Isnin, Oktober 12, 2009

Problem yang ini kena selesaikan


Tahniah Tan Sri Isa Samad di atas kemenangan yang hebat. Untung orang Bagan Pinang dapat wakil rakyat baru yang akan bantu masaalah mereka untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri atau dengan pejabat-pejabat kerajaan.

Tak taulah apa jawatan akan diberikan Tan Sri tapi baik juga Tan Sri boleh tolong Mat Hasan.

Buat masa ini, ana punya komplen satu saja. Ana rasa Tan Sri tak boleh selesaikan. Bila Tan Sri menang, kami dibelakang-belakang tak dapat nampak Tan Sri. Bukan pasal orang ramai, tapi kerana bodyguard Tan Sri terlalu tinggi.

Banyak blogger sudah kata, jangan terlalu seronok sangat. UMNO kena lakukan banyak perkara segera.

Yang ini tak boleh bebankan pada Tan Sri.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sin...nanti suruh isa bela BA...banyak-banyak

Tanpa Nama berkata...

suruh la zizan kat kedah nu...
huhhuhu..

Tanpa Nama berkata...

YANG NAK BELA BA.. TU KHALID BRAHI NAGN ZIZAN....

Tanpa Nama berkata...

Betul Tuan Husin,
Jangan Bagan Pinang jadi macam Ijok, wrong signal. Apapun, ada juga seorang dua orang duka dalam menang kerana melayu mudah lupa.

Rascal

NJ berkata...

Abe Husin nie!... berdiplomasi pulak dia. Tak kan Abe Husin nak belikan kasut tumit tinggi buat hadiah...

cedikcenun berkata...

salam sin, semalam saya berbual dengan datin sri rosmah, seronok sangat pasal tan sri isa menang, tapi kita tak boleh leka, kita kena berusaha gigih menyelesaikan masalah rakyat dari sekarang...

AgentParanoia berkata...

Hehehehehehe....kalo bodyguard takpalah Tuan Hussin..yang susahnya kalo yg tinggi-tinggi tu 'bodekguard'...nanti cepat sangat lupa diri plak..

bRAVEhEART berkata...

Salam,
terima kasih Pak Hussin, posting ni den link-kan dari posting den hari ni. Ado yang teraso ko apo yang Lak Hussin kato tu hah? Sapo yang dapek nolong ah? ~ bRAVEhEART

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan Isa membuktikan rakyat perlukan ISA. Apa komen GMI? heheheheheheh...GMI sudah jadi dinosaur.

Tanpa Nama berkata...

Ya, banyak problem kena selesaikan. Pantai Blue Lagoon dekat Apartment Ilham tu kotor sangat. Tempat mandi/salin baju pun macam kandang lembu. Pantai-pantai lain pun 3rd class. Tan Sri, sila buat kerja. Dah lama dah.

Tanpa Nama berkata...

"Ya, banyak problem kena selesaikan. Pantai Blue Lagoon dekat Apartment Ilham tu kotor sangat. Tempat mandi/salin baju pun macam kandang lembu. Pantai-pantai lain pun 3rd class. Tan Sri, sila buat kerja. Dah lama dah."....

Yang dok buat kotor adalah pengunjung-pengunjung dari luar ke pantai2 PD. Sebagai contoh gerombolan Hassan Tantaik yang menyemakkan dan mengotorkan PD. Apa pasal Tan Sri Isa pula kena buat kerja nak bersihkan pantai?

Ini masaalah attitude manusia yang suka buang sampah merata-rata.

ha ha ha berkata...

Bro Usin..I like it...

Dalam sokong ade pangkahnya...ha ha ha ha...

Walauapapun Selamat Berhidmat ISA jangan asik Berhormat aje...

Banyak kerja yang belum selesai ..pasal dok sebok selesaikan masalah parti dari rakyat...he he he he ...

Wassalam....

MANTOL berkata...

Sin. Iso monang ekau sonyum pahit?
Hehehe

/MANTOL/

Tanpa Nama berkata...

Pantai PD kotor kerana pengunjung luar? Hello, sedar la diri sikit. Pengunjung luar yang bawa duit masuk PD, terutamanya dari KL dan Singapore. Tanpa pengunjung luar, PD akan jadi macam Juaseh lah. Kalau bab salahkan orang lain, kita memang pandai. Tak nak duit ka? Kalau tak nak tak pa, kita tunggu pantai Morib naik balik, lepas tu bye bye PD.

Sediakan lah tong sampah sebanyak-banyak yang boleh untuk orang buang sampah. Penguatkuasa kan ada, apasal tak tangkap orang buang sampah? Isa jadi MB 20 tahun, apa dia buat untuk bersihkan pantai PD? Banyak paip pembetungan mengalir terus ke laut, apa dia buat? Tak pernah kita dengar orang Miami Beach atau orang Maldives komplen yang pengunjung kotorkan pantai mereka. Pantai dia orang ada pengutip sampah 24 jam, sebab tu pantai dia orang world class. Pantai PD cuma Bagan Pinang class, walaupun ada potensi besar. Duit depan mata pun tak nampak!

Tanpa Nama berkata...

Kalau hang tak percaya pengunjung PD yang buat kotor buang sampah merata2, hang pegi sana setiap ujung minggu. 3 kali cukup. Nuka minda, mata dan berlapang dada. Tgk perangai manusia yang konon nya nak pantai mcm Miami Beach dll...