Isnin, Julai 06, 2009

Kaedah PRK segerakan Pekej Ransangan Ekonomi setempat

PUTRAJAYA Julai 6hb: Pekej Ransangan Ekonomi (PRE) boleh dipercepatkan melalui kaedah tertentu, kata Menteri Kewangan Kedua Dato Ahmad Husni Hanazlah ketika mengulas anggapan ramai mengenai kelambatan pekej ransangan ekonomi.

Husni menyangkal tuduhan pekej ransangan ekonomi yang diumumkan Menteri Kewangan di Parlimen pada suku akhir tahun 2008 untuk menghadapai kemelut ekonomi global. PRE berkait rapat dengan Danajamin yang belum beroperasi lagi.

Namun demikian, kata Husni, kerajaan sedia memberi perhatian istimewa untuk tempat-tempat tertentu melalui kaedah Prosedur Ransangan Khas (PRK) di bawah PRE. Kaedah PRK telah dibuat di beberapa tempat seperti Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang, dan Batang Ai.

Terbaru adalah di Manek Urai yang mana penamaan calun telah dilaksanakan pada pukul 10 pagi tadi.

Kaedah PRK adalah satu usaha bipartisan yang mendapat sokongan kuat dari Pakatan Rakyat (PR). Selain Kuala Terengganu, kebanyakkan insiatif PRK diusahakan dari kawasan yang mempunyai wakil rakyat PR.

Pengorbanan PR dalam menyegerakan PRE ke kawasan-kawasan mereka amat disanjungi. Sebagai contoh, PAS telah mengorbankan dua wakil rakyat untuk menyegerakan PRE ke kawasan-kawasan mereka.

Parti Keadilan Rakyat telah mengorbankan kerusi yang diduduki Presiden parti. Kini mereka mengenal pasti beberapa kawasan-kawasan untuk kaedah PRK seperti di Kelana Jaya dan Bandar Tun Razak yang menghadapi masaalah-masaalah wakil rakyat yang bisu di Parlimen dan gagap.

UMNO agak lambat dan masih terkial-kial merancang dan mengenalpasti kawasan-kawasan yang perlu dikorbankan wakil rakyat. Satu kawasan yang menghadapai wakil rakyat yang bisu dan tidak pernah bercakap di Parlimen telah dikenalpasi.

Parti komponen Barisan Nasional sedang digalakkan mengenalpasti kawasan-kawasan yang boleh disegerakan PRE. - Agensi Husin Lempoyang

13 ulasan:

Oghang Ghombau berkata...

Hendaknyo matilah wakil rakyat den, dapek turun ransangan ekonomi tompek den.

din bassten berkata...

Oghang Ghombau,

Den mintak bagilah wakil rakyat pilah dulu mati.
Ghombau tunggu dulu. Kalau w/rakyat pilah mati ado cance sampai ransangan ekonomi kopilah.
Oghang di ghombau dah kayo-rayo.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Husin yang dimuliakan,

Perbuatan membisu, mengangguk dan mengia semasa sessi persidangan dan mesyuarat adalah budaya indo-malay kuno yang kini menular digalangan bukan saja ahli parlimen, adun dan ahli majlis kerajaan tempatan berbangsa melayu. Ia turut menular dikalangan ahli lembaga GLC, ahli lembaga senet universiti yang berbangsa melayu. Silence is Golden and it will ensure your tenure until you drop dead with zero contribution and universal suffarage.

Nik Rahmoh
Group CEO
**** BHD

Cucu Tok Selampit berkata...

Setuju dengan wartawan agensi Husin Lempoyang.

Sulaiman Akhlaqan berkata...

Kalau wakil rakyat pekan kena korban, mmg economic disaster. Patut hantar segera PRE kaedah PRK.

DukeOfUMNO berkata...

Hahhahahha....betoi tu Tuan Husin...patutnya Pakej Ransangan Khas (PRK) tu boleh dipercepatkan lagi...tengok tang mana yg ADUN & MP yang dah tua, dah nyanyuk, dah expired, dah tercemar perjuangannya utk rakyat...kita perlu segerakan PRK kat situ jugak...tak kira kawasan UMNO ka..PAS ka..DAP kaa...PKR kaa...apa2 parti la...baru la kena dgn konsep "rakyat didahulukan, pemimpin tak buleh pakai diturunkan"....muahhahhahha...

Mamat berkata...

Jeles den tengok rakyat kat manek urai skrg ni..semuo dapek kalo mintak..bersin sikit orang dah usung gi spital..gulo,beraih tak payah beli dah..

Serius berkata...

Tuduhan yg mgkuk tandas ni buat amat serius, KLIK

1. Najib ugut Pak Lah!

2. Najib guna tentera!

Tuduhan ni sm mcm RPK tuduh Rosmah guna C4 bom Altantuya,

Pihak pemuda atau sesiapa yg berkenaan harus bawa benda ni ke tengah... Report police! Justice must be serve,

kami mahu bukti, klu ianya tuduhan tak berasas, biar mangkuk tandas ni meringkuk dlm penjara, dibuang kerja, di cop di IC nya ex convict!, dan biar dia susah mencari kerja dan bergaul dengan masyarakat selepas keluar penjara!

Quantum Metal Consultant berkata...

Agaknya, Najib ni selalu bangat teransang dengan kak ros kot !!!

Dunia Firdaus berkata...

Mati baru ransangan sampai kalau tak macam Penanti la. Dalam penantian.

SeriGala berkata...

Ya Husin;
Hanga hebat laaaaa.....

Tanpa Nama berkata...

Lam tak dengar cerita tukang gambar
Gauw Burn dari Kelana Jaya ...ada buat video baruke..Eli bukit Lanjang
boleh berlakun ...Hishamuddin tukar tiub boleh jadi pengarah.

Tanpa Nama berkata...

semua kerusi parliment sarawak dikorbankan sebab semua bisu, duduk dewan tunggu gaji masok