Ahad, Julai 06, 2008

Kehebatan Samurai Tua


Kepahlawanan Samurai sudah hilang dengan arus kemodenan dan kemajuan. Setelah kalah perang pada Perang Dunia ke II dan Jepun dikuasai Amerika, kelas masyarakat samurai telah dihapuskan dan seni samurai itu mulai lupus.

Baru-baru ini, kerajaan Jepun mahu menghidupkan kembali nostalgia samurai untuk meniupkan nilai kesetiaan, kepahlawanan dan semangat satria ke dalam masyarakat. Satu pertandingan samurai telah diadakan untuk menarik minat anak-anak muda.

Salah satu acara adalah menunjukkan kemahiran menggunakan pedang dan kekuatan diri samurai. Pedang samurai, yang dipanggil Katana memang terkenal dan dikatakan adalah pedang yang paling hebat dalam dunia.

Padang Katana amat kuat dan tahan besinya tetapi flexible. Ia begitu tepat dan tangkas. Membuat pedang Katana adalah satu seni yang maan berpuloh tahun untuk menguasai. Begitu juga disiplin menjadi samurai.

Maka, keluar satu persatu samurai-samurai dari pelbagai cerok rantau, sekolah samurai dan umur masuk ke dalam dewan. Satu persatu samurai di minta menunjukkan kebolehan dan kekuatan mereka menggunakan pedang.

Selepas pertunjukkkan, hakim-hakim akan menayangkan markah dan jumlahnya dicampur. Mereka yang markah terbanyak akan menang.

Macam-macam lah aksi samurai-samurai ini dengan bunga-bunga gerakan, aksi akrobat dan pertunjukkan kekuatan masing-masing. Ada yang boleh memecahkan bertingkat-tingkat batu bata, papan, jerami padi, dan macam-macam.

Akhir sekali adalah giliran seorang samurai tua yang kurus dan agak lambat pergerakannya. Samurai tua itu tidak bergerak dengan pantas tetapi amat perlahan sekali.

Selepas menghormati para hakim dan penonton, dia membuak langkah dengan sangat perlahan semacam tai chi perlahannya. Para penonton sudah mula resah. Kedengaran riuh suara mengejek orang tua ini yang mereka rasa membuang masa bertanding dan pasti akan kalah.

Tiba-tiba seeokor lalat yang agak besar terbang ke arahnya untuk menghinggap. Dengan begitu tangkas dan pantas macam halilintar dia menggerakkan pedangnya ke arah lalat yang hampir. Tetapi lalat itu tak mati, malah lalat itu terbang lari darinya.

Para penonton ketawa gelak melihat samurai tua yang tidak boleh membunug lalat pun dengan pedang katana nya. Sedang mereka sedap gelak ketawa, mereka sedar lalat itu mengelilingi dewan empat kali dan terbang menuju dinding simen untuk menghempas dirinya. Setelah beberapa kali, lalat itu jatuh dan mati.

Semua orang terdiam melihat keadaan yang anih itu. Seorang demi seorang hakim-hakim mengangkat tangan menunjukkan kad nombor 10 sebagai markah penuh. Melihat para hadhirin terdiam terpegun, juruacara mengumumkan segera samurai tua itu sebagai pemenang. Dengan para hadhirin masih terpegun, samuria tua itu naik ke pentas dan terus menerima hadiah dan keluar diam.

Kenapa lalat itu tidak mati di tetak pedang tetapi membunuh dirinya? Orang ramai tertanya-tanya bagaimana itu boleh membawa kemenangan kepada samurai tua ini. Apakah kecekapan yang luar biasa dalam penggunaan pedang itu?

Pasti sesuatu yang kita perlu akui adalah orang tua jangan dipandang kecil. Walaupun tidak kuat dan cergas macam orang muda, mereka punya pengalaman, kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu yang mana orang muda tidak boleh. Hormati orang tua.

Wow! Kalau Husin kena dengan samurai tua ini, hentak kepala pada dinding beberapa kali membunuh diri. Apa agaknya pembaca sekelian?

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada baik si perintih di segambut mengikut jejak langkah lalat tu.

Tanpa Nama berkata...

org tua...jgn lupa makan ubat ikut jadual dan yg paling penting,

appointment dgn cadiologist jgn selalu miss!!!!wad ijn dah penuh

Tanpa Nama berkata...

Kau ni buat suspens.

Apa pasal lalat itu membunuh diri, sin.

Cerita lah habis

Tanpa Nama berkata...

Lalat tu bunuh diri sebab dia punya anu dah kena cantas

tombak

Tanpa Nama berkata...

lalat tua
samurai tua
kerala tua
orang jepun berani mati dan suka bunuh diri bila tertekan.
orang jepun rajin kerja dan kommited.
pemimpin jepun tunduk kepada rakyat dan rakyat hormat pada pemimpin jepun
pemimpin tahu nak berhenti bukan kaki extend,mereka meletak jawatan apabila tuduhan berat walaupun belum terbukti bersalah,mereka tidak maasum
orang jepun tak kaki fitnah tohmah dan manghasut walaupun mereka agama shinto atau tak beragam/mereka punya disiplin dan tamadun dan bangga dengan bahasa budaya dan bangsa mereka.
kita jaguh cerca fitnah dan memecah belah.
bacalah tafsir quraan banyak banyak jangan tilawah dan musabaqah aje.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa Sin, orang tua samurai tu telah cucuk pungkok lalat tu. Jatuh kemaluan terus hantuk kepala kat dinding.

Unknown berkata...

Salam:-

Sin...aku respect lalat tu, daripada hidup merana sepanjang hayat lebih baik mati sebagai " anak" jantan.

Samurai tua tupun satu hal.. banyak2 tempat kenapa dicantas senjata sulit lalat itu...

Tanpa Nama berkata...

hehehe samurai tua main bontot...penyokong samurai tua tunjuk bontot atas stage

samurai borek penyokong rintik...dasar aljuburi parti PKR (Punggung Kepada Rakyat)

Tanpa Nama berkata...

Jantan tanpa anu umpama mati tak akan kembali. Lebih baik mati daripada merana diri.
haa..haa.haa...

Si tua ni pun satu sepatutnya simpan saja pedangnya di arkib negara untuk tatapan generasi muda.

ummmmp sedapnya, pedang aura ni sesuai jugak untuk hiris jambu muda sambil cicah garam belacan.

meleleh air liur, bila sebut jambu muda....ummmp sedapnyaaa..

Tanpa Nama berkata...

Si lalat yang akal tidak sehebat tahu sedar diri bila sudah tidak terdaya.

Ada orang tu perasan nak jadi pemimpin. Padahal dirinya penjahanam agama, bangsa dan negara ....

Tanpa Nama berkata...

betul tu anonymous 9:07am....lalat yg tak sedar diri tu masih tak mau lepas2 jawatan sbagai penghulu lalat walau pun tau org menyampah gila kat dia sbb buat keputusan2 bodoh mcm baru2 nie naikkan caj sampah...bodo punya lalat....

Tanpa Nama berkata...

Husin,

Apa la ko ni sin, wat per dok citer pasal pedang ?

Tak retro ar, la ni pakai la C4 atau apa2 yang lebih realistik. heheheheh

Tanpa Nama berkata...

jaga2...timbalan penghulu lalat suka main dgn C4 tau...nanti berkecai badan lalat....

Tanpa Nama berkata...

Samurai tu macam Dolah, sekali hentak kat anu, Anwar terus menjajar cari duta Turki, memang betul pun, kalau Anwar kat luar, pasti Dolah cari lagi Anwar, nak di sunatnya.

Lepas Anwar pening pening lalat, dia pula menghentak anu si Najib, merah padam jugak mengadap wartawan dan esoknya, anu si Bala pulak kena jentik, sakit, kena lah buat laporan polis.

Hari tu aku sempat ke kondo yang hebat itu, nantilah senang senang aku ceritakan - kluangman

Ariff Sabri berkata...

as aslways tulisan saudagar unta- banyak punya bagis laa.
kalau ada masa sila baca blog saya
sakmongkol.blogspot.com dan
mattomoi.blogspot.com.
banyak terima kasiig la. salam hormat

Tanpa Nama berkata...

kita panggey parti PKR parti punggung lepas nie. bos dia suka main bontot.. anak buah suka tunjuk bontot.

sudin

Tanpa Nama berkata...

bukan itu saja bang sudin oi, logo parti dia pun macam lubang bontot..

Tanpa Nama berkata...

Tuan maulana hussin, itu samurai tua bukan slow tapi cool je sebab 10 dalam jel, tapi sekali dia lepas pedang dia woow, jangan kata lalat bunuh diri, gajah pun merengekkk, hebat bukan aje pedang dia boleh korek perigi terowong pun dia boleh korek dari belakang. sebab tu lalat 1tu sebelum mati kata menyesal sebab lupe nak pakai cawat besi... he he so sin jangan lupe suruh ante punya unte pakai cawat besi. salam

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Aku dok pening ni..

Sapa yg hang nak jadi PM..Dollah tak boleh.Anwar tak boleh.Muhyidin tak sesuai.

Aku rasa hang ni pencacai Najib,betul tak?Baik ngaku kalau tak aku letupkan kau dgn C4.

Antimahatdirdanameno.

Tanpa Nama berkata...

PKR = Punggung kena robek.


dari umno moden

Tanpa Nama berkata...

dalam byk2 ahli parlimen dlm malaysia, dari dulu sampai sekarang dia ni la ahli parlimen yang paling bodoh dan paling haprak!!

Orang kelana jaya dah takde pilihan lain ke? aku rasa pilih makcik jual nasi lemak tepi jln lagi byk faedahnya dari pilih mangkok hayun ni!!

Tanpa Nama berkata...

kalau orang tua nyanyuk yg satu lagi tu angkat pedang, mau agaknye dia yang hempas kepala kat dinding.. terpotong anu nya sendiri...

Husin Lempoyang berkata...

Antimahatdirdanameno

mungkin aku tunggu khairy jamaluddin.
pasal maya karin pun nak kahwin dgn omputih di negeri italian.

husin penat jual unta nak jual negar apulak ... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Apa la, ini sudah manyak lama punya cerita la.....first time aku dengar, 32 tahun yg lalu...hahahaha, tapi okla still fresh and funny!!!