Sabtu, Mac 07, 2009

SMS Alert yang mengejutkan

Tit Tit ... berbunyi hanfon Areef Raimi. Diangkatnya hanfon dan baca SMS yang baru diterima.

"28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas mengadap Sultan Perak." Dibacanya untuk isteri dengar.

"Wah hilanglah majoriti Pakatan."

"Ini bagusnya perkhidmatan SMS Agendanews abang baru sewa. Lagi cepat berita politik dari TV, Radio dan suratkhabar."

"Baguslah bang. Maklumat abang kira terkinilah."

Dimasa lain, dapat mesej pasal pergolakkan diPerak.

"DUN Perak bersidang bawah pokok," Areef membacakan SMS.

"Ya ke bang? Kenapalah dia orang tu? Tak fahamkah mesyuarat yang tidak berjadual kena minta perkenan raja."

Lain masa pula.

Tit Tit ... "Ada pekej ransangan ekonomi RM10 billion."

Tit Tit ... "Polis menyembor air kepada demonstrasi PPSMI."

Ada saja SMS terkini dari Agendanews.

Mula-mula Rahimah suka bertanya apa berita yang diterima. Lama-lama dia dah bosan. Biasalah orang pompuan bukan suka sangat cerita politik. Terutama sekarang banyak sangat wayang.

Ada sekali itu, suami balik lambat betul. Entah kempen apa dan untuk siapa. Dia masuk tidor lepas sembahyang subuh.

Rahimah tengah menguruskan rumah tapi terganggu dengan banyak SMS masuk dalam hanfon suami. Dia mula-mula agak SMS Agendanews.

Lama-lama dia teringin nak tahu kenapa banyak SMS masuk. Ada huru hara mana-mana ke? Areef mesti nak tahu.

Dia malas nak kacau si Areef yang sedang tidor lalu dibukanya hanfon suami. Ditekan SMS terakhir.

Tersentak Rahimah terbaca mesej "Thingking of you. Call me xoxo." Bila dilihat nama penghantar Mohd Nor, dia heran? Macam mana orang lelaki tulis macam itu. Dia pun talipon nombor itu.

Sorang pompuan angkat sebelah sana, "You dapat mesej I tadi? Aini miss you lah bang."

Dia terus matikan hanfon tu dalam terkejut. Rupanya bukan Mohd Nor tapi Noraini. Celaka Areef, rupanya SMS Agendanews itu buat guna untuk temberang aku. Nanti aku kejutkan.

Habis. Tak payah tunggu Perak huru hara hingga darurat.

15 ulasan:

MyIdea berkata...

Jangan sin..

kang jadi cerita mcm dalam blog aku.. Best oooooo... sofea jane


http://mimpi916.blogspot.com/2009/03/jandaku-jandaku-jua.html

Tanpa Nama berkata...

Memang betul Sin,

semua nama dalam tel si lelaki ada lah lelaki.
Kalau bini check, dia tak marah.

Kalau nama zainab dia tulis...Zain
Kalau Jamaliah dia tulis Jamal.

Kadang kadang heran pulak . takkan semua lelaki.
Nak Hiduuuuuup.

Tapi kalau isteri angkat fon.....perang leee
Inilah penipuan zaman Siber

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha Sin.. Ini biasa punya trik sin. Kita orang lelaki ni kena ada hiburan sikit, buat motivasi supaya rajin bekerja dan berkempen. hehehee

PARPUKARI berkata...

MUAHAHAHAHA, BAIK PUNYA CERITA SIN...

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang nama ada sampai dua e?

Pak dia Raimi pulak.

Bunyi macam Azeez Rahim ... hehehe

Cucu Tok Selampit berkata...

Sin, ini cerita sebijik macam cerita hidup Ana lah. Mana Sin dapat ini cerita? Morale of the story, suruh Mamat tu pasang "keypad password". Sekarang, Ana sudah tidak perang suadara lagi.

PARPUKARI berkata...

SIN, AKU LETIH LA DGN MELAYU BODOH PENCACAI KUNYIT NI,,,,


WAHAI FUCKATAN RIOT, KENAPA BODOH SENGAL TAHAP BABI KORANG NI, ELOK2 JE PERHIMPUNAN BANTAH PPSMI TU DENGAN AMAN, HABIS KOME MASUK JE JADIKAN PERHIMPUNAN TU JADI HARAM....BETAPA HARAMNYA PENCACAI KUNYIT YANG SUKA LIWAT SAMBIL BUAT FITNAH NI....

ANWAR ABRAHAM KAULAH PUNCA MALAYSIA KUCAR KACIR HARI INI...DAN DIBANTU OLEH "ORANG DALAM"....TAPI RAKYAT DAH TAU SIAPA ANWAR MAIN BELAKANG SEKARANG NI, KAU TENGOKLAH PENCACAI2 SI KUNYIT TAK BOLEH NAK PERTIKAI DAH...MUAHAHAHAHA

AKU PELIK LA RAMAI ORG MALAYSIA YG SUKA PPSMI NI...TAPI MEREKA TAK KECOH PUN...NI ANWAR HARAMJADAH YANG AMBIK KESEMPATAN BUAT KECOH NAK COVER KEMALUAN DIA DAH DI KETAHUI ORANG LA NI...

MEMANG CILAKA MURAHGURU KUNYIT ANUSWAR

anakpakcu berkata...

sin sebijik macam sahabat ana kat baling la sin cerita ente...nama dia mdnot tapi lebih popular dengan nama "mdnot kobok". sekali aku dia suruh ana angkat hp dia depan bini dia daa..nama kat skrin "haji rahim", tapi bunyi suara pompuan daa...aku ingat mak nenek dia lar tu "rahimah", aku kena cover dia depan bini dia daa..., tapi dia okey, pernah tolong aku dan aku tolong dia balik. salam tuan husin.

R@duan berkata...

gambar-gambar pejuang bahasa Melayu
http://suteramalaya.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Pemuda Pelapis berkata...

Husin cerita pengalaman dia ni.

Pemuda Melayu berkata...

tuan ini cerita serupa saya punya trik. tuan suda bongkar habis la saya lepas nie.

Quantum Metal Consultant berkata...

Di masjid pun tok imam main sms, katanya:

Tidak ada sms yang lebih penting dan utama selain dari sms Illahi.

sms lah macam tu kepada pemimpin anda, sms lah dalam bahasa melayu kerana mereka pejuang bahasa melayu.

Tok Pawi berkata...

Kluangman, SMS Illahi... hantar "nawaitu" ke 24434

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.