Jumaat, Januari 02, 2009
Menjelang KT: Bebas berkempen untuk (harga) barang turun
Ada seorang penulis politik marah pada Husin. Dia kata Husin sabo BN untuk PRK Kuala Terengganu pasal keluarkan gambar Wan Farid menyanyi di blog.
Oh .. itu. Tak akanlah itu jadi isu. Husin suruh nyanyi lagu-lagu yang bermakna dan membina kesedaran. Gambar itu datang dari blog orang PR. Dia orang pun satu. Punya banyaklah perkara boleh dibuat isu pilihanraya, nyanyi karaoke jadi isu. Kan termalu bila Wan Farid beritahu dia menyanyi dengan anak saudara di Majlis keluarga.
Biar Husin terus terang kata kebanyakkan orang serba salah mengenai pencalunan Wan Farid. Orang PAS kata pilihan calun saja dah separuh pertempuran kalah. Kalau menang, naik kepala orang-orang King Jenglot. Dari lima pilihan antara Parid, M Kerok, Ruslan CK, M Jusoh dan ZE, terpaksa juga pilih Wan Farid. Kalau tak sokong, nanti tak dapat balik momentum.
Farid kena ubahkan sangkaan ramai dan berfikir untuk bawa berubah UMNO yang telah di'setiakawan'kan. Tak akan kita nak kasi Farid kalah. Takut satu hari Terengganu jadi tempat bela babi. Mereka pun bukan nak jalankan hukum hudud pasal takut pada PAP Malaya.
Fikir-fikir punya fikir, baik sokong calun bebas Tok Mun. Garenti kalah, tak serba salah.
Jangan ingat dia tak hebat. Masa PRU, pembangkang kempen secaraegatif, "Undi BN, lepas PRU Barang Naik." Kempen Tok Mun positif, "Undi Tok Mun, garenti (harga) barang tak naik." Kalah Mat Sabu sampai tak boleh letak tanding lagi. Minyak si Dolah naikkan secara gopog gapah pun turun balik.
Kali ini, janganlah mereka yang nak bertanding bebas macam si Isma (dalam gambar) mintak Tok Mun jangan tanding. Biar dia bertanding.
Doa orang tua dimakbulkan tuhan kerana mereka selalunya ikhlas. Kalau Tok Mun bertanding kali ini, boleh pakai slogan, "Undi Tok Mun. Bukan saja garenti (harga) barang tak naik, (harga) barang pasti turun."
Hidup Tok Mun!
Wau! Wau! Azam baru nak jadi harimau, hari-hari mau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
alah sin. chill la. kalau nak tengok pas kalah, jemput anwar datang kempen. kompem kalah punya. apa komen hang pasai calon pas ni sin? pastu hang tau ka sapa pelakon yang kne tangkap pesta seks tu? takan hidung hang tak bau kot..kekeke
http://writtenbyhim.wordpress.com/
ala sin,baik undi Tuk Mun "Parti Bulan Bintang" Tuk Mun kate tu parti dulu-dulu lagi dah ade. lagi satu aku gese kalahlah wan farid nampak gayenya. kesian die, mangse pecaturan kat KT.
Itulah UMNO, bila nak sedapkan hati orang yang keciwa tidak terpilih pegang jawatan, dia akan kata, "tak pegang jawatan pun bukan tak boleh beri sumbangan,". Wan Farid dah ada jawatan, baru aja sambung Senator, Timbalan Menteri pulak lagi, macam dah tak ada orang lain nak jadi calon maka dia kena letak jawatan-jawatan yang disandangnya sebab nak bertanding. Kalau nak kata KJ yang letak kawan baik yang dah pegang jawatan jadi calon, tentu sebab dia dah yakin betul BN akan menang. Tapi mungkin juga UMNO sendiri yang nak bunuh politik Wan Farid (baca KJ), sebab nampak gayanya KT bukanlah kawasan yang selamat bagi UMNO. Elok KJ turun kempen di sana untuk BN dan AI turun untuk bantu PR, kita tengok siapa yang kena.
Ya Tuan Husin,
Cuba buang terus perkataan harga,
"Undi Tok Mun. Bukan saja garenti barang tak naik, barang pasti turun."
Masya-Allah, lain bunyinya.
pilihanraya dah makin dekat.PAS pun dah umumkan calon.berpesta lah nanti orang Kuala Terengganu menjelang pilihanraya kecil nanti.haha.harap-harap nanti semuanya akan berjalan dengan lancar.
Oi Peggy Singh,
OOOOO,barang tak naiklah,barang gerenti turunlah.Sebab apa? sebab Tuk Mun dah tua kan?
Kalau aku jadi calun macam mana barang kau?
Entah-entah jatuh "kelepop" kat tanah kot?
Tuan Husin,
Mula-mula Ana baca blog ni pasal PR di KT.Lepas tu pasal politik.
Tiba-tiba Piggy Singh keluar landasan.....aku senyum.
lepas tu si Jenab pulak naik angin.
Aku gelak habis.....rasa macam dalam parlimen pulak.
Mungkin ada yg kata"Kalau berani cuba cakap di luar blog....Aku saman 100 juta."
Adoooooi sakit perut aku.
...pastu hang tau ka sapa pelakon yang kne tangkap pesta seks tu? takan hidung hang tak bau kot..kekeke
--------------------
En Husin kena flu la brader, takbleh sniff around..l
later2 ok kut haha
UMNO dan PAS kali ini ghairah nak bertanding tapi letak calon 'malu malu kucing' atau 'alim alim kucing'.
Masing masing meletakkan 'calon' yang mempunyai '1001 hal' untuk diberi sebab jika calon mereka tewas. Kedua dua calon adalah calon 'setengah masak'.
Pengundi di KT wajar merasakan mereka diberi calon yang 'second hand' dan wajar pulaukan pilihanaraya kecil kali ini kerana UMNO dan PAS tidak cerdik meletakkan calon untuk mengangkat martabat Melayu dan Islam. Kedua calon sebelum ini sudah punya tanggungjawab yang belum dilaksanakan dengan baik tetapi kini 'dipertaruhkan' pula atas satu mainan politik orang atas.
Jika sikap kedaerahan masih ujud di PAS, apakah mereka sekarang sudah anut Islam Hadhari berkiblatkan Dolah dan bukan lagi Nik Aziz.
hahaha...kawan smbung gelak mengkarung....
salam..
Pasal calon, kawan rasa lain org lain pikir nya.. wan farid tu eloklah letak kat sana, nanti org KT kena pikir, kalau diorang nak ahli parlimen diorang tu seorang timbalan menteri, diorang kena undi wan farid, kalau undi org lain, diorang cuma dpat ahli parlimen biasa jer.. jadi org trenganu fikir lah masak2.. lainlah kalau org trenganu percaya bahawa anwar ibrahim takpun haji hadi akan jadi pm pd 29 feb 2009 ni.. diorang boleh pilih calon PAS.. kalau takpun calon abim ada gak..
alas bisa tegar biasa..betul ke pepatah tu?..entah la..bagus beanr tu hari hari mau...hahaha
Sin,Semangat tahun baru ker?Hari hari mau..Ni mesti ada kat pesta di Bukit Bintang malam tadi.nasib baik lepas lari.Auwwwww.... Lela Mongoloid.
Pak Husin,
Tolong!, saya terkena jsngkitan PaK Husin.. Tolong jampi blog saya....
"Pangkah jgn tak pangkah! Sedangkan si Abdul Wahab dan dan Abdul wahib yang begitu punya bijak pun boleh kita lelong (dgn Pak Husin).... inikan pula budak berhingus tu!"
Husin Lempoyang,
Kesian Tok Mun,
Dianiaya dia tak bertanding.
Lagu apa dia nyanyi?
"Sampainya hatimu
buatku begitu.
di manakah janji
wang deposit pilihanraya..."
Aku tengok KT macam nak perang aje, polis sana sini lebih 10,000 orang, ni nak lawan PAS ke nak lawan HAMAS!
Kalau suruh cari adik Sharlinie tentu boleh jumpa! Membazir duit rakyat tak tentu pasal.Pengecut semacam je...Wan Farid ni!
Kalau kita benar-benar nak perjuangkan nasib rakyat tak payah pakai polis pun...Mahatma Ghandi ngan Mother Teresa tak pakai polis pun!Ni, macam nak bunuh rakyat aje!
Sekian,
Gagak di KT
KT,
Eloklah tu, melayu bangang lawan melayu bodohh.. husin tukang pukul gendang sumbang, melayu tak sekolah dtg sana seronok buang masa dan buang duit berkoyan-koyan tingggalkan tanggung jawab masing2
Keling ngan cina ketawa besar tengok gelagat melayu berkempen
Genial dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Gratefulness you as your information.
Catat Ulasan