Lawatan Mat Taib ke perkampungan Orang Asli mendapat liputan dalam TV. Membela orang Asli memang merupakan sebahagian dari tugas Kementeriaan Luar Bandar.Dengan Dr Rais Yatim minta berhenti berkempen, dapatlah dia banyak menjalankan kerja sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. TV macam suka beri liputan untuk dia bekerja. Apa sebab agaknya?
Mat Taib memang sudah selalu masuk melawati kampung Orang Asli sejak dari semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar.
Semasa diwawancara TV, Mat Taib bercakap mengenai potensi pelancongan ke perkampungan Orang Asli sebagai produk pelancongan.
Kehidupan semulajadi dalam hutan di perkampungan Orang Asli adalah sesuatu yang indah. Dari melawat bangunan demi bangunan di tempat-tempat pelancungan, ia sudah agak membosankan bagi kebanyakkan pelancung asing.

Katanya, pelancung orang putih suka pengalaman baru seperti ini. Dengan diatur mereka duduk bersama dengan Orang Asli dan merasa penghidupan mereka, ini boleh menjadi satu tarikkan pelancung. Secara tidak langsung memberi sumber pendapatan dari kegiatan perlancungan untuk Orang Asli.
"Orang Asli sungguh baik melayan pelawat-pelawat dan warmness layanan mereka mencerminkan keikhlasan hati mereka. Pelancung-pelancung pasti dapat menikmati "kepanasan" yang sering saya terima semasa membuat lawatan-lawatan ke perkampungan Orang Asli." kata Mat Taib.
Hehehe ... panas pun panas lah, Mat Taib. Asal ada usaha yang dilakukan seberapa terdaya untuk kaum Bumiputera negara kita yang terpinggir.
Menurut pakar antropologis, sebahagian Orang Asli asalnya Orang Melayu. Mereka sebahagian dari Nusantara Melayu. Apa sekali usaha, biar ikhlas dan tidak ada udang disebalik mi. Perlu dibela untuk memperbetulkan kesilapan yang silam macam orang Bumiputera yang lain.
Jangan sampai mereka digunakan oleh kaum-kaum yang cakap macam bagus nak bela mereka tetapi ada agenda rahsia dan dibantu pihak-pihak asing.
Wow! Sedapnya nasi bukit yang dimasak dalam buluh.





























