Isnin, April 13, 2009

Panglima Pembelah Laut Mati tersalah acah


Alkisah disatu masa dalam kerajaan Melayu Benua, ada seorang pembesar yang teramat pandai lagi licik membantu Mamak Bendahara Rajin Baca dalam mentadbir negara.

Adalah pembesar ini teramat licik hingga digelar Dato Seri Panglima Hitam Pembelah Laut Mati. Panglima Pembelah Laut Mati mempunyai cita-cita dan cara sendiri dalam urusan hingga timbul ketidak puasan hati dengan cara Mamak Bendahara. Lama kelamaan timbul pergeseran antaranya dengan Mamak Bendahara.

Dengan kebijakkannya mengata di belakang-belakang, ramailah dari jemaah menteri yang dapat dihasut dan perdaya untuk menyokongnya.

Apabila sudah diyakini cukup jumlah dan kuat sokongan, Panglima Pembelah Laut Mati mahu mulakan persemukaan dan usahakan untuk Mamak Bandahara digugurkan Paduka Tuanku.

Dalam persemukaannya Panglima Pembelah Laut Mati mengutus surat menyatakan ketidak puasan hati. Dia cuba berpura-pura acah mengundur diri dan terus pergi ke seberang ke ibu negara orang putih kerajaan bersatu.

Diharapnya agar Mamak Bendahara membawa ke mesyuarat sesama Menteri untuk dibincang. Penyokong-penyokongnya telah diatur untuk mendesak Mamak Bendahara menolak. Terpaksa Memanda Bendahara menolak atas permintaan ramai. Dengan demikian, jatuh malulah akan dia.

Rupanya dalam bijak Penglima Pembelah Laut Mati mengatur, tidak tersangka akan dia. Mamak Bendahara mengguna kuasa yang diberi Sultan untuk menerima perlantikan jawatan. Semasa Mesyuarat bersama para Menteri, Mamak Bendahara hanya memberitahu menerima perletakkan jawatan.

Terus ternga-nga penyokong yang mahu menahan Mamak Bendahara menerima perletakkan. Oleh kerana sudah terancang sedemikian, akhirnya mereka hanya menghantar wakil untuk memujuk Panglima di ibu negara kerajaan bersatu. Jawatan dalam kerajaan paduka Tuanku telah terlepas.

He he he ... hanya cerita lama buat peringatan kepada yang cepat merajuk, nak acah-acah, dan nak berontak.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe ...

Aku dengar ada ugut2. Ada yang merajuk. Ada yang acah2.

Cuma Bendahara ni bukan Mamak Bendahara. Macam mana pula cara dia.

Pemerhati

GOMO berkata...

SALAM BRO...
HE HE HE....
DENGAR KATA ANAK OMAK PUN ADA BETUL KE TU SIN???

AKU DENGAR JE CERITA JE..
MANA TAHU KAU ADA SUMBER....

LAWAT LAH SIN BLOGG AKU...

SALAM...

Tanpa Nama berkata...

ni macam cerita 3 dekat yang lalu aje Sin....

Pak Oncu berkata...

MUSA HITAM lahhhh tuuu,,,,,,

Parpu Kari berkata...

GOMO ANAK OMAK YO? MUEHEHEHEHEHE

I LIKE THAT!

SIN, AKU NAK DENGAR CITE PASAL ANAK OMAK NI LA SIN!

Hikayat Mamak Bendahara berkata...

siapa panggil mamak bendahara tadi?

peaceface berkata...

kepuasan hanya bila hajat hati tercapai

manusia tidak cukup atau puas dengan apa yang mereka dapat

keadilan susah di tegakan seperti menegakkan tiang bendera

Local Fighter berkata...

Hehe Sin,
Cite ni boleh di'lakonkan' semula. Perkataan 'Hitam' tu tetap sama. Kalo dulu nma orgnya hitam, tp sekarang fizikal org tu HITAM. hehe...

Nk merajuk pastu mintak dipujuk, boleh blah le MIC. Kje malas, jawatan nak!

Buang je MIC tu, amik KIMMA dan IPF. MIC pun bukan kuat pun. Kerusi yg dia menang atas simpati UMNO dan org Melayu...

Nama Tanpa berkata...

Ini cerita sindir samy velu juga ni, sin.

Nak acah konon.

Kalau dia keluar, adakah MIC akan mendapat sokongan?

Sulaiman Akhlakan berkata...

panglima hitam ada macam2 erti.

orang act macam panglima atau hitam di hati atau kedua2nya.

Tanpa Nama berkata...

alo tamby,

Lu usin ah... perli sama saya ah..
nanti itu Gobind buka mulut di parlimen. Opps sorry, Gobind bukan T.... dia Singh. Sapa saya punya kawan dalam Parlimen ah?


Achapan Vallimuthu
Sg. Sedim

Hikayat Mamak Bendahara berkata...

''Lu usin ah... perli sama saya ah..
nanti itu Gobind buka mulut di parlimen. Opps sorry, Gobind bukan T.... dia Singh. Sapa saya punya kawan dalam Parlimen ah?''

Anwar Ibrahim, dia suma org punya kawan...hehe

ayah chor berkata...

lu memang lada hitam sin..ka hatimu yg hitam?

nmjnh berkata...

Ugut ke, acah ke, yang pasti diorang Bee end ni memang hobinya menghina raja.. tak habis2...

http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/14/umno-derhaka-raja-lagi-malaysiakini/

Lyna berkata...

hurmm.. sebuah blog yang sangat bagus.. sebagai bahan untuk berjenaka dan berhibur.. dalam berpolitik, kita melepaskan stress. bagus-bagus..

ibrahim berkata...

ohhhh khairy jamaluddin lah tu..hahahaa..aku gelak macam mat gempa

Tanpa Nama berkata...

lembab le orang unmo.... KES NIZAR