Khamis, April 16, 2009

Rasuah sebagai helah kempen


Bila ada saja kempen pilihanraya kecil, maka keluarlah macam-macam tuduhan dan slogan rasuah.

Mereka yang dituduh rasuah serba salah nak jawab. Nak menafikan begitu saja, tidak cukup meyakinkan pengundi. Nak kata BPR atau sekarang SPRM dah siasat dan lepaskan, pun akan timbul tomahan campur tangan. Walau dilepaskan mahkamah, nanti dikatakan tidak meyakinkan.

Kalau Brader Anwar Bin Ibrahim, semua dituduh ada konspirasi ... dari polis, pendakwa, hakim, doktor dan jururawat hospital, hingga ke cikgu dia di MC Gay Gay pun bersalah terlibat. [Cerita pasal MC Gay Gay, kenapa ramai bekas penuntut MC Gay Gay banyak sekarang menyokong PKR?]

Untuk meyakinkan para pengundi sekarang ni, Najib kena betul-betul lakukan tindakan yang tegas. Mereka-mereka yang telah disahkan melakukan rasuah perlu dikenakan tindakan parti, tidak kira pak mertua dia pernah punyai negara ini atau negeri dan korporat mana sekali pun dia ketuai.

Mereka yang disyaki perlu disiasat. Yang cukup bukti perlu dihadapkan ke mahkamah. Jangan ada campurtangan dan pengaruh luar dalam urusan penyiasatan dan mahkamah. Selagi ini tidak berlaku dan tidak ada nama-nama besar disabitkan, orang tidak akan percaya Najib bawa pembaharuan.

Oleh kerana susah nak menghilangkan persepsi rasuah, maka seseorang yang berkuasa, tak kira, dalam korporat, kerajaan atau politik perlu bersih dan kelihatan bersih. Tidak ada sesuatu yang pelik dan boleh menimbulkan syak wah sangka.

Habis part khutbah. Maka ana ada cerita mengenai bagaimana tuduhan rasuah yang sering menyusahkan calun boleh diputarkan untuk memenangkan calun. Akal kena sebakul.

Kawan ini pegang jawatan di Bahagian kampungnya. Pemilihan sudah hampir dan masa itulah juga, dia paling sibuk kerana ada program promosi satu negara bagi perbadanan tempat dia kerja. Kalau dia curi-curi balik kempen, dia boleh kena marah oleh Menteri.

Macam mana dia nak pertahankan jawatannya ni?

Kebetulan masa itu, dia sudah dapatkan sumbangan RM30,000 untuk baik pulih Masjid. Cuma belum ada masa nak hantar pulang derma itu. Datang satu ide. Disuruh kawan itu, buat cek kepada Bahagian dan diundurkan beberapa minggu haribulan cek itu. Ditalipon kuncu-kuncunya di kampung suruh sebarkan cerita kata dia dapat duit sumbangan RM30,000 tapi telah lesap dia kebas.

Maka kuncu-kuncu dia menyebarkan cerita di kedai kopi dan pelbagai tempat. Dikata kawan ana ni tak guna, tak tahu balik kampung lagi. Kemudian diselit cerita, dia dah lama tak dapatkan wang sumbangan untuk Bahagian. Ditokok tambah dia tak bantu dan jangan-jangan dia sebat duit.
Bila mula ianya merebak, diselit cerita ada tahu dia dapat RM30,000 untuk baiki Masjid tapi tak diberikan. Merebak macam api membakar lalang kering fitnah ni. Mana tak merebak. Bab duit derma Masjid kena kebas mesti mengaruk orang.
Sampai kuncu yang tolong sebarkan fitnah palsu dicadangkan cawangan tertentu untuk jawatan tersebut untuk melawan kawan ana.
Dah hampir seminggu dua hari pemilihan, kawan ana pun balik. Dia pergi surau subuh. Orang macam benci tengok muka dia. Lepas sembahyang subuh dia minta izin Pak Imam nak bercakap sedikit. Dia terangkan dia lama tak dapat balik kerana sibuk tugas. Ditemberanglah pasal kerjanya.

Akhir sekali dia keluarkan cek RM30,000 yang sudah back date. Dikatakan saya dah lama pegang cek ini dan tak sempat-sempat nak serah kepada Bendahari. Masa itu juga, dia serahkan kepada Bendahari Masjid dalam jemaah.

Bila cerita ini diketahui orang ramai, masa itu juga kawan dia yang sudah dicadangkan mengumumkan tidak mahu bertanding dan menyokong kawan ana terus memang jawatan. Menang tanpa bertanding kawan ana.
Hehehe ... politik politik. Kalau panjang akal, fitnah dan tuduhan salah boleh dijawab. Inikan pula fitnah dan tuduhan palsu.

Wow! Kalau kawan ana berniaga jual orang, ana tak boleh lawan dan kena balik jual unta.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Ahli politik mmg akal sebakul. Tak nak aku kawin org politik.

Zaidah

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Usin,
"Untuk meyakinkan para pengundi sekarang ni, Najib kena betul-betul lakukan tindakan yang tegas. Mereka-mereka yang telah disahkan melakukan rasuah perlu dikenakan tindakan parti, tidak kira pak mertua dia pernah punyai negara ini atau negeri dan korporat mana sekali pun dia ketuai."

Kutbah hang berapi la Sin..macam kutbah jumaat kat Surau Perwaja kat Gurun... kalau lalu kat H/way gurun mai singgah solat jumaat kat Surau Perwaja, mai 'experience' la sendiri... berderau darah Sin dengar kuthbah cum ceramah cum kempen... Sampai isu Lim Guan Eng tolong bawa air sembahyang ke masjid pasai air kat masjid tak ada.. dah beberapa kali diulang...

..Gurun Guy

Raison D'etre berkata...

Kutbah Tuan Husin sedap betul dengaq sampai meleleh ayiaq liuq dok kusyuk.

Boleh kah Saudara Najeeb kita buat, Tuan Husin?

Nak kena pulun tangkap ramai tu rasanya, bukan setakat bapak punya sedara belah mak penakan tuan punya unta tunggangan menantu anak sepupu ketua bahagian aja tuh...

Silap2 tak dan nak tangkap, dengan Najeeb2 sekali depa bohh...

Makan daging unta korban lagi best: Perak dah balik ke Umno ni dapat le kengkawan Press kat merasa balik daging unta ngan duit raya.. he he.

Makan jangan tak makan, jangan was2 dah. Haram jadinya.

Tanpa Nama berkata...

MAJLIS MAULIDUR RASUL S.A.W(ESOK)




BERSAMA AL FADHIL SHEIKH AL HABIB UMAR AL JILANI ( MAKKAH AL MUKARRAMAH )



TARIKH : 17 APRIL 2009 ( JUMAAT MLM SABTU )



TEMPAT : MADRASAH AL HASANIAH, KOMPLEKS YAYASAN SOFA 71350 KOTA N. SEMBILAN



RASULULLAH S.A.W SENTIASA DI SANUBARI

MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

http://pondokhabib.wordpress.com

Dr. RBAONG berkata...

Filem-filem Box-office minggu ini:

Selangor: Sexy Eli (18SX)

Terengganu: 10 Abdul (U)

Pulau Pinang: Penanti-an Fairus (U)

Perak: Ngeh-Nga outlaws (SG)

Sabah: Suhaili's island (U)

Perlis: Syahid dan Isa (U)

Tamil Movies: Mr Samy no Value (Wayang pacak)


Sorry, lari tajuk, saje je sebab bosan.

PAPA GOMO berkata...

APA PASAL YANG BERHORMAT PKR BERTINDIK DI KEMALUAN NYA???

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ratu-porn-pkr-di-puja-anwar-al-juburi.html

Kerabu Jantung berkata...

Trik yang dibuat oleh kawan sdr tu boleh makan tuan. Mula-mula dia suruh side kick dan member-membernya buat cerita bohong kat orang kampung dan berjaya. Setelah beberapa pemilihan tukang karut itu pun jadi lebih bijak. Kalau selama ini dia yang buat kerja sedangkan tok ketua tu hanya menjengah sekali sekala, baik dia saja yang pegang jawatan tu.Akhirnya dia pun dicalonkan dan akhirnya ahli-ahli berpecah dua.Bila ada pilihanraya kecil/besar parti lain yang mengaut keuntungan!

har ha ha ha ha ha ha berkata...

Sin...

Idea hang pasal Panglima hitam tu TOK Zahid terima lah ..dia bagi Pasukan PASKAL jadi KD PANGLIMA HITAM ..har ha ha ha ha ha..

Hang punya kutbah tak boleh pakai ..pasal kalau Pak najib nak suruh SPRM buat siasatan dengan telus dan jujur..nati dengan Pak Najib dan seluruh Kabinet dan Ahli majlis Tertinggi UMNO dan ketua Bahagian dan Cawangan masuk kandang Orang salah ....har har har har...Lagi satu tinggal...dengan Mantan-mantan menteri gak masuk sama....har har har... yang tak masuk nanti Gobid Sing aje pasal dia Lawyer ..heheheheehh..

Wassalammmmm

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
antidrM berkata...

Usin,

aku dah lama ikut blog ko ni..sejak zaman Pak Lah lagi..o.k la aku setuju ngan ko ketika tu...

tapi Usin, ko ni dah lebih2 lak..ko kalu tak puas hati dengan aku ko cakap..aku tau ko tinggal kat mane!..ko ada utang dengan aku!

Tanpa Nama berkata...

AntiDRM

Bunyi macam SMS pada ADUN Terengganu.

Oi Lancow, suka hati dia nak tulis apa dia mahulah.

Ini ugut dan nak tutup mulut usin?

Pergi buat blog sendiri.

Anti Ugut

Unknown berkata...

dude.. tolong kasi tau sikit negara mana yang sistem politik mereka yang tak ada rasuah... even tolong masukan prepaid telefon pun dikira rasuah dude.. inilah hakikat sebagai khalifah yang bergelar manusia dude... ada otak tetapi tak digunakan sebaiknya... tak kira lah pas ke dap ke pkr ke, yang kalah bertanding ke???...