Walaupun ada kata bodoh, ini namanya berani!
Orang berani itu tabah dan sedia hadapi keadaaan yang tidak memberi kelebihan padanya dan selalunya membahayakan.
Kalau bapak itu Singa UMNO kerana berani, tidak semesti anak itu berani juga. Orang kata dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tapi kalau sudah kena penyakit berani ala kodomo, kuah itu jatuh ke meja.
Semua orang sudah tidak mahu.
Cerita pasir, tak balik kawasan masa banjir, dan cuai hingga Pulau Batu Putih terlelong. Siang-siang Dato Daing Maik sudah dapat 10 pencalunan berbanding 2 pencalunan untuk Syed Hamid. Akhirnya dapat dikejar untuk layak bertanding.
Sudah diketahui ramai, dia akan berakhir di Kota Tinggi. Sampai Azmin Ali boleh kata dia sudah tentu kalah. Dia kata "Belum tahu ..."
Istana pun tak berkenan sejak peristiwa penipuan dalam kes jambatan bengkok. Katanya Daing mendapat perkenan dan restu.
Rupanya berani anak singa ini hanya berani menyalahguna. Dengan kuasa yang ada, dia membina kes hingga digantung keahlian Daing. Dapat menang tanpa bertanding. Sakan hari raya.
Inilah politik Syed Hamid ala MAYC. Untuk kekal Presiden, dia gantung ahli yang menentangnya dan membatalkan mesyuarat-mesyuarat cawangan MAYC.
Akhirnya apa jadi pada bangunan MAYC? Tak guna pula kuasa untuk polis atau BPR siasat?
Apabila RPK belasah dia pasal Arab, cepat-cepat di masukkan RPK ke Kemunting untuk dua tahun.
Ada tak setuju dengan RPK, Husin faham. Hanya nak menyampaikan kebenaran.
Cerita RPK menulis menghina Nabi yang dijadikan sebab untuk menahannya adalah kerana dia dedah dan kritik Syed Hamid.
Untuk kesalahan lain RPK, Husin tak tahu.
Tak boleh percaya semua Syed alim dan keturunan Nabi. Elleh ... kita semua keturunan Nabi Adam. Arab jual karpet dan setanggi hanya berani halang orang untuk bertanding, tapi penakut bertanding dan ditentang.
Hairannya, setiap kali pemilihan UMNO, nak bertanding, Tak pernah menang pun. Buat sibuk saja. Opps ... nanti ISA.
Dah kasi pipi tu, kasi tempeleng saja. Memang layak dipanggil Kodomo Lion.
-----------------------------------------
Dari kes Kodomo Lion, ini kisah seorang lagi yang kononnya berani. Dia menggelar diri Harimau UMNO.
Orang berani patut ada maruah. Tidaklah hingga sanggup membodek sini. Tak diperkenan Raja, tapi masih mahu berdegil jadi MB. Masih kekal Ketua Perhubungan Negeeri pulak tu.
Dapat pulak tu, jadi Pengerusi NCER. Ranaplah macam Bernas yang dibuat untuk membiayai derma politik untuknya. Tak lama lagi dengar-dengar jadi Pengerusi Tabung Haji.
Kalau Shah Biri-Biri dapat beri kain pelikat. Sedia kita untuk mendengar cerita perwakilan dibawa lari macam MP dibawa lari ke Taiwan dan Macau. Kali ini, dibawa lari ke Mekah untuk menunaikan Haji.
Kalau jadi dan jika berlaku, ini naik haji atas jemputan Dolah PM yang berani.
Sekarang ada Islam yang dipanggil Islam Hadhari, kain pelikat Hadhari, dan macam-macam. Sat lagi adalah Haji yang dipanggil Haji Hadhari tajaan Shahidan Kassim.
Kalau diri itu berani dan kuat macam harimau, tunjuklah keberanian macam harimau.
Orang berani bukan berani menyalahguna kuasa. Ada kuasa senang cerita - ada sumber, ada jentera dan ada taring. Bila ada ini semua baru nak berani, itu bukan berani. Itu maling.
Orang berani bukan kerana main redah saja. Itu bukan harimau, itu "kerbau pendik" yang kerja sondol tanpa mengira apa yang di hadapan.
Orang berani tak takut tak ada jawatan, atau apa sekali pun. Dia tetap berjuang dan bersuara untuk hak atau kebenaran atau kemajuan. Ini apa saja sanggup untuk jawatan.
Orang berani tak cium tangan macam dalam gambar sebelah kanan ini. Eh eh eh ... tak malu dan tak ada maruah.
Padan masa pi hantaq bos lama ke Airport, kena cemik. Dah tak ada jawatan baru nak ampu balik. Terkedu ...
Kalau nak juga gelaran Harimau, bolehlah. Hanya layak Kodomo Tiger.
Wow! Husin tak berani, kerana takut pada tuhan.
* Maaf terterbit sebelum siap. Disunting dan siapkan pada 2:00 pm
8 ulasan:
Dear Husin Lempoyang,
ayat last tu ayat bangun membuat ke, ayat bangun kena buat?
lepas dan...
apa?
Perihal pemimpin berani yang pertama, jika kuah jatuh ke meja, letak pinggan di sisi meja, lorotkan kuah yang tumpah kembali tumpahnya kuah ke dalam nasi.
Maka dia tetap berani semacam abahnya.
Pemimpin berani ke dua, ternyata nyonyotan tangan yang kurang bermaruah dan
Dua ciri menentukan kekuatan seorang pemimpin - keberanian dan kebijaksanaan. Kodomo Lion mungkin tidak berani, tetapi dia bijaksana. Kodomo Tiger nampak berani tetapi tidak bijaksana. Itupun tengoklah apa yang dia dah dapat... Selain daripada kuah, banyak lagi yang boleh tumpah ke nasi. Sayur, sambal belacan, dan
Berani dan bijak tak cukup, ayor lemuju.
Kena ada kepandaian/kepakaran.
Paling penting, kena ada juga taqwa atau kekuatan moral di dalam diri.
Sin
Zahid Hamidi nak tanding timbalan. Kau mesti suka ni! :(
Sin;
secara ikhlas saya nak tanya di manakah maruah dan prinsip perjuangan pemimpin kita khasnya pemimpin Melayu sekarang? Sejak PRU12 kita dapat dengar dan lihat saban hari maruah dan prinsip pemimpim Melayu kita lebih murah dari maruah pengemis jalanan.
Sejak kecil saya dididik supaya hidup biar bermaruah dan kekalkan jati diri Melayu hingga ke liang lahat. Biar mati kebulur daripada mengadaikan maruah diri dan bangsa. Saya bangga dengan didikan ibubapa saya hingga ke hari ini. DS Shahidan adalah antara pemimpin harapan yang disanjung tinggi oleh saya tetapi bila dilihatkan tindak-tanduk beliau kebelakangan ini tiada apa yang dapat saya banggakan lagi. Begitu daif maruah pemimpin Melayu abad ke 21 ini; hinggakan rasuah bermaharajalela RM500.00 kena tangkap; RM2,000.00 kena tangkap hinggakan seks dihalalkan sebagai sedekah. Pembohongan berleluasa hinggakan akidah agama dipermainkan.
Tidak adakah perasaan malu dan hina di kalangan pemimpim dan ahli keluarga mereka. Berkatkan juadah makanan yang dihidangkan untuk keluarga. Allah Maha Kuasa dan Maha Pemurah tetapi ingatlah umat Islam sekelian yang baik balasannya baik manakala yang jahat balasannya jahat juga. Mungkin kita tak dikenakan musibah tetapi bagaimanapula nak cucu kita.
Pengemis Jalanan lebih bermaruah dari segelintir pemimpin Melayu kita hari ini. Sin, bukan takat Kodomo Tiger tapi orang kampung kata Kodomo Taik Kucing.
apa nasib melayu, sin
pemimpin hanya kaki boidek dan penakut.
ini bukan baru sin.
dulu pengampu raja2. kemudian pengampu pembesar. sat lagi pengampu pada taukeh2 cina dan kling blakang apembesar.
Sewajarnya kita ucapkan tahniah kepada Syed Hamid kerana menang tanpa perlu bertanding kerana pesaingnya tewas sebelum gelanggang dibuka. Kepakaran Syed Hamid wajar dikongsikan dengan Dolah yang makin tertekan, kehebatan Syed hamid juga tidak harus dipersia siakan dan sewajarnya dia tersenarai sebagai calon Presiden proksi Dolah atau sekurang kurangnya calon Timbalan Presiden yang akan ditaja oleh Cash and Carry.
Kepada pesaing Syed Hamid untuk Ketua Bahagian, lain kali belajar belajarlah naik unta sebelum berebut tempat dengan arab.
Berani Nuar? utk kacau hak Melayu aje..
Bila hiidraf & cina attack Melayu..projek babi..Uitm...karpal..tekesa punKok...Nuar tak berani kacau sebab undi..
Dia tak bakup Melayu..sokong pulak orang asing..Bangsa apa Nuar ni??..
Tolong2 bersuara protek melayu..Itu pasal aku tak suka nuar.. kacau melayu ada berani !!. sekali sekala ko kena tolong bakup Melayu
Catat Ulasan