia) tak romantik langsung! Asyik-asyik perasan, sebab tu banyak andartu. Mee bandung pandai memikat. Kalau kat Siam kena tegur 'abang' lemah longlai. Menikah kat Siam lagi selamat walau pun bini tahu.

Gedung Akal berkata...

Tuan Hussin
Yang pelik itu ialah Mee Bandung tak ada telur. Memang heran bini si suffian tu order Mee Bandung tadak telur sebab semua Mee Bandung misti taruh teloq!

Unknown berkata...

Mee Bandung berasal dari Muar, bukan dari Bandung..

Nama Tanpa berkata...

Gedung akal

Takde telor tu pak lah. Ada telor mahathir.

Suffian dan Sutina dapat anak dua pak lah dan dua mahathir.

Hehehe ... Takde telor tu bayi pompuan la.

PKMPL berkata...

adeih jangan makan mee bandung... makan lah mee rebus johor kan selamat...

akatsuki berkata...

pakcik husin....pakcik husin telah berjaya membuatkan saya tersenuym pagi2 nie..wakakakaka

jelitawan1 berkata...

jengok2 la blog yg bernama malingsia camner indon2 tak suka di panggil indon n menuduh kita semua pencuri..geram btol. kompom korang hangin.

Tanpa Nama berkata...

tahniah suffian dapat 4 mee bandung skali gus... jgn lupa ye ongkosnya

Tanpa Nama berkata...

haha.. haram jadah nyer lawak

Tanpa Nama berkata...

Waduh-waduh manisnya ......
si Manohuru-hara ni....tergoda
juga ambo....ishk...ishk macam ni
punya cantik pun nak didera kesian.......