
Semalam kita dapat mendengar calun-calun Ketua Pemuda UMNO diinterbiu oleh seorang pengacara, Dr Agus Salim. Ramailah memberi pandangan mengenai 'debat' itu. Dalam masing-masing memberi pendapat, adakah terfikir jawatan yang ditanding hanya Ketua Pemuda UMNO?
Sorang pun bukan Menteri untuk usahakan benda besar yang dibincang. Bercerita seolah 'orang muda'
bertanding President UMNO. Seolah-olah
orang muda itu segala-galanya. Yang taksub jangan cakap, memuja macam
demigod (penjelamaan tuhan).
Itu bab 'orang muda' bunyi bijaksana macam 'orang tua'. Ana ada cerita mengenai orang tua bunyi macam ... 'orang muda',
gut?
Al kisahnya ada seorang Tan Sri yang sekarang calun Timbalan Presiden UMNO menjemput kawan-kawan makan malam untuk bincang-bincang
pow wow dan dengar timbal balas. Semua yang datang duduk di sebuah meja dengan Tan Sri ini. Lepas makan dan minum kopi dan desert. mereka bincang.
Seorang demi seorang memberi buah fikiran tentang hasrat Tan Sri ini untuk bertanding Timbalan President UMNO. Ada memberi pendapat mengenai prospek kemenangan, persimpangan kerjaya politik, dan taktik kempen.
Semua berbincang dengan nada membodek untuk memuji, menyokong dan menyetuju. Setuju, prospek Tan Sri baik. Kena berusaha saja.
Setuju, Tan Sri saja berupaya membawa agenda ini dan itu. Si polan tu tak boleh harap. Dia ada kes ini dan itu. Tan Sri tak ada.
Setuju, Tan Sri akan diterima kerana banyak jasa semasa menjadi MB dahulu. Orang akan tetap ingati.
Setuju, jangan risau cerita-cerita lama. Orang dah lupa.
Ah, bawak-bawak lari tu cerita lama. Itu biasa orang jantan.
Pendik kata, keliling meja semua setuju Tan Sri patut bertanding. Apa yang masing-masing harapkan dari Tan Sri untuk bertanding,
wallahu alam. Pendikkata, semua setuju melainkan ada satu orang lama sebelah Tan Sri yang diam mendengar dan memerhati gelagak masing-masing.
Tan Sri menyedari kesunyiannya lalu bertanya pendapatnya.
"Saya tak ada pendapat Tan Sri. Tapi saya ada beberapa soalan-soalan. Lepas itu baru saya boleh membuat perkiraan saya samada setuju atau tidak setuju Tan Sri bertanding."
Tan Sri minta dia teruskan.
"Soalan saya Tan Sri, apakah pembaharuan-pembaharuan yang dirancang dan dilakukan oleh UMNO untuk mengambil hati rakyat yang terluka?
Tan Sri mengangguk-angguk kepala dan minta diteruskan soalan.
"Kedua, apakah rancangan-rancangan yang UMNO perlu lakukan untuk memulih dan memperkasakan semangat serta komitmen ahli-ahli kepada perjuangan UMNO?
Tan Sri mendengar mengangguk.
"Ketiga, adakah Nasionalis Melayu masih releven dalam persepektif politik baru yang dicanangkan oleh pembangkang?
Tan Sri bertambah syok dengan soalan-soalan dan memandang terus kepada pembicara.
"Keempat, kompromi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kepada sosial kontrak dan hak keistimewaan orang Melayu diterima oleh pengundi bukan Melayu. Adakah kita tawaran yang lebih baik?
Semua di meja ikut memberi perhatian dan memgikut-ikut Tan Sri mengangguk
"Kelima, apakah dunia politik baru yang boleh UMNO bina untuk lebih menarik dari politik keterbukaan dan liberalisasi yang dituntuti oleh pengundi-pengundi sekarang?
"Keenam, perkara pokok untuk satu calun itu adalah soal integriti dan persepsi kepada pandangan masyarakat dan pengundi. Bagai ... "
Belum orang itu habiskan soalan, Tan Sri cepat-cepat memotong, "Bagus ... bagus soalan kamu.
Emm ... saya setuju lah ... "
Setuju? Setuju dengan soalan? Mana pendapat
la ...
Ya Sheikh! ... Inikah calun Timbalan Presiden
ente?
Wow! Ana Sheikh Unta, ada sikit untung jual orang.
* Terima kasih kepada seorang Dato yang tidak boleh diberitahu namanya. Kemaskini 8:30 AM.