Isnin, Mac 16, 2009

Minggu yang penuh debaran

Macam-macam akan berlaku minggu ini.

Dab dub dab dub ... macam Magistret Labi mahu berjumpa seniwati Sareemah.

Siapa mahu fitnah? Siapa mahu kempen last minute? Siapa kena bom? Siapa hantar bom?

Siapa mahu naik? Siapa mahu turun? Siapa dapat jawatan? Siapa hilang jawatan? Siapa tak dapat jawatan?

Siapa mahu demonstrasi jalanan? Siapa mahu berhimpun? Siapa mahu berseminar?

Siapa mahu desak? Siapa mahu tuntut? Siapa mahu buat tekanan terhadap kerajaan?

Jangan lupa tanya apa disebalik satu-satu acara. Usah dilihat yang zahir saja.

Semuanya minggu ini.

Siapa mahu dapat kuasa? Siapa mahu hilang kuasa?

Adakah ada sidang media oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO hari ini? Katanya ada surat-surat sudah dikeluarkan. Ada pula kata ada surat kena tahan.

Ada kata samada besok atau lusa ada mesyuarat Majlis tertinggi UMNO tergempar. Katanya isu pasal kes-kes rasuah di mahkamah. MSO kata lebih panas dari itu.

Janji lepas 15hb, akan dibuat keputusan mengenai Eli Wong, samada diterima atau tidak perletakkan jawatan beliau. Katanya Khalid nak kekalkan. Selalu pakai baju oren yang banyak ong tu, Sahak.

Sekarang ini pun sibuk-sibuk pasal macam-macam konspirasi. Sebelum UMNO PAU atau selepas PAU akan berlaku?

Parlimen habis bersidang pada 19hb Mac. Mungkin lanjut ke 25hb kerana banyak sangat agenda. Sidang balik pada 15 Julai.

Itu stail Perak atau ikut undi Dewan? Apa hal pun 18hb hari Rabu mesyuarat Majlis raja-raja. Mungkin juga MKT UMNO bermesyarat 18hb.

Hari Jumaat 20hb, mahkamah akan dengar kes saman Nizar.

Pada hari minggu, macam-macam sidang dan perhimpunan. Ada Seminar Agenda Melayu pada hari Sabtu. Yang hebat perhimpunan Perkasa hari Ahad.

Jangan lupa, siapa mahu lawan Samy untuk jadi Presiden Yeem Mai See, masuk calun pada hari Ahad.

Selasa 24hb, UMNO mula sidang.

Dab dub dab dub ... banyak orang sangat berdebar. IJN dan persatuan bulan sabit merah standby.

Kalah susah, tak kalah susah.

Bila ana tengok deklarasi aset ADUN Selangor, baru ana faham untungnya jadi wakil rakyat. Aisayman ... kenapa Khalid tak deklar harta peribadi? Lagi pegang jawatan UMNO. Untung lagi ke?

Lepas PAU, PRK pula di dua bukit satu batang. Kalau silap-silap, tiga bukit satu batang.

Kita beli kuaci, cipkentang atau kacang menglembu. Tengok Astro Awani, Bernama TV dan mungkin masuk CNN. Langgan newsalert SMS. Rayau blog-blog.

Ana pun nak jadi penuntun saja. Kasi can ente semua komen. Asal jangan over dan berparang sesama sendiri.

Pasti ada yang mengejutkan. Siapa yang terkejut?

Brader Anwar Bin Ibrahim jangan sibuk, walaupun budak engkau buat sibuk dalam PAU UMNO. Fikirkan pasal Julai 1-24hb. Kata ada video. Siap-siap balik kampung, kampung Sg Buluh.

Wow! Siapa mahu, boleh order cipdaging unta. Sikit-sikit macam jual orang.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita ali rustam, sin?

16 pekerja dia dan sprm dah siap dokumen.

Tengku Rithaudeen buat diam ke?

Ada orang stop ke?

QasehNuryz berkata...

Byknya tarikh nak di ingat hik².

March ~ April.Bulan penuh kontroversi.Byk fitnah dan omongan kosong yang bakal di baca dalam 2 bulan ni.

Tanpa Nama berkata...

Sin

dengor cerita dari web lain kata AR, KJ, KT kantoi.

Katanya kalau ada orang atas nak sekat, lembaga displin nak letak jawatan en bloc.

Jual kuaci, kacang dan rokok untung masa ni Sin. Jangan ada yang gol sakit jantung sudah le, nak kena ngundi lagi.

Aku tengok Dol punya website pulak tak update event dia yang akan datang. Sampai dia pi Brunei pun tak update, apalagi tarikh serah kuasa ??????

Dah macam politik kat Pakistan pulak Malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Sin

Ada cerita2 kata Najib tahan surat kasi Ali Rustam.

Najib tak merasa jadi PM la. Dia nak parking kroni2 dia yang malaun2 perampuk macam Zahid nak jadi Menteri KPUN, Nazri Menteri pertahanan, JJ jadi pengerusi Petronas, dll.

Kemungkinan besar Najib tak merasa. Dolah dan Anwar Berahi un tak merasa. Kalau tak, tak habis2 perang politik. Masaalah banyak.

Muga Melayu bersatu. DAP dah suspens kalau UMNO dan PAS bersatu.

Tanpa Nama berkata...

Dub Dad dub dab semua sudah lemah,ana mau jual ubat kuat atau minyak dhab tentu untung heeeeeee

PribumiPerkasaMedia berkata...

Ingin menjemput semua Pribumi untuk ke hadhir Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara seperti berikut:

Tarikh: 22 hb Mac,2009
Hari: Ahad
Masa: Perhimpunan: 9 pagi
Sidang Kemuncak: 2 petang
Tempat: Kelab Sukan TNB, Ibu Pejabat TNB, Jalan Bangsar Kuala Lumpur
Ucaptama: Tun Dr Mahathir Mohamad
Pembahas: 10 pembicara berkenaan isu-isu Pribumi, termasuk isu-isu Sabah dan Sarawak.

Buktikan KITA tetap BERSATU

http://www.pribumiperkasa.com/

Tanpa Nama berkata...

Dengar2 Ali Rustam sudah ugut akan keluar parti kalau dia di suruh undur atau dikenakan tindakan disiplin!

Tanpa Nama berkata...

Elizabeth wong dapat offer dari playboy hong kong untuk jadi centrefold.

Khalid tergagap memujuk untuk suruh dia kekal.

Macam mana nak compare, dia sebulan settle credit card 2 ribu sebulan. Dapat posing habis hutang bayar semua.

Hehehe ...saja buat cerita.

Mussolini berkata...

kalau ali ketam nak keluar umno pon keluar la..umno tak rugi apa2 pon.otak dia bukan cerdik mana pon.nak join aljuburi? silakan.tapi pastikan bontot kau kemut kuat tau ali hahaha

pegang melaka negeri kecik tu pon masalah babi kuala sungai baru pon tak setel lagi.nak uruskan malaysia? hehehe mintak ampun je la

nak jadi TPM kena jadi ahli parlimen.kau tu cuma adun bukit katil je.harap2 ali ketam dapat la cermin mulut dia yang gagap tu

PARPUKARI berkata...

AKU HARAP TAN SRI MUHYIDDIN JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI LA SIN, DAN AKU HARAP JUGAK YANG DATO MUKHRIZ JADI KP..

YB BABI TU MEMANG KUAT MENJUBUR...DIA PUN DAH MINTAK SUAKA POLITIK KAT OBAMA DAH...MUAHAHAHAHHA

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah masuk campur pertandingan Pemuda UMNO!

Dato Nasir Safa, wakil calun Dato Mukhriz telah dipaksa oleh Pak Lah supaya berundur.

Apakah motif dan tujuan Pak Lah lakukan?

Quantum Metal Consultant berkata...

Anwar tidak mahu bersumpah sebab ulamak besar kata jangan...

Paklah tak mahu letak jawatan PM sebab ulamak besar kata jangan...

no2rasuah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Anon 00 berkata...

banyak perkara yang sedang menanti kita...

antaranya,

(a) mampunya najib bertahan dan berjaya mengekalkan jawatan TPM sekaligus menjawat jawatan PM?
(b) mampunya muhyiddin yassin naik pangkat?
(c) mampukah pak lah kekal jadi PM atau pesara orang-orang tua?
(d) adakah KJ akan melompat-lompat dan terlalak-lalak sama ada kerana kalah atau kerana menang?
(e) adakah UMNO benar-benar akan buat reformasi macam yang diharapkan?
(f) adakah PAS akan juga mengikut jejak UMNO dalam mereformasikan parti itu daripada anasir-anasir subversif yang telah menyerap dan barah rasuah yang kian teruk di dalamnya?
(g) adakah Anwar Ibrahim tidak akan lari ke Amerika Syarikat dan teguh berdiri tanpa malu di bumi Tanah Melayu ini?

Apa-apa pun, kita tengoklah nanti apa yang akan terjadi... kita tengoklah nanti, sapa yang akan menang dan sapa yang akan kalah... yang sudah-sudah tentu akan kalah adalah Rakyat, baik yang menyokong UMNO mahupun yang tegar menyokong PR.

Khun Pana aka johanssm berkata...

Ya betul..penuh misteri dan debaran!
Banyak orang tanya apa khabar Melaka, sekarang baru dapat tau Si ketam tak boleh jalan lurus.
Msm memang pandai sorok berita tapi terpecah jugak.

Saya harap jalan ke IJN ada line clear dan tak jem sangat.
Harap juga IJN ada sedia kan kereta sakit jenis Express, macham express Sinaran.

Pak Husin , ada ke perlu kereta sakit Express terus ke Tanjung Rambutan?
Mana tau lah, ada yang jatuh gila pasal tak dapat. ( Walaupon wang sogok/ hantaran dah awal kirim )

hehehehe..best nya tengok vip vip gelebar.

Husin Lempoyang berkata...

KEMASKINI

Sidang akhbar JK Disiplin mesyuarat pada pukul 4hb.

Isu Eli Wong dibincangkan. Mungkin tak undur. Tak salah tidur kangkang dan tak pakai seluar dalam.

Mesyuarat MKT pada malam besok, dengarnya.

Tanpa Nama berkata...

Ye memang xsalah tidur kankang dan xpakai seluar dalam,hak peribadi sin,aku pun sama kalau tidur sensorang kat rumah suka bogel je,hehehe rerasanya ada tak orang yang nak amik gambar aku.. B6leh tumpang glamer beb! Khaaarkgh.. Ptuih..

Tanpa Nama berkata...

kah.kah..tak salah tidoq bogel..kalau aku tidoq bogel sapa tengok tu rezeki dia lerrr..

2.Saudara kita SUKJ blog dia dah tak dapat masuk, tak kan askar lari dari medan perang,itu dayus nama nya...

Tanpa Nama berkata...

Jeanne banyak luang masa di Taman Ramuan: Perdana Menteri akan bersama isteri berkebun pada waktu lapang

"TAMAN Ramuan atau Edible Garden, mahu saya kongsikan dengan orang ramai, kerana aktiviti berkebun dan bercucuk tanam yang menjadi minat saya sejak kecil ini boleh memberikan manfaat besar," kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mengenai taman boleh makan yang diusahakan di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya.

Kesempatan menghabiskan masa melawat kebun ramuannya kira-kira empat jam, membuktikan Jeanne tidak kekok, malah aktiviti berkebun seakan sebati dengan jiwanya.....WOW...sudah dapat tarikh kerr nak serah kuasa...ka .serah kuasa tak serah rumah kerr

Tanpa Nama berkata...

Macam mana Ali Rustam kena kesalahan yang sama dengan Khairy iaitu salah laku tataetika 11.2.

Ali kena undur dan KJ hanya warning. Ini macam ZakiZahid hanya di warning masa 2004.

Org Ali dah mula sore loser. Tuduh Zahar Ujang ada kasi duit di Jerantut.

Mereka kata TSMY kasi 100 AP pada anak Ahmad Rithauddin.

Macam2 mereka menuduh TSMY. Seolah2 salah rasuah Ali Rustam tak bersalah.

Nampaknya Mat Taib menang. Omigod disaster.

Quantum Metal Consultant berkata...

Keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO macam jawatankuasa pengawas sekolah jer keputusannya..

Ada pulak boleh maap maap..

Kepala penyamun tak digantung keahlian tapi anak buah jadi machai kena gantung keahlian..

Sekarang dah boleh bangga, UMNO suci dan bersih dari politik wang...

Gunakan tanpa was was.

Tanpa Nama berkata...

Keputusan Lembaga
disiplin UMNO yang telah diumumkan petang tadi, sungguh mengecewakan ramai orang2 melayu yg merasakan Lembaga ini seolah2 tidak sensitif dgn perasaan akar umbi..hukumann yg dikenakan seolah2melepaskan batuk ditangga sahaja..atau mungkin seolah2nak jaga hati seseorang..jika inilah bentuk hukumannya, sahlah politik wang tidak akan dapat dibendung jauh sekali untuk dihapuskan..Lembaga Disiplin sepatutnya menghukum perasuah2 ini dgn satu hukuman yg tegas dan keras..tak kiralah apa akibatnya..jika UMNO tidak berani mengambil risiko, percayalah hukuman saperti yg diputuskan hari ini hanya akan ditertawakan orang sahaja..situasi yg ada ini, saya percaya akan menjadikan ramai orang semakin jauh dari memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya..

Tanpa Nama berkata...

Sin, kita buang aje UMNO ni.
Pemimpin UMNO macam patek.
Kek kampung den di ghombau UMNO bahagian ponoh dek adek beradek Mat Hasan.
UMNO ni dah jadi macam pantek sin

Tanpa Nama berkata...

UMNO kena cuci setaraf cuci najis mughalazah baru bersih, start dari incoming PM sampai cawangan. Oh ya, jangan guna tanah liat, tapi taik unta. Selagi Bini Rosmah tak kena, asyik2orang bawah saja yg kena sampai ke mampuih orang yg waras tak kan percaya!

Tanpa Nama berkata...

Pantek!!!!!!

Ado Ali dan KJ buek kesalahan sama tapi KJ diberi amaran.

Kalau kek Sabah, apa lagi. Betullah si KJ main wang.

cedikcenun berkata...

Salam sin! kita lambung dadu, kita tengok siapa yang kena. "semalam 18/03/2009, ana mimpi nombor dua, ana mau tikam nombor dualah" oppps tukar skrip "ana mau itu tempat duduk nombor dualah (timbalan presiden), opps ana sudah kena banlah, kenfunan ana tapi apsal tuan penasihat kerusi kp ana, baru kena warninglah...sin-sin, kita tengok lepas nie siapa pulak yang kena...!! salam sin, cedik-cenun.

Tanpa Nama berkata...

Jalan2 menuju kehancuran melayu sdg berlaku..semua berebut kuasa..sebab disana ada peluang merompak kekayaan..mreka lupa sejarah..sejarah tidak pernah berbohong..sejarah itu akan berlaku sekali lagi tetapi kali ini terhadap umno..tunggulah..