Sabtu, Oktober 10, 2009

Orang tukar kawasan orang kecewa


Diambang hari pengundian di Bagan Pinang, ana hanya ada satu cerita buat peringatan.

Ceritonyo di satu kampung ada seorang anak muda bernama Leman ingin berkahwin. Lama-lama dicari akhirnya berjumpa dengan seorang gadis bernama Milah dan si Milah bersetuju. Dia bertanya pada ayahnya meminta izin.

"Tak boleh Milah tu anak Jamilah. Dia tu anak ayah. Ayah dulu ad ahal dengan Jamilah."

Kecewa si Leman.

Namun dia terus dengan usaha mencari jodoh. Terjumpa pula Zenab dan suka pulak budak tu. Ditanya lagi izin ayahnya.

"Alah ... kau carilah pompuan lain. Ayah dahulu dah terlanjur dengan Zaiton dan dapat si Zenab. Kau berdua adik beradik."

"Ayah ni jahatlah ... Kecewa lagi saya kerana abah," kata Leman.

Dalam Leman sedang kecewa, muncul pula Bibah. Berkenal dan jalan-jalan beberapa kali, sudah sangguop mendirikan rumahtangga. Ditanya ayahnya.

"Bibah tu mana boleh. Itu anak ayah. Halimah dengan ayah nak kahwin dan ayah dah test drive."

"Alah ayah ni. Jahat sangatlah. Semua pompuan di kampung ni anak ayah."

Leman terus masuk ke bilik dan dengan sedih mengumpul baju-bajunya untuk masuk beg. Dia dah bertekad nak meninggalkan kampung untuk mencari pasangan hidup.

Maknya pulang dan masuki bilik Leman. Dia hairan kenapa Leman packing barang.

"Kau nak kemana Leman?"

"Saya kecewa mak. Semua pompaun di kampung ni anak ayah. Macam mana saya nak dapatkan pasangan hidup? Kenalah saya 'tukar kawasan'."

Maknya pun faham.

"Dahlah Leman, Kau simpan balik baju kau. Kau boleh kahwin denganpompaun yang kau suka."

"Macam mana boleh mak?"

Suara ibu diperlahankan, "Alah kau pun bukan anak ayah ..."

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, orang yang bertanding di luar kawasan ni serupa Leman yang terlalu awal kecewa kerana tak dapat jumpa jodoh. Orang kecewa ni suka buat kerja tergesa-gesa.

17 ulasan:

BhYm berkata...

Salam Sdr Husin...

Satu idea dan cerita komidi yang baik..

tapi... apa pulak cerita pengundi yang duduk diluar kawasan.. terpaksa balik mengundi untuk mengundi meilih wakil kawasan...

Kalau macam tu.. lepas ni dah boleh buat petisyen untuk memastikan wakil dan pengundi mestilah duduk di dalam kawasan..

Selamat menyambut Hari Malaysia kat Sarawak esok...

Orix Concepts berkata...

Satu pengajaran yang baik. Si anak jangan takde konpiden. Sibapak pulak jangan over konpiden

Senjaliza berkata...

Betul betul cerita cool. Love it babe.Panjang umur murah rezeki.

norkuyow berkata...

salam sin,
cerita kau ni penyejuk bahang yang panas kat Bagan Pinang.Mana kau dapat idea ni....

krakatoa berkata...

satu keluarga 96, tak boleh dibawak berunding!

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Ko Biar betul. Kenapa banyak sangat anak liar nikah ni. Dah jadi masyarakat/keluarga majmuk pula kita orang Melayu ni. Hebat juga sampai mat Jubur pun dah dianggap idola. Jadi pepatah Tak Melayu Hilang Di Dunia bolehlah diubaj jadi Tak Lama Lagi Pupuslah Melayu Sejati Di dunia. Semua bermula bila alim ulamak mula mengejar kemewahan duniawi. Macam pemimpin PAS yang sibuk tambah bini buat anak lepas tu cerai. Heran aku bila Pak Lebai Ada duit berjuta untuk disaman. Mana datang duit bang oi.

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Boleh tak kita suruh orang politik yang dah pencen tutup mulut diam. Saya tengok kalau Dari UMNO sibuk nak bagi pendapat macam KuLi, Tun M Dan paling teruk bilanTun Lah memberi pendapat. Bukan bernas pun idea Tun Lah ni, Nampak sangat bodohnya bila bersuara.
Pemimpin MCA lebih gentleman biarkan pemimpin semasa saja buat komen. MIC pula dah expire, hari hari Sana sini Cari gaduh. PAS Dan DAP pula nak pegang sampai mampus. PKR pula semua boleh, main buntut, bersekedudukan, bogel, gangster, bapak ayam Dan macam DBKL je

Selempang Merah berkata...

Salam bro..
Sebenarnya otai2 UMNO khususnya Tun M menegur ada baiknya.. sebab saya melihat penganti2nya tidak setegas beliu dan takut membuat keputusan..
Kadang2 keputusan banyak menyusahkan rakyat..
Lebih baik kembalikan subsidi minyak yang Tun M lakukan dulu.. Insya'Allah tiada kenaikkan harga barang yang mendadak seperti di era Tun M..
Manakala PAS, lebih baik jgn kejarkan pangkat dunia.. bantu kerajaan fahamkan penghayatan Islam kpd masyarakat Malaysia.. Haramkan ceramah mencaci, mencela, mengumpat dan memfitnah.. Insya'Allah akan aman bahgia.

Selempang Merah berkata...

bro dan semuanya dijemput melayari blog saya di :
http://selempangmerah69.blogspot.com

bRAVEhEARTh berkata...

Salam,
Baik punya lawaklah ni Pak Hussin. Teruskan Pak Hussin. Dalam lawak ini sentiasa ada pengajaran, hanya yang berhati hitam saja yang tidak boleh menerimanya ~ bRAVEhEART

Edyes berkata...

nie usin dah abis modal lah nie...

Napi berkata...

Tuan Husin,
Nampak nya dia keluar kawasan pun tak jumpa juga jodoh anak bapa dia juga kat PD ni....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Sin,
Oghang Nogori dah monang, apa nak kato pulak PAS nanti sebab majoriti lebih 5,000 undi, jadi kalau takde undi pos pun BN tetap menang seperti telahan den sebelum ni. Oghang Linggi tetap setia Dan berkorban nak monangkan Tan Sri.

Lopeh ini PR bolehlah suruh ITO dr Blues Geng nyanyikan lagu Apo Nak Dikato

Tok Jerai berkata...

Cerita lucu, makna dalam, siAyah rasa dia dah terra, sapu sana gabuih sini, last last mak pun terror jugak,
dibelakang siayah orang lain menjadikan Leman....tapi bukan Pak Husin punya kerja kan?? - menambah lagi sedikit lucu -

Satu pengajaran...boleh ambil iktibar.

Tanpa Nama berkata...

GIMME FIVE! UTK ISA SAMAD DAN RAHIIM TAMBEEY CHIKKKKK!!! OOPS!

Tanpa Nama berkata...

haaa..sin,aku penah baca cerita cite nih sin dalam website humour mana ntah dalam b.i..ni kes copy paste n translate neh..ajhat ang ni sin...

-redazun

Tanpa Nama berkata...

Tun Dr. Mahathir ideanya bernas. Masih dicari oleh pemimpin2 dunia terutamanya China, Jepun, dan Timur Tengah.

Amatlah rugi kalau kita rakyat Malaysia tidak tahu dan tidak mahu menghargainya. Dia adalah bapa pemodenan dan pembangunan.

Tidak rugi kita mendengar ideanya. Kalau baik kita ambil dan kalau tidak baik kita tinggalkan.