Ahad, Mac 29, 2009

Isteri-isteri bersembang mengenai perubahan


Sepanjang minggu Persidangan Agung UMNO, tidak henti-henti pemimpin, baik pembahas dan perwakilan bercakap mengenai perubahan. Pembetulan sedikit, semua melainkan 304 orang perwakilan Pemuda.

Isteri-isteri Menteri UMNO, pemegang jawatan UMNO, dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO pun ikut sama bersembang mengenai perubahan yang diperlukan UMNO. Kebanyakkan isteri-isteri menyahut desakan ini dengan hati yang lega.

Maklumlah mana tahan telinga mendengar macam-macam fitnah dan tomahan mengenai suami masing-masing. Kalau ada yang dikata "kasi susah, tak kasi susah", orang perempuan pula "dengar susah hati, tak dengar susah hati." Mana tidak susah hati kalau khabar angin yang sampai pada siisteri adalah mengenai si suami dilihat dengan pompuan lain?

Masa acara kudapan antara persidangan, si isteri berkumpul satu meja untuk bersembang-sembang.

Datin Rahimah memulakan perbualan, "Saya syukur mereka sedia mahu berubah. Susah kita nak kerja memantau. Kita lepa saja, adalah puteri-puteri mana sudah dapat perhatian suami kita."

Paun Sri Bedah menyetujui, "Saya memang setuju Datin.

"Masa Tan Sri Ketua Menteri dulu, saya memang makan hati. Kena banyak sabar. Kalau tak fikirkan pasla anak-anak, dah lama saya lari. Macam mana nak biayai anak-anak untuk belajar luar negara?"

Datin Yati bertanya, "Antara kita semua, saya tengok Datin Rosie Mashhur cekap jaga suami. Dulu suami hang playboy, macam mana hang kawal dia, Datin?

"Oh saya senang. Saya ambil tahu jadual harian. Seboleh-bolehnya saya akan hadhir mana-mana acara yang isteri kena ikut. Walaupun saya friendly, saya akan tunjuk garang pada budak pompuan muda-muda yang salam-salam dengan dia. Tapi tak boleh terlalu garang dan sombong sangat, nanti orang tak suka kita. Itu yang susah ..."

"Haa Tengku ... dengar tu. Jangan sombong sangat." Nyampuk Paun Sri Bedah memandang ke arah Tengku Masirah. Serba salah anak keturunan keluarga diraja Negeri Sembilan ini ditegur dengan bersahaja.

"... tapi tak larat nak ikut jadual mereka yang sibuk. Jadi saya ada trick saya sendiri nak kawal suami dari jadi nakal." Sambung Datin Rozie Masyhur.

"Trick apa Datin?" Serentak suara Datin Mila dan Datin Yati bertanya.

"Kalau ada buat mesyuarat di rumah, saya mesti ikut sama. Jadi kita boleh kenal muka-muka orang yang berkawan dengan suami. Di office saya tidak risau pasal masa tidak ada nak cerita meraban-raban."

Semua isteri mengangguk-angguk setuju dengan cara itu.

"Kenapa Datin Maziah Rasiman diam saja?"

"Saya tak ada masaalah dengan suami saya. Saya tahu dia tak ada perempuan lain." Kata Datin Maziah dengan yakin.

"Macam mana Datin tahu dia tak ada gelfren atau teman wanita?" tanya Puan Sri, yang selalu ditipu Tan Sri, terkejut dengan jawapan Datin.

"Dato cakap dia tak ada gelfren ..."

Tergamam semua isteri-isteri mendengar keyakinan jawapan Datin Maziah. Dalam fikiran masing-masing hanya dua saja, antara Datin telah dimandram hingga mudah ditipu bulat-bulat oleh Dato atau Datin ini isteri yang tak takut suami hingga suami takut nak berbohong.

Wow! Macam-macam ada

17 ulasan:

Jelobak berkata...

Hehehe ... datin maziah itu datin queen control ke? Cara ada persamaan dengan datin rosie. Dengo letih sapa2 kerja di pejabat dato kena denga arahan datin bos kedua.

Berubah ya datin. Banyak mata nampak, telinga dengar, mulut bercakap dan jari menaip di blog2. Kalau tak, dato dah umur pencen.

bibir tebal berkata...

atau pun dato itu sememangnya takde GIRLFREN tapi ada BOYPREN..

biskut berkata...

dulu saya pelik juga macam mana mereka boleh berjauhan dengan keluaga lama-lama kadang-kadang sampai 3 bulan. rupa-rupanya ade penyeri dalm setiap majlis yang dihadiri. ...

PARPUKARI berkata...

ATAU DATO TU TAK MAKAN VIAGRA KOT..MUAHAHAHHAA

Jamal Pak Tongkol berkata...

Percaya benar datin hehehe

Tanpa Nama berkata...

He He
Datin tu tak makan dek usia.
Mari hari makin lawa.
Sampai Dato menang pun hadiah kat dia.
Sangka baik...

Unknown berkata...

If you believe in healthy intellectual discourses, thus enjoy 3 views on what actually happening in Perak; is there a crisis or not?

Mr. Ragunath Kesavan
Professor Dr Shad Faruqi
Datuk Muhammad Shafee Abdullah

Watch HUJAH, TV9 TUESDAY 9PM

Tanpa Nama berkata...

Amboi, amboi Sin,

Mulut hang dok mengata.........Awatnya hang dah jadi macam Azwan Ali. Aku naik meluat.

Sharifah Bee
Balik Pulau

Tanpa Nama berkata...

sin,

datin maziah tu bini kaki bakar jambatan jeram toi tu ke? tak sangka dia terer undang-undang jugak,macam anak sadiq segaraga hahahaha

hehehe datin rosie lepas ni meniaga sekaya auntie rosie je la sin.

berubah la datin rosie kalau tak laki you rebah nanti walaupun dia ada saf yang ampuh

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Saya cakap serius ni. Rosmah is a criminal. Nama suami Rosmah ni ialah Najib. Cuba teka Najib mana!

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama: tak baik kita buruh sangka tanpa bukti yang sah. Allah swt dok peringat kita supaya pelihara mulut. tak takut mati ka.. tak takut dosa ka.. toksah dok ikut apa orang kata, kecuali kalau kita ada bukti sahih. saya bukan nak bela sapa2, cuma sedih tengok orang sekarang ni dok mengata dengan bersungguh2, dok ikut percakapan orang.. na'uzubillah..,

Takut Api Neraka

Tanpa Nama berkata...

yang baju merah tu.. bgaya sakan

Ex-UMNO berkata...

Setelah berakhir PAU 2008, UMNO telah membuktikan bahawa parti UMNO 100% RASUAH.

Pemimpin UMNO yang 'kedekut' atau 'takut' memberi RASUAH hampir semuanya TEWAS.

Paling malang wanita dalam parti UMNO, cuma sebiji sahaja yang berjaya merebut jawatan dlm AJK MT.
Yang lain semua tewas kerana ingin tunjukan bersih(dari RASUAH).

Presiden UMNO akui, "beri salah, tak beri salah(KALAH?)"

Itulah UMNO, perkara yang SAH HARAM, telah di halalkan.

UMNO AKAN TETAP RASUAH DARI DULU KINI DAN BUAT SE LAMA2 NYA.

Tanpa Nama berkata...

Solly Latin...kacip fatimah yang lu oler tu out of stok ma.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita nak selamat semua orang kena berubah. Baik jantan baik betina.

Apa yang dikatakan dalam PAU adalah benar. Sekarang bukan masanya nak tuduh menuduh.

Benci Melayu sekali pun mati nanti, Melayu jugak yang akan bawak kamu masuk kubur.

Tanpa Nama berkata...

Datin Rosie tu kena ambil kursus dengan mak mertuanya bmana nak jadi isteri yang demure di sebelah suaminya. Jangan lebih-lebih sangat takut suami dapat ramai pencabar di persidangan akan datang!

Grrrrr berkata...

Kalau Datin Rosie tak reti nak jaga personaliti supaya org tak benci.

Aku akan restui kalau Najib berkahwin lagi satu, ha ha ha. Najib perlukan isteri baru yg lebih memberi kedamaian supaya dia lebih semangat bekerja. Bawak itu mem baru mcm sultan brunie bawak wife2 dia.

Aku yakin Datin Rosie akan berubah..