Sabtu, Julai 25, 2009

Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa 3


Tiga orang pelajar Malaysia - Latif, Amir dan Kamal - yang belajar di Liverpool datang ke London. Biasalah belajar di England. Asal cuti atau bosan, merela jalan-jalan ke London. Mereka ni baru datang ke UK.

Inilah kali pertama mereka sampai ke London. Tak boleh elakkan perangai macam pelancong. Tak henti-henti ambil gambar. Tak henti-henti tengok pemandangan kota London. Tak henti tunjuk sana tunjuk sini. Maklumlah pengalaman baru.

Dah petang, mereka pun mula fikir mana tempat tidor. Nak fikirkan kawan mana mereka nak bunking. Dengan duit biasiswa, mana cukup untuk duduk hotel. Mereka kenalah tidor rumah kawan. Janji bawa grocery sendiri. Tak kacau bujet kawan tu pula.

Bincang punya bincang, mereka setuju nak pergi ke rumah kawan si Amir dari masa hostel. Rumah dia jauh skit dari Central London. Arahan kawan Amir adalah turun di Northwood. Tempatnya jauh lepas dari Wembley di Metropolitan Line.

Naiklah mereka Underground Tube. Masing ada one-week pass. Tak risau sangat pasal harga. Dalam train mereka bersembang. Dah lepas saja Wembley kereta mula agak lengang. Tinggal ada seorang ole English gentleman duduk dekat kerusi mereka.

Tiba-tiba Latif baru sedar, Northwood ada dua station - Northwood atau Nothwood Hills. Tanya Amir dia tak tahu mana satu. Kamal pula tanya-tanyakan apa alamat sebenar. Agak panic mereka. Mulalah salah menyalah sesama sendiri.

Melihat keadaan mereka yang agak cemas, English gentlemen menawarkan bantuan, "Where are you lads going to?"

Amir pun menjawab, "We are from Malaysia and this is our first time here. I am trying to go to a friend's place. He instructed us to get off at Northwood Station. There seemed to be two Northwoods. This is his address."

Dihulurkan kertas yang tertulis alamat kawan asramanya.

"Oh ... Mengikut alamat ini, jauh nak poirgi rumah kawan kau. Baik turun di Northwood Hills. Ada bas nombor 367 yang bawak terus ke alamat ini."

Jawab Old English Gentleman dalam bahasa Melayu yang sedikit saja telo British. Terkejut beruk mereka bertiga mendengar orang putih ni bercakap dalam bahasa Melayu. Nasib baik dia tak mengata bukan-bukan.

Latif tanya, "Tuan boleh cakap Melayu?"

"Dulu korjo di Melaya selopas Perang Dunia Kedunia. Pulang lopas Malaya Merdeka."

Kamal buat sibuk pulak nak tanya pasal kerja apa dilakukan di Malaya.

"Den D.O. kopilah," sambil dia berdiri untuk turun di station North Harrow.

Ketiga-tiga mereka lagi tercengang. Bukan saja dia tahu cakap Melayu. Dia boleh loghat Nogori, loghat pendita Zaaba.

"Jago-jago. Dua stesyen lagi dah sampai tompek ekau," dia mengingatkan.

Zaaba dah nampak lama dah. Masa nak tubuh ada satu pertubuhan pada tahun 1946, dia suruh selit istilah kebangsaan. Melayu mesti Nasional. Jadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Dia tahu satu hari Melayu akan jadi Internasional pula. Bahsa melayu punya hebat, omputih pun kecek Nogori.

20 ulasan:

-thethinker- berkata...

Zaaba bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu..
depa pii tukaq jadi UMNO...
camna nak jadi hero Melayu jika malu nak guna bahasa melayu..

Tanpa Nama berkata...

Sin

Megah nya aku, sorang janda cakap melayu, sorang putik tua cakap melayu, sori miss siri no 1.

Apa agaknya akan jadi pada 2020 atau 2050? Senario pra PRU 13 bila orang melayu mungkin hilang kuasa sejenkal yang ada. Blog diaorang pun bahasa bukan melayu...

Kita pekuatkan bahasa melayu, mungkin kita bolih beniaga, behijrah atau beblogging dengan selatan thai (itu pun yang cakap melayu makin kurang) atau ke indonesia....bolih ke?

Bodohnya aku, belajar bahasa lain tak mau, yang cakap melayupun duk pelat daerah apalagi yang duk pakai lu gua.....

Bodohnya aku, anak aku yang tahu ikut astro, dah tak bolih, sebab tak faham BI. Advert astro yang baru, semua bangsa lain mendapat pengalaman dan ilmu, cakap dalam bahasa ibunda mereka dengan megah yang mereka faham BI.

Bodohnya bangsa aku, yang tutup ruan ilmu semata2 untuk mempekasakan bahasa melayu.....(short on idea and foresight).....

kalau lah di takdirkan orang melayu (yang ada sekarang di Malaysia)di campak keliling dunia, agaknya berapa orang yang bolih hidup.....

mungkin kalau jumpa janda tu atau orang tua tu.......hmmmmmmm

akb

anti bingung berkata...

Ramai org bingung.....bila sains dan matematik tak di ajar dlm BI , bermaksud org melayu tak pandai BI. Kepada yg bingung, BI masih di ajar di sekolah2...tak akan tu x cukup....yg penting pengajaran BI harus dimantapkan...Kepada yg bingung2 itulah apa yg dituntut...bingung....

Tanpa Nama berkata...

kehkehkeh

den orang noghori ghaso nak golak jo baca..kalu ada omputeh leh cakap melayu loghat negeri mmg den tangkapo gambar ngan die buat frame lokat dokek umah den ha..

semalam den borak ngan pelancong dari Holland nak poie Batu Caves,sayang die x leh cakap negeri..wakakaka

-reda

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro,
terima kasih bro kerana guna nama kawan. hehehe
Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa Melayu diperkukuhkan, Bahasa Inggeris dimantapkan. Minggu depan kawan turun KL, boleh kena kari kepala ikan kat kedai mamak.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,
Saya dulu pun ada jumpa mat salleh boleh cakap loghat KEDAH di TEXAS. Katanya dia pandai cakap Melayu sebab merantau dan singgah di kampung Melayu di Kedah dan lagi katanya, kalau tak pandai cakap Melayu masa tu, maka akan kelaparanlah dia......
BILLYTHEKID

Tanpa Nama berkata...

belajaq PPSMI tak semestinya bahasa melayu diabaikan..maseh ada sabjek lain yang di ajaq dlm BM termasuk BM..jangan laa jadi binggung kerana anti binggung..tapi Sin depa tu pelajaq2 dari aliran sains ka?

makinbinggung

Tanpa Nama berkata...

mai sechawan

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,

Aku akan telanjang jadi "Lady Godiva" naik kuda dari Menara Berkembar Petronas ke Menara Kuala Lumpur kalau salah satu daripada novel A Samad Ismail yang diterjemah oleh ITNM ke Bahasa Inggeris menang Booker Prize pada 2012 ini.
ATAU salah satu daripada Filem Mansur Puteh dalam Bahasa Melayu menang Hadiah Di Festival Filem Cannes pada tahun 2021. ATAU Prof. Tun Tan Sri Dato' Sri Dr. Syed Ahmad Albab Bin Syed Akhir menang Hadiah Nobel Kimia setelah menulis 500 tulisan saintifik ilmiah mengenai tongkat ali nano, termasuk terjemahan dai Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dalam jurnal agung "the Nature" pada tahun 2030.

Nik Rahmah

Quantum Metal Consultant berkata...

Mat saleh bercakap sepatah dua bahasa malaysia...kita dah galak macam menang bola piala dunia..

Yang kita dok cakap omputih sampai terbawa bawa ke dalam mimpi pun mat saleh tak kembang idung cam negrito....

Kita masih dok bertekak pasal bahasa apa yang sesuai...sebab kita tidak berilmu.

Orang berilmu bertekak pasal fakta dan kajian yang berterusan..

Di mana kita akhirnya..sekadar jadi pembaca bahan terjemahan 10 tahun terkebelakang, terkial kial dengan dictionary di sebelah..

Unknown berkata...

Nik Rahmah...

Org tua2 kata cakap bior berlapik... saya sendiri tak sabo nak tunggu Lady Godiva Malaya... hahaha!!!

aku2 berkata...

Celaru = Confused????

Selagi yang bergelar Ir. Ar. Dr. diagungkan. Selagi pandai besi dan pandai kayu cuma buat rumah kampung. Selagi pendita orang anggap bertapa dalam gua, selagi ustaz orang sangka ajar fekah sahaja, selagi itulah Bahasa Melayu tak akan maju.

Kesian WIkipedia wujudkan ruangan didalam Bahasa Malaysia sedangkan tiada orang Melayu yang nak majukannya.

Ralat bila pergi Madinah dan Mekah orang Melayu shopping macam nak kiamat - sebab Pak Arab semua pandai cakap Melayu !!!

Ryzal72 berkata...

Assalamualaikum,
Bapak-bapak dan ibu-ibu. Maaf ya melewat di sini. Pedagang arab sebetulnya menggunakan bahasa INDONESIA bukan bahasa MALAYSIA. Harap jangan tersalah dong!itukan soal maruah bangsa!.
Permisi.

Tanpa Nama berkata...

PALE HOTAK... hehehehe

NJ berkata...

Abe Sin,

Ni so lagi baso Melayu antaghobaso.

Oghe arab kecek kelate.

Mari kito sign MUGO NI demi BAngsa & Negara kita. Mari rama-ramai kita buktikan bahawa kita warga negara yang tulin.

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

travelagent09 berkata...

Ditujukan buat mereka yang suka melancong, atau sedang merancang sebuah perjalanan, percutian, ke tempat-tempat menarik, khususnya SEKITARAN NUSANTARA, khasnya Indonesia!

Pakej Pelancongan Ke PADANG - BUKIT TINGGI, Sumatra Barat
Pakej Pelancongan ke Medan - Danau Toba, Sumatra Barat
Pakej Pelancongan ke Bali
Pakej Pelancongan ke Jakarta - Puncak - Bandung

Dan juga :

Pakej Pelancongan ke Sabah dan Sarawak
Pakej Mendaki Gunung Kinabalu
Pakej ke Pulau-Pulau Sekitaran Sabah dan Sarawak

Serta :

Pakej Pelancongan ke Tianjin - Beijing, China


RECOMMENDED !!!

Syarikat Ini Menawarkan Pakej Terbaik di PASARAN Semasa !!!

Intrabuana Tour & Travel Sdn Bhd
KKKP : 3825
HQ - Warisan Square, Kota Kinabalu
Branch - Nilai/Sepang
emel : travelagent09@yahoo.com
HOTLINE : 019 9191 031

Sebarang inkuiri serta pertanyaan lanjut, emel, call @ sms secara langsung kepada Intrabuana HOTLINE

p/s : syarikat ini SPECIALIST untuk pakej Sabah, serta Sumatra Barat (Padang - Bukit Tinggi), dan mampu memberikan HARGA TERENDAH DI PASARAN kepada anda untuk pakej tersebut ;) so, selamat MELANCONG !!!

TheCzar berkata...

Bukan mengantarabangsakan bahasa melayu yg patut ditekankan, tetapi penguasaan bahasa Inggeris org melayu yg perlu di beri perhatian. Sekarang ni pun ramai penjawat awam melayu yg tergagap-gagap bertutur bahasa Inggeris dengan rakan sejawat dari negara lain. Adakah org2 melayu ini yg hendak diharapkan untuk bertindak sebagai perunding untuk mempertahankan kepentingan negara? Aiseyman...malap lagi lah masa depan org melayu.

hah! berkata...

MORAL OF THE STORY..............
Bangsaku, tak payahlah belajar BI. Perkuatkan BM dan berbangga dengannya. Nak belajar Sains dan Matematik (Ilmu Kira-kira lah!) tak payah risau kita ada banyak buku dan jurnal sains terjemahan!
Membuang masa sahaja belajar BI di sekolah! Thailand pun boleh maju tanpa BI! Rancangan TV pun patut dialihbahasakan sepenuhnya!

hah! berkata...

UMNO tiada salahnya.......ianya ialah pengUnitan/Unitasi Melayu Nasional yang diOrganisasi! PAS yang salah......ada ka Parti Aslam Semalaysia!
Ooooooo, jawi?
Jawi bukan BM moden! Masa diperkuatkan ejaan rumi dulu tak ada perarakan, demontstrasi dan memorandum oleh jaguh bahasa dan PAS pun! Lainlah PPSMI.......ia memang merosakkan BM. PPSMI merosakkan bahasa dan akidah (itu sebab TG DS Hadi kata CELAKA). Rumi tak apa...........tiada lagi thalatha (tapi selasa).......nanti perkataan ALLAH dibakukan (jadi macam lidah orang India)........oooo itu tidak celaka!

khalifah berkata...

orang Islam/ melayu tak akan maju/ berjaya selagi mengagungkan sistem Dajjal/penjajah.

Sistem demokrasi/ kapitalis dibangunkan untuk memecah dan memerintah (menjajah) orang Islam/ melayu

yang penting sistem yang dipakai bukan bahasa...

banyak negara yang menggunakan bahasa Inggeris tapi tak maju2 jugak... lihat India, Filipina, etc... apa yang pasti mereka masih terjajah dengan teruk dari segi kemampuan dan pemikiran

untuk Islam/ melayu menjadi maju / berjaya kita mesti menggunakan sistem yang telah diturunkan untuk kita... SISTEM KHILAFAH dengan khalifah sebagai pemimpin...

kita takkan boleh menang jika menentang sistem Dajjal / demokrasi / kapitalis . untuk menang kita mesti meninggalkannya .. tinggalkan demokrasi... tinggalkan kapitalis.. tinggalkan Dajjal..

YA... TINGGALKAN sistem Dajjal / demokrasi / kapitalis secara sedikit-sedikit dan cara beransur-ansur.

Selain itu berdoa dan berusaha agar dikembalikan sistem KHILAFAH!

Dengan tertegaknya KHILAFAH kita tak perlu risau bahasa apa yang kita gunakan! Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Sikh atau apa2 saja. Ianya sama saja disisi Allah SAW... semua orang Islam adalah bersaudara .... semua orang bukan Islam akan dilayan selayaknya...