Rabu, Mac 18, 2009

"Bila Jawatankuasa Disiplin dikira cukup tegas?"

Adalah seorang rakan talipon ana. Dia merungut Jawatankausa Disiplin tak cukup tegas. Macam ada agenda disebalik Jawatankuasa Disiplin.

Ana beritahu agenda ni tak boleh kata. Kalau kena, ada konspirasi. Tak kena ada konspirasi. Ana pun kata ada konspirasi.

Macam mana Khairy disahkan melakukan kesalahan yang sama dengan Ali Rustam boleh hanya diberi amaran? Kalau dah sah jadi ejen, tak kira setpol atau siapa. Dah salah, maknanya ejen lah.

Itulah dia, kata kawan ana. Ada banyak kes dalam ratusan. Tapi hanya senarai tiga muka untuk dalam 20 lebih nama. Ikutkan semua sekali kena. Jangan hipokrit. Semua ada guna duit, sedikit sebanyak.

Ana beritahu dia Dato Kadar pun kata dalam Malaysia Insider , ini semua tidak adil. Macam ada tolak ansur dan konspirasi dilakukan Jawatankuasa Disiplin. Seolah-olah ada kekangan.

Kawan ana jawab, "Kalau Kadar, memang tak akan puas. Memang macam ini tak akan cukup tegas."

Ana hairan. "Tegas betul si Kadar ni. Dia kata Jawatankausa Disipilin tidak diberi kuasa yang patut dalam Perlembagaan untuk bertindak. Bila baru cukup tegas untuk Kadar?"

Jawab kawan ana bersahaja, "Hanya tegas bila Kadar sekali kena."

[Untuk yang tidak faham jenaka politik ini, Kadar pernah dikenakan hukuman disiplin digantung keahlian sebanyak dua kali. Kawan ana maksudkan tegas, untuk orang tak makan saman macam Kadar, hanya bila dia sekali kena.]

8 ulasan:

wanbaki berkata...

Ini yang aku komen kat blog Dato' KK (pilah).....
DS Ali di korbankan untuk mengalih undi kepada TS Mike...
Kalau DS Ali vs TS Mike vs TS Mu'din mesti dapat kat Ts Mu'din
So... oleh sebab tak nak pecah undi DS Ali di korbankan maka TS Mike bleh kira2 dengan DS Ali. Penyokong DS ali sah sokong TS Mike...
Maka TPM adalah TS Mike yang hanya senator iaitu pemimpin yang bukan di pilih oleh rakyat... Maka malaysia macam republic.... sorang PM dan sorang president......
Bagi KJ plak... LD terpaksa gosok geli-geli ja pasal nak bagi undi simpati dan jadi popular. Kompom dah akan menang. Terpaksa gak la pasal DM & DS KT tak boleh "kautim" langsung.


Macam la ahli akar umbi ni BODOH sangat.... Bangsat betoi laaa... Tunggu lah kemusnahan.... tapi macam Dato' KK kata la "meluat nak sokong tp sayang nak tinggal"...

DiNO-JPB berkata...

tentu ada yang tak puashati.

Tok Uban berkata...

Teringat cerita 3 Abdul.....bila S.Kadarisman cakap...INI TAK ADIL...

Pada aku lah...inilah yang dinamakan...DEMOKRASI TERPIMPIN..

Tanpa Nama berkata...

Usin,

Aku rasa macam menonton felem : antara dua darjat, anak ku sazali dan wonder pets (haiwan yang suka selamatkan binatang lain) secara serentak @ digabungkan.

Hawau punya Dollah "wonderpet"

Kalau pemuda ada teloq, kena bincangkan usul "pilih bulu dan rasuah" masa PAU nanti sebelum mengundi.

Apa yang penting ? kerjasama !
( ulang 2 x)

Tanpa Nama berkata...

En Husin

Secara teknikal, perbezaan salah antara KJ dan AR adalah begini :

KJ - dia memasukkan alat nya, TETAPI tidak dilepaskan didalam
( teknikal - lepas luar )

AR - dia memasukkan alat sulitnya, TETAPI terlepas didalam, sebab terlalu excited.
( teknikal - lepas dalam dan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih besar 10 bulan kemudian )

Saya harap para pembahas telah faham sekarang, dan berhenti dari bertelagah.

Tanpa Nama berkata...

CSI UMNO,

kau punya perumpamaan yang paling senang nak d paham. Hahaha well done bro..

anakjin...

MENGKARUNG JINGGA berkata...

Dulu aku geng dengan anak Tok Penghulu. Kami curi jambu. Aku curi satu ,dia curi empat.Kami kena tangkap.Aku kena sebat sekali.Dia dilepaskan.

Aku dapat rasakan apa yg Ali Rostam rasa sekarang.

pakbelalang berkata...

Kadar tak akan kena punya.

Orang UMNO Muar main politik wang hanya dengan belanja breakfast satay, mee rebus dan mee bandung je. Tak berapa sen !