Rabu, Februari 25, 2009

"I nak pergi bilik air ..."


Dalam keadaan politik yang begitu bergolak sekarang ini, ramai ahli politik balik lambat malam. Kadang-kadang ada yang pulang sampai hampir pagi.

Ada yang balik lambat kerana pergi berceramah. Ada yang menganjur ceramah. Ada yang sibuk dengan pemilihan parti. Ada yang ada perjumpaan pow-wow strategi. Ada yang pergi minum-minum sembang politik. Macam-macam orang politik.

Ada yang juga guna politik sebagai alasan. Jadi helah untuk jumpa gelfren. Pergi kalabul malami dan dagdut. Kadang-kadang ianya masa untuk isteri sorang lagi yang isteri pertama tak tahu wujud.

Ada isteri sporting dan understanding mengenai penceburan politik. Dalam itu, naluri perempuan akan fed-up kalau si suami balik lambat selalu sangat. Si suami kena selalu mengakal si isteri. Oleh kerana orang perempuan selalunya pejenis tidur cepat, maka alasan yang lazim diguna ia-lah "I balik awal, you saja tidur cepat."

Untuk memastikan alasan ini berkesan, si isteri tidak boleh sedar masa suami balik pukul 3 pagi. Antara taktik-taktik diguna adalah perlahan-perlahan semasa membuka pintu, berjalan dan masa baring atas katil.

Ada isteri pejenis mudah terjaga. Maka ada yang bila pulang akan jalan mengundur supaya bila si isteri tersedar, maka dia kelihatan macam berjalan dari katil. Bila ditanya, "I nak pergi bilik air ..."

Ada suami bila dia nak baring atas katil, dia tak baring pelan-pelan. Takut disedari macam baru nak tidor. Dia akan tekan kuat-kuat tilam itu dan duduk. Ianya seolah-olah bangun terkejut dan terus duduk. Kalau bini tak sedar, relaks saja. Bila tersedar, alasannya masih sama "I nak pergi bilik air."

Ada satu Dato sudah balik mabuk. Dia pun buka baju seluar, tinggal boxer short dan guna taktik sama. "I nak pergi bilik air."

Dalam bilik air, dia pun cuci bau-bau pada mulut dan badan. Tak mahu si isteri tanya-tanya kenapa lama sangat dalam bilik air, dia pun ambil wudu dan solat. Tak tahu orang mabuk sembahyang apa. Takut lama sujud dia ...

Tengah-tengah sembahyang, tiba-tiba si isteri baling bantal. Dia hairan kenapa isteri baling bantal. Dia buat tak tahu dan terus sembahyang.

Masa tengah iqtidal, si isteri baling lagi bantal. Marah dia isteri kacau sembahyang. Belum dia batalkan sembahyang untuk buka mulut, si isteri bersuara, "Abang ni. Kalau nak sembahyang pun, pakailah kain."

Rupanya Dato ini dalam tengah mabuk, tak sedar dia sembahyang pakai seluar boxershot saja.

Kantul!

24 ulasan:

one one no belen berkata...

haha husin.Byk pemimpin UMNO jgk yg mcm ni.alah semua politikus mmg mcm ni kan.tak kiralah apa fahaman politik dia org. dia org cuma nak memperbodohkan rakyat aje .yg kesiannya penyokong fanatik mereka di lembukan oleh si lahabau pemimpin tersebut.naib kaulah labu

Bourne berkata...

sin,

best punya sroty lah..... macam tekena kat btg idung plak ...yg beza nya aku bkn org politik aje.

lg satu brader aku rasa umor kau panjang lah semalam ada ka aku mimpi kau ninggal .....

mudah mudahan ALLAH panjangkan umor kau Sin. amin.

Wah Al-Subangi berkata...

hahahahahahahahahaha!!!

Fazrulls berkata...

Har.. har. bukan setakat ahli politik ja yang buat.. orang biasa2 ni pun sama.. keluar malam jumpa kawan masa bini dah tido.. lepas tu balik buat taktik yang sama heee.. heee :)

Orait.

awi.prt8 berkata...

cik usin nie macam ceritakan pengalaman sendiri jer...heheheh

Tanpa Nama berkata...

Dato semayang ucap mentera hindu.. bukan ayat suci al-Quran.. sebab dan banyak sangat togok kencing setan!

Tanpa Nama berkata...

Hihi.. baru last weekend laki i balik lambat.. dah kul 4 pagi i bangun tgk dia x dak.. so i call.. dia kata dah balik, tp keluar pulak nak beli rokok kat kedai mamak.. since i ni kaki csi, so i buat inspection.. confirm mmg belum balik.. siap la, dia sampai jer perang besar..

Cik Puan

Cucu Tok Selampit berkata...

Lawak antarabangsa la Sin. Tersedak air Nescafe Cucu Minum.

Tanpa Nama berkata...

tak heran pun, pak aji kat Tabung Haji pun ramai kaki dangdut da..

-azienmat-

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

SIN aku fikir kita kena merancang strategi takut kalau pemilihan UMNO nanti Menantu menang KP.

Aku cadangkan kita semua yang mana ahli pemuda UMNO pakat2 letak jawatan sebagai ahli UMNO, bawah sayap pemuda.

aku cadang ko jadi ketua, untuk merekrut team pemuda yang akan berbuat demikian masa PAU nanti.

Kita biar kan org muda tiada lagi dalam UMNO and kita biar KJ and SUKJ sahaja yang panjat pokok gantung bendera..KJ pegang tali SUKJ yang panjat.

aku harap ko setuju..

ahli...UMNO

Tanpa Nama berkata...

haaa,,kalu malam jumaat pun balik lewat juga ke? tapi kalau ada yang lain macam mana..lewat juga ke?
kalau semua lewat alamat rakyat
pakai cawat le

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Keylee Daud berkata...

hahaha..bahana mabuk punya fasal...kakakka..hancurr

PARPUKARI berkata...

MUAHAHAHAHAHA...AKU BOLEH BAYANGKANLAH MASA TU...MEMANG BEST CITE KAU NI SIN....KELASSS..SANGAT MENHIBURKAN..

Quantum Metal Consultant berkata...

kelakar ke...tak pun

Tanpa Nama berkata...

Macam ada pengalaman jer heeee.Kalau pilihanraya 2 bukit paling ramai suka pergi tentulah bukit selambau tak tau la apa sebab!!!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Sin,

Aku balik rumah pukul lapan malam kena marah dengan isteri. Aku try balik pukul sepuluh malam, kena marah. Lepas tu aku balik pukul sebelas malam kena marah juga. At last aku balik rumah pukul tiga pagi. Dia tak marah pulak sebab dia dah tertidur.

Dato' M
Calon 03
Pemilihan UMNO

Gelombang Rakyat berkata...

Husin Lempoyang,

Lagu P Ramlee kata, itu yang Kaki Botol.

Kalau kena yang Queen Control bagaimana.

Suami balik lambat, Isteri pulak menghebat. Bila suami balik keletihan tidor, isteri pula ""I nak pergi bilik air ...""

Haru..!

Tanpa Nama berkata...

Sin ..lawak siolllll...

Terhibur hatu ku yang duka ini ..har har ha ha ha ha ha...

Pewhhhhh

r.k berkata...

hahaha~ hahaha~
hahaha~

Tanpa Nama berkata...

sejibik kena batang hidung laki I...

tak pernah langsung balik sebelum maghrib selama 19 tahun kahwin. perang?
dah berdozen2 perang sabil, sampai I dah give-up. sukahati ngko-lah nak balik pukul berapa. kumpul-lah dosa sorang2.. malas-lah orang laki-laki ni. bila bini cakap dan mula naik angin dia kata kita ni queen control.

kalau bini balik rumah malam2 macam dia jugak ok tak? iyelah, banyak kerja kan kat opis tu kan.

kepada pemudi2 yang berhajat nak kahwin tu, pegi tanya boyfren awak tu apakah amalan suci dia bila dah kahwin nanti? tanya kat dia, heavy duty punya kerja punya orang ke dia. ? kalau ye jawapannya, ertinya, rumahtangga awak bakal menyaksikan laki yang kaki balik bila bulan purnama sudah mengambang la gamaknya. dan itulah jugak jalan ke arah si laki tadi menyimpan girlfren (selalunya seofis-lah).

nasib-la...

- puan "kesian I"-

Tanpa Nama berkata...

hurm,, husband i pun suka sgt kuar mlm,, da empat hari berturut selalu balek smpai pagi.. alasan nk jumpa kwn.. kwn dye pun kwn yg sama lelaki yang x abez2 cter mslh girlfriend dye tipu dye.. bkn ape .. rse sebagai seorg isteri mne la x marah,rasa terpinggir ... hampir setiap hari mlm ja kuar,jumpa org yg sama. lme rse i fedup ngn keadaan cm ny. kwn dye pun kena la tau,, yg dye da punyai isteri.. bkn cm dye x de isteri bole balek smpai besok pagi tak ape.. huh... tension betul...