Rabu, April 29, 2009

Kentut tak batalkan haji, Nek

Ini bukan nenek dalam cerita. Cantik senyuman nenek ini ...

Satu nenek ni nak pergi haji. Dia ikutlah kursus haji untuk mempelajari hukum dan kaedah buat haji. Maklumlah dah tua. Susah nak kekal tumpuan. Ada kala tertidur. Ini yang tersilap dengar antara perkara yang membatalkan air sembahyang dan syarat-syarat sah haji.

Cukup masa dia pergi haji. Dia ikutlah seperti yang dikehendaki. Nenek memang kuat beribadat. Rakan-rakan satu khemah dengannya hormat melihat rajin dan lamanya dia beribadat tanpa batal air sembahyang.

Namun kerajinannya tidak bertahan. Hari demi hari dia menjadi resah dan akhirnya bertambah lemah dan sakit. Dibawalah ke hospital.

Sampai di hospital, doktor di klinik Tabung Haji tanya kenapa nenek sakit? Dia cuma berdaya kata susah buat haji ni. Banyak kena pantang dan nak dielak lakukan. Nenek tak tahan.

Doktor ingin mengetahui apa nenek dah pantang? Pantang haji tidak menyelesakan tapi tak ada sampai sakit.

Nenek pun cerita semua pantang2 haji yang dibuat. Biasa saja. Akhir sekali disebut, "Nenek cuma tak tahan menahan kentut? Dah berapa minggu tak kentut?"

Hairan doktor. Kenapa nenek tahan kentut? Jawabnya, nanti tak sah haji.

Rupanya dia tersilap. Ikut Syafie, kentut membatalkan air sembahyang tapi taklah sampai boleh boleh membatalkan haji.

Inilah bila salah dengar aturan.

Cara dan peraturan selalu ambilkira tabii dan fitrah manusia. Begitu juga dalam apa serba serbi, kena tahu aturan, tabii dan fitrahnya. Tak boleh buat main suka hati dan ikut teka-teka.

Bak kata omputih, there is honour even between thieves. Let alone us ...

Kadang-kadang tu, tersilap.

12 ulasan:

kluangman berkata...

Moral of the story: Nik Abduh kata orang disekeliling Nik Aziz yang salah beri penerangan kepada ayahandanya berhubung Kerajaan Perpaduan Hadi Awang.

Nasib baik Nik Abduh tak tahan kentutnya seperti nenek tersebut.

Parpu Kari berkata...

BRO, DALAM SUNGGUH MAKSUD CERITA INI...KAU MEMANG GENIUS LA BRO!

.@blogger.com berkata...

Blogger kluangman berkata...
Moral of the story: Nik Abduh kata orang disekeliling Nik Aziz yang salah beri penerangan kepada ayahandanya berhubung Kerajaan Perpaduan Hadi Awang.
Nasib baik Nik Abduh tak tahan kentutnya seperti nenek tersebut.
9:53 AM

KALAULAH NIK ABDUH TAHAN KENTUTNYA, MAU BILA TIBA MASA IA AKAN TERBURAI DAN MENYEBARKAN BAUNYA KEPADA SELURUH JEMAAH PAS- HUHU!

Hasrul Halid berkata...

Uhhh!!!! sempoi.. sempoi!

anak bajau semporna berkata...

sebanarnya brader keluangman dan sahabat blogger sekalian.kaum-kaum taksub pas ni dah lama tahan kentut meka,tu pasal salalu cakap merapu dah tak dak fokus isi perut selalu bercerangah mual semacam demi nak tutup aib dan taksub tahap gaban terhadap perjuangan bersaudara dengan setan tu.

sorry taun usin aku nakkk...Puuuuttttttttttttatat.heh.heh.tutup idong korang.

fullback berkata...

u r so smart dude.. like to create all the funny2 punya story.. but u must remember those whos going to hajj kan diorang ni tak banyak exposure pasal penjagaan kesihatan bila disana.. thats are the thing we need to focus before we go to the hajj.. rite.. but the rasional lu punya story was bila kelebihan seseorang pemimpin itu terletak kepada suaranya.. jika pemimpin selalu je berdiam maka makmum pun diam la kan.. teteapi jika pemimpin pula banyak idea pandai bercakap banyak KJ ramai pula orang tak suka kan.. ini lah lumrah manusia akhir zaman...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
attacker berkata...

fullback,
ape kena ko nih..cerita ni xde kaitan dengan KJ pun...x tau la kalau ko ni psikik atau psycho...

Burung Jambul berkata...

Dalam bab kentut ni B.A.B.I paling "Expert" .
Pasal dia tau yang mana masih dara atau yang dah kena Al juburi..

Hahaha...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Husin Lempang berkata...

Jawab, jawab ler orang PAS!

Haji Bakhil berkata...

Tanpa Nama

Apa susah2. Mufarakah dan tukar mazhab yang kentut tak batal.