Isnin, Julai 28, 2008

Misteri Disebalik Tulisan Cacing Kerawit

Hari ini, bergema dunia politik dikecohkan dengan satu lagi pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa Saiful telah pergi ke Hospital Pusrawi untuk pemeriksaan doktor dan didapati tiada kesan sodomi. Baca seterusnya tulisan RPK di sini.

Buat masa ini, Husin tidak tahu nak kata kerana tak faham apa doktor tulis.

Inilah budak-budak pandai. Masa sekolah tulisan cantik, periksa nombor satu dan sopan sopian. Bila besar jadi doktor, tulisan macam cacing kerawit dan kerja periksa bahagian-bahagian rahsia orang.

Hebat RPK dapat baca tulisan doktor.

Husin mintak mereka-mereka yang mempunyai kebolehan luar tabii untuk tolong bacakan cacing kerawit yang tertulis di bahagian depan laporan.


Dan, orang lain yang luar tabii juga diminta tolong bacakan bahagian belakang laporan doktor ini.


Jika diterima laporan doktor, ia mungkin bermakna doktor tidak boleh lihat kesan-kesan. Kenalah guna teknik CSI dari Miami atau New York.

Ia mungkin bermakna Saiful tidak dirogol.

Mungkin juga perbuatan liwat itu tidaklah secara kasar yang Saiful katakan tetapi secara "slow and steady" yang tidak meninggalkan kesan.

Jika tidak berlaku rogol, adakah perbuatan liwat berlaku? Bukankah penerima atau pemberi dalam suatu perbuatan liwat yang "suka sama suka" itu salah?

Hmmm ... malas bincang lagilah. Biar yang pakar buat siasatan dan buktikan di mahkamah.

Lempoyang beritahu Husin. Pada umornya yang sudah banyak, tengok janda yang menggatal pun tak berapa nak ... pun. Inikan umor dah 62 tahun dan sakit pinggang pulak tu.

Manakala ada seorang Ketua Wanita UMNO beritahu Husin mati-matian tidak mempercayai laporan polis Saiful. Alasannya, budak ni muda. Mesti dia lagi kuat. Tapi dia kata, "Jangan-jangan Saiful yang ... tak?"

Malu Husin nak cakap panjang-panjang perkara macam ini dengan perempuan. Jawab Husin hanya entahlah Dato'. Anwar tak mahu diperiksa ditempat tu. Nak kata apa?

Sebenarnya Husin dah cakap dari hari itu. Kalau Anwar mengaku saja dari hari itu, kan senang. Tapi apa boleh buat. Adik beb. Perlu dipertahankan maruahnya. Dah tak ada pun, kena katakan ada.

Lantaklah. Ini urusan orang PKR dengan PKR. Biasalah mereka berkelahi sesama sendiri begini. Serupa Gwo Burne kena tumbuk Mior dan Yahya Saari dengan Khalid Ibrahim.

Janji Husin masih suka tengok janda yang lawa, tak kira tua atau muda. Wow!

P/S Jangan lupa sesiapa yang tahu baca cacing-cacing itu supaya letakkan dalam komen.

56 ulasan:

anakmalaysia berkata...

aduh... tgh pening2 begini ada pulak coretan cacing abang husin...

cacing tu cakap... kamu tak akan faham... hanya kami jer yang faham.

anyway... dollah & Rawna... sewaktu dengannya hopefully not our PM.

http://anakmalaysia81.blogspot.com/

Desperado berkata...

Salam Tuan Hussin...

Sama la dengan lawyer...walaupun tulisan lawyer lebih lawa, tapi ntah hapa-hapa bahasa yang digunakan, NAK FAHAM? kena la panggil encik lawyer tu...dah panggil, kena bayar consultation fees dulu....aiya!!! pandai buat duit maaa....

Che Do...kot ko terbaca komen aku nie...jgn marah...aaa

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul ada laporan macam tu buat lah laporan polis. Abis tu naper diam2 jer... RAgu2 betul la aku. Dok buat spekulasi macam tu, heboh2 paparkan kan kat blog2, nak buat apa... Nak saja buat tambah kecoh dan huru-harakan kan ketenteraman? Nak buat rakyat tambah meragui polis dan hospital? Pandai betul la depa nie wat benda-benda macam nie.
p/s: Husin, macam mana laporan kesihatan unta2 husin tu, dengar kena virus SepangmegaPKR? Ada butul ka??

ayor_lemuju berkata...

Husin, kita buat pelan2 supaya tak koyak ye?

Ok first2 yg kat muka depan tu.
1) Kependekan F/T bermaksud full time. Full time? Ok, meaningless.
2) Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
3) pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
4) pain in the anus when passing motion (for a week)
5) (tak boleh baca) is unstable
6) pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus
7) willing to do report

anak toyol berkata...

Apapun yg dikemukakan anwar dalam nk melepaskan diri,semua ikut pintu belakang.Wlupun suka masuk pintu belakang,coba cobalah belajar keluar ikut pintu depan...Baru gentle.

ayor_lemuju berkata...

yg didakwa 0 (zero) active bleeding, 0 ulcer or puss seen dan 0 tear seen. tu bukan zero tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk tiada ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

Diagnosis: TRO Assault (sodomise)
Rawatan: advise to go to the government hospital (plan to do police report)

Ini bermaksud doktor mengesahkan Saiful telah diliwat dan menggesa Saiful memohon Temporary Restraining Order (TRO), dengan mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan seterusnya membuat laporan polis.

Dipetik dari satu website:-
An employer may not discharge, discriminate, or retaliate against an employee who is a domestic violence/sexual assault survivor for taking time off to:
* Obtain/attempt to obtain any relief, including a TRO/RO/injunctive relief, to help insure the health, safety, or welfare of a survivor

ayor_lemuju berkata...

... dan itu tidak bermakna aku berkecenderungan luar tabii, tapi cuma nak menolong.

Sudah la Rawna, confirm dah!

Akak berkata...

Yang bahagian depan tui dia tulis:

"Eeee besarnya, mak terliur nyah!"

Yang belakang tu dia tulis:

"Mmmm geram.... mak suka nyahhh,
konpen kena!"

Stakat tu lah yg mampu baca... alau salah harap jolokkan, hik.

Tanpa Nama berkata...

part history:
tenesmus 1/52
not noticed any PR bleed
pain is .... when passing motion 1/52
no blood in stool
PR was alleged assaulted by .... plane into the anus -> willing to do report

P/R: no active bleeding
no ulcer or pus seen
no .... skin
no tear skin

Diagnosis: TRO assault (sodomise)
Rawatan: advise to go to gov. hospital (plan to do police report)

TRO=to rule out

Husin Lempoyang berkata...

Tuan doktor ayor_lemuju

Terima kasih kerana memberi tafsiran kepada cacing2 kerawit tu. Memang satu keupayaan luar tabii kerana tabiinya orang tak faham tulisan doktor.

Adakah tuan seorang pakar dalam criminology atau psychology?

Husin katakan psychology kerana kebolehan tuan bermakna tuan boleh memahami pemikiran kanak2 bawah 5 tahun dari coretan2 mereka di kertas dan dinding.

Itu kebolehan luar tabii ... opps maknanya luar biasa.

Husin nak tanya sedikit. Ayor lemuju tu apa tuan?

Mutakhir ini bila ada cerita ayor, sering dikaitkan dgn DNA dan macam2 merepek.

Lemuju tu bunyi pun skit macam pekan Lendu di Melaka. Husin pernah dikenakan kawan2 orang Melaka. Dikatakan Lendu tu kacukan lembu yang tak jadi.

Bila Husin tanya kacukan apa dengan apa? Dijawabnya lembu dengan sudu.

Siol ... ingat ya yalah tu.

Apa pun, lemuju ini juga bunyi macam menuju dan setuju. Seram sejuk tuan doktor, bila disebut ayor dan ada pula menuju atau setuju.

Apa pun, terima kasih tuan doktor. Sama2 kita mencari kebenaran disebalik satira.

Husin Lempoyang berkata...

Dr Anon 7:23

Terima kasih juga.

Pandangan tuan berlainan dari satu lagi tuan doktor.

Padan missi hospital balik kerja migraine. Pening nak faham tulisan doktor.

Azman berkata...

Terjemahan mana satu yang betul ni Tuan Husin? Sdr ayor lemuju yang betul ke atau terjemahan oleh sdr anonymous yang lagi satu tu?

Kalau terdapat dua jenis terjemahan yg bertentangan antara satu dgn yg lain, boleh migraine Hakim yg dengar kes ini nanti.

ayor_lemuju berkata...

Husin, lemuju ni sejenih rempah yang rupanya macam jintan, tapi ia halus dan hitam. Diguna untuk masak maruku, wade, masalode. Ayor lemuju ialah ramuan tradisional untuk menyejukkan badan dan menghilangkan sakit-sakit, macam air cap badak la jugak. Minum ayor lemuju otak jadi clear.

ayor_lemuju berkata...

Line yg saya tak dapat baca tu (thanks to anon) ialah o (obvserved) blood in stool. "o" bukan no, sebab kalau no dah tentu ditulis "no" seperti line "not noticed blood..."

Satu perkataan yang saya tak dapat pada awalnya ialah "plane(?)" sebenarnya plastic. Kemungkinan (dari perkataan Saiful sendiri) bontotnya dicucuk alat seks (dildo) kerana orang mencocoknya mempunyai adik yang sudah tidak kuat keupayaannya.

a-juburi berkata...

wah, disodok dgn dildo 8incikah? kalau dah guna dildo bukan lagi rape, tapi lover..hahah

p/s:si saiFOOL tu buat medical checkup kat pusrawi ka HKL?musykil....

anakmalaysia berkata...

Mr. Ayor lemujur...

aku pinjam penjelasan ko... nak masuk dalam blog. so kengkawan yang tak pandai baca tulisan cacing kerawit ni boleh jugak baca another side of story.

TQ

doktor tak jadi berkata...

kalau ikut pemahaman doktor tak jadi ni.. tu bukan zero atau kosong tapi lambang percentage... hihihi.. sebab biasalaa tgk doketor2 dok tulis lagu tu......lagipun.. kalau takde apa2 kenapa pulak disuruhnya buat pemeriksaan lanjut kat hospital kerajaan.. hmmm kenapa ekkk??????

MeetUncle Husin Lempoyang berkata...

Tuan Husin boleh baca terjemahan cacing kerawit kat sini:

http://www.suarakeadilan.com/sk/wp-content/uploads/saiful_report.png

modern youth berkata...

huyooo!banyak pulak sekarang kesangsian terhadap laporan tu.yang paling ketara sekali ialah tulisan doktor tersebut.memang sepatah haram pon aku tak faham.lagi satu term2 medical yang digunakan.memang tak faham la jugak.

hebat laa kalau rpk boleh faham 100% tulisan tu.

lagi satu,kalau takde apa kenapa disuruh pergi buat medical check up di general hospital?

Tanpa Nama berkata...

Hussin,

Apa apa pun kalau depa nak komen, biarlah keputusan dari HKL keluar dulu. Aku bukan nak hina sapa-sapa, tapi doktor Pusrawi tu dia tak buat atau tak berkemampuan nak buat penyiasatan menyeluruh sebab dia bukan doktor pakar. Sebab tu dia advise Saiful pegi ke hospital kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Engko macam biasa jek toron bontot unta kau pelan-pelan, supaya tak koyak. Tu pasal boleh tau teknik tuh

Ahmad Albab berkata...

Melihat keadaan PKR yg suka kelahi sesama sendiri, jangan hairan satu hari RPK dan DSAi liwat meliwati sesama sendiri di penjara.

Kaldaian kaldaian ...kah kah kah

azlan berkata...

Kelakarlah komen2 ni. Aku tak ni faham, tak berani nak mengurang dan nak menambah. Cuma yang layak bagi aku kahkahkahkahkah.....

Tanpa Nama berkata...

Husin...

Ana lagi pening...mana satu betul "0" atau "O".....kena makan panaD000l satu kali...hahahha..

Lagi senang jadi macam Usin jual unta dari jadi Doctor...

Hahhahahahhhah

hahahhaha berkata...

DOKTOR WUJUD
http://mmc.gov.my/v1/searchmmc/main_search.php?action=detail&id=8528

paka berkata...

siapa pernah tgk american history x. Cuba observe scene Edward Norton kena ehem dan trauma fizikal dia lepas tu dan bandingkan dengan cik Saiful kita.

Aku agak percaya dengan filem ni dan authenticity research diorang. Tapi conclusion sendiri sendiri la yek.

Tapi tak taula kalau diorang pakai KY jelly.

Tanpa Nama berkata...

Husin,

Aku ingat Dr ni suka buat presentation sebab dia suka pakai "o" bermaksud bullet point kot. Yang depa pandai pandai kata zero tu cuma nak kelirukan otak org. Nak belit kunon.

maz

suealeen berkata...

TRO = to rule out laaa

suealeen berkata...

takkan lawyer akan pening baca bilamana President dia sendiri dah buat Press Conference semalam... kita ni yang pening baca....

SitiNur berkata...

Kalau ditelitikan laporan tu memang ada yang mencurigakan. Berkenaan tulisan cacing kerawit tu biasalah, memang doktor tulisannya begitu tapi yang agak curiga tang "o". Setuju dengan pendapat beberapa orang di sini yang mempertikaikan kenapa tak guna "neg, no, -/ve"...dalam laporan.. Dan jika tiada perlakuan sodomi, kenapa mesti susulan lanjut di HKL? Curigakan?

Tanpa Nama berkata...

haaa tgk terer tak org Malaysia buat kesimpulan?

aku sendiri pun kagummmmmm

Tanpa Nama berkata...

heheh tanya sama itu hud hud...

kluangman berkata...

Adalah disahkan '0' atau 'o' itu bermaksud lubang juboq, cuma tak tau lubang juboq anwar ke, saiful ke atau doktor tu punya sendiri... ini kena tanya nurse yang merekodkan...

Satu lagi, Saiful ke rumah Najib, Anwar tahu dengan cepatnya, Saiful dapatkan rawatan PUSRAWI, Anwar dapat tahu jugak, apalagi selepas ini akan Anwar 'dedahkan' dan 'sidang akhbarkan'...macam ada talian hayat je satu demi satu..

Untyk Saint, kalau nak lebih pandai baca tulisan cacing kerawit, rajin rajinlah hantar unta masuk wad..

suka_aman berkata...

haaa...sapa-sapa yang nak baca ""the otherside of the medical report"" boleh lah ke link yang di bawah ni.banyak betul kemushkilan tentang laporan perubatan tu ek.

cek this out!
http://rights2write.wordpress.com/

PakTua berkata...

Tuan Husin,

Web http://kzso.blogspot.com/2008/07/laporan-hospital-pusrawi-boleh-bunuh.html ini mungkin boleh beri jawapan...

delara berkata...

Saya terpanggil untuk komen kerana macam-macam benda yang tak berapa betul ditulis oleh beberapa komentor-komentor di sini. Kang jadi ajaran sesat pulak. Oleh kerana ini nampak seperti lampiran pemeriksaan seperti dalam rekod perubatan pesakit (bukan medical report/laporan perubatan) biasanya begitulah ditulis oleh kebanyakan doktor. Semuanya adalah standard abbreviation yang digunapakai oleh pengamal perubatan. Kalau report atau laporan perubatan biasanya tidak menggunakan singkatan-singkatan tersebut. Maksud dan ayatnya jelas, cuma mungkin kena pakai medical dictionary untuk terma-terma perubatan. Dalam bahasa doktor, O tu betullah sama dengan tak ada, nil or none, so kalau O tu (biasanya ditulis kecik sikit macm superscript) diikuti dengan bleeding (°bleeding) maknanya tak adalah bleeding. PR tu per rectal atau pemeriksaan rektum atau dubur. TRO betullah to rule out...Kalau nampak NAD maknanya no abnormality detected. Itu adalah beberapa contoh sahaja. Dan menjadi kebiasaan juga terutama di mana kesnya memerlukan sudut pandangan lain (macam ini kalau betullah tujuan nak buat report polis kerana diliwat tapi doktor cakap tak ada kesan fizikal yang dapat menyokong report diliwat dalam masa yang terdekat kenalah cari doktor lain, mungkin yang ini kurang pakar yang lain lagi pakar ke...) untuk para doktor mencadangkan pesakit untuk mendapatkan pandangan/pemeriksaan kedua...

kz ahmad berkata...

agaknya masa doktor tu tengok juboq saiful dia terperanjat dan WOOOOOOOOO! ..... so dia tulislah O.

Pusrawi tu pun bukan tempat pakar. So dia suruhlah rujuk ke HKL...

WOOOO tu kan lebih kurang WOW!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ujangmuiz berkata...

Sin,

Posting ko yang ni kurang sikit ler satiranya.
Lain kali satira tu bagi lebih skit. Macam RPK yang over spin n twist tu.

Baru boleh laku unta - unta ko nanti. Tapi boleh tahan komen yang datang yek. Betul ler ko ni saudagar unta yang berjaya.

kluangman berkata...

Kalau doktot Pusrawi kata - tak ada sodomi, Anwar buat sidang akhbar minta polis hentikan siasatan keatasnya..konspirasi, menjerit dengan muka yang ganas..di akhiri dengan senyum kambing lapaq ayaq..

Kalau doktot Pusrawi kata - ada sodomi, Anwar buat sidang akhbar kecam doktor bodo, doktor kena upah, doktor bangla..macam macam lagi..konspirasi, menjerit dengan muka yang ganas, macam unta sakit perut...

La ni hampa nak jadi macam Anwar jugak ka..

* berkata...

Buletin Utama TV3 tadi kata 'polis akan ambil tindakan kepada bloger yang menyiarkan laporan perubatan kepada umum, kerana mengganggu siasatan'. Kepada abang-abang polisi, tugas anda amat dihargai. Tetapi kami rakyat Malaysia juga berhak tahu apa yang terjadi dalam negara yang kami cintai ini. Melalui blog, hotak kami lebih terbuka. Membaca akhbar B.H dan U.M hotak kami jadi berkarat. Memblog sebegini tidak langsung menggugat siasatan, bahkan boleh dijadikan panduan dan sandaran dalam mencari kebenaran.....lainlah kalau yang dicari 'kesalahan'...

Husin, kami sokong anda
Kalau anda ditangkap pak polisi kami akan derma sedikit seorang

8==o * (anua + syaifool)

lebih percaya ular berkata...

Ingat lah wahai SAUDARA ku Hishamuddin Rais,

Yang Kuat hanyalah Allah S.W.T,

Yang lemah itu kita,

Yang Bijak lagi Mengetahui itu Allah S.W.T,

Yang Tunggul Tunggul itu kita.....

Tanpa Nama berkata...

Sdr Hisamudin,

Sape lah kau nak komen tentang ketuanan melayu, umno dsb. apa pencapaian yang kau ada yang boleh dibanggakan utk melayakkan kau komen perkara2 tu semua.

Inilah masalah org seperti kau, berpijak diatas tunggul, berperangai seperti tunggul, bercakap seperti tunggul..sudah pastilah kau adalah "tunggul kayu" yang takde harganya untuk rakyat malaysia..

Sudah la bro,
Jgn buangkan masa rakyat malaysia dgn retorik dan perjuangan kau tu!!!!!!!!

Pakcik Din

anakmalaysia berkata...

SURVEY: JIKA PR MEMBENTUK KERAJAAN

http://anakmalaysia81.blogspot.com/2008/07/survey-jika-pr-membentuk-kerajaan.html

Laxmana berkata...

Salam abg Husin...

Pada pendapat saya, tulisan tu bukan macam 'cacing kerawit' je, malah tulisan tu dah hilang kredibilitinya untuk diiktiraf sebagai 'tulisan' pun...

Maybe dorg melukis kut...hehehe

(p/s: husin lempoyang dah jumpe, kene cari chief khadam la pulak)

org parit buntaq berkata...

pd aku, apa yg ditulis kat report tu bergantung pd apa yg hendak dilihat oleh pembacanya.

kalo dlm pkiran depa nk nmpk bhw saiful tu diliwat maka otak depa akan memfokus dan bersetuju report tu kata saiful diliwat.

begitu jugak sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Apa la bodo nya korang cerita pasal jubur.Cerita la pasal buah durian kaa.

Jubur dan dubur punya negara!!

* berkata...

Sekali betul da..brader kat atas ni cakap. Apa cerita jubur-jubur ni...geli geleman la. Rasa macam 'ada' je.....uuuuhhh maak!

Al Sontoti a/l Al Jubri

aerieff berkata...

Saya berminat untuk bertukar link dengan tuan punya blog. Jentayuabaka.blogspot.com turut membincangkan isu politik tanah air.tq

perak bangkit berkata...

har har har
kaki sembelit
har har
taik unta

Pagi tadi, aku pergi Hospital Kuala Kangsar. Hantar budak sekolah kena langgar motor. Tak dak la teruk sangat, cuma luka-luka sikit je. Lepas semuanya selesai, aku pun pegi kat Farmasi untuk ambil ubat. Tengok-tengok, Pak Nawi pun dok tunggu ubat.

"Sakit apa Pak Nawi? aku tegur dia.

"Kalau tau sakit, tak payah la aku jumpa dokor. Aku pun boleh cari ubat sendiri." jawab Pak Nawi.

"Dah jumpa doktor ke belum?"

"Jumpa pun macam tak jumpa. Tak paham apa dia cakap. Ingatkan, klinik swasta ni baguih. Doktor pun tak reti cakap melayu." balas Pak Nawi.

"Doktor India ke Cina?"

"Kalau tengok nama, orang melayu. Tapi tak reti cakap melayu. Nak kata Bangla, dia ni cerah sikit. Nak kata Gurka, gelap sikit."

"Habih...macam mana dia bagi tau, Pak Nawi sakit apa?" aku tanya.

"Nurse tolong terjemah...lepas tu dia tulis atas kertas. Ni hah... ada dia bagi kat aku." kata Pak Nawi sambil mengeluarkan sekeping kertas dari dalam poketnya.

"Ini nota doktor je... bukan laporan doktor.." aku bagi tau.

"Ia lah... aku pun tau.. " balas Pak Nawi.

"Ni...tenesmus 1/52 ni apa dia." Aku tanya kat Pak Nawi.

"Tak boleh berak seminggu. Makan pil Chee Kit Teck Aun tujuh peket pun tak jadi apa." jawab Pak Nawi.

"Tapi... yang doktor tulis ..not noticed any PR bleed pasai apa?"

"Tu pasai yang aku marah. Aku kata sakit perut, dia suruh telanjang...chcek punggong aku...buat apa? Dia nak tengok punggung aku berdarah atau tidak. Memang la tak ada."

"lagi dia tulis.. pain in the anus when passing motion. Pak Nawi ada bagi tau doktor tak kata sakit bila nak berak?" aku tanya kat Pak Nawi.

"Ada.. "

"Zero blood in stool. Tak ada darah dalam taik?"

"Taik tak keluar, macam mana nak ada darah?" Pak Nawi jawab balik.

"Doktor ni kata, Pak Nawi bagi tau kat dia, patient was alleged assaultedby introducing plastic into anus...wanting to do report. Sapa sodok pungkok Pak Nawi?" aku tanya.

"Mak Piah kamu le! Suruh jolok dengan aiskrim Malaysia. Sejuk....mana boleh keluar! Lepas tu dia gelak."

"Pak Nawi nak buat repot pasai apa?"

"Mesti la repot kat pegawai Istana. Macam mana aku nak kerja kalau perut memulas dua puluh empat jam!"

"O/E. colour is pink .. whoa.. pungkok Pak Nawi warna pink? ha..ha..ha.. macam Puteri Umno. kah..kah..kah"

"Kamu gelak la Mat... aku baling dengan bangku baru tau. Kita tengah sakit, dia nak berseloro."

"Sorry...sorry.. "

" P/R.. Per rectal examination. Tak ada pendarahan, tiada luka atau nanah, tiada koyak, tiada kecederaan... Semua OK Pak Nawi? tak ada masalah pun?" Aku tanya kat Pak Nawi.

"Memang la... aku sakit perut, bukan sakit jubur!! Kamu pun macam doktor..tak paham-paham." Pak Nawi macam nak marah.

"TRO assault.. To rule out assault (sodomy)... Pak Nawi ada bagi tau Pak Nawi kena liwat ke?" aku tanya.

"Dia yang tanya kat aku! Tak kan aku nak bagi tau, Mak Piah suruh jolok dengan aiskrim Malaysia"

"Advice to go to the government hospital. OOhhh. tu pasai dia suruh datang Hospital Kuala ni?"

"Buat rugi duit aku saja. Last-last dia suruh pergi hospital. Macam tu aku pun boleh jadi doktor." Geram nampaknya Pak Nawi.

"Doktor hospital kata apa" aku tanya.

"Lagi teruk!! Dia pulak tanya aku..."apa sakit?". Bila aku kata sakit perut, dia jawab, "OK...boleh ambil ubat"...langsung dia tak check."

"Mohamad Nawi bin Pandak Berahim....!!" Nama Pak Nawi kena panggil. Pak Nawi pun bangkit kekaunter ubat.

"yang ni ubat demam...makan tiga kali sehari. Yang putih ni antibiotic, makan tiga kali sehari juga." Tukang bagi ubat bagi kat Pak Nawi.

"Aku bukan demam!!" jerit Pak Nawi. Dicampaknya ubat tu kearah tukang bagi ubat. Tukang bagi ubat tersentak.

"Lebih baik aku balik cari daun keduduk dengan buah mengkudu." rungut Pak Nawi.

"Pak Nawi sakit perut pasai apa?" aku tanya kat Pak Nawi.

"Pasai tak boleh berak!"

"Pasai apa tak boleh berak?"

"Pasai kebebai"

"Kebebai tu apa dia?"

"Taik keras."

"Pasai apa taik keras?"

"Pasai makan buah larah. Bijinya aku telan sekali.." jawab Pak Nawi.

"Buah larah tu macam mana, Pak Nawi?"

"Buah tampoi la... kamu dengan doktor, nurse, tukang bagi ubat semua belajar tinggi-tinggi. Kamu semua belajar apa?

Husin Lempoyang berkata...

Ada kena delete, sori.

Undang2 rumah ini, kalau anak menantu cut and paste artikel sepenuh, bapa mertua jadi hakim dan akan buang.

Baguslah tu. Link sudah mencukupi. Itu namanya mengurangkan kesesakan lalu lintas. :)

ayor lemuju berkata...

Agak-agaknya dalam sehari dua ni ada orang yang nak kena panah petir. Maka tinggallah semua baghal-baghal tak bertuan. Ada peluang Husin jual baghal pulak!

Bard berkata...

Waawww....ana hadir dari forum yang sama tuan.....sekarang menuju ke tmpt baru yang dipanggil Husin lempoyang..wawww...masih ingat sama ana...Bard...jiran sebelah...waww...pasit ente ketawa.....

Lupakan...memangla tulisan doktor macam itu..ana punya bini doktorla..dia punya tulisan memang itu macam la....kalo ana baca...ana pun fening....kalo mau tau apa itu dia tulis..kena panggil doktor jugakla...nurse pun kira taula..farmasi punya orang pun tau...dia punya istilah memang berbeza...sama2 diaorang saja yang tau....sebagai contoh...Tinea....kita tau ka...saya tau la...sikit2 saja...

Di kertas itu..dia tulis nama ubat pun kita pening....mau kasi ubat apa utk dia punya patients la...masya'allah..dia punya istilah memang berbeza..macam bahasa yunani pun ada...ermmmm

Salaammmmmm

Tanpa Nama berkata...

Waawww....ana hadir dari forum yang sama tuan.....sekarang menuju ke tmpt baru yang dipanggil Husin lempoyang..wawww...masih ingat sama ana...Bard...jiran sebelah...waww...pasit ente ketawa.....

Lupakan...memangla tulisan doktor macam itu..ana punya bini doktorla..dia punya tulisan memang itu macam la....kalo ana baca...ana pun fening....kalo mau tau apa itu dia tulis..kena panggil doktor jugakla...nurse pun kira taula..farmasi punya orang pun tau...dia punya istilah memang berbeza...sama2 diaorang saja yang tau....sebagai contoh...Tinea....kita tau ka...saya tau la...sikit2 saja...

Di kertas itu..dia tulis nama ubat pun kita pening....mau kasi ubat apa utk dia punya patients la...masya'allah..dia punya istilah memang berbeza..macam bahasa yunani pun ada...ermmmm

Salaammmmmm

Tanpa Nama berkata...

I founded your post on other lang

פסיכומטרי
קורס פסיכומטרי
לימודי פסיכומטרי