Sabtu, Jun 07, 2008

Pak Lah Pesakit Terbaik

Semasa waktu rehat minum teh di satu persidangan pakar bedah di Kuala Lumpur, lima orang pakar bedah bersimbang sesama mereka.

Seorang dari mereka bertanya, siapa antara orang-orang kenamaan Malaysia, jika mereka sakit dan perlu pembedahan, adalah pesakit yang baik.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya rasa Tan Sri Azman Hashim. Dia seorang Akauntan dan dengan demikian, apabila kita membedahnya, segalanya di dalamnya adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi saya rasa Tan Sri Shamsuddin Sapura, lebih mudah. Sebagai Jurutera Elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak! Saya betul-betul rasa Tan Sri Sanusi Junid adalah yang terbaik. Sebab dia seorang yang sangat kuat membaca dan ada perpustakaannya sendiri, pasti segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya rasa Tan Sri Hamdan Ranhill. Sebagai seorang Jurutera Sivil, naluri badannya untuk siapkan sesuatu kerja mengikut masa dan boleh ubahsuai variable order untuk cari untung."

Tetapi kata-kata pakar bedah kelima yang membuat pakar-pakar bedah lain semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah yang termudah untuk dibedah. Sebagai ahli politik, dia tiada berhati perut, dan tiada perasaan. Isi kepala dia pun senang untuk flip flop untuk diubah-ubah."

Wow! Masih naik minyak barang naik, kepala pening tak ada 'mood' untuk si anu nak naik.


* Jenaka ini diubahsuai dari LawakJenaka.com

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HUSIN >>> KALAU ZAID IBRAHIM, PALING SUSAH. USUS LOYAR BERBELIT DAN MAKAN MASA LAMA NAK HABIS CASE DI MAHKAMAH.

zanth berkata...

Kita diperbodohkan dengan ayat " minyak kita masih murah berbanding Singapura."

bunyinya macam nak banding harga durian Malaysia dengan durian di Jepun.

Korang pikir sendirila..

zanudin berkata...

sdra. HL

itu kebiasaan dollah badui..

siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong itulah mentua si khairi

cemerlang, gemilang, terbilang pun tak nampak batang bertelur lagi,
dah tukar jadi selamat, aman, makmur.
kat mana yang selamat, aman, makmur nya, semua engkau and the gang dah sebat,


apa punya kurang akal pimpinan kanan BN ni...

Pedra Blanca dah dapat kat Yahudi Asia,
Iskandar Malaysia bakal menyusul,
apa punya menteri macam ini,
pendek akal, macam keldai

Tapi mak wat macamana kan, majoriti
yang berfikir luar kotak yang pilih BN, kalau harga naik lagi terima ajalah....

BN: semua ini cccuuubbbbaaaannnn
HL: ini bukan cubaan, ini butul-butul

GGGGGGGGGEEEEEEEEEERRRRRRRRR
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAMMMMMMMMMMMMMMMMM

Zubli Zainordin berkata...

Setelah Dol diakui mudah untuk dibedah, tersebutlah kisah Ramli, Sudin, dan Ajis, ternampak Dol di Shah Alam. Merekapun tidak jadi mencari Wak Mustarjo dan terus mengekori Dol yang serba berpakaian putih, lebih kacak dari Ahmad Nesphu. Dol yang berpakaian putih itu adalah kelihatan lebih putih daripada Batu Putih. Maka ternampaklah mereka Dol dengan para samsengnya, semua berbaju putih belaka, sedang berada dalam satu tempat pemukiman di sebuah hotel. Maka Ramlipun bertanya, ini tempat apa daa? Jawab Sudin, inilah Sarkas. Rupa-rupanya betul. Sarkas!

Tanpa Nama berkata...

Jumaat Sabtu di Glenmarie Shah Alam ada mesyuarat sarkas rupanya.

Zubli Zainordin berkata...

Ya, ada sarkas di situ, pemukiman al-haiw alip nun, yang terbabit sarkas itulah. Itulah kata Sudin. Jika selain sarkas, tak mungkin sekolah orang dewasa kot? Sebab Dol dan rakan-rakan sewaktu dengannya, sudah boleh baca huruf. Dol pun sudah pandai membaca Alip Ba Ta, sampin Jin. Betul tak Husin Lempoyang. Marilah kita tengok nanti siapa yang kena, apabila sarkas Dol menghasilkan taik yang semutu tahi unta Husin Lempoyang. Hehehehehe...

Zubli Zainordin berkata...

Maka Ramli Sudin dan Ajis, pening kepala, sebab dalam banyak-banyak perkara yang dimesyuarakat dalam sarkas si Dol, ialah, ada cadangan untuk mengambil balik bayaran ex-gratia kepada para bekas hakim, kerana keputusan untuk membayarnya terdahulu bersabit pulak dah dengan penderhakaan kepada Raja Malaysia negara yang berdekatan dengan negara Isketambola. Cadangan mengambil balik bayaran ex-gratia itu berkaitan pendedahan Tun Mahathir, yakni The Tun Salleh Saga. Ramli Sudin dan Ajis pun bertemu Aini, untuk membaca surat, kerana mereka tidak pernah mendengar perkataan ex-gratia, sebelum ini. Malangnya Aini pun tak tahu apa menda ex-gratia ini. Maka dicadangkanlah supaya mereka bertemu dengan seorang yang bertaraf Raja Lawak Kabinet, Z Ibrahim, yang tiada kena mengena dengan Z Lokman. Begitulah adanya. Betul dak Husin Lempoyang?

Bung Karno berkata...

Tengku A.Rahman -- Bapa Kemerdekaan

Mahathir Mohd --- Bapa Pemodenan

Abdullah Badawi -- Bapa Kebodohan

azlan berkata...

Kau tipulah Sin. Pak Lah aku kenal sangat, selsema pun dia pergi ambil ubat kat Ostolia. Dlm negeri tak main, Tun lainlah, asyik main berubat lokal2 aje.

Tanpa Nama berkata...

Ya bung k0rno!

Berapa banyak bapa yang engkau punya dah.

Sebab itu, malaysia tak tentu karuan hala, semetelah lagi ibunya tak tahu anak siapa sebenarnya engkau, apabila bapanya banyak.

Tanpa Nama berkata...

Harga petrol sepatutnya ditentukan oleh pasaran, tetapi kerajaan Malaysia tidak mengambil cara itu, sebaliknya mengambil harta negara untuk top up harga supaya petrol boleh dibeli dengan murah.

Kerja zalim ini sepatutnya dihentikan, kerana harta negara, harta bangsa, harta petronas adalah milik semua rakyat, yang seharusnya disimpan dan dijaga dengan baik oleh kerajaan.

Untuk apakah harga petrol sahaja yang dipelihara oleh Kerajaan sedangkan, ada manusia dalam negara ini masih hidup meskin, tak mampu mempunyai tempat tinggal, tidak mampu membeli makanan, tidak mampu memenuhi kehendak bini dan anak-anak.

Akan tetapi mereka yang mempunyai perniagaan, mempunyai lori, mempunyai bas, kereta dan motosikal tidak pernah pun mengelurkan wang dari keuntungan perniagaan membantu orang-orang meskin sebenar, sedangkan sama-sama hidup dalam sebuah negara. Sama-sama berkongsi harta negara.

Orang-orang yang minum petrol kerana tembolok sendiri ini, meraung, mengacau, mengugut dan mengganas semata-mata kerana mahukan kerajaan mengawal harga petrol, tetapi mengambil harta negara, harta petronas dan bangsa.

yang benar - belacan goreng

Keynesian Rule berkata...

belacan goreng

Logik macam belacan busuk.

Peratus orang miskin tegar adalah bawah 5%. Tetapi 100% rakyat menggunakan tenaga minyak dan elektrik, bukan saja yg menggunakan kenderaan persendirian.

Bagi mereka yg tidak menggunakan kenderaan, segala barangan yg mereka guna mempunyai elemen kos tenaga samada secara langsung atau tidak langsung.

Negara mampu. Rizab kita tinggi. Adake logik dipanggil zalim utk rakyat menikmati kemewahan negara?

Bukankah lagi menyusahkan kehidupan orang miskin dan pendapatan rendah dgn kenaikkan harga minyak?

Betulkah harta negara dan rakyat tergadai kerana digunakn utk subsidi minyak? Dulu petroans untung RM15-20 billion, sekarang RM70-80 billion.

Tak ada cara lainkah yg boleh utk turunkan kos subsidi? Tak bolehkah dikawal letirisan minyak kepada orang luar negara? Tak bolehkah dikenakan industeri harga antarabangsa.

Tutup saja projek merepek Economic Corridor.

Dolah punya defender ni semua sama bodoh. Pasti gagal maths dan statistik, tak dapat belajar economics.

Tanpa Nama berkata...

Cik Belacan Goreng...

Ni sorang lagi yang orang suruh belajo tapi maleh belajo....

Harga Minyak bukan orang top up dari harta tapi pengurangan cukai atau subsidi cukai...

Harga Minyak Petrol dan Diesel Biasanya lebih kurang sama aje kat Pasaran dunia (kat asia ni kat Bursa Singapore. Jika Harga Petrol Naik maka kerajaan akan turunkan cukai untuk mengstabilkan harga tersebut. Maka dengan ini Pendapatan Kerajaan akan berkurangan bukanya Kerajaan Keluar Duit...

Isk..susah betul kalau cerita dengan orang Jumud nih.....Ko ingan Harga petrol ni macam Husin bubuh harga Unta dia...Usin pun kena kira Sales Tax 10% untuk setiap unta yang dia jual..tapi kalau POKLAH BODOHWI to aku rase Usin pun bagi subsidi harga gak..heheheheheh...

Husin Lempoyang berkata...

Belacan goreng buat sambal hijo
Makan nasi lauk ulam
Aku budak baru belajo
Kalau salah tolong betulkan