Isnin, April 20, 2009

Dulu tak suka langsung, lain pula Shahrir sekarang


Pagi ini, The Star melaporkan Dato Shahrir Samad menentang jambatan bengkok dan mahukan jambatan tegak.

Dilaporkan dia mencadangkan dibangunkan jambatan tegak. Ini akan melambangkan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara Malaysia dan Singapura. Hubungan dua hala akan terjejas jika jambatan bengkok dibanunkan.

Utusan Malaysia pula melaporkan kenyataan Shahrir dengan tajuk, "Jambatan Bengkok wajar dibina - Shahrir".

Laporan Utusan ini telah dibuat pembetulan online bahawa dia hanya bersetuju jambatan tegak dan bukannya yang bengkok. Tidak pula ada pembetulan untuk kandungan lain dalam laporan asal.

Dalam laporan asal, Shahrir bercakap seolah-olah dia tahu ada persetujuan antara Dato Najib dengan Hsien Loong untuk membina jambatan ini. Malah dia berkata berikut:

“Jika diamati kenyataan Perdana Menteri Singapura sebelum ini ada menyuarakan komitmennya berhubung projek yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyatakan kerajaan republik itu hanya bersedia turut sama terlibat dengan pembinaan jambatan itu selepas 2007."
Bingung nak faham pendirian Shahrir.

Semasa Majlis Penerangan dengan UMNO Wilayah Persekutuan pada Julai 18, 2006 di Nikko Hotel, dia kata dalam ucapannya dia tidak setuju dengan jambatan Johor. Walau dibelasah para hadhirin, dia berbelit-belit tetap dengan penentangannya. Cadangan keretapi ke Singapura pun ditentang pasal ada jambatan.

Dia menyangkal kepentingan strategik seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir. Kononnya, kapal-kapal besar yang nak lalu Selat Tebrau kena pakai bot tunda untuk tarik. Katanya kos mahal dan terlalu sempit. Mati-mati dia tak setuju dengan Jambatan Johor ini langsung.

Kali ini tak timbul pulak pasal bot tunda dan tak feasible. Macam flip flop aja.

Shahrir ... Shahrir ... kelakarlah kamu. Burung tiung ana pun kelakar macam kamu.

29 ulasan:

Megat Panji Alam berkata...

Salah satu menteri yang paling BODOH pernah ada di Malayasia. Cakap saja kerja "0"

ya allah lanjutkanlah umur pemimpin kami Tun Dr Mahathir dan DS Najib

Parpu Kari berkata...

Brader Husin, mamat ni memang mereng la aku rasa...he he he

Kuat merajuk tau dia ni, cakap sikit lebih kang dah kena pilihanraya kecil pulak kat JB nanti...he he he

pakbelalang berkata...

Saya rasa adalah lebeh baik Shahrir ikut saja perangai mentornya Tun Musa iaitu gunakan pendekatan falsafah "elegant silence" atau "silence is golden" !!

Shahrir dengan Tun Musa memang sama pendirian "Anti Mahathir's idea". Segala idea datang dari Mahathir semuanya tak betul. Mereka je yang betul.

Tun Musa mana ada idea.

Shahrir ada idea? Suruh komen orang lain punya idea, dia memang expert. Semua tak betul !

Inilah dua orang pimimpin Johor yang kononnya lebeh terer dari pimimpin Johor yang lain.

Kononnya above all others lah !!!!Pemimpin "elite" kononnya !!

pakbelalang berkata...

Nak tambah sikit tentang "idea". Mungkin ada satu idea dari Tun Musa yang dianggap oleh setengah pihat satu idea yang terer-menerer sebagai Chairman Sime Darby..

Idea buat Labu & Labi International Airport.

Tapi malangnya Labu Labi International Airport dah kena kensel.

Orang Tanjung berkata...

Itu Shahrir udah kena penyakit sasau daaa...

Ini sudah jadi lumbu, kena tarik idung jalan ikut blkg boss kasi balik rumah.

Sikalang udah tak kena tarik idung, tarak tau mau cari jalan balik.

Meroyan tak tentu arah kut-kut MAHAJIB leh pi cucuk hidung ngan tali tarik balik kandang.

Kah kah kah...

pakbelalang berkata...

Build straight bridge, say MPs

JOHOR BARU: Two members of parliament here yesterday urged Malaysia and Singapore to consider building a bridge to replace the old Causeway.

Johor Baru MP Datuk Shahrir Abdul Samad and Pulai MP Datuk Nur Jazlan Mohamed said a normal bridge should be built instead of reviving the plan to build a "crooked bridge" on the Malaysian side of the Causeway.

comment:

Dah mula timbul kedengaran pemimpin-pemimpin Johor nak jadi "jagoh" tentang jambatan bengkok.

Mula-mula Shahrir dan sekarang Jazlan pulak, lepas ni nanti siapa pulak ?

Wak Karto, Wak Ponorogoh, Wak Kasmin !!

Shahabudeen Jalil berkata...

“Jika diamati kenyataan Perdana Menteri Singapura sebelum ini ada menyuarakan komitmennya berhubung projek yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyatakan kerajaan republik itu hanya bersedia turut sama terlibat dengan pembinaan jambatan itu selepas 2007."

Bro, kenyataan nie ada dalam surat balas PM singapore pada Tun Mahathir dulu.

“Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama.”

“Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007.”

“Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal.”

Sila rujuk kat

http://cybertroopers.net/FileDownload/Penjelasan_Isu/Surat_Terbuka_Mengenai_Jambatan_Bengkok-tanpa_appendiks.pdf

Sebenarnya kalau buat jambatan lurus, kita akan rugi.. singapore akan buat jambatan yang rendah.. nelayan2 kecik pun tak boleh guna.

Kalau ada jambatan bengkok, at least nelayan2 boleh lalu dengan mudah. Kita perlukan jambatan bengkok dan bukan jambatan lurus.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tok Onn berkata...

Jambatan bengkok tu kalau tengok dari tepi atas kelihatan macam bentuk S untuk Singapura.

Apasal tak buat macam bentuk J untuk Johor?

Kalau buat macam betuk H lagi menarik untuk Husin Lempoyang.

antidrM berkata...

Usin,
ko pun same je cakap berbelit-belit macam bapak mertua ko..

aku memang tak puas hati dgn ko usin....jom la kita gi gelanggang!

buyong berkata...

shahrir muka tak malu. elok najib cantas terus pembesar2 tin kosong yg berlagak hero. you constantly 10 steps behind Tun!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Non-partisan berkata...

Tidak menghairankan. Kita tahu dia anak didik siapa.

Amat tepat tindakan DSN menggugurkan dia dari Jemaah Menteri. Amat sukar hendak memahami apa yang hendak dia sampaikan tentang sesuatu isu.Kita boleh terlena dibuatnya.

Tanpa Nama berkata...

Musa Hitam& geng2 46 + Nazri Aziz perlu akur kegagalan mereka berlawan dengan Mahathir. Dulu mereka mengkritik Mahathir, semuanya tak betul belaka dan mereka yang lebih bagus.
Apabila diberi kuasa ternyata mereka tak reti dan tiada idea utk menyumbang sesuatu kepada negara dan parti, bahkan direject rakyat.

Tak perlu mereka nak pusing cerita kononnya Mahathirlah punca segala kerosakan orang melayu dan negara sedangkan diri sendiri tak sebagus mana apabila diberi peluang berkuasa.

Selagi geng2 ini nak berlawan dengan Mahathir selagi itulah Mahathir sentiasa menang.. menang dan hebat, dan korang kalah dan kelihatan bodoh & bebal.

Tak payah nak ego sangat, lebih baik jadi Rais Yatim atau Ibrahim Ali akur dengan kehebatan Mahathir tapi tak pulak nampak mereka ini kurang pandai/ tiada pendirian malah kelihatan semakin hebat, laku dan relevan pulak.

Serenderlah korang, Mahathir sampai kiamat pun namanya akan harum, Lagi elok ditulis sejarah aku adalah salah seorang penyokong dan peminatnya. Tapi mereka ini memilih menjadi seteru dan penentang pula.

Piirahh anti-Mahathir & loser gengs..

nuar bekas banduan berkata...

Cadangkan supaya buat jambatan berbelit macam lidah dia atau suruh dia nganga jelirkan lidah panjang2 kemudian ukur panjang dan belitnya.heeee jangan rrrrrrrrrrosak dan rrrrrrrakus macam aljuburrrrrrrri dah le

antidrM berkata...

Hoi Tak ade name ker!

Ko ingat Dir tu bagus sgt...malas nak layan Dir ni...Dir Gila..Dir Gila..Usin pong giler jugak

Tanpa Nama berkata...

pakbelalang

musang hitam dapat gelaran tun pon atas kehebatan dia menyebabkan kematian orang kampung dan olis mati kat memali

hehehe bini si shahrir ni kan cina singark so terpaksa la sokong singapork habis2an.kang bini cina tu suruh tido luar pulak

hehehe sebelum jadi menteri asyik mengutuk kerja menteri lain je si tiung uban ni.dolah bagi portfolio mudah pon apa kerja dia tak boleh buat.semua barang naik harga masa dia pegang

tiung uban = musang hitam = BODOH!

Tanpa Nama berkata...

Stop the Presses!

Mahaguru has uncovered something of primeval importance here, and am sending this to all patriotic blog sites. This latest posting either constitutes a crime of the highest degree as far as parliamentary sessions go, or just an insight as to who actually pulls the strings in the Dewan Undangan Negri Perak. Perhaps the Sultan knows about this for a long time, and he has acted according to knowledges that he had.

I am ashamed to read this. Ashamed at the people (especially malay PKRs and PAS supporters) who have put these people up there in the first place. Ashamed at how balless we have all become, how balless Sivakumar has become.

I would like to ask the legal experts in here: can there be some sort of police report made onto the YBs involved due to their influencing the actions and decisions of the speaker AT ALMOST EVERY MINUTE OF THE PROCEEDINGS?? I mean, he even instructed the speaker from the comforts of his own cellphone when to shut off the microphone, when not to give the BN representatives to talk, what to say next, when not to say it, etc etc etc. I mean, reading all these…. makes one so … embrassed at even being a Malaysian. If I feel embarassed, just imagine how much more Sivakumar should!

And there you have it gentlemen: one who dares so much to defy the Sultan, cannot dare to even decide to do or say anything right without the remote-controlled consent or approval of Ngeh or Nga or whatever. And this is all happening just because YOU, PKR malays and PAS members, allow it to happen.

Read, and be embarassed.

Marking Bagpie

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Keputusan paling merugikan negara yang pernah dibuat adalah membatalkan jambatan bengkok. 6 tahun dah terlambat bayangkan kalau tidak dah lama siap. Kawasan sepanjang Selat Tebrau dah pesat membangun.
Banyak pihak akan mendapat manfaat. Gagasan yang lebih besar yang mengerunkan pihak Singapura telah dilacurkan oleh pemimpin dahulu. Bayangkan jika ianya telah siap sekarang. Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang akan menjadi pelabuhan yang strategik dalam pembangunan ekonomi negara. Lapangan Terbang Senai akan menjadi kargo hub udara. Laluan keretapi dari Kunming dari China hingga ke Johor akan mempercepatkan waktu urusan perdagangan selama 10x lebih pantas. Sektor pelancongan akan berkembang pesat.
Pembatalan Jambatan Bengkok adalah keputusan yang membelakangkan kepentingAn negara. Memandangkan jarak di antara dua semapadan negara maka rekaan bengkok adalah perlu supaya kapal besar dapat melaluinya. Adakah pernah kita terfikir kenapa pihak Merck dan Evergreen mengalihkan operasi perkapalan mereka ke Tg. Pelepas? Selain daripada kos, risiko lanun juga secara otomatik dapat dikurangkan.

Idea Tun Mahathir adalah melangkaui pemikiran manusia biasa. Saya masih ingat tentangan dan bangkangan keras semasa cadangan membina jambatan Pulau Pinang dahulu. Tetapi beliau tetap melaksanakannya kerana berfikiran jauh. Sekarang lihat sahaja jambatan yang satu-satunya itu perlu ditambah kerana kepesatan pembangunan ekonomi yang dinikmati.

Hidup Tun Mahathir dan Selamat Mengemudi negara ke arah pencapaian yang lebih gemilang YAB DS Najib.

Cina Apek

burung kakak tua berkata...

Sin,

burung tiomg tua,
hinggap di jendela,
la la la la

Tanpa Nama berkata...

Musang Hitam punya konco2 ni (Burung Tiung, Khaled Nordin , Azalina , ada lagi korang tambah sendiri?)memang patut disingkirkan lama dah dari arena politik. Tak tahu apa perjuangan mereka sebenar selain nak melingkupkan Melayu dan bermegah dgn jawatan atau pun planted Tiny Red Dot TROJAN HORSE?. May be Tun M kita lebih maklum pasal Musang & gang ni, pasal tu kena buang lama dulu dah.
Aku ingat Burung Tiung ni dapat menteri pasal tutup mata isu ECM-Libra Avenue Capital pasal berjasa utk Tiga Beranak & Red Dot. Habis kepentingan2 & aset2 GLC dilondehkan oleh penyangak2 ni.
Sebelum dapat menteri, menyalak itu ini tak betul. Bila jadi Menteri Pengguna apa dia buat, lagi teruk keadaan lagi ada. harga barangan lansung tak tak dapat dikawal.
Tapi heran juga yg sorang lagi masih lekat kat tempat yg sama KPT. Harap kena pantau rapi2 supaya tak terlewat nanti , jangan sampai anak2 Melayu tercicir sudah lah demi nak jaga bangsa lain sudah lah.

stonhead

Burung Jambul berkata...

Shahrir macam lalang dah kering.
Kalau cucuh api abis terbakar.
Musa pulak macam minyak hitam kereta . Bila dah lama pakai kena buang minyak tu .
Dua2 tak boleh pakai .

Tanpa Nama berkata...

sin,
dimanakah kekuatan najib?

jawapanya, dihuruf "b", kalau "b" diganti dengan huruf "s", apa bunyinye? Anda pernah merasanya?

neraka.blogspot

GOMO berkata...

SALAM SIN..
BIASALAH DEPA NI SAPA YANG DOK SENANG DEPA NAK BODEK..

HE HE HE
SIN PASAL APA NYAH SUKA DENGAN ANWAR???

MEH BACA...
NYAH OH NYAH http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/kisah-mak-nyah-di-ibu-kota-malaysiakini.html

kluangman berkata...

Dari berebut rebut nak belasah Musa dan shahrir ni, elok singkirkan je Najib - lantik KJ jadi PM - kehkehkehkehkeh

Local Fighter berkata...

Salam Sin,

Mengikut Undang2 Laut Antarabangsa, sempadan maritim ditentukan oleh dasar laut yang paling dlm antara 2 negara.

Dr. Mahathir (masa jadi PM) melihat proses penambakan laut oleh Singapura bukan sahaja mengancam hidupan laut tapi boleh mengecilkan saiz sempadan maritim Malaysia.

Langkah pertama,haramkan eksport pasir dan Dr. M dah kauteem dgn Megawati (masa jadi Pres. Indon) utk haramkan gak eksport pasir ke S'pore. Terpaksa S'pore cari pasir lain tapi tak tau dr mana. Mungkin dari 'Negara Kodomo Lion - Kota Tinggi'.

Dr M Melihat dgn terbukanya Tambak Johor, maka halaju aliran air di Selat Tebrau akan tinggi dan akan mengganggu kerja penambakan pasir oleh S'pore secara tak langsung. S'pore perlu menambah kos yg tinggi utk kerja penambakan.

Selain daripada membenarkan kapal2 saiz sederhana lalu selat tebrau, kebersihan air selat dpt ditingkatkan. Ekonomi jgn citer le..boleh wat perlancongan, penyelidikan dan memudahkan org S'pore berbelanja di Malaysia serta org kita gi kerja kat S'pore.

Dr. M melihat sesuatu perkara bukan shj dr 1 sudut tp byk. Pemikiran yg tidak ada pada pemimpin sekarang..

Samat berkata...

Tiada apa2 masalah dengan sranan Sharir dan Jazlan tu. Sememangnya jambatan lurus lebih baik dan elok dari jambatan bengkok. Itu memang pun idea Tun Mahathir pada mulanya.Malangnya S'pura tak setuju.Tetapi kalau sekarang S'pura boleh setuju, rasanya tak jadi masalah, dengan syarat Tiada apa-apa syarat lain yang bukan2 dia minta macam dulu. Kalau masih S'pura masih mempunyai pendirian yang sama, kita patut teruskan projek jambatan bengkok.

abuarif berkata...

apakah mesage yg perlu d hayati kita "ISU JAMBATAN BENGKOK"......kenalpasti pengampu2 paklah d JOHOR yg katakan rakyat johor tak nak jambatan bengkok..GENG musang hitam patut d campak kedalam laut aje....MARUAH negara d gadai dek PEMIMPIN yg BODOH dan PENGKHIANAT serta pengampu2 yg kerja samun dan rompak khazanah negara....

Tanpa Nama berkata...

Anak Bahtera Merdeka,

Sin, Shahrir memang bodoh. Apa nak dihairankan.

Semasa masih menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HEP, Sharir pernah mengeluarkan "nasihat";

..."Rakyat kurang bijak kerana menggunakan minyak petrol RON97 sedangkan harga petrol RON95 jauh lebih murah. Maka rakyat perlu bijak berbelanja"...

begitulah nasihat dan menjadi tajuk2 utama akhbar MSM..

1. Shahrir bodoh kerana tidak tahu RON97 adalah minyak "unleaded" manakala RON95 tidak. Kebanyakkan kereta yang ada dijalanraya, enjin yang digunakan adalah sesuai untuk RON97 !

2. Shahrir bodoh kerana gagal mengaitkan isu "global warming" dengan penggunaan RON95 yang sememangnya antara penyumbang kepada kepanasan global dalam ertikata fenomena "green house effect".

3. Happy sangat2 kerana Shahrir tidak dilantik dalam Kabinet DSN (sebenarnya letak jawatan dahulu untuk elak kemaluan besar digugurkan)

......>