Sabtu, Jun 14, 2008

Dolah dan Najib Muafakat?


Perbualan Dolah dan Najib yang hanya didengari Zubli Zainordin

Dolah: You ni tanya banyak kali. I fed up. You mai sat kita bincang dan tentukan.

Najib: Bukan I, orang lain desak.

Dolah: You tak usah dok dengaq depa tu. You mai laa, kita tentukan.

Najib: Okay...

Dolah: You tak sabaq dah ka?

Najib: I okay, bila-bila pun you suka, I terima.

Dolah: I ni bukannya nak jadi PM selama-lamanya. Bukan 22 tahun. I lain.

Najib: I faham...

Dolah: Tak kan lah I bodoh sampai tara tu.

Najib: Baiklah, bila?

Dolah: 2 PRU lagi...

Najib: (tercengang!)

Dolah: Awat, you tak suka ka?

Najib: Bukan, err, boleh diskaun tak?

Dolah: You cadang bila?

Najib: Sebelum Disember 2008?

Dolah: Mana boleh...tak dapat 2 per 3 majoriti pun I masih menang, semua orang masih sayangkan I. Apa I buat, rakyat suka.

Najib: Itu betul.

Dolah: Kalau betul, you tunggulah, bila I sebut tarikhnya, I bersara, you naiklah jadi PM pulak.

Najib: Bila?

Dolah: Nanti I umumlah.

Najib: Baiklah...

Dolah: Jadi boleh I kata, I telah mencapai permaufakatan di antara you dengan I.

Najib: Boleh, I tak akan lawan you. You kekallah PM selama yang you suka.

Dolah: Okay, kita akad noo...

Najib: Baiklah.


Ada versi lain ke?

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib khabaq " Stok C4 hari tu pun tak abih guna lagi tu,ada balance sikit-sikit lagi.Setakat sorang lepas la kut!

noor faiza berkata...

Salam Saudara Husin,

Saya ada remix- version.

-------------------------------

Dolah: Jadi boleh I kata, I telah mencapai permaufakatan di antara you dengan I.

Najib: Boleh, I tak akan lawan you. You kekallah PM selama yang you suka.

-----------------------------

Jawapan Najib tu je yang kena tukar. Sepatutnya macam ni.

Najib: Boleh, tapi I nak cakap apa?

Dolah: You cakap la yang u ni pemimpin yang mempunyai 'nilai-nilai teras' ka 'ahli yang setia' ka apa ka.

Najib: Oklah. Tapi Mahathir punya soalan tu hari pasal I ni 'pengecut' pun I tak balas lagi.

Dolah: Ha you pi jawab tu suma sekali. You ni betui punya timbalan yang jinak. Dengaq cakap sungguh.

kulatlapok berkata...

Bang Husin,

Sebenarnya semua salah dengar. Budak hantaq air minum kat mereka tu je sempat dengar. Najib bisik kat PakLah;

Najib: You jangan lupa nanti sepupu I tu, (hishamudin).!!dia pun ada hati nakkan Naib Presiden.

Pak Lah: Hahlah tu I tahu, tapi camne lak I punya menantu tu..?

Najib: Alah tun nanti..pst!pst!pst!
(pastu kurang jelas bisik diaorang tu pasal makin perlahan, mungkin bab tu yang paling sulit tu...)

Tanpa Nama berkata...

Tak sudah-sudah mengutuk Perdana Menteri.

kalau zaman khalifah Abu Bakar As sidek, bahawa orang-orang yang tak sokong jemaah(kerajaan), hukumnya murtad.

Murtad wajib dibunuh tau! So, tepuk dada jawab sendiri adakah anda orang muktazilah atau tidak.

- tukang analis ikut hukum

Tanpa Nama berkata...

ini bukan zaman khalifah abu bakar dan Pak Lah jauuuuuuuhhhhhh sangatlaaaa nak dibandingkan dengan kahlifah abubakar. Matinya Saidina AbuBakar dan semasa hidupnye, dia adalah insan yang dari kaya ke miskin kerana hartanya kepada umatnye.
Paklah dari kaya bertambahhhhh kaya dan rakyatnye bertambahhhhh miskin.
Mana murtadnya. bunuhle diri sendiri.
- tukang Analisa guna kepala lutut

Tanpa Nama berkata...

Malas dah nak cakap pasai puak UMNO ni, tapi pasai dolah buat lawak dengan nagis, teingin jugak nak tambah.

Dolah ingat dia pekena nagis dan nagis percaya, dan nagis pula ingat bila dia angguk paklah ingat dia setuju.

Depa ni cakap manis depan, di belakang, KJ tengah dok nak bedai nagis, samudin pulak tumpang sekaki nak bedai paklah, tapi tak berani, dok jauh jauh.

Nagis tepaksa mengaku 'true party man' sebab dia memang dah tak ada pengikut, tiada siapa di belakangnya kecuali samudin, mukhiz dan khir toyo, yang lain dah kena makan pelesit, terkena pantau dan santau.

Untuk adegan yang tak sanggup kita lihat seterusnsya, 'mari kita lihat siapa yang kena kali ini'..petikan kata kata arwah ibrahim pendek dalam alibaba dengan 40 penyamun (lebih kurang 40MP) - kluangman

Tanpa Nama berkata...

amboi tingginya darjat si dolah nak disamakan dengan Khalifah Abu Bakar As Sidek.... tolong balik cari buku sejarah pasal Khalifah Abu Bakar dulu lah.... anak beranak dia kaya ke? rakyat miskin kebuluran ke? Khalifah Abu Bakar sanggup tak makan...asalkan rakyat makan... sanggup jalan kaki... asalkan rakyat berkuda... Khalifah Abu Bakar pentingkan rakyat... ada tak sidolah makan ubi? tak.... rakyat yg kena berinnovasi dan berjimat cermat... dollah tetap camtu jugak.... ahhhh.... banyak sangat pasal dollah ni kalo nak cakap...takkan ko tak tau lagi kenapa rakyat tak renti2 kutuk dia .... takpun ko ni pencacai dia jer.... sebab guna alasan agama (sejarah agama..pejuang agama) untuk memBETULkan keadaan yang SALAH... MUNAFIK.... kalo ikut cakap ko ni... dah ramai islam malaysia murtad sekarang ni... ko tau tak hukum memurtadkan orang tanpa usul periksa dan bukti? dia akan jatuh pada ko balik tau tak?...

Tanpa Nama berkata...

malaysia ni negara islam ke atau agama rasmi saja islam kena faham jugak tu, siapa yang faham tolong kasi terang dan lagi satu kalau negara islam tak payah letak hukum islam ke, macam turki rakyat dia majoriti islam tapi dia cakap negara sekular malaysia sama ke tidak.(dulu aku suka eropah sebab boleh tengok perempuan bogel tak ada sapa larang dan boleh cuba dulu baru kahwin kalau tak nak kahwin cuba je sampai lebam)

kaki main depan belakang dalam islam.

mohdpaizal berkata...

husin kau ni ada bakat jadi penulis skrip la.

Tanpa Nama berkata...

Najib : Pak Lah (sambil berbisik) Si Nuar tu liwat orang......

Pak Lah : Ha apa dia, Anuar tak pakai seluaq ?

Najib : Bukan, Anuar tu liwat orang....

Pak Lah : Ha apa dia, Anuar kaki joget ?

Najib : La pekak betul orang tua ni....
Si ANU ar tu liwat orang.....

Pak Lah : Ha apa dia, ANU si anuar dah terkeluar?

Najib : waaaaaaaaaa..... (nangis) pak lah pekak.......

Tanpa Nama berkata...

Abdullah pertahan jawatan pada pemilihan UMNO Disember ini
15/06/2008 7:29pm


PUTRAJAYA 15 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan Disember ini.

Beliau berkata, tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.

Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata, ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang,” kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini. - Bernama

kesimpulannya,dolah munafik tetap nak jadi PM.segala janji peralihan kuasa tu satu pembohongan dolah untuk kesekian kalinya

Tanpa Nama berkata...

Salam Husin,

kan kawan dah kata.... org tua nih dah tak boleh dipakai kata2nya.... tak caya tengoklah.... akan keluar lagi kenyataan2 lain yang berpusing belit berputar alam.... yang jelas tertipu adalah si najib yang KUNUN...SETIA PADA PARTI.... apakah yang boleh kita harapkan lagi pada si Najib ini... rasanya kalau allahyarham ayahnda najib masih ada... diapun menangis tengokkan najib nih... inilah jadinya bila berpolitik untuk tujuan lain selain untuk agama, bangsa dan negara... teloq dah kena pegang ngan dollah.... kita nantikan apa jawapan najib.... kalau saya tak silap jawapan standard dia.... SAYA TAK NAK MEMIMPIN PARTI YANG KALAH.... SAYA AKAN TERUS MENYOKONG PM.... PERALIHAN KUASA SEDANG DALAM PROSES.... ptuih ptuih ptuih...

kulatlapok berkata...

KASIHAN PAKLAH...!!! TAPI RAKYAT LAGI KASIHAN..MENDERITA LAGI..

kluangman berkata...

Undur atau tidak, sudah jadi perkara kedua atapun perkara kesepuluh. Dolah boleh membuat pilihan beraja di hati bersultan di mata, tetapi setiap yang bermula ada akhirnya, itu pasti.

Rakyat juga mempunyai pilihan, contohnya, dulu satu tangki kereta penuh petrol hanya baru dalam lengkongan RM150 tapi hari ini sudah menjangkau RM215, lebihan RM65 bagi setiap tangki penuh. aku bukan sahaja merungut tapi menyumpah dan keluarlah kata kata %^&*($#@%^&**&^ kepada si dolah. Itu adalah pilihan dan hak aku di negara demokrasi yan bertuah ini.

Tentulah setiap rakyat yang lain dengan pelbagai masalah masing masing akan mengambil tindakan yang hampir dengan cara aku. Bererti setiap saat, jam, masa dan hari berjuta rakyat akan mengungkap **&^%^^%%$# kepada dolah dan kepimpinannya.

Pesan oran tua2, kalau diulang 44 kali perkara yang sama, terimalah padahnya- kluangman

Zubli Zainordin berkata...

Wahai Husin Lempoyang, ini skrip banyak bagus daa. Simpan noo. Manalah tahu kelak ada orang mau bikin pilem, kita kasi jual!

Remix-version Noor Faiza, I macam mahu terimalah. Baguusss sekali. Apa macam Husin Lempoyang? Tapi, Noor Faiza, perlu bagi saya details lah kan? Senang nak kasi kamsen.

Husin Lempoyang, you agak-agak berapa bayaran skrip perihal pemimpin?

Billion!

Bak kata Shahrir, bukan sposen sposen sposen, berbiliyon-biliyon.

Dapat tu, you agak-agak ada dak sesiapa nak jual kapai, kita boleh bersama blogging dari situ!

Dan boleh round-round Batu Putih Komodo Island ke?