Selasa, Jun 17, 2008

Membangunkan Tenaga Alternatif

Apabila harga minyak naik, maka sekali lagi kita dengar seruan perlunya membangunkan sumber tenaga alternatif. Kita banyak tenaga alternatif yang boleh dibangunkan tetapi oleh sebab subsidi minyak, minyak masih murah. Selagi tak terantuk, kita tak terngadang.

Jika penyelidik kita mahu cuba, Husin ada ide untuk menjana tenaga dan membantu mengekalkan alam sekitar ia-itu menggunakan kentot. Bayangkan gas original ini dijadikan NGV untuk sumber tenaga teksi.

Sumber tradisi tenaga adalah membakar kayu. Sumber itu kini dipanggil dengan terma yang lebih canggih sekrang ia-itu tenaga biomass. Kalau TNB mahu membantu membangunkan tenaga alterantif, mereka boleh bina IPP kecil menggunakan biomass dari sampah sarap, barangan buangan ladang, dan lain-lain. Enjin generator biomass pun Husin sumber dan agensinya.

Tapi TNB tak mahu, macam-macam cekadak lah mereka kasi alasan. Korparat kita manja ... fikir nak buat duit saja, termasuk korporat kerajaan.

Satu masa, heboh pasal bio-diesel. Rupa-rupanya cuma 5-10% saja minyk sayuran yang dicampur minyak diesel. Taklah mengurangkan sangat minyak. Grant dan insentif diambil tapi apa hasilnya? Ini kena tanya JJ yang dahulu MOSTI. Kadang-kadang keliru cuba memahami JJ, dia ini kerajaan atau korporat?

Dulu bising pasal tenaga solar. Kalau kita pergi pameran2, macam-macam solar panel yang dipamerkan. Tapi setakat guna di rumah. Industri-industri kita manja, tak mahu ambil jalan susah dan jangkamasa panjang tetapi bergantung penuh dengan elektrik dan minyak. Biasalah korparat ...

Kalau kita bersunggoh-sunggoh, boleh dilakukan. Taik lembu di India dijadikan sumber tenaga untuk kegunaan rumah-rumah dari proses yang boleh mengeluarkan gas methane. Di sinilah Husin dapat ide semasa melihat saluran National Geographic di Astro. Dengan harga barang dan tenaga naik mendadak, orang berjimat dan ikat perut. Banyak perut yang berangin.

Sejak Khalid Ibrahim menghampiri 100 hari pertama sebagai Menteri Besar Selangor, perut Husin pun dah balik perangai lama terkentot-kentot. Bagi siapa yang ingat, apabila pelik-pelik berlaku, mulalah. Ada pulak laporan polis ke atas pegawai Khalid oleh ahli-ahli PKR. Reaksi pelik Khalid. Terbongkar kroni Khalid dengan Cina.

Mana pula peel si Dolah Dilly Dally dan Flip Flop Flup?

Kalau ada penyelidik boleh buat sistem untuk menakong udara kentot Husin yang serupa gas methane dari taik lembu, kentot itu boleh digunakan menjadi gas masak. Jika cukup banyak, boleh dijadikan NGV dan digunakan oleh kereta-kereta dan kilang-kilang.

Bagi memperbaiki baunya, boleh dicampur dengan herba lavender. Boleh juga diguna jadi air freshner. Kalau semua teksi pakai, harum semerbak bandar-bandar utama Malaysia. Banda lain macam Johor boleh pakai, bau pandan. Penang pakai bau daun kari.

Pasti boleh memohon tanah dengan kerajaan Khalid, Hasan Ali dan Ronnie Liew untuk buat kilang. Kalau kilang Carlsberg dan rumah urut pun tidak tutup, tentu boleh bina kilang memproses kentot.

Wow! Kentot orang pun boleh buat business dan spin politik la ...

9 ulasan:

~MataHatiJohor~ berkata...

Kehebatannya Abdullah Badawi begitu terserlah sehingga ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang lain sanggup menjilat bontot Perdana Menteri kita ini kerana mereka mengatakan bontotnya sungguh wangi sekali.

Antara pemimpin yang suka membontotinya adalah Tan Sri Muhamad Bin Mohd Taib yang sentiasa menunggu bila Perdana Menteri akan kentut. Difahamkan menurut Muhamad Taib, kentut Perdana Menteri sangat harum seolah-olah disapu dengan minyak attar dari padang pasir.

Pemuda-pemuda UMNO juga semakin ramai yang suka bau harum kentut Perdana Menteri kerana dihidung mereka telah disapukan minyak atar badwi oleh Naib Ketua Pemuda UMNO. Antara yang paling suka adalah Datuk Norza Zakaria, Datuk Azeez Rempit, Rezal Marican, Md Jais Sarday, Khairi Malik dan yang terbaru Ketua Pemuda Negeri Perak.

Pada waktu ini hanya seorang Exco Pemuda yang tidak berjaya disapukan minyak attar badwi iaitu Datuk Mukhriz Mahathir. Sebab itu apabila Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO kentut di Perhimpunan Agung tahun 2006, hanya Datuk Mukhriz seorang yang tidak merasa bau yang harum itu. Datuk Mukhriz yang berani mengatakan kentut Presiden UMNO adalah kentut jenis biasa dan adalah pengulangan kentut-kentutnya setiap hari, teruk dibelasah oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang tidak bersetuju dengan dakwaan kentut presiden adalah jenis kentut biasa dan pengulangan kentut-kentutnya setiap hari.

Namun Datuk Mukhriz yang diancam akan dikenakan tindakan disiplin kerana mengecam kentut presiden akhirnya berjaya meyakinkan pada EXCO Pemuda bahawa kentut Presiden adalah dari jenis yang biasa yang dikenttutkannya setiap hari. Maka dia terlepas dari tindakan disiplin.

Kepada pembaca sekelian, UMNO sedang mencari ramai calon-calon dari kalangan guru-guru disiplin samada yang masih bertugas mahupun yang telah pencen untuk berkhidmat dengan parti tersebut bagi mendisiplinkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang biadap kerana mengatakan kentut Presiden UMNO berbau busok.

Difahamkan sehingga berita ini ditulis, jumlah ahli yang berani mengatakan kentut Presiden semakin busok semakin bertambah ramai kerana menantu Perdana Menteri telah membawa lari sebahagian besar minyak atarnya ke luar negara dikhuatiri akan dirampas oleh Kerajaan Baru yang dijangka merampas kuasa pada 16hb September 2008 nanti.

bapak sekentut berkata...

alamatnya 17 septemberm manti aku nak jual petailah dekat pwtc sebab mesti ada pertandingan kentut. sebab kentut petai setakat nie tak menghampakan.

bapak sekentut

Tanpa Nama berkata...

selain kentut, air kencing yg mengandungi urine boleh digunakan sebagai baja tanaman. Sekitar Jab Perdana Menteri, selain dari menjimatkan penggunaan baja kimia, aku rasa mari la kita kencing beramai ramai untuk mendapatkan "greenhouse effect" dan rumput serta pokok akan tumbuh mekar kat JPM. Ini akan membantu PM untuk menjimatkan tenaga letrik dengan suhu akan turun bila keliling hijau. Dia boleh bukak tingkap dan tutup aircon utk elakkan ozone layer rosak.
Rambut aku pun dah jadi hijau kena kencing ngan pak lah dan kroni semenjak keputusan flip-flop dan keputusan suka kencing kat rakyat.
Hijauuuuu..

Zubli Zainordin berkata...

Pada mulanya pihak media tidak percaya! Tetapi, pihak media terpaksa menyusun ayat, gambar dan bunyi, melalui penyelidikan saintifik untuk dokumentari dan rencana, dan berita perdana saluran media mereka.

Ini bersabitan Si Dol Perdana Menteri Isketambola dan kabinetnya telah bersetuju meluluskan idea kentot Husin Lempoyang untuk dijadikan tenaga bagi semua kenderaan di Malaysia.

Dengan harga 100 darham bersamaan RM Seringgit, setangki kentot boleh mencapai perjalanan sejauh 10 kilometer.

Hasil dari itu, mulalah idea ini menjadi kenyataan. Isketembola terkenal sebagai pengeluar tangki kentot untuk pasaran tempatan, pasaran dunia, dan pasaran hadapan.

Ada ura-ura untuk mengeksport tangki kentot ini ke Amerika Syarikat dan lain-lain negara tiada sumber minyak petrol dan diesel.

Ini telah pun menjadi kenyataan juga.

Menarik!

Editor Pertama yang mendapat scoop, berita eksklusif dari si Dol, ialah Ali Gogia.

Berikut adalah khabar beritanya.

Kata si Dol, memulakan cerita, saya berasa pelek pada mulanya. Jadi saya panggil saintis bagi terang kat saya.

Saintis tu kata, idea ini paling mustajab. Sebab tiada gas di dunia yang sebaik kentot.

Saya tanya, jadi nak buat macam mana?

Kita perlu bina dua kilang. Kilang pembekalan dan kilang pemprosesan, jelas saintis itu.

Lepaiah itu? Saya tanya.

Kita temuduga dan kita ambil ribuan pekerja, untuk 5 shift, dan kilang ini boleh beroperasi 24 jam.

Macam Seven Eleven pulak ya? Habeh itu macam mana pekerja itu boleh kentot? Saya tanya.

Saintis itu menjawab, Senang sahaja, setiap pekerja dibekalkan 100 bijik telor untuk dimakan!

Makan telor siapa? Saya tanya.

Saintis itu kata, bukan telor orang, telor ayam!

Saya tergelak besaq dan panjang.
Kemudian saya tanya, tak busuk ka?

Saintis itu kata, menurut Husin Lempoyang, kita buat penapisan semua kentot itu melalui minyak wangi Lavendar.

Bijak-bijak, kata saya. Minyak wangi lain boleh ka? Keluarga saya pengeluar minyak attar?

Saintis itu jawab, boleh! Ikut negeri pun tak mengapa, contohnya Penang, daun kari. Johor daun pandan. Begitulah seterusnya.

Saya berasa syok, sebab keluarga saya boleh score me, dalam projek nasional ini.

Saintis menambah, sebab itulah ada dua kilang, satu kilang untuk ternakan ayam menghasilkan telor. Semua telor ini direbus. Satu lagi kilang ialah setiap pekerja dicucuh satu corong khas, yang kecil, tirus dan panjang, ke dalam lubang pengentotannya.

Saya termenong sat. Saya kata, ini kena tanya Muftiti dulu. Negara kita ini ada Had dan ada Hari. Tengok, apakah ada fatwama mengenai halal haram penyucuhan ini. Sat lagi masyarakat tuduh kita amal liwat, payah pulak. Apa tu, ya sodomi! Nanti saya tanya depa, teruskan, saya kata.

Saintis itu kata lagi, semua kentot disalurkan dan dikumpulkan, ditapis pula melalui penapisan tabung Lavendar, dan disalurkan lagi lalu ditabungkan untuk pengisian ke dalam tangki.

Sudah boleh dijual, jelas saintis itu panjang lebar.

Kemudian saya tanya, boleh eksport ka tangki kentot ini?

Saintis itu kata, boleh, kita tambah pekerja dan kita buka projek dua kilang ini di setiap negeri di negara Isketambola.

Begitulah ceritanya. Tetapi untuk saya, depa buat khas, saya hasilkan kentot saya sendiri untuk kenderaan kegunaan saya dan keluarga saya.

Begitulah ceritanya!

Tuan Penasihat berkata...

Zubli ... Kompleks loji pemprosesan ini boleh dibangunkan di Iskandar Malaysia.

Oleh kerana Hasan Merican berkata, minyak dah nak habis, maka angan2 musang hitam untuk dirikan hub petroleum boleh digantikan menjadi hub kentot.

Kerajaan singapura yang amat prihatin mengenai kebersihan dan alam sekitar mereka akan mengeluarkan peraturan baru tidak membenarkan kentot lagi.

Iskandar Msia boleh guna peluang ini memberi pas istimewa tanpa perlu melalui kastam untuk datang seminggu sekali ke Iskandar Malaysia untuk melepaskan ration kentot seminggu sekali di hub kentot.

Untuk meningkatkan produktiviti Johor boleh mengekspot telor rebus dan nangka percuma ke Singapura pada hari Jumaat untuk mempertingkatkan produktiviti kentot. Sorang tiga biji telor dan beberapa ulas nagka sudah cukup untuk mengeluarkan satu tangki kecil kentot.

Berdekatan dgn hub kentot itu, station2 NGV kentot pun boleh didirikan utk kereta2 singapura megisi tangki NGV kentot.

Korparat2 msia yg akan buat duit tak kira apa terjadi pada negara akan membangunkan kompleks membeli belah utk rakyat spura. Tak lama lepas itu kawasan perumahan utk org spura dibangunkan khusus bagi mereka2 yg kuat kentot. Iskandar Malaysia tukar jadi Iskandar Singapura

Husin Lempoyang ni, kepala otaknya memang bijak, kata Bapa Mertua yang kaki belit.

apis berkata...

hahahahahahaha
lucu la.....

Tanpa Nama berkata...

WALAUPUN SEMUA PEMBACA DAH TAHU, SAYA NAK ULANG PERINGATAN Dr. Novandri.

MAAFKAN SAYA SAUDARA HUSIN, saya rasa peminat Husin pun ingin mengetahuinya.. drp ADAM AMIN


Dr Novandri Hasan Basri

Apabila kita mengikuti perkembangan yang berlaku di pucuk kepimpinan UMNO negeri dan pusat, ramai di antara kita yang berasa kecewa. RM 1.00 setiap tahun yang dijadikan yuran keahlian UMNO terasa tidak berbaloi walau pun ia hanyalah RM1.00.

Ramai yang kecewa kerana terdapat pandangan dan keputusan kepimpinan UMNO yang tidak mencerminkan aspirasi ahli-ahlinya. Bagi mereka, pemimpin-pemimpin sudah terlalu jauh dengan ahli-ahli akar umbi.

Pemimpin-pemimpin hanya bersahutan sesama sendiri dan kadang kala, penjelasan mereka telah menimbulkan pelbagai kekeliruan dan menjadi bahan bualan sesama rakyat.

Yang menimbulkan masaalah ialah perbualan tersebut lebih banyak menghentam dan mengutuk parti UMNO. Dan biasanya, ‘panas’ juga telinga ini apabila UMNO diperkatakan sedemikian rupa.

Para pembaca yang juga ahli UMNO tentu pernah mengalami saat demikian.



Ironinya, kita inilah orangnya yang terkial-kial membidas dan cuba mempertahankan nama baik parti UMNO.


Dan kita inilah orangnya yang akan berdepan dengan mereka setiap hari kerana mereka adalah jiran atau pun kawan-kawan sekampung kita.


Dan kita ikhlas tanpa menginginkan sebarang imbuhan atau ganjaran, cuma kerana rasa cinta kita kepada parti UMNO. Itu sahaja.

Kadang kala, kita tidak mempunyai sebarang jawapan kepada kutukan-kutukan tersebut dan kadang kala juga, kita merasakan bahawa kutukan itu berasas dan memang terjadi di dalam UMNO.

Apa yang patut kita lakukan seterusnya?

Kita akan tetap mempertahankan nama baik UMNO.


Ini adalah kerana kutukan-kutukan tersebut bukannya kepada ideologi dan perjuangan UMNO itu tetapi ditujukan semata-mata kepada sikap, tindakan dan tindakbalas pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri.

Dan pemimpin-pemimpin UMNO hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna dan tentunya pernah membuat kesilapan dan kesalahan.

Dan perlu diingat, pemimpin-pemimpin UMNO juga hanyalah manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang kekebalan dan boleh dilucutkan jawatan mereka oleh ahli-ahli UMNO itu sendiri tanpa perlu menunggu selesainya 3- 4 tahun kitaran tempoh jawatan tersebut.


Ya, betul...... bila-bila masa!

Berapakah ramaikah di antara kita yang tahu bahawa sebenarnya, setiap ahli UMNO sangat berkuasa dan boleh merubah struktur kepimpinan tertinggi UMNO TANPA perlu menunggu Perhimpunan Agung Tahunan UMNO?

Jika kita layari intipati perlembagaan UMNO di dalam web Pemuda UMNO Malaysia,

Perlembagaan UMNO, Fasal 9 (perenggan 12)

9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

Ini bermakna, jika bilangannya mencukupi, ahli-ahli UMNO melalui cawangan UMNO dan bahagian UMNO masing-masing, boleh meminta di adakan Perhimpunan Khas pada bila-bila masa sahaja dan berhak melucutkan sesiapa sahaja di dalam MT UMNO.

Terus terang dikatakan, penulis tidak tahu sebelum ini dan tentunya ramai pembaca sekalian pun tidak tahu atau tidak di beritahu sebelum ini.


Mungkin kerana selama ini, kita mengganggap bahawa Perlembagaan UMNO terlalu teknikal dan untuk bacaan mereka yang bekerja sebagai hakim sahaja.

Yang kita tahu ialah mengenai desas-desus Perhimpunan Khas (EGM) yang tujuannya ialah untuk membincangkan pemansuhan kuota untuk pencalonan kepimpinan tertinggi UMNO. Itu sahaja.

Dan tidak ada sesiapa pun yang sebenarnya telah membincangkan kewujudan klaus di dalam Perlembagaan UMNO yang membolehkan Presiden, Timbalan Presiden dan seluruh MT UMNO dilucutkan oleh ahli-ahli akar umbi!

Seperkara lagi, berapa negerikah di Malaysia ini yang telah menjalankan konvensyen UMNO masing-masing?

Jawapannya mudah iaitu TIDAK ADA atau JARANG SEKALI.

Menurut Perlembagaan UMNO, Fasa 12 (perenggan 10)

12.10 Badan Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi UMNO berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung dengan Konvensyen itu.

Sejak PRU-12, Pulau Pinang tidak pernah lagi mengadakan konvensyen sedemikian rupa. Penulis tidak berapa pasti sama ada negeri-negeri lain telah menjalankan konvensyen UMNO masing-masing, selepas PRU-12 atau pun pada tiap-tiap tahun seperti yang dicatitkan di dalam Perlembagaan UMNO.

Kenapa tidak dijalankan tiap-tiap tahun seperti yang dikehendaki di perlembagaan UMNO?

Mungkin MT UMNO tidak membenarkan konvensyen tersebut kerana MT UMNO berkuasa menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara berhubung konvensyen itu, tetapi jika ianya benar, ia menunjukkan sikap kepimpinan tertinggi UMNO yang tidak peduli pandangan ahli-ahli dari akar-umbi.

Jika MT UMNO tidak melarang, kenapa pula perhubungan negeri UMNO tidak menjalankan konvensyen tersebut?

Kesimpulannya, jika setiap ahli UMNO bertindak secara sistematik, terancang serta menggunapakai Perlembagaan UMNO, segala kekusutan di dalam UMNO boleh diselesaikan oleh ahli-ahli UMNO itu sendiri.


Dan bukannya terpaksa berdebar-debar menunggu keputusan daripada dua orang dan juga tarikh yang tidak pernah kunjung tiba!

Zubli Zainordin berkata...

Tuan Penasihat, pendapatan total, tolak biasa-biasa, you dapat 20%.

Setuju?

Nanti I usul pada Saudagar Husin Lempoyang, dan kami bawak ke Majlis Tertinggi, untuk persetujuan, dan permaufakatan dengan Si Dol.

Yakni, kami tunggu bila dia tidak tidor.

Jikalau tidor, kami tak berani kacau.

Oh, untuk pengetahuan Tuan Penasihat, biasanya, pembayaran adalah terjamin pasti, cuma tarikh pembayarannya, Si Dol akan rahsiakan.

Jadi, tungguhlah ya.

Najib pun.

Zubli Zainordin berkata...

Wahai Orang Kaya, Saudagar Husin Lempoyang:

Khabarnya ada alternatif lain seperti yang di lakukan oleh misalnya rakyat Amerika dan Eropah di mana mereka menggunakan 'Brown Gas' (hydrogen) untuk penjimatan minyak sehingga 60%.

Di Malaysia, ada Blog sebegini seperti www.malaysiangreencar.wordpress.com dan www. cyberstokist.wordpress.com.

Adakah 'Brown Gas' ini boleh mengatasi kehebatan "Pure Colorless Lavendar Smell Kentot Husin Lempoyang"?

Tentu tidak....

Apa komen anda?