Rabu, Jun 17, 2009

Saya sekolah Henry Gurney aja ...


Kalau sesiapa sedar, hari Rabu adalah hari ramai bekas-bekas penuntut sekolah asrama penuh dan sekolah ternama memakai tali leher mereka. Dengan tali leher itu, mereka dapat mengenal rakan-rakan satu alma mater dengan mereka.

Kalau MCKK, tali leher mereka berwarna merah maroon dengan jalur putih. Sekolah tentera RMC pakai tali leher hijau. VI poula warna kebiruan. MRSM macam-macam warna ikut cawangan. Tak tahulah tradisi sekolah-sekolah lain.

Difikirkan agak pelik kesetiakawanan sekolah lebih kuat dan berkekalan dari pengalaman hidup lain yang lebih lama dan bermakna. Ada bagus dalam tolomng menolomng. Tah bagus bila jadi kroni yang meyisihkan orang lain.

Bagi mereka yang tidak pergi ke sekolah sedemikian, kadang-kadang meluat dan pelik dengan bekas-bekas penuntut sekolah sedemkian. Kadangkala cemburu pun ia juga.

Ceritanya pada satu Rabu diadakan satu corporate cocktail oleh satu Bank untuk bertemu dengan pelangan-pelanggan korporat mereka. Datanglah masing-masing dengan pakaian serba formal. Ada yang datang dengan coat tetapi rata-rata banyak pakai tali leher. Ada pula mereka yang pakai talileher sekolah.

Dalam masa itu, adalah datang seorang CEO bernama Ramzan. Syarikatnya baru disenaraikan dan bangun cara susah. Dia datang bersahaja dengan hanya baju kerja dan talileher belang tanpa menyerlahkan diri.

Salah seorang pegawai Bank menyambutnya dan dia pun mendapatkan air dan bersosial dengan sekumpulan eksekutif berpakaian bergaya. Melihat talileher mereka, mungkin mereka dari sekolah-sekolah asrama penuh dan ada antara mereka memakai talileher sama.

Masing-masing sedang bersembang mengenai sekolah. Dari sekolah mana. Batch mana. Siapa sama batch. Siapa dari kawan-kawan masing yang lain kenal. Cerita sekolah mereka saja.

Encik Ramzan tak banyak bercakap. Dia dengar dan perhati gelagat mereka. Agak meluat juga dengar mereka cerita macam bagus aja. Tapi hanya cerita perkara-perkara yang lepas. Hairannya sedikit tidak dihabiskan untuk berbincang mengenai subjek yang releven dengan pekerjaan atau perkara yang berkepentingan bersama. Ini kira tak ada kelaslah.

Tiba-tiba tajuk perbualan mereka bertukar mengenai syarikat Encik Ramzan dan memuji kenaikkan syarikat itu. Mereka tidak tahu Encik Ramzan datang dari syarikat tersebut dan telah membina syarikatnya dari bawah.

Dah lama bersembang, baru salah seorang pegawai Bank itu memperkenalkan Encik Ramlan adalah dari syarikat yang disebut. Memang betul tak ada class punya host tak tahu kenal memperkenalkan orang.

Encik Ramzan keluarkan kad biznes dan kasikan semua pegawai-pegawai ini. Terkejut mereka semua apabila mengetahui Encik Ramzan adalah CEO syarikat yang mereka sebut tadi. Dengan selamba dia berkata, "Saya sekolah Henry Gurney aja. Itu yang talileher saya berbelang-belang melintang ke bawah ..."

Sindir baik punya.

Wow! Jual Encik Ramzan jual, jangan tak jual orang-orang yang banyak perasan.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Husin Yang Dirindu,

Ambo sekolah kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAK BADO, Pasir Puteh je. Tamat MCE 1978. Sekarang tengah bercuti di Acalpulco, Mexico tempat demo kata ada Selesema babi. Tapi Kat sini selamat. Semalam baru sampai dengan Private Jet Cessna Citation dari Subang Sky Park bersama tok laki ambo, dia nya Mat Salleh Sin. Tak kelas lah menikoh dengan orang Malaysia, especially yang plet D. Jangan marah kat ambo, Abang Husam wee...sebab tak seh kat plet D.


Nik Rahmah
Group CEO

***** BHD

Quantum Metal Consultant berkata...

Agak agak mat rempit nak pakai talileher warna apa yek..

PAPA GOMO berkata...

SALAM, DI HARAPKAN SAUDARA DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA SAIFUL BUKHARI DENGAN MENYEBARKAN ARTIKEL INI.

ANWAR JUBURI MEMINTA RAKAMAN,BUKTI DNA,NAMA SAKSI YANG ASAL UNTUK APA??? LAYAKKAH SEORANG TERTUDUH DI BERI SEGALA SENARAI SAKSI??? http://www.gomounited.com/2009/06/rakaman-cctvdnaketerangan-112-saksi.html

ANWAR AL-JUBURI SEDANG CUBA MENGHAPUSKAN BUKTI YANG ADA DALAM KES LIWAT NYA INI!!!

pok ya 'gatih teksi berkata...

Nik Rahmah,

ambo sekolah kamil, pasir puteh.

tapi ambo tak nikah dgn mat saleh. pada ambo, takdok 'gapo grand nya nikah nga mat saleh.

apom serupo tu jugak.

pahtu, kalu mat saleh, 'gotu' ambo dale 6 inci jah. tak la panje mace 'gotu' negro.

tapi ambo 'nikoh nya oghe lek sie.

kira klah jugak dih. takdok inferiority complex pun.

Cucu Tok Selampit berkata...

Tuan Husin,

Saya bangga dengan Alma Mater saya. Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Satu sekolah dengan Che Det tu.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

kadang kadang ada juga korparat berkata ' aku sekolah atap aje' hehehe

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Azizul berkata...

aku pun setuju dgn anon mengenai OBA. yang paling kuat sekarang aku rasa OBA dari sebuah Universiti di malaysia. geng2 diorang ni banyak yang menceburi bidang politik dan menolong sesama sendiri dalam menaikkan nama di arena politik.

bukannya aku tak suka org bijak pandai yang menguruskan negara kita, tapi mereka takkan dpt menandingi semangat dan perjuangan org2 yang sekolah menengah jer.

Kami ni berterusan menyokong mereka dgn harapan mereka akan memperjuangkan kehendak dan keinginan kami. InsyaAllah

Otak kuning macam kunyit berkata...

Sengal apanya bermatakan batang pembajak yg tak sunat tu...semua alur yang dilaluinya habis terbongkar rata...kira benda berkualiti sapo tak nak...hek.hek.hek.

Kama At-Tarawis berkata...

salah sorang sedara saya dulu (arwah dah) 'graduan' henry gurney. bukan apa, masa teenage years nya perangai pelesit sikit, ikut member punya hal. he finally pecah rumah orang (ni 1960s punya stori) opah & tok ayah tak terkawal, serah kat polis, hantar SHG. keluar dari situ jadi manusia berguna dan berjaya - kawin & beranak pinak, beramal, wara' dsb. i think patut sumbat semua rempits kat sekolah ala-SHG ni.

Quantum Metal Consultant berkata...

Agak agaknya antara Nik Aziz, Nasa, Hadi, LIms, Anwar, Karpal, Najib tu, mana yang asai dari sekolah tu...

jelitawan1 berkata...

yg jantan jer yg suka nunjuk2.sek pempuan tak wat gitunyer..nak tunjuk ke menda bukan kai netai pun.jadi tunjuk kai bra yg sama.heheheheh iduppp pempuan.mesia ni kalu pm pempuan kompom bahagia.suh rapidah nek jadi pm tengok aper jadi kat mesia.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Husin,

Mu tengok tuh Jelitawan1, dia royat Malaysia kalau PM nya wanita akan bahagialah Malaysia. Betulkah yang dia nak royat tuh? The old girl of TKC yang tangannya rock the cradle of PERMATA.......kan ke dia........

Nik Rahmah

ha ha ha berkata...

He he he he..

Sekolah pompuan pakai tie kat sekolah aje...dalam dunia keparat mana boleh pakai tie ..pasal tu tak boleh nunjuk pakai tie..heheheh

Oh Oeya berkata...

Kita sekolah "Ulu" jerk...
Ulu Tebrau bandar Ulu Tiram..
Brape byk ulu harus ditempuhi...

~LaDy NuHa~ berkata...

eeee dlam bnyk bnyk yg datang tu sme pakai tali leher erk? tp mesti sme tak pakai tali pinggang kledar kan? kan? kan? ish ish ish. saya skolah metro driving skul, die ajar pakai seat belt. tp kd kdg tak pakai. kalau polis tahan sy ckp" sy seorang yg low profile" :-P hahhahahaha. hai sinnn,