Isnin, Februari 23, 2009

Pelbagai kisah lembu


Besar terpampang ana lihat akhbar Sinar Harian memberi suara Anwar mempertahankan Khalid Ibrahim berkenaan isu rasuah lembu. Maka hari ini, ana mahu cerita pasal lembu.

Mengingatkan kembali cerita peristiwa Nabi Allah Musa, semasa Musa naik ke bukit untuk menerima perintah firman tuhan, ia memakan masa dan kaumnya yang tak sabar telah ditiu helah oleh seorang yang lain. Mereka telah memberi barang kemas emas mereka dan dilebur menjadi sebuah patung lembu emas untuk disembah. Lembu itu disembah macam tuhan.

Bagi orang Hindu, lembu dianggap binatang suci. Ana kurang fahami teologi Hindu tapi ana anggap ia suatu penghormatan kepada binatang yang banyak gunanya kepada masyarakat Hindu India. Mana tak, Lembu mengeluarkan susu untuk diminum dan dijadikan makanan. Ia juga menjadi bintang bebanan untuk menarik kereta, membajak tanah, dan pelbagai macam kerja. Hinggakan taik lembu dijadikan sumber gas methane untuk dijadikan bahanapi di dapur.

Dalam usaha Khalid Ibrahim untuk menjaga tiga kawasan - Parlimen Bandar Tun Abdul Razak, DUN Ijok, dan Menteri Besar Selangor - dia telah menyumbang sebanyak 46 ekor lembu untuk korban Adil Adha. Rupanya Khalid mengikut-ikut Dolah dan lembu DiGi. Cuma silapnya Khalid, kerja sedekah yang amalan suci itu tercemar kerana SPRM kata ada kes.

Muncullah Brader Anwar Bin Ibrahim mempertahankan Khalid dan menuduh SPRM macam-macam. Apalah sangat lembu berbanding dengan berjuta-juta yang dituduh telah disapu. Amalan suci membabitkan lembu oleh Khalid itu tidak apa-apa. Dari cuba menyucikan amalan Khalid, Anwar telah menjadikan dirinya dan parti perjuangannya lembu suci yang ... tidak boleh ditegur dan tidak boleh dilarang. Nona nona Elizabeth Wong.

Hai Brader, kalau harga lembu RM1,500 seekor, 46 ekor itu RM69,000. Bukan sedikit jumlahnya. Khalid pula kata dia tak pakai kereta kerajaan tetapi pakai Lexus sebagai kereta rasmi. Ada pula tuduh SPRM yang mereka sokong diketuai oleh seorang yang anak ada masaalah. Salah anak, hukum bapak? Berbelit rasional masing-masing ini macam ekor lembu.

Dalam pada itu, Nik Aziz pula mempersoalkan tindakan Ibrahim Ali mengaruk menghempas songkok di Parlimen tempoh hari mempertahankan Raja. Takiyuddin, gedebe sebelah PAS, yang mula mempersoalkan Berahe. Mula-mula Tok Guru ghoyak, "Tokse tokse ..." Tokse tu tok mahu kecek la. Akhirnya disebut di TV pulo, "Tokle bebas sesuka gitu, kena ada ikate. Lembu pun ade tali. ... " Sudoh, Tok Guru nak buak Brahim Ali lembu tambate pulok?

Lembu lembu ... dari disembah menjadi tuhan, dihormati sebagai suci, menderma amalan suci, mahkan diri taraf kesucian mu, berbelit seperti ekor mu, dan yang bebas dijadikan mu.

Wow! Masih lagi untung jual orang dari jual unta.

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SIN.. ada peribahasa bodoh macam lembu... boleh komen?

Tanpa Nama berkata...

masa karpal singh kecik2, semua lembu2 ini dia boleh kasi jaga.

Tanpa Nama berkata...

Best baca blog Sin ni..mcm2 ada..lembu..gajah..unta..hehehe..wow!

Cucu Tok Selampit berkata...

Tuan Husin,

Memang tak salah kalau korban lembu ka unta ka kat orang miskin. Masalahnya yang Khalid ni pergi ambik harta rakyat Selangor, bagi makan dekat orang Wilayah di buat apa. Kawasan parlimen sendiri pulak tu. Lembu ... lembu dua tiga bulan ni dia lebih popular dari Mawi.

Admin berkata...

Jual unta la sin...jual lembu payah bebenor nak kira...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

nizar pun dah lebih kurang macam lembu jujak...lembu cucuk hidung.

Tanpa Nama berkata...

sekarang baru Pakatan Rakyat sedar bahawa lebih mudah bila jadi pembangkang... lepas ni pakat2 jadik vegetarian le pulak..

Tanpa Nama berkata...

Saja aja anwar guna 46 lembu, Nak dapatkan simpati semangat 46 ke?

Baby semangat

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni usin buwat cerita kerbau pulak aa.. Kerbau pendik maaanyak sidap...

------------------------
Yap Kim Hock

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Pemuda Pelapis berkata...

Kalau Hindu bertuhankan lembu, PAS pun ada tuhan sendiri jugak. Kata anak jiran teman (budak darjah 2)...

NI DIA TUHAN ORANG PAS

Tuhan dia kena usik semua orang mengamuk tapi sayang yang melenting sakan tu semuanya baghal macam lembu jugak.

Dah kata kalau nak komen tolong letak nama tapi bacul guna Anonymous. Ni semua geng-geng baling batu sorok tangan.

Apa pun sampai kiamat teman tetap jijik dengan orang-orang PAS yang munafik. Sikit-sikit guna Al-Quran dan Hadis nak tegakkan benang basah. Cehh!!!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

ana rasa lempoyang ni tak perasan yang bini dia masak kerabu perut lembu tapi masak sekali dengan taik lembu tu. macam org kata lah kalu banyak makan bilis dengan taik otak bebal. tapi ana tak tuduh lempoyang bebal. ana takut nanti lempoyang sula bontot ana sampai dalam perut. tapi ana rasa lempoyang bebal dalam politik bulan. lempoyang ukur baju pakai dacing, ukur tinggi pakai dacing, ukur PPSMI pakai dacing, ukur juara PRU pakai dacing, ukur ekonomi gawat pakai dacing, rangcang labu lcct pakai dacing jugak. itu yang ana tak paham. kalau lempoyang jual daging unta boleh la pakai dacing...wow lempoyang punya taik unta jual pakai apa da.......

riot

PARPUKARI berkata...

NI DIA PERANGAI ORANG2 FUCKATAN RIOT, ANWAR BIKIN KECOH ISU NI, SUPAYA COVER CERITA PASAL SEX BEBAS...DAN ISU DIA SENDIRI...

ANWAR...ANWAR...MEMANG BELAKANG MARI LA LU BRADER....

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Kegawatan ekonomi akan berakhir dalam sekelip mata...

http://www.youtube.com/watch?v=D6LObzdqM1s

Dari,
Penjaga Lembu dan Unta

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Ahmad Said akan ditangkap oleh Polis tak lama lagi......

36 laporan polis terhadap Ahmad Said

http://www.malaysiakini.com/news/98910

Dari,
Perasuah Polis

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Rakyat Selangor tak dapat air free....mungkin bil air naik bulan depan.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=391756

http://beritadarigunung.blogspot.com/2009/02/selangor-with-malaysiakini-syabas-says.html

Dari,
Saya nak AIR FREEEE!!!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Quantum Metal Consultant berkata...

Belum pernah mana mana Menteri Besar di dunia ini masuk penjara kerana lembu.

Jika lembu dikorbankan guna duit rakyat tentulah bukan Khalid yang dapat berkat.

Mohammad Roslan berkata...

Salam,
Husin dah lupa CAP KEPALA LEMBU (PSRM) tu sekarang duk kat mana?.Kalau bukan di PKR mana lagi ya?.Jadi Lembu memang kesayangan depa noo!!!

pakbelalang berkata...

Macam-macam cerita hal binatang di Selangor.

Tak lama dulu cerita pasal babi. Sekarang cerita pasal lembu.
Tapi yang terbaru dan best sekali ialah cerita pasal gambar "KODOK"

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mussolini berkata...

sin,

apa bezanya lembu khalid gagap dengan lembu digi dollah hadhari? masing2 guna duit dari poket orang lain nak bersedekah

aku ingat SPRM kena siasat jugak dolah neh hehehe

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Usin,

Brader Anwar ni kalao orang lain buat apa pun semua salah.

Tapi kalao dia atau orang dia yang buat, yang salah tetap juga orang lain dan dia juga yang betul

Baru jadi pembangkang dah setat membelit, belum lagi jadi PM.

Bersih kunun...muah ha ha

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Nampaknya semua sudah lupa pasal Masjid Kristal, Moonsoon Cup, Atlantuya, Natang, Correct correct correct, 500 juta komisen submarine, Black eye, Kugan, Pangkor dan lain lain.

Dari,
Penulis Sejarah

Tanpa Nama berkata...

hehe..byk bezanye lembu yg khir toyo bg ngn kha..kha.liiddd bg.

Kir toyo bg lembu kat dlm DUN selangor pkai duit kerajaan negeri.

Yg si kha..kha..liidd tu amik duit PKNS tp pergi agih kat dlm Parlimen Bndr Tun Razak (K.L). Apa kejadahnye amik duit Selangor tp bg kat KL. Ada conflict interest kat sini.

Hehe..Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I) udah2 ler tu. kes hang nak masuk mahkamah tak lama lagi. hang dh prepare..? jgn nak drag lagi ek..?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
tidurrena berkata...

Sin.. Ada juga lembu yang baca blog you tak faham faham apa yang orang tulis... terror la you SIN.

Quantum Metal Consultant berkata...

Kalaupun Khalid didakwa di mahkamah - sukar untuk membuktikan dia bersalah kerana dia ada ramai loyar, sivarasa, ikan tiga rasa dan lain lain - dan yang penting lembu lembu yang patut menjadi saksi dah tak ada lagi..

Unknown berkata...

Salam:-

Kenapa kulit lembu ketat, kulit kerbau menggelebih?Jawabnya mereka dalam tergesa2 tersalah sarung kulit selepas mandi telanjang. Si kerbau ambik lembu punya dan si lembu terambik kerbau punya.

Memang kes nyianya bila telanjang.

Tanpa Nama berkata...

Lembu dan 500 juta komisen....Anak MACC suka tengok porno kanak kanak. Report polis sudah dibuat, tunggu masa tangkap anak MACC tu. Atlantuya mati dibomkan C4....ini la manusia syaitan di bumi Malaysia ni, tapi orang bising pasal lembu. Memang tunggu masa orang sebegini masuk neraka. Yang si Toyol pun satu, nama dah Toyol....memang dari neraka pun suka memfitnah dan buat muka plastic macam michael jackson, nak jadi orang putih. Agaknya dia takut gelap kot?

Dari,
Mike Tyson I don't speak english

Goh Wei Liang berkata...

Anwar ni pandai. Kata "They rob your money. They take your land. They steal contracts. But when we give cows to the poor, they want to charge us."

Khalid juga kata dia tak pernah "order" lembu dan tak pernah lihat pun lembu lembu tu.

Tapi hairan. Duit Kerajaan beli lembu dan dihantar terus ke Bandar Tun Razak sahaja.

Apakah tidak ada kampung Melayu lain di Selangor yang miskin tetapi hanya di Bandar Tun Razak?

Kebetulan, Bandar Tun Razak diwakili oleh Khalid Ibrahim.

Dulu dah ada sekali isu dengan Yahya Sahri di Selangor.

Mungkinkah ada pemimpin PKR sendiri yang ingin menjatuhkan Khalid Ibrahim?

Tanpa Nama berkata...

On my personal view Selangor MB is very good person..I'm not try to be bias to any party..Why I say so because even he not a MB before, he has done many good act and charity..He donate to Mosque near his house every Friday..No one realize until they ask 'Who treat people on the Jumaat'..I not agree and wonder why people blame him bride with those cows..My father was a former state assemblyman, and he was in BN..He tell me a lot of story behind some people act..My father was an Ustaz an can stand only 2 term..and then resign because our politic environment is not healthy..

Peace

Tanpa Nama berkata...

Syaitan berkulit manusia....atau suka pakai topeng plastic. Tengok la hipokrit ni, orang yang suka tukar muka tapi berhati jin. Siapa yang suka makan tempe? Dia yang terasa....

Makan Tempe

Mussolini berkata...

jin? bab ji ni selalunya haron din air jampi tu laa

hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Sin...

Ko ni makin lama makin megarut...nanti aku amik gambar ko bolen baru ko tahu..

Dr Zambrie

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PKMPL berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
dohwie berkata...

ada jugak PKR fans Club meninggalkan memoir mereka di sini. yang mengherankan selama ini berbuak-buak air liur mereka mengutuk kerajaan, tapi bila diberi peluang memerintah, benda yang sama mereka lakukan. perlu diingatkan, kuantiti bukan ukuran tapi kejahatan yang sama mereka lakukan. itu baru setahun jagung ! kalaulah diberi peluang untuk 50 tahun, entah apa yang tinggal, tahi lembu pun rasanya tak tertinggal !

PKMPL berkata...

salah tetap salah!

waLAU SATU RINGGIT!!!!!!!!!!

HeroTamil berkata...

Ye lah la nie banyak sangat kisah Lembu..

Lembu khlaid satu hal...
Jangan lupa juga lembu ngeh..
yang tidur atas jalan tu!!

Husin Lempoyang berkata...

Apalah susah sangat nak guna nic?

Tanpa Nama berkata...

Probably the coming spring is the right time to improve your se xual health? Try it out!

[URL=http://infetryux.com][IMG]http://img715.imageshack.us/img715/6635/cialissuper.jpg[/IMG][/URL]

[url=http://infetryux.com]Cialis Professional[/url]

The price low, because you do not need to pay for the trade mark.