Rabu, Oktober 14, 2009

MCA wujud dengan susah payah


Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang. Cube kira berapa black belt dia ada.

Siapa yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak boleh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki ... siapakah saya?
Bagan Pinang panggil PEMBONGAK (pembohong ...)

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya di kepala?
Kutu rambut

Nenek siapa jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Sebab lelaki kan 'buaya'

Apa beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik ..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik ...........'Dah pagi ni tuan'

Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang ... hehe

Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punya susah, bile sudah dapat buang. Apa bendanya?
Tahi hidung

Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat ...

Kenapa pokok kelapa dekat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kena tebang, siapa nak cabut pokok kelapa ... gila ke ape ... ?

MCA wujud dengan apa?
Dengan susah payah ......

Bila nak henti persaingan antara Presiden dan Timbalan Presiden yang diikuti oleh pengikut masing-masing? Dari zaman Tan Koon Swan sampai sekarang, tak henti-henti MCA terbelah dua.

Hari Khamis adalah mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Apa tunggu lagi Samy Value?

* Teka teki dipetik dari blog Ceritalucu

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahar harrr..

Robbeng

Tanpa Nama berkata...

teka teki paling best 'secretary baik & secretary jahat'...
hehehe...

-mr manson-

Anak Wayang berkata...

Wayang MCA melucukan.

Presiden nak jadi Clint Eastwood. Timbalan Presiden porn star.

Shafiq berkata...

the curse of MCA

Akar Umbi berkata...

Tuan Husin,

Ada penyokong tegar PAS yang namanya sama dengan tuan telah membuat analisis bangang. Sila baca!

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Tuan Husin... boleh tambah satu lagi teka teki tak?


"Sesumpah mana yang memakai cermin mata dan pandai berkata2?"

Ha...jawab, jangan tak jawab....

PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all

norkuyow berkata...

salam sin,
walaupun saya tak kenal saudara tapi pagi-pagi nilah blog yang pertama saya buka,hari ni best kelakar betul tekateki kau...keep it up, dapat men gendurkan urat saraf yang tegang...

Hiriyati berkata...

Hahahahahahaha........!

Menglipur hati yang lara....

Tanpa Nama berkata...

Untuk yg terlebih lemak

Bagaimana nak dapat susu yang berlemak rendah

Urut lembu yang kurus

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Pemimpin mesti Ada kemaluan dan perlu Ada malu. Kemanakah moral pemimpin yang ditangkap video mengadakan hubungan seks dengan bukan isterinya. Mungkin masyarakat Tionghua open minded tetapi apabila CSL mengatakan bahawa kesilapan paling besar yang dilakukan sehingga terdedah video seks adalah kerana terlalu mempercayai orang yang uruskan aktiviti tidak bermoral beliau Dan sebab selalu menggunakan bilik yang sama. Bukan sahaja beliau tidak insaf tetapi bersikap bongkak.
Sama kes gambar bogel Eli sehinggakan TokGuru Nik Aziz boleh mengatakan beliau dianiayai. Sedangkan isunya adalah gambar Eli diambil oleh teman lelaki beliau yang beragama Islam. Bersekedudukan Dan boleh juga dikatakan berlaku Zina tetapi diratapi juga oleh kaum muslimah PAS. Adakah PAS telah open minded juga?
OKT bila di bawah jadi pengikut tetapi bila jadi ketua lipa daratan. hanya kepentingan Dan golongan suku kaum Hailam dilantik. jadilah seperti TS Isa yang semasa menjadi MB berlaku adil Pada semua kaum. Sebab itu beliau menang besar.
Oghang Nogori bukan bodoh memilih Ts Isa tetapi mengenang keperibadian baik beliau. Bila kalah dituduh macam macam Dari bodoh sampai dirasuah. Kalau datang 2 ekor berok Salahudin Dan Tian Chua kat PD bagitau den mesti melepok kena baling kasut macam George Semak (Bush). Kurang ajar punya barua

Tok Jerai berkata...

Teka teki lagi...

Siapa pernah tengok limau nipis?
Mana ada limau nipis limau semua bulat2.

Sapa pernah tengok duit siling satu sen bulat?
Mana ada bulat, duit shiling kan semuanya nipis.

Siapa pernah tengok kura2 langkah jalan?.
Mana boleh langkah kakinya pendek.

Kediaman PM tiada bilik air.
Memang..bilik simen adale.

Kenapa ada orang buat kenduri tapi tidak masak nasi?
memangle..yang dimasak tu beras.

Orang Asli..

s, Biasa makan kepala tenggiri?
j. Biasa

s. Biasa makan Rusa?
j. Biasa

s. Biasa makan capati?

Tok Jerai berkata...

sambungan..

s. Biasa makan capati?
j. Biasa.

s. Biasa makan kepala kereta api?
j. Biasa juga...(dalam hati apake benda?)

Begitulah samsil ibarat orang bodoh nak tunjuk pandai.

Sekian untuk direnong.

Singh Is Kinng berkata...

Sin, anak sape yang main politik pakai sijil nikah? Anak omak laa...

Dear Son-out-law, Please Read The Signal

Tanpa Nama berkata...

hmm, satu je yg saya tak brp dpt nak tangkap - yg kain jemuran dgn tefon tu.

bila bunyi kringgg, kita angkat kain jemuran???

-hmmm-