Sejak ana bercerita mengenai Katak, Raja Katak, dan Penternak Katak, ada orang kata orang yang diceritakan Katak bukan Katak.
Adakah ini bermakna hanya yang ada tinggal Raja Katak dan Penternak Katak?
Hehehe ...tidak, semua orang adalah Katak.
Layaklah setiap Katak ada Rajanya serta kewujudan 'seekor' Katak itu adalah hasil usaha Penternak. Bacalah kisahnya di sini.
Bahawa sesungguhnya antara kita, semua adalah Katak.
Habis bab Katak, kita cerita bab Katak yang tidak pandai jalan tetapi hanya lompat dari satu tempat ke satu tempat.
Lompat lah si Katak lompat.
Tapi kalau Katak itu lompat dari satu tapak ke satu tapak dan lompat balik ke tapak asal, tak ada deskripsi yang sesuai. Yang terbaik tetapi bukan istilah tepat adalah flip flop.
Flip flop bermakna mengambil pendirian flip ke satu hala dan flop balik ke pendirian yang asal atau batal pendirian yang baru dibuat. Betul ke tidak, reputasi dan imej dah flop.
Cerita flip flop ni banyak.
Saya tidak akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini. Besok dah bubar.
Habis PRU12 masak. Flop 5 + 1 negeri jatuh. Tak apalah kurang 8 kerusi dua pertiga majoriti.
Minyak tak akan dinaikkan dalam masa terdekat, lapor berita muka depan akhbar. Petang tu bos dah umumkan naik 78 sen. Berderet kereta beratur sampai tengah malam nak isi manyik full.
Ada tak nampak flip flop tapi flip flop juga. Kami tidak menahan bawah ISA tapi hanya menahan demi kesalamatan.
Orang yang sama menasihatkan jambatan Johor tidak di bina. Dalam beberapa minggu berkata tidak ada sebab jambatan tidak di bina, tiba-tiba jambatan pasti tidak di bina.
Sebelum itu, landasan kembar yang sudah mahu dimulakan, di kensel. Tahun lepas, nak mulakan balik. Tambah harga naik dua billion. Besi dan macam-macam naik.
Dah flop di PRU12, ingat akan berhentilah flip flop ini. Tidak pula.
Ada yang nak cuba flip flop kan pembangunan LCCT Labu. Kononnya masih nak kaji dan sedang dipertimbangkan. Cepat-cepat BPM kata, tidak!
Tetap juga nak cuba. Tol nak dinaikkan tapi batal untuk mengambilkira keadaan ekonomi. Flip flop lagi.
Begitu banyak flip flop sampai ke akarumbi kerajaan. Pengerusi PAC terpaksa mengumumkan rungutan orang ramai terhadap keputusan kerajaan yang terlalu membingungkan kerana flip flop.
Bersungguh-sungguh seorang itu berkata mengubah keputusan terlalu kerap dan terlalu cepat lepas satu-satu keputusan bukan flip flop.
Malas pulak nak komen. Orang nak berhenti.
Cuma takut-takut ada flip flop grand finale. Orang kata, one for the road.
Macam P Ramlee berkata, aku mati dalam iman. Ini semua serupa aku niat baik maka tak apa jadi katak dan flip flop.
Wow! Ana berniat: Saja aku jual orang lebih untung dari jual unta kerana Allah. Itu niat baik tau.
15 ulasan:
i'm the first??
i'm the second...
I'm the 4th??
No I'm the 3rd...
I'm retiring...
No, I'm staying??
flip-flop memang kerja hampa. buat apa dok bising sangat. hampa bukan ingat susah orang melayu kat kampung. kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kocek hampa penuh sentiasa. kalau orang melayu dipelihara maka tak berlaku apa yang terjadi hari ini.
renung-renunglah
Sin, Sin apa nak jadi dengan korang ni. Jadi katak salah, jadi flip-flop salah. Sat ikut Che Detlah, seminit lagi ikut Pak Lah, seminit lagi ikut Najiblah. Tengok si Zahid semalam dia kata dah lama dia dok ikut Najib. Dia tak sedaqkah yang dulu dok ikut pingkoq DSAI. Oghang tak lupa semua tuu.
Nasib, nasib tunggu pemilihan Naib Presiden.
SALAM...
BETUL TU SIN..AKU PUN NAIK HERAN APA PASAL INI MACAM PUNYA PUSING???
SEKEJAP ON SEKEJAP OFF...
ADA APA-APA KE???
JANGAN TAKNAK LETAK JAWATAN UDAH LAH....
BARANG BAIK SIN...KELUCAHAN...http://gomo-buragas.blogspot.com/
Ini macam sindir aku aja?
assalamualaikum sin, ana mau cerita sama entelah, ana punya sahabatlah, setpol paklah sudah puji sama dato najiblah, dia ketua pembangkang kelantanlah. ana ingat dia pun akan flip ke najib (kalau najib jadi pmlah), lepas tu flop balik kat paklahlah, ente tulislah ceritalah sama ini dato alwilah...alwi jangan marah sama analah...nanti tuan husin tolong ana jual entelah....
Tuan;
Kalu tak dak bahasa Melayu baku alihbahasa "flip-flop", elok guna bahasa Tegannung!
KLU-Klek = Flip-flop.
Dok klu-klek, klu-klek si Dolah tu...
Kang sedak seikit bunyin nye tu....
:D
MRSM Kalae Chepo 66/73
Berbolak-balik
Berdolak-dalih
Tiada pendirian
Tiada pegangan
Kata islam hadhari tapi bini rock
Laki jadi imam sembahyang Jumaat bini jadi DJ control satu Karaoke guna polis protection
Saya Perdana Menteri untuk semua tapi untuk orang Melayu tak dak buat satu apa pun.
Kata pemimpin dan imam tapi Kristian nak guna perkataan Allah bapa dan Allah anak satu pun dia tak komen.
Jadi PM ini satu tanggungjawab yang besar. Engkau tanggung tugas, engkau jawab kat akhirat.
flip flop final roundlah yang akan jadi kenangan terindah!
husin SUKJ dok kutuk hang aku tibai dia balik..
saya ahli umno sayap pemuda ber nombor 09098654
Merasa kecewa dengan TIMBALAN KETUA PEMUDA SEKARANG.
1.Untuk maklumat YB menantu saya amat kecewa dgn penglibatan saudara YB menantu dalam arena politik UMNO kerana penglibatan saudara YB menantu lah UMNO menerima kekalahan teruk dalam Pru-12.
2.YB menantu lah yang mengatur calon-calon dalam Pru12, dan semua calon yg diatur kalah dalam pru12 ini.
3.Sebelum bapak mentua Yb menjadi Pm saya dan tok wan saya tidak kenal langsung akan Yb menantu.Tiba-tiba Yb menantu lompat atas kepala bapak mentua dan munculkan diri.
4.YB menantu adalah liabiti kepada gerombolan umno.
5.Penglibatan YB menantu dalam pentadbiran kerajaan menambah lagi sempang peranang nya.
6.Semua keputusan yang dibuat oleh PM mentua adalah berdasarkan punahsihat daripada YB menantu.
7.Yb menantu telah membaham harta negara yang mana adalah milik rakyat jelata, melalui tingkat 4
8.Yb menantu memiliki ECM libra dengan membeli syarikat kerajaan avenue capital.
9.Yb menantu lah yang menyusun projek coridor yang sekarang menjadi tempat kambing tidur, supaya dapat digih-agih kan kepada para cukong dan kroni, supaya duit projek tersebut digunakan untuk pru12 yang lalu.
10.YB menantu jugalah yang menyuruh menyuruh kerajaan menjual saham hospital pantai kepada Temasek dan ECM libra menjadi org tengah.selepas itu bapak mentua mengarahkan khazanah membeli balik dari temasek.
11.Yb menantu jugalah yang menyuruh kerajaan menjual saham MV agusta dan ECM libra menjadi org tengah.
12.Yb menantu dalam perhimpunan agong umno seucapan dengan pak mentua mengenai harga petroleum di negara ini rupa nya ada siput babi di sebalik batu.
13.Atas nasihat yb menantu lah pak mentua menaikan harga petroleum supaya dapat dibayar subsidi kepada rakyat melalui anak syarikat ecm libra iaitu pos malaysia.
14.YB menantulah yang merosakan umno sekarang ini.
15.YB menantu lah yang berebut-rebut pegi hantar paspot kat peliwat.
16.Yb menantulah yang berbincang dengan ezam dan membawa Datin seri wan ajijah berjumpa dengan bapak mentua PM untuk membebaskan peliwat.
17.YB menantulah si kitol zaman ini.
18.Yb menantu sekarang cuba nak menunjuk hero supaya pemuda UMNO memandang YB menantu hero dan boleh menjadi ketua pemuda.
19. Sebab itu bila ada isu YB menantu akan melompat macam kera kena belacan.
20.Kalau tak dak isu Yb menantu akan upah orang untuk create kan isu supaya YB menantu boleh melompat dan melalak mcm kera jadian.
21.Saya Dengan ini menyeru kepada semua ahli pemuda UMNO supaya kita sama-sama meninggal kan parti UMNO Sekira nya YB menantu menjadi ketua pemuda.
22. kita biarkan sahaja YB menantu dan sukj sahaja.nanti bila nak gantung poster YB menantu pegang tali sukj panjat.
Catat Ulasan