Selepas 'kalah' debat mengenai minyak, PM membuat janji untuk mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangkan beban rakyat pada hari Jumaat berikutannya.
Pekeliling 1/08 kerajaan telah bersetuju memberikan elaun sara hidup atau Cola kepada semua kakitangan kerajaan dan swasta sebanyak RM500 tidak mengira pangkat berkuasa 1hb Ogos ini bagi mengimbangi beban rakyat dalam menangani kenaikan harga barang.
Semua kakitangan boleh mula membuat tuntutan pada 15hb Ogos di semua pejabat pos seluruh negara dengan hanya membawa penutup botol dan tin Coca Cola ata Pepsi Cola.
Kalau dahulu mereka riang mendapat rebat minyak, mereka bakal lebih sakan dapat hasil dari kumpul tutup botol dan tin coca cola. Kerja kumpul tutup botol dan tin adalah hidup seorang pengemis.
Dengan cara ekonomi diurus, jangan hairan bertambah ramai rakyat hidup menghampiri hidup pengemis. Kemiskinan dalam bandar pun sedang meningkat.
Sementara itu, pekeliling kerajaan itu hanya mengembirakan kerajaan Amerika Syarikat gembira kerana jualan Coke meningkat. Kerajaan Israel yang ada kepentingan dalam Coke pun syok untuk usaha menyah Palestin bertambah ...
Husin pening fikirkan kenapa naik minyak banyak-banyak dan lepas itu ada rebat dan buat langkah-langkah lain. Apa salah kenaikkan tidak sebanyak itu?
Tidaklah berapa kali kerja. Janji dulu kurangkan red tape?
20 ulasan:
31hb Julai 2008 - SEREMBAN
Sebuah kilang minuman kerugian hampir 1juta ringgit kerana kecurian malam tadi, demikian laporan yang dibuat di balai polis Seremban awal pagi ini.
Minuman botol tersebut yang sepatutnya dihantar ke Beijing sempena Olimpik mengalami masalah kerana semua tudung botol untuk pepsi dan coca cola tersebut telah dicuri tengah malam tadi.
Polis Seremban telah mensyaki punca kehilangan tersebut dan menasihatkan semua Ketua Jabatan dan Pegawai serta kakitangan Kerjaan di daerah Seremban memberi kerjasama memulangkan penutup botol minuman tersebut.
Bagaimanapun hingga ke lewat malam tadi, berita ini belum dapat disahkan - kluangman
Sementara ada laporan dari 'reliable source' menyatakan... ke-semua stok-stok Coca Cola dan Pepsi Cola, baik tin atau botol telah diagihkan kepada Syarikat SonInLaw Holdings dan akan di-jual dengan harga RM498.00 sebotol atau se-tin.
Laporan terkini memaklumkan bahawa Husin Lempoyang telah ditangkap kerana tersalah lapor berhubung penebusan rebet melalui penutup tin dan botol coca cola yang menimbulkan panik dikalangan rakyat jelata.
Menurut pihak berkuasa, COLA (Cost of Living Allowance) hanya layak untuk kakitangan sebuah organisasi mencari keuntungan dibawah kumpulan COLA (Company Of dolLah Anakberanak).
Walau bagaimana pun menurut sumber yang dipercayai, rebet tunai sebenarnya akan diberikan kepada rakyat jelata melalui penebusan penutup tin sardin cap Kepala Batas dengan nilai 1 sen setiap satu penutup. Sumber tersebut memaklumkan bahawa dengan perlaksanaan "kaedah penggenapan nilai 1 sen", rakyat akan diberi 0 sen jika penebusan hanya dibuat untuk 2 keping penutup sardin. Namun begitu rakyat masih layak mendapat mata bonus terkumpul dan hanya 'valid' menuntut rebet tunai selepas 1 Julai 2010.
Aku kaya...
Aku kaya..
Tidak ku sangka penat jerihku mengutip penutup Coca Cola atau Pepsi Cola selama ini dijamin oleh kerajaan Dolah, dengan memberi rebet kepadaku sebagai seorang pengemis sebanyak RM5,000,000.00(satu guni = 10,000 penutup x RM 500.00)
Pejabat Pos Kepala Batas aku dah tempahhh .... chuppp.. chuppp aku punya Pejabat Pos Kepala Batas..
aik?salah ke PM mengumumkan tindakan sedemikian?.sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit beban yang ada.sekurang-kurangnya ada tindakan susulan dari kerajaan daripada tak buat apa-apa.
tetapi harapnya kerajaan akan lebih peka akan masalah rakyat dan dapat membantu.kita jangan pulak asyik cari salah je.tengok la jugak dari perspektif lain.
kita tunggu dan lihat apa langkah yang mahu diambil oleh Pak Lah nanti.
Dolah telah mengamnbil beberapa langkah, langkah ke depan, langkah ke belakang, langkah ke kanan, langkah ke kiri. Dolah masih mempertahankan dirinya selepas langkah ke atas tetapi majoriti rakyat sedang menunggu bila agaknya Dolah hendak melangkah ke bawah.
Walaupun beberapa gesaan telah dibuat, tetapi Najib dan Muhyiddin belum juga melangkah langkah. Ku Li pula walaupun mahu melangkah tetapi tak berupa cukup langkah.
Berita terkini pula Mat Taib menawarkan diri melangkah untuk jawatan naib Prresiden untuk memperkasakan UMNO.
Dalam banyak banyak tu, agak agaknya siapa yang tersalah langkah atau disumpah langkah - kluangman
azlan
perspektif lain apa?
pertahan dolah bodowi?
tak pasal2 nak kenakan AAB jugak. kan bagus kerajaan naikkan COLA ni. sama dgn rebat minyak, kalau benda2 kerajaan buat yang betul dan baik kenapa nak kutuk? ingat kalau ada kerajaan baru, kerajaan tu tak kan buat salah atau perkara yang tidak baik? trek record DSAI dulu bukannya sempurna, ingat tak?
Betul tu Azlan...
Tak kisahlah apa si husin lempoyang tu nak kata apa...Dia dengki sebab tak kerja dengan kerajaan kot.. Diorang ni dah jenis macam tu. Pak Lah buat apa pun kebaikan tetap tak baik di mata 'diorang'. Apapun sama-sama kita nantikan tindakan Pak Lah selepas ini...
Alangkah baiknya kadar COLA meningkat. Dapat lebih menampung hidup, terutama sekali kepada mereka-mereka yang sememangnya gaji bulanan dah kecil.
Ini menunjukkan kerajaan peka dengan keadaan rakyat.
Susah juga jadi kerajaan, kalau bagi lebih orang kutuk, tak bagi langsung kang confirm kutuk juga lah.
haha.. ingat betul la cola mau naik tadi ..
hehe.. pas ni sebotol cola naik rm20 dari rm2 sebotol ..
Melihat ada mereka yang menjadi agak serius dalam blog satira, maka ingin saya posting sedikit dari blog saya.
Thursday, June 19, 2008
A Trader's Hunch on the Recent Petrol Oil Hike
The manner the recent petrol hike led this ex-trader blogger to believe that it is NOT merely about Government’s budgetary constraint and uncertainty in the world oil market.
That’s long taken into account.
Dr Mahathir commented about the need to reduce subsidy after the 1999 oil rise to US$30 per barrel. Analyst report predicting oil at US$100 per barrel has reached this ex trader’s as early as 2005!
Petronas is supposed to make further revelation next week. These days it is acting in the manner of a full-fledged corporation merely to maximise shareholder’s value - the new mantra of Government companies.
Taken all the rationale, excuses and spins, this ex-trader’s hunch or intuition is that the recent decision is actually the incompetence and complacency of Abdullah’s economic management.
This adminsitration procrastinate and flip flop in their decisions. By the time, Abdullah actually decided to do anything, his decision is usually too late and not in control. Personal political plans supercede the people, party and national interest.
And, underlying the recent hike is an insidious intention to IMF the economy.
Baca seterusnya ... sini
apa yg baiknya naik cola tu...abih minyak tu org gomen jer yg pakai? org swasta naik basikal ka...org kampung naik unta ka?? haa...jawab!!jawab!!!
Apsal kat belakang entry husin sekarang ni dah takde wow! wow! kat ending dia... tak besss laaa...
Salam sejahtera,
PEMBERITAHUAN
Untuk mendapatkan sebarang berita-berita rujukan Buletin Utama TV3 bagi anda yang sering ketinggalan waktu siarannya, sila layari Rujukan Berita TV3. Blog ini sedang dikemaskini dengan berita-berita semasa yang terkini dan segala berita-berita lampau.
Semoga bahan rujukan ini dapat dimanfaatkan bersama sebelum sebarang spekulasi atau lontaran pandangan dikemukakan. Juga diharapkan agar kita semua tidak perlulah "bias" meskipun ianya merupakan berita arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan pemerintah. Usaha ini diwujudkan atas dasar kebertanggungjawaban terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta.
Sekian dimaklumkan.
PEMUDA PELAPIS
www.pemuda-pelapis.blogspot.com
Pemuda ...
TV3 dikuasai Kalimullah.
Orang UMNO pun tak caya TV3.
lepas nie dia kasi seorang seketul gula2 COLA pun dah syok x ingat.. haha .. itu nak jaminan tu nak tambah undi di masa akan datang...
Baru aku tau.. ubah cara hidup adalah dengan pakai kereta mercedes dari pakai V6 .. wow... sungguh unta pemikirannya....
Tak tau lah nak cakap apa lagi pasal Pak Lah ni. Saya rasa dia umumkan dulu nak umumkan langkah, lepas tu baru dia fikir.
http://umnomuda.wordpress.com
Jikalau hal biasa begitulah, seseorang akan cari penyelesaian untuk sesuatu masalah. Namun, dalam politik hal nya lebih seronok, yakni kerajaan cari masalah, kemudian baru lakukan pelaksanaan penyelesaian kepada masalah yang kerajaan sendiri adakan.
Dari perspektif unta, makan dulu baru ehem.
Kerajaan? ehem dulu, baru makan.
tak aperlahhh...biarlahhh..takboleh buat ape dahhh..dah kalah tu kalahlahhh..yapperdahhhh..dah dah dahh..aku dah bosan dgn perkatan yang byak H nie.
Catat Ulasan