Jumaat, Oktober 16, 2009

Jadilah arnab dalam cerita dengan serigala


Wakil Pulau Pinang, Datuk Shahabudin Yahaya ketika berucap di PWTC hari ini menceritakan kisah seorang guru yang menjawab soalan anak muridnya sewaktu mengajar pendidikan jasmani.

Anak murid tersebut ternampak serigala mengejar seekor arnab di sebuah hutan berdekatan padang sekolah.

Anak murid itu bertanya, kenapa serigala besar itu tidak dapat tangkap arnab itu?

Selepas puas berfikir, guru itu menjawab: Serigala itu mengejar kerana makanan dan arnab ini lari untuk hidup.

Arnab menyelamatkan diri kerana "kalau dia mati, apa akan jadi kepada isterinya dan anal-anaknya".

Serigala pula mengejar arnab untuk mencari makan, dan dia tidak kisah sekiranya tidak menangkap arnab kerana masih ada pilihan lain untuknya makan.

Penyimpul ceritanya dia suruh berjuang macam arnab untuk menyelamatkan anak isteri dan generasi hadapan.

Asal jangan terus sebagai arnab dalam cerita dengan kura-kura. Kura-kura dah ada lima negeri dan menang 7 PRK.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta la.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Tuan Husin,
Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Rascal

wanbaki berkata...

tapi JKR makan lagi kuat....
quotation 3.50 tak lepas kerana 4.50 lagi murah sebab bleh makan angin....

macam haram...
kita jadi arnab tapi ada yang serigala nak makan semua arnab...

Maya Khairy berkata...

Salam Abang Sin,

Cerita arnab tidur tu zaman pak mentua dulu. Agaknya si arnab tu diberi ubat tidur dek menantu dia ... ha ha ha ...

Abang Sin, Maya rasa tak senang dengan cadangan Bank Pemuda sebab Maya ni pemudi dan still anak dara lagi.

Bank Pemuda ? Ha Ha Ha ...

Abang Sin pun jangan lah pula sibuk cadangkan Bank Saudagar Unta... ha ha ha

the indie story berkata...

SYABASSS DAN TAHNIAH KEPADA NAJIB TUN RAZAK. Syabas kerana berani menjadi pemimpin yang handal, tidak takut kepada persaingan jawatan Presiden UMNO. Tahniah kerana berani membawa halatuju UMNO kearah Perubahan Besar. Baca lain...

Ekoran pemansuhan sistem kuota pencalonan untuk jawatan parti , termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Bukan senang hendak melaksanakan tindakan nekad sebegini. Baca lagi...

Dengan pemansuhan tersebut setidak-tidaknya Najib telah mendedahkan dirinya kepada satu kedudukan yang teramat-amat bahaya.

1) Kemungkinan besar beliau akan dicabar dimasa-masa hadapan tanpa ada lagi ‘Perlindungan Sakti’. Tangkal kebal Najib sudah dilucutkan. Sudah dibaling jauh-jauh. Berkemungkinan juga Najib takut mendatangkan syirik Kubra... heh!

2) Beliau akan dikenang dan diangka sebagai seorang Presiden UMNO yang berjiwa besar yang sanggup meletakkan kepentingan Demokrasi Parti daripada kepentaingan sendiri. Dengan ini sekurang-kurangnya imej hitam yang terpalit semenjak Kest Altantuya akan dilunturkan sedikit demi sedikit. Walauapaun Keberanian Najib masuk Gelangan Pertarungan telah membuktikan beliau sebagai Berpantang Maut Sebelum Ajal.

3) Masih ada Harapan untuk membersihkan amalan RASUAH didalam UMNO, yang mengikut prosedur parti. Sperti yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim satu masa dahulu. (kononnya)

Sila baca selebihnya di:

theindiestory.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

tahu takpa...