![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfzE7-_ONppuiMBuQoRxQ6cTGhC78dmLBcSc1pWuAHiuTmw_Iijj5kjAaBUpgxOJTBUPhIgInZRuo7J6aTwdBqq86mRXFPh01AVMlyLiQYIqzrj5jT_j7RU_ivCPT-qHXNcsPfSA/s320/stud+breed.jpg)
Kononnya Malaysia telah membuka Pusat Pembiakan Lembu (Cattle Stud Farm) di Australia untuk membekalkan baka lembu untuk Industri Penternakan Lembu Malaysia. Lembu-lembu dari pusat ini di ekspot ke Malaysia untuk digemukkan sebelum di sembelah.
Dato Noh Omar, Menteri Pertanian baru dan isteri di jemput untuk acara pembukaan rasmi. Pusat ini beroperasi selama setahun, tetapi Tok Pa tak sempat nak datang melawat.
Selepas acara perasmian, Noh Omar dan isteri dibawa melawat keliling kompleks tersebut. Seorang pekerja pusat berbangsa Australia telah ditugaskan mengiringi Noh Omar untuk memberikan penerangan. Pekerja omputih ini merasakan satu penghormatan dan menjalankan tugas dengan semangat.
Dia menunjukkan ke arah satu reban dan menerangkan dalam bahasa Inggeris loghat Australia, "Dato dan Datin. Di sini adalah tempat untuk lembu-lembu mengawan. Di pusat ini, lembu-lembu jantan pembiak mampu mengawan sebanyak lima kali sehari ..."
Datin cuit-cuit Dato Noh dan bisik ke telinga, "Awak dengar tu? Lembu mampu sampai lima kali sehari.
"Bukan macam abang ... Tak henti-henti ada program dan balik lewat malam."
Masam muka Noh Omar mendengar isterinya mencabar kejantanannya. Masa macam ini pula dia nak mengomel. Tengah dalam pandangan orang ramai, tak boleh nak marah.
"... Kami aturkan lembu jantam pembiak untuk mengawan dengan lima lembu betina berlainan ...," sambung petugas.
Lantas Noh Omar bisik balik ke telinga isterinya, "Awak dengar pulak, tak? Lima kali sehari dengan lima lembu berlainan. Bukan dengan satu saja."
Suka Noh Omar dapat kenakan balik isterinya. Muka Datin pulak muram.
Walaupun Menteri Pertanian, jangan pulak ikut rasmi lembu. Tak fofesyenal bagi orang Islam mengawan dengan lima orang. Rosolusi bab munakahat benarkan empat saja.
Psttt ... berapa lagi nak cukup empat, Tok?