Khamis, Julai 17, 2008

Dolah fitnah PM?

Husin baca jurublog Aidil, dalam Editorialblog berkenaan pertuduhan memfitnah (criminal defamation) terhadap Raja Petra (RPK).

Akuan bersumpahnya bertarikh 18 Jun 2008 yang telah mengegarkan Malaysia merosakkan nama baik isteri TPM Datin Seri Rosmah Mansor, Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati kerana menuduh mereka melihat pengeboman mayat Altantuya.

----------------------

Lempoyang kata nama Rosmah sudah buruk, maka tidak ada kesalahan oleh RPK ... hehehe.

Celaka betul partner Husin.

Buat masa ini, dia tak minat dengan Najib. Semua pasal Najib tak kena. Walaupun dia kata Anwar kuat bohong, dia boleh simpatetik terhadapnya. Jadi Husin "takut" sedikit dengannya. Tak boleh jalan depannya sekarang. Nanti kena raba ... hoi mengucap malaikat 44.

Biasalah kita semua. Bila sudah tak suka, macam-macamlah kata. Tak apa, mengata free. Dosa jawab sendiri. Bak kata Samy Velu, sin-di-ri mahu tahu. Tapi salah SD pengakuan, pergi mahkamah dihadapkan.

Pada Husin, kalau nama buruk kerana fitnah dan tomahan, tidaklah buruk lagi.

Dengan demikian, RPK kena buktikan pertuduhannya di mahkamah. Jika tidak diterima kesahihan bukti, masaklah ... hukuman ikut kanun keseksaan adalah penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Nasib tak ada peruntukan kerja berat, suka cara Tuan Magistret Labi sebut ... kerrrja berattt!

Kita serah mahkamah untuk menentukan. Pasal RPK, Husin ada famous sedikit. Ia ada berbudi dengan kita juga. Macam Kid Shah Berry juga.

-----------------

Dalam hal ini, terlintas dibatu jemala kepala patik. Bolehkah Dolah di hadapkan ke mahkamah kerana criminal defamation?

Dia telah banyak menjatuhkan nama baik jawatan Perdana Menteri. Dalam kelicikan dia berpolitik, Dolah lewa dan tidur hingga menyebabkan banyak fitnah dan tomahan terhadap jawatan Perdana Menteri. Kalau RPK dituduh fitnah, Dolah menyebabkan fitnah. Lagi berattt!

Ini gambar ori yang belum ada terjumpa di blog-blog lain

Ini kerja-kerja pelik Dolah yang menyusahkan keadaan.

Baru-baru ini ketika Dolah tengah panik orang-orang Sabah nak lompat parti, dia ke Sabah untuk memujuk.

Apabla dipinta orang Sabah didirikan kompleks loji gas di Kimanis, dia boleh iyakan dalam satu majlis. Dia main cakap saja. Petronas tidak ada rancangan kerana sudah ada di Bintulu.

Pada waktu malam dalam acara lain di KK, dia kata Bintulu pula. Buat tak tahu saja dia dengan muka sardin.

Percayalah orang Sabah, dia tidak akan kotakan janji.


Kalau Anwar kaki putarbelit, Dolah pembohong yang tegar. Semua orang dia janji. Apa diminta dan desak dia kata ya dan janji. Tapi habuk tak dibuat. Banyak kontraktor kena denagnnya.

Tapi apa boleh buat, orang puji dia kerana keterbukaan, padahal sebenarnya pembohongan. Tak sedarkah ekonomi jahanam kerana Dolah!

Ini baru satu kesalahan Dolah membawa 'kemaluan' kepada PM. Anda semua pasti ingat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan boleh disenaraikan?

Agak-agak Pendakwaraya boleh tak buat laporan polis dan hadapkan Dolah ke mahkamah?


* Kemaskini pukul 8:40 pagi 18/7/08

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga... sumbat dia dengan koo tiam dan bk tan ... hehehe

Hopeless!!!!!!

Hancur negara.

Tanpa Nama berkata...

kan criminal defamation ni untuk tuduhan yang tidak berbukti dan yang memang berniat jahat..Pak Lah tak pernah membuat tuduhan sedemikan ke atas TDM..yang dia kena explain tu masa dia tak continue projek2 TDM atau tidak melanjutkan polisinya, semestinya banyak pihak yang expect explanation.

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak boleh mangambil apa apa tindakan kepada Dolah kerana dia masih banyak kerja yang nak buat..

Takkan kita nak dakwa Dolah sedangkan dia mahu menyelamatkan UMNO..

Kalau Dolah didakwa, bagaimana plan penyerahan kuasa kepada Najib..siapa nak serahkan pula, nanti najib tak jadi PM, susahlah rakyat Malaysia..

Dolah tidak boleh didakwa kerana dia mahu bertanding Presiden UMNO..

Dolah tidak boleh didakwa kerana dia tertidor..orang yang tidor tidak boleh didakwa..

Banyak lagi sebab sebab Dolah tidak boleh didakwa... kehkehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

Ek elehhh.. apa angkut Dolah saja. Angkut & dakwa sekali yg lain jugak...Najib, Rahim Tambi Chik, Che Det, Ling Liong Sik, Samy Velu, Hassan, Khalil Yaakob, Muhammad Taib, RosmahC4, Rafidah, Musa Hassan, Ghani Petai Jerin, ...phoooi banyaknya..tak sangka...baru AMAN Malaysia. Taaaapi rasanya sampai ke mampuih tak akan jadi macam tu. Tunggu 2 - 3 bulan saja lagi ekonomi Malaysia akan mula ranap! Hang Husin pun nanti tak boleh jual Unta, Unta tak laku.Silap2 Unta tu sendiri nanti jual hang.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan fitnah lagi ni...

dah kenyataan memalukan Jawatan PM malaysia serta nama Malaysia.

Dok Tun M penat2 menaikkan nama malaysia di mata duni. Menaikkan ekonomi Malaysia ketahap boleh bersaing dengan negara lain. Menjadikan Malaysia menjadi negara contoh kepada negara membangun.

Si Dolah dia reverse balik semua...

Dakwa saja dia ni... bukan fitnah tapi kenyataan yang dia memalukan jawatan PM... yang mana bodoh macam dia pun boleh jadi PM asalkan pandai berpolitik.

Masuk penjara jangan bagi lantai simen... bagi lantai tak bersimen dan berbatu2. Sesuai dia tidur situ.

zali lampai

Tanpa Nama berkata...

DOlah tak payah simen utk tido.

Sambil kerja, dia tido.

Sambil diri, dia tido.

Tengah acara, dia tido.

Sambil baca program acara, dia tido.

Masa majlis umno atas pentas di lihat semua, dia tido.

Tido aja ....

hmmm ....dah kira buktilah tu

Tanpa Nama berkata...

Memang tepat dan paling layak adalah dolah bodowi al tidori wal kamali iwal kebasi wa inna khairy minal pengkhianati fi kalimullah wan nar ri jahanam.

Dia paling banyak memalukan diri dari kata-kata yang memalukan, tindak tanduk yang menyusahkan negara dan keputusan yang flip flop, menghuru hara dan menjahanamkan negara.

Lain2 yang byk memalukan diri sendiri adalah antara kata-kata atau tindak tanduk:

menyaingi adalah anwar - baik kata2 atau pun tindak tanduk, dosa besar IMF 97/98 dan tali barut amerika, tetapi licek, putarbelit, orang pandai saja yg kesan. pengikut2 nya adalah parti kaldaian, pasal bodoh macam keldai. masaalahnya bukankerana masaah seks tetapi pasal tidak memilih

khairy - semua kebodohan dolah adalah jari jemarinya. cuma dia dilihat pandai dan pandai cakap. pasal dia muda, layak kasi pada anwar di nombor dua.

rahim tambi chik - mentadbir nombor 1 dan hebat membangunkan melaka, tapi adik selalu sangat bangun dan merenget bila tak dapat muntah kan susu, menyebabkan diri termalu. skrg dah tua, dah tak ada cerita. berjuang utk ekonomi org melayu melalui gabem

mat taib - steady sebagai mb selangor, sngor membangun tapi didapati tak tahu cakap english, terselamat kerana teknikaliti, tetapi conform tak boleh terangkan mana dapat duit dan dibuang kerana rasuah. dah baik2 pencen, di kasi jawatan. bkl trus memalukan. berpotensi utk menjadi anwar.

mat sabu - penceramah yg hebat, salah dari kata-kata yg sering kasar, tapi jasa besar orang pertama panggil anwar al juburi. Slack kerana ditangkap basah dan diselamatkan oleh nik aziz kerana mahkamah tak ada 4 saksi.

lim kit siang - bila cakap tak boleh kawal intonation and gopoh, maka selali dianggap sebagai nak gaduh. Anak dia cakap lagi steady. Spy lee kuan yew utama.

karpal singh - kaki gaduh mcm lim kit siang. injection pistol daging byk bahaya. skerang mungkin tak boleh guna.

hashim gera bapak secgen pkr, salahuddin hashim - ahli pas yg dibuang kerana berjoget pada tahun 60an

bunyamin - ada kata tdm tengok blue filem dgn cucu. org pas pun kata tak masuk akal.

hj hadi - digelar ghaffar baba pas tapi tindakan paling silap adalah mengkafirkan orang islam parti umno. hari ini dia bersekongkol dgn kafir harbi dap dan kata negara islam hanya istilah

chua soi lek - ditangkap sedang ek ek, tapi performance yg membanggakan mca batu pahat dan johor. layak kembali berkuasa ditampuk kepimpinan. MCA perlu seorang yg kuat!!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa azmin tiga serangkai ...

Tanpa Nama berkata...

Cicit Husin,


HEheheheheh....
Dollah, Dollh... kecik, kecik tak nak mampos, udah besar menyusahkan rakyat Malaysia pulak.

Ada MV-Augusta dijual stu euro, kalu jual unta macam husin pun lagi untung. Tak perlu ada konsultant dilantik untuk menjual MV-Augusta.

Tanpa Nama berkata...

Brader Husin..

Heheh...batu jemala kepala patik ke Batu Jemala di Kepala Patik...

Yang mana satu betul Husin.

PokLoh, macam Husin ada cakap dulu. Kalau dia tido jangan kejut dia nanti dia Marah. Kalu Dia Marah nanti Rakyat Kena Jual. Tak begitu Tuan Penasihat..10%? Jadi biarkan dia Tido tak bangkit bangkit lagi bagus...

Husin, kalau nak dakwe dia susahlah...pasal Dia TERtidur..bukanya sengaja dan dia mana ade niat nak tidur..

Wassalammmm

Tanpa Nama berkata...

Soalan : Apakah jasa UMNO kepada orang Melayu selama 5 tahun Pak Lah menjadi Presiden UMNO?

Bagi saya jawapannya amat mudah dan tidak memerlukan banyak masa atau usaha untuk dijawab. Bagi saya jasa Pak Lah yang amat besar sekali bagi orang Melayu khususnya dan UMNO umumnya ialah untuk memilih untuk tidak lagi menipu orang Melayu dan orang UMNO sepertimana orang Melayu dan orang UMNO ditipu oleh Presidennya Dr Mahathir selama 22 tahun.

Dr Mahathir telah mengunakan ketakutan dan tipu helah untuk menipu orang Melayu, permainannya yang paling keji adalah untuk menakutkan orang Melayu supaya mereka sentiasa bergantung kepada subsidi yang ditaburkan oleh kerajaan. beliau merupakan individu yang sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan perhubungan yang baik antara orang melayu dengan kaum lain dinegara ini. Maka pada hari ini orang Melayu tidak sedar yang pesaing sebenar mereka adalah warga negara lain di dunia ini dan bukannya warganegara sendiri.

Pak Lah telahpun memulakan proses untuk memerdekakan orang Melayu dan kaum lain dinegara ini dari sentiasa menunggu untuk subsidi, dan menipu diri sendiri tanpa menyedari apa yang sedang belaku didunia yang lebih luas.

Dr Mahathir merupakan individu yang bergantung kepada keputusan-keputusan Machevilian yang bertujuan untuk memerintah selama yang mungkin untuk keuntungan beliau dan keluargnya, Pak Lah tahu usia umurnya hanya membenarkan beliau memimpin dengan cara membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan negara Malaysia bukan seperti Dr Mahathir yang mula memerintah pada usia yang muda. Tujuan dan objektif memerintah antara Dr Mahathir dan Pak Lah amat berbeza. Cara dan sebab mereka menaiki takta juga amat berbeza, Dr Mahathir terpaksa mengunakan tipuhelah politik untuk berkuasa.

Walaupun Pak Lah terpaksa mengharungi berbagai cabaran, generasi yang akan datang akan memahami keputusan-keputusan perit yang terpaksa dibuat oleh Pak Lah untuk kesejahteraan negara. Orang Melayu tidak boleh dilindungi dari bersaing dengan dunia global, persediaan harus bermula dari sekarang.

Tanpa Nama berkata...

apa khabar semua!

suka lah dengan pak man telo punya comment.abis semua kena.haha.tp itu la manusia.mana ada yang sempurna.pasti ada baik buruknya. :)

gambar pak lah tertido?kenapa tak letak gambar pak lah sedang bekerja?.

saya rasa pak lah mesti ada buat explanation kepada DrM semasa mereka berjumpa dulu mengenai hal-hal ekonomi dan projek.tapi antara DrM puas hati atau tidak dengan penerangan tersebut.mereka berdua orang politik.pasti ada sesuatu antara mereka :)

tapi nak kata semua hal yang berlaku di negara ini semuanya angkara pak lah tak adil la jugak.orang-orang bawahan dia ni yang buat hal tapi dia jugak yang terkena.sebab?sebab dia pm yang sedang memerintah sekarang.

sekadar meminjam kata-kata ini "Bila sudah tak suka, macam-macamlah kata" :)

Tanpa Nama berkata...

Gambor ekau post tu kot diambil masa Dollah tengah tertutup mata ke time kamera snap. apa rahhh... Gambar pun kecoh ka :P

Berkenaan post amanpeace, itu satu explain yang bernas mengapa apa yang diutarakan Husin memang ak masuk akal dan main cakap pasar je.

Tanpa Nama berkata...

Lantak kamu la kalau nak benci sangat Dolah tu Husin.. yang pasti penghasut macam RPK dan pembohongan Anwar lebih besar dan lebih menakutkan.

Kalau aku diberi pilihan, seratus kali undi pun aku tetap pilih Dolah dari si Penipu Al-Juburi. Buat apa nak lari pada kekurangan sedia ada kepada masalah yang lebih besar?

Tanpa Nama berkata...

orang yang buat fitnah besar tu mingkin saje lah si RPK tu. Kena diingat juga, RPK tu orang pihak sape? Berjuang utk sape? Aku tak tau lah, tak nak buat fitnah, tambah dosa je hari jumaat ni.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dimarahi Paklah suka tidur. Mungkin itulah Allah nak dia buat supaya lebih kurang kerosakan dan bahana dia buat. Bayangkan kalau Paklah cergas dan tak tidur macam Tun, mau tak haru Malaysia dibuatnya.
Syukur pada Illahi kerana membuatkan Paklah tidur selalu. Semoga doa kami agar beliau terus tidur dan tak dibangunkan selama-lamanya termakmul. Amin

orangkampung berkata...

Sdr Husin Lempoyang,

Pak Lah tidur bukan sebarang tidur.
Tidur dia ada isi.

Pak Lah isi bukan sebarang isi.
Isi dia penuh dengan 'flip' n 'flop'.

Zzzzzzzz ......

Tanpa Nama berkata...

laaa...dia tertidur pon nak kecoh-kecoh.dia tu penat jadi tertidur la.ingat dia robot apa nak berjaga 24 jam.kalo dah ngantuk tu memang tak leh buat apa.patut kita pandang pada jasa dia jugak dan bukan semata-mata cari keburukan.

Bung Karno berkata...

Suruh Bushra lelong Paklah ni sebelum Malaysia kena lelong

Tanpa Nama berkata...

Orang sabah apa pasal bodoh bangau.

Loji gas berharga berbillion. Bukan boleh main mintak terus dapat.

Tak akan nak bina sampai dua di tempat yg berdekatan.

Lompat keluar dan tunggu dolah turun baru masuk balik lah!!!

Tapi biak pi la sabah ... ahli politik korup dan rakyat makan suap ...

Peliknya mereka semua nak salahkan semenanjung!!!!

ujangmuiz berkata...

Wow.
Amanpeace ko dah pikir masak2 ke apa yang ko cakap tentang Tun tu.
Ko ni ada buat kajian tak tentang Tun.
Ke ko ikut apa yang orang cakap, sogok kat ko?
Nilai ler ikut akal fikiran.
Husin! amanpeace ni patut kena jual.

Tanpa Nama berkata...

tau nk komen jer...try perintah negara, harus ada kroni gak