Sabtu, Julai 26, 2008

Polisi Main Suka Mercedes Compressor


MB T'ganu Ahmad Said terorde 20 biji Mercedes Compressor. Alasannya repair yang terlalu tinggi untuk Proton Perdana. Betul ke tertinggi?

Polisi guna Proton itu polisi terbuat. Entah, terlupa kesusahan rakyat yang sedang menghadapi kesusahan akibat ekonomi yang tidak tumbuh dan kenaikkan harga minyak.

Alasan tak terambil dari Wang Ehsan boleh diterima ke? Kerana terguna wang kerajaan negeri tak mengapa.

Yang ter satu hal, yang benarkan satu hal pula?

Syarat untuk kegunaan dif-dif luar. Berapa dif-dif luar datang ke Terengganu? Yang datang cuma masa Monsoon Cup. Untuk siapa sebenarnya hendak guna?

Sekarang lain-lain negeri sudah tuntut untk pakai kereta lain. Percayalah, sekejap lagi ubah lah polisi. Macam ubah polisi AP.

Dalam bising-bising, siapa pula fikirkan mengenai Exco kena keluar duit untuk orde 20 biji Proton Perdana?

Apa sebab Dolah boleh benarkan?

Husin rasa Dolah takut nak buat keputusan.

Pasal Ahmad Said pernah melawan dan disokong Sultan. Sekarang ini, dia perlu sokongan masa hendak dekat pemilihan. Supaya kekal bertahan, sampai tahun 2010 peralihan.

Disamping itu, Ahmad Said kata kalau BPR nak siasat, dia suruh siasat sekali Piala Monsoon, Taman Tamadun Islam dan Pulau Duyong sekali.

Wow! Bila pucuk kepemimpinan Badawi, polisi main suka hati. Demi politik, semua ketepi. Rakyat Terengganu di jual tak henti-henti. Pasti ada baghal yang masih nak sokong lagi ...

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Ahmad Said dan exco2 nak pakai Compressor, apa Dolah nak buat?

Dolah macam kena ugut Ahmad Said. Takut dia sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Aku sokong MB Tegganung kite cabar BPR siasat monsoon cup,projek pulau duyung dan taman tamadun islam. Semua org tahu projek tu dikendalikan oleh kunco orang paling berkuasa di bumi malaysia skrg. Nak ke BPR siasat? Apa dah jadi dengan kes anak IGP kena tangkap kes jadi org tengah jual lot pasar ramadhan DBKL 2-3 tahun lepas? Aku mungkin ketinggalan keretapi tapi sapa2 tau tolong bagi tau sat, masa budak tu kena tangkap katanya ada marked money. KP BPR masa tu adalah seorng pegawai kanan polis kan?

Aku sanggup basuh pungkoq Mb Tegganung kalau dia boleh membuat keputusan supaya semua bahagian di Teganung kite tak calon AAB jadi presiden dalam pemilihan yang akan datang hehehehe

anakmalaysia berkata...

Bang Husin,

Saya pun agak Dollah nak sokongan Terengganu. Tu pasal dia benarkan.

Tanpa Nama berkata...

Bang Husin cadangkan lah polisi MB and Exco pakai unta je la. Bagus untuk long distance compared to Perdana.

pkmhr berkata...

sin, aku sokong cdangan guna unta tu.. Sep bajet, sep minyak, cuma bekal air dan rumput je..servis pun x ler teruk sangat, cuma letakkat unta betina je utk diserviskan, e2 pun 2minggu sekali je..

sumpittsauber berkata...

biar rakyat pape asal pemimpin bergaye... moto BN sekarang nih!!

Zubli Zainordin berkata...

Ini baghu Mechedih, kalau cawan monsoon, ada pucuk yang bakal mati dibuatnya.

Tanpa Nama berkata...

Projek Tamadun yang pakei barang tak bermutu dan finishing kelas 3 patut didisasat oleh BPR.

Tidur ke..

Tanpa Nama berkata...

Dolak Dalek Dolah

Tanpa Nama berkata...

Husin Lempoyang, penarik beca tanya engkau, apa nama parti kita?

Tanpa Nama berkata...

Terengganu Exco member drives New Merc to Flora Fest in Johor Baru

JOHOR BAHARU, July 27 - A Terengganu state executive councillor arrived to attend the Flora Fest 2008 yesterday in one of the new Mercedes Benz cars the Terengganu government had bought to replace its fleet of Proton Perdana V6 Executive official cars.

Datuk Za'abar Mohd Adib, Chairman of the State Tourism and Culture, Arts and Heritage Committee, was questioned by reporters on the use of the car which, along with the other 13 Mercedes Benz cars, was to be used only for guests of the Terengganu government.

"I feel the issue has been overblown," he said, adding that he would leave the matter to Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said to make a decision.

He said the issue would be discussed at the next meeting of the state executive council.
Za'abar had used the Mercedes car for the first time last Wednesday when he came to Kuala Lumpur to attend a meeting of the Terengganu state executive council held in the federal capital.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had said yesterday that Terengganu could keep the Mercedes Benz E200 Kompressor cars it had bought for RM3.43 million but use them only for guests of the state government.

The Terengganu government had bought the Mercedes Benz cars to replace the Proton Perdana V6 Executive cars which it said were too costly to maintain. - Bernama

Apa Dolah nak buat sekarang? Ini serupa Ahmad Said cabar. Dia buat deek saja ...

Kalau tak boleh control MB, makna dia orang tak respect. Turunlah Dolah ...

Husin Lempoyang berkata...

Penarik beca,

PAS-EMBAR boleh? Macam PAS dan Pekembar?

Bunyi macam Pasembor .... orang Penang. Hj Fuad yg mengetaui kumpulan keluar UMNO bukak PAs pun dari Penang.

Anwar pun boleh masuk ....

ayor_lemuju berkata...

Nik Aziz kata parti baru tu biarlah berteraskan Islam, bangsa tak kira Melayu ke apa ke, janji Islam.

UMNO dah buat dulu dah. Dalam UMNO mamak ada, serani ada, cina muaalap pun ada. Tapi PAS, semua ahli Melayu kot, tolak Mat Sabu.

Zubli Zainordin berkata...

PASEMBAR menarik. Ada juga terdengar PASUMNO.

Zubli Zainordin berkata...

Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, dan Ahmad Said, masing-masing mengatakan isu Mechedih telah selesai. Masing-masing kenyit mata. Ertinya barangkali, kita kata ini semua untuk foreign dignitaries, tapi yang sebenar pakai siapa tahu? Rupanya wartawan sudah tawan gambar penggunanya. Tengoklah nanti macam-macam kepelikan akan berlaku lagi...

Tanpa Nama berkata...

aisey tuan maulana hussin itu bedolah serupa unta patah kaki orang terengganu panggil DOK ROK CETONG jangan nak pakai mecedith kalau mat said nak tinggal sebilik kat seri perdana pun dia kasi janji terengganu sokong setengah penggal lagi,, itu la bodoh bahagian2 UMNO masih lagi nak sokong si lembek, badawi arab jaga unte badawi malaysia dok jaga anak menantu. BAGHAL BETUL...

Tanpa Nama berkata...

AMENOPIS = ANGKATAN MELAYU MONOPOLI ISLAM SEMALAYSIA

lawak.....
lawak.....

hee.. hee...
boleh tahan juga maksudnya.....

lebih percaya ular berkata...

Tengok gambar macam Merc S300 bukan nya Kompressor kawan konpius.

Ini mesti mintak gambar ngan Hishamuddin Rais.

Tuan Husin,
sekarang ni kerjaya dia adalah Promoter `carburater dung' bukan lagi Bikin Filem.

zainal mokhtar berkata...

MB Terengganu baru nak rasa pakai Mercedes, apa salahnya. Kuasa pembelian kuasa dia, CEO Terengganu. Apa sangatlah, kerja siang malam, bukan nak berumahtangga dalam kereta, buat syarat untuk kegunaan resmi, dah lah. Berapa harganya ? 3-4 juta, pakai sampai 2 penggal (katalah 9 tahun) jadi berapa RM sehari ? Cuba kira Execitive Jet yang Dollah Badawi beli, berapa juta, berapa kali pakai sebulan, berapa kos maintainence nya. Yang satu bolih, satu lagi tak bolih. Polisi apa ini ?

Jamal Pak Tongkol berkata...

zainal mokhtar

bunyi mcm lagu shima teringin

sesekali ku rasa teringin ...

kluangman berkata...

Cadangan menggunakan merc atau bmw sekalipun jika untuk kepentingan rakyat, apa salahnya..

Jika terlalu berjiwa rakyat, umpamanya membeli unta sebagai kenderaan resmi, tentulah tidak kena pada tempat dan masanya, rakyat memerlukan perkhidmatan yang cepat dan berkesan..

Mama Za berkata...

Keta Merc tu nanti driver diorang guna untuk hantar anak2 pi sekolah. Kan ke jimat tu, takde lah susah2 nak tanggung duit minyak/tambang bas sekolah anak. Kalau bini nak pi shopping pun bleh jugak, nak bawak amah pi pasar pun oke... hik.

Berita dari gunung berkata...

Sdr Husin Lempoyang,

Apa salahnya Ahmad Said dan exco Terengganu pakai compressor. Ramai lagi orang lain pakai. Di lebuhraya bersusun kereta mewah.

Hidup manusia memang berkasta-kasta. Orang berbelanja ikut kemampuan. Yang mampu motosikal, puas berjalan tanpa tol. Yang lebih sikit akan berkereta dan merungut dengan tol dan harga petrol. Ada juga ada private jet kesana kemari, dan mereka tak peduli berapa harga minyak.

Terengganu lebih kaya dari kebanyakan negeri lain. Tidak salah untuk mereka bermewah sikit. Compressor bukanlah terlalu mahal pun. Kalaupun ada peraturan kerajaan menghadkan pembelian kepada Perdana saja, itupun boleh diubah dan disisip pengecualian.

Bukankah kita sudah biasa dengan keputusan yang berubah-ubah dalam era Abdullah Ahmad Badawi.

Kalaupun compressor Terengganu kelihatan pelik dan mewah, tetapi ianya kecil berbanding dengan isu ECM-Libra, isu lelong Augusta, isu Serambi Hadhari dan isu Monsoon Cup.

Sekali kita bermewah, biarlah kita bersedia juga membenarkan orang lain bermewah. Sekurang-kurangnya Ahmad Said telah meletakkan justifikasi. Beliau melihat kos beli dan senggara sekaligus. Nah, itu justifikasi hebat!

Apa justifikasi ECM-Libra tempuh hari?. Shahrir Samad yang terkenal sangat "terbuka", tiba-tiba "menutup" kes ECM-Libra dengan senyum kelat dan Shahrir enggan membuka mulut luasnya.

Ahmad Said hanya gunakan apa yang sering disebut oleh Perdana Menteri "thinking out of the box". Ahmad Said melihat kesan jangka panjang.

Kalau kerajaan bersedia mengheret poket negara berpuluh tahun kedepan dengan komitmen beratus billion ringgit untuk meneroka Koridor, izinkan Ahmad Said bergerak seiring.

Terima kasih.

Husin Lempoyang berkata...

Para pembaca

Pada Husin, sepatutnya kita rakyat Malaysia perlu ada sifat patriotik terhadap barangan buatan Malaysia.

Masa Husin pergi Jepun dahulu, Husin lihat semua kenderaan rasmi kerajaan atau sykt pakai kereta kerajaan. Yg pakai kereta buatan amerika, hanya gangster2 Yakuza yang jari kena potong sendiri.

Sifat patriotisma ini harus dimiliki oleh setiap individu Malaysia. Patriotisma harus diberi nilai dan penekanan yang lebih tinggi dari pragmatism, komersialisma dan apa2 isma, selain dari zain isma.

Sebagai negeri yang mendapat sedikit sebanyak manafaat dari program industeri berat, terengganu patut menunjukkan sokongan moral terhadap kereta nasional.

It bab patriotisma.

Bab Ahmad Said kenakan Dolah pasal Wang Ehsan dan suruh BPR siasat juga Monsoon Cup, TTI, Monsoon Cup, dll, Husin sokong ...

Husin tahu Ahmad Said ni memang gedebe besar di Terengganu. Dalam gedebe tu ada lebih.

Masak kau Dolah.