Jumaat, Oktober 30, 2009

1Malaysia: ...


Bukan flip. Bukan flop. Bukan blip. Bukan blop. Bukan Malaysian Malaysia. Bukan Ketuanan Melayu. Bukan ketepikan Bumiputera. Bukan sama rata. Bukan liberal demokrasi. Bukan theokrasi. Bukan langgar perlembagaan. Bukan musafal. Bukan rjhafda. Bukan &%*($#@&. Bukan bukan bukan ...

Teh Bohnya berbunyi ...

"1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan."
Rakyat didahulukan sudah faham. Pencapaian diutamakan pun paham sikit-skit. Benda alah KPI tak faham-faham.Apa pula 1Malaysia? Apa kaitan dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?

Tanya orang, ada kata rakyat Malaysia yang bersatu padu. Dulu pun bersatu. Semalam bersatu. Insya Allah, akan datang bersatu. Sebutlah bersatu.

Ada orang kata untuk merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai lapis masyarakat, kaum, geografi, sosio-ekonomi, dan lain-lain. Sebutlah rapatkan jurang perbezaan

Apa dia 1Malaysia?

Budak muda suka slogan 1Malaysia. Kata mereka cool. Tapi orang tua tak paham. Kenapa tidak tulis Satu Malaysia atau 1 Malaysia.

Dr Mahathir tak faham. Ku Li cuba nak faham. Pak Lah memang susah nak kasi faham kerana hanya faham Islam Hadhari.

Bijak pandai susah nak cepat faham - nak kena buat research, tulis journal, siapkan thesis & dissertation, dan bentangkan seminar paper dulu.

Pemimpin pembangkang tak akan mahu faham. Pemimpin buat-buat faham. Rakyat biasa main cakap tak kuasa nak faham.

Nampaknya ...

"1Malaysia: 1Malaysia tidak faham."

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1Malaysia bukan malaysia malaysian, bukan ketuanan rakyat, bukan ketuanan melayu totok. Tiada tally dengan Islam Hadhari dan wawasan 2020 lagi. Pendekar bujang lapok kata bukan mambang atau sarkas. Entah apa lah..yang pasti royalti minyak kat Kelantan belum jadi 1Malaysia lagi.

Rascal

tabuan berkata...

sin aku rasa ini perjanjian....perjanjian abang hanya nak satu isteri jer...cuba-cuba tuan husin siasat kak Mah kita tul ker idak..

1Malaysia = 1suami = 1isteri = Shahrizat suke

Tanpa Nama berkata...

saya pon tadak paham apa itu 1 Malaysia.
boleh encik Usin terangkan?

Tanpa Nama berkata...

Kalau niat kita tak mahu faham sampai bila-bila pun tak akan faham. 1Malaysia ni baru sahaja diperkenalkan tentulah ambil masa. Yang pentingnya kita ada usaha untuk memahaminya dan bukan bersikap negatif. Masa Tun Mahathir memperkenalkan penswastaan dulu pun tak ada yang faham dan ramai tak mahu faham. Sama juga bila buat kereta nasional, KLIA, Putrajaya. Yang tak nak faham kata membazir sahaja. Orang PAS kerana terlalu negatif dan tak mahu faham. Berbilion projek pun tak nampak. Jangan bersikap terlalu negatif kerana takut fikiran menjadi jumud.

A Voice berkata...

anon 10:26

cuba kamu explain. jgn kata orang tak mahu faham.

blurr

Tanpa Nama berkata...

Salam Sin.

Apa la ko ni Sin. 1Malaysia tu untuk menyatupadukan rakyat tak kira apa bangsa dan politik. Masa DSN ambil alih keadaan tak stabil baik dalam UMNO atau dalam negara. Jadi agenda pertama DSN ialah membina kekuatan dari asas bersatu padu setelah diporak perandakan oleh Dollah. DSN ikut jejak awrah bapanya. Maka jadilah 1Malaysia. Bunyi pun sedap. Tak kan nak panggil BersatuMalaysia. Buruk bunyinya.

Azman berkata...

Betul tu. Saya pun tak paham.

Kat TV, depa dok kata Salam 1Malaysia. Apa maksudnya? Satu Malaysia kirim salam kat kita kaa??

Azman berkata...

Betul tu. Saya pun tak paham.

Kat TV, depa dok kata Salam 1Malaysia. Apa maksudnya? Satu Malaysia kirim salam kat kita kaa??

Tanpa Nama berkata...

1malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan melayu dikemudiankan.melayu dah lemah trpksa kompromi,pas keadilan tolak melayu/islam,pas tidak lagi utk islam,pas utk rebut kuasa dari umno.unperfectstone53

Tanpa Nama berkata...

1 MALAYSIA TU ERTINYA KITA HANYA ADA SATU SAJA NEGARA MALAYSIA.KALAU BUKA PETA DUNIA DAH TAK ADA NAMA NEGARA MALAYSIA SELAIN DI MALAYSIA.RAKYAT DIDAHULUKAN ERTINYA DIA KENA PI DULU:KALAU PERANG ASKAR AKAN PI DULU,KALAU ELEKTRIK TAK ADA TNB AKAN PI DULU,KALAU ADA PEROMPAK,POLIS AKAN PI DULU,KALAU SUNGAI RUNTUH,JPS AKAN PI DULU...SEMUA YANG PI ADALAH RAKYAT.PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, MAKSUDNYA DEPA SEMUA YANG PI TU MESTI ADA PENCAPAIAN,KALAU TIDAK ADA PENCAPAIAN ,DEPA PI CARI APA.ASKR PI,PERANG TAMAT.TNB PI,LAMPU MENYALA,POLIS PI,PEROMPAK KENA TANGKAP.JPS PI TEBING SUNGAI TAK RUNTUH.YANG AKU PAHAM 1 MALAYSIA MACAM TU LAH.

WALAHHUALLAM.

ALBALINGI

Tanpa Nama berkata...

AKU BERSETUJU DENGAN PENDAPAT ALBALINGI TU.SENANG,MUDAH,RINGKAS DAN TAK BERSERABUT KEPALA OTAK.
JANGAN2 ALBALINGI NI PROF PENCEN.

Tanpa Nama berkata...

1 Malaysia - PM buat blog dlm Bahasa Inggeris, Kebangsaan, Chinese, Tamil (bila lagi nak buat kadazan, murut, bajau, senoi, sikh, thai, jakun, dayak..............)

1 Malaysia - Kita hantar anak ke sekolah SRJK (C), SRJK (T), SK, Sekolah antarabangsa, etc etc

1 Malaysia - Kita dahulukan papan tanda perniagaan dalam bahasa China, Bahasa Inggeris, kemudian Bahasa Kebangsaan (sekiranya ada ruang lagi la)

1 Malaysia - dail nombor dan dengar, Push "1" for English, chung ching chung ching, tekan "3" untuk bahasa Melayu (mana pergi bahasa Tamil lak ni?)

1 Malaysia - 1 Mangkuk Hayun - 1 Rojak - 1 Cacamerba

Maya Khairy berkata...

Abang Sin,

Maya pun tak faham, sebab Maya hanya tumpukan kat jantan. Bukan pasal minat yang berlebihan, tapi pasal si jantan ni memang merosak.

Maya nak belanja ni, apa abang Sin nak makan. Kalau KFC sedapnya sehingga menjilat jari, KJFC pulak mestilah sehingga menjilat Khairy.

KJFC - Who Needs It?

HA HA HA

Tanpa Nama berkata...

ha...jelas dan nyata la ada rakyat yang masih belum faham mengenai apa itu Konsep 1 Malaysia.....Pembangkang Jangan Nak Cari Akal nak samakan 1 Malaysia dengan ANDAIAN KOTOQ Hangpa.........aku yakin rakyat Malaysia dah faham apa itu 1 Malaysia............aku tak hairan la kalau budak sekolah rendah yang cakap macam hangpa......tapi hangpa semua dah ada akal fikiran.....orang cakap kalau yang perempuan dah boleh mengandung....yang lelaki...apa-apa pun boleh...........tak kan tak faham lagi........

http://samsengpolitik.blogspot.com

washad berkata...

SIN.. KALAU PAYAH NAK FAHAM SGT.. HANG PI AMEK UCAPAN DSNTAR TU.. HANG KEPILKN KAN SINI... ( KAWAN TULIS KEPIL BKN ATTACH TAKUT NANTI ADA YG KATA KAWAN NI TAK PATROTIK PULAK) BAGI SEMUA ORG PAHAM.. SLOGAN TU CANTIK.. PENGISIAN YG PERLU DITITIK BERATKAN.. APA PRGOGRAM 1MALAYSIA NI? BUAT MCM JOM HEBOH KA? NANTI JADI SAMA MCM PERKAMPUNGAN HADHARI... NAK BUAT MCMANA? ADA IDEA KA PEMIMPIN2 YANG DOK CAKAP PASAL 1MALAYSIA NI?

kamal berkata...

1Malaysia memang tak paham sin - pasai ni semua slogan cakap2 besak yang bila kita cuba nak paham, isi dia hilang. Dr mahathir lain, dia tak retoric macam nak bersyarah menang debat, dia start simple aja....bagi orang kerajaan paham asas kerja sebagai civil servant, dia kata kita kena BERSIH CEKAP AMANAH. senang aja nak paham dan nak buat.

Tanpa Nama berkata...

Cuba cari jawapannya kat - 1malaysia.com.my - tentu ade ...

tapi kena cari ... dulu ... download ... baca booklet 16 ms ... tak faham ... tulis kat blog ... tak jawap ... tulis lagi ...

Harapan tu ade ... perlaksanaan tu entahlah.

Dah saban tahun Auditor sebut tentang macam-macam hal ... DSNTR baru nak tubuh jawatan kuasa ... selama ini buang tong sampah je ke ?

Amirsham, ex-Maybank, tu tak beri pendapat berguna tentang Audit ke ?

Nani Cheras

Tanpa Nama berkata...

Sdra Aspan yang menulis article dalam blog dia sengaja tak mahu paham dan dia suruh orang lain ikut macam dia supaya jangan paham apa itu "Satu Malaysia".

Anak saya sekolah tadika lebeh bijak dari Aspan. Dia paham apa itu Satu Malaysia.

Apa yang Aspan tak paham? Apa agenda dia sengaja tak nak paham.

Aspan bukan bodoh tapi buat bodoh !!

Sebenarnya dia cari "cheap publicity" untuk memperkecilkan PM.
Itulah niat dia.

poco poco

Tanpa Nama berkata...

Nani Cheras,

Najib baru setahun jadi PM. Mana ada kuasa. Pak Lah yang tidor. Audit report baru sahaja keluar.

Pikirlah !!

Mr Pong, Cheras

Ado Tolo berkata...

Najib cakap 1Malaysia ... tapi 1Sekolah tak mahu.

Nampak sangat Najib takut dgn MCA dan MIC.

Kalau tak ada telor, jangan jadi PM. Cousin dia Hishamuddin pun sama tak ada telor. Dua2 telor dipegang bini.

Melayu2 ... apalah pemimpin takut bini.... B1N1

Tanpa Nama berkata...

B1N1 malaysia

Tanpa Nama berkata...

Ado Tolo,

Cuba kau jadi PM, Ado tolo tak?

Cakap ado tolo tapi mungkin tolo kau tolo busuk !!!


Tolo Penyu

Nik Adzhar berkata...

Hantam sajalah untuk engkau,hantam sajalah untuk aku.

1Malaysia tu senang je.Mcm satu jenama. Tulis besar-besar kat billboard ke sepanduk,dan jual kat kaki lima ke kat mana-mana ke,tak kira.Janji laku.

Jenamakan kesemuanya dengan 1Malaysia dari klinik hinggalah ke tandas awam.

Jgn lupa baju2,kasut2 dan pakaian dalam2.

Jangan orang duk sibuk kejar akhirat,dia duk sibuk kejar dunia.