Jumaat, Mei 15, 2009

Selagi tak "Satu Sekolah", saya taruk awak terbaring


Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, mahkamah kena menggunakan bahasa kebangsaan. Perlembagaan menyebut bahasa kebangsaan sebagai bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia.

Janjinya 10 tahun lepas Merdeka, tak boleh lagi guna bahasa Inggeris. Tapi penggunaan bahasa Inggeris dalam perbicaraan dan perjaniian masih diamalkan. Jadi sampai bila loyar kita boleh mengaku menghayati apa dalam perlembagaan?

Banyak sebab dari segi masaalah praktikal. Terjemahan lambat, pendidikkan undang-undang dalam bahasa Melayu pun lambat, sikap peguam-peguam yang lebih condong kepada barat, banyak cekadak pun ada, dan lain-lain.

Ana malas mahu salahkan sesiapa tetapi penguasaan bahasa Melayu dikalangan peguam lemah. Kalau dipaksa pun, ia tidak mempertingkatkan martabat bahasa Melayu.

Bayangkan apa punya buruk bunyinya jika "watching brief" diterjemah secara literal.

Dengarkan ini. Dalam kes Pembunuhan Altantunya, Karpal Singh mewakili belah keluar mendiang Altantunya sebagai pemerhati dan untuk membuat "pandang seluar dalam."

Dalam kehangatan perbicaraan, peguam satu pihak membuat "cross examine". Disalah terjemah sebagai "periksa pangkah".

Apa akan diterjemah dalam Melayu bila dia sebut "I put it to you that you are lying?" Dah berbunyinya "Saya taruk sama awak hingga awak terbaring."

Macam mana pun, kena ikhlas dan berusaha untuk menyatukan rakyat untuk jadi "1Malaysia".

Cara terbaik adalah "Satu Sekolah untuk Semua."

Sekolah itu pun "Satu Bahasa". Barulah "Satu Bangsa Malaysia". Tercapai rasa "Satu Negara".

Baca Deminegara sini dan isi petition online sini untuk menyatakan sokongan.

17 ulasan:

cekodokmasin berkata...

Salam tuan,
Selagi sistem pendidikan kita terbahagi tiga, melyu, cina dan tamil, rasanya matlamat 1 bangsa malaysia dan perpaduan kaum tak tercapai. cuma negara ini sahaja yang ada sistem pendidikan seperti itu. singapura pun tak ada, saya sokong satu aliran sekolah untuk semua rakyat malaysia.

USD berkata...

Salam, aku sokong kempen ini...supaya 1Malaysia boleh bjaya. Kita tengok apa ulasan durang? gerenti melenting punya!

pa'loi berkata...

nak dengar komen anwar.

Pesanan Keramat berkata...

Hari itu Husin cerita jenaka pasal lulian, luku langsat. Sekarang pasal 'saya taruk awak terbaring' dan 'pandang seluar dalam'.

Sampai bila kit apatut biarkan bahasa kita dinodai oleh pendatang ini yang mahu kekal sebagai pendatang.

Macam mana nak jadi Satu Malaysia. Sorang cakap bahasa ayam, sorang cakap bahasa itek, sorang cakap bahasa lembu.

Cakaplah bahasa melayu, bersatu kita satu negara dan satu nusantara.

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih kerana menyokong kempen Satu Sekolah untuk Semua.

Syukur Alhamdulillah

Ikhlas Hati

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,

Hanya diktator boleh jayakan 1Malaysia. Modelnya seperti berikut:
a. Model Stalin
b. Model Mao Zedong
c. Model Kamal Artatuk

Prof. Awe Kecik

Anak Jati Perak berkata...

Prof. Awe Kecik,
Model Pibul Songram from Thailand?? YES??

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Singh Is Kinng berkata...

Tuan Husin

Ana suka model cindy crawford, dan tua tapi masih berisi dan montot.

SATU BAHASA SATU BANGSA.

Tapi tetap sokong PPSMI.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Sin, Jangan lupa sekolah pondok, hasil didikannya jadikan budak2 cakap melayu slanga arab-mabuk (macam Husin).

Amacam ada berani ka hapuskan sekolah agama!? Bayangkan Malaysia tanpa sekolah agama. Aman..

-azienmat-

Katakan yang hak berkata...

Peruntukkan pada sekolah agama di tulis sebagai "government shall provide" kewangan dalam perlembagaan.

Ini makna wajib beri.

INi menunjukkan martabat Islam sebagai agama persekutuan dan bukan agama rasmi (ceremonial).

Aziemat - faham kah kamu bila kata tutup sekolah agama? Berat orang PKR ni ...

Malah salah BN dulu tutup sekolah Agama Rakyat.

Kama At-Tarawis berkata...

Sin
Kalau kita nak cari kesalahan, sampai ke lubang cacing pun boleh korek demi menyanggah, walaupun sanggahan tu kadangkala takder asas. seharusnya kita terima this noble attempt dan sokong, bukan nak query pasal sekolah agama rakyat ke apa ker.

yang saya faham, kedudukan sekolah agama terpelihara dan terjamin dalam perlembagaan kita. kedudukannya tak sama dengan vernacular schools re sekolah jenis kebangsaan.

kadang-kadang saya rasa some people buat komentar tanpa mendalami isu sebenar. pakai hantam kromo aja.

Tanpa Nama berkata...

Yang arif, cam ni lah...benda yang dah diberi, nak tarik balik bukan senang, tambah lagi kalau benda "istimewa". Macam cuti hari sabtu, kalau nak tarik balik, sure kecoh punya.

Secara logik dan praktikal, maintain sajalah sekolah2 yang ada. Cuma buat penyesuaian. Yang terbaik di setiap aliran dikongsi dengan aliran2 lain. Contah: SRJK (C), budak2 bagus matematik. Di Sekolah Kebangsaan, ko-kurikulum lebih menyerlah. Sekolah private pulak, budak2 dah buat networking. Sebab tu ramai ibubapa yang labur kat sekolah swasta. Benda2 cam ni bolehlah dikongsikan. Yang menghasilkan benda2 tak senonoh, macam gangsterism dan rempitism bolehlah dilenyapkan dari aliran2 tu.

Saya rehatkan kes saya.

McPapadum.

Tanpa Nama berkata...

sayang sokong kempen ini yang sepatutnya mula dari awal lagi sebelum merdeka lagi. supaya tak la kaum lain tak reti2 lagi cakap bahasa melayu sebagai bahasa utama mereka..
saya sokong usaha murni ini

Klik sini untuk dapatkan free LG phoneAVmon

ha ha berkata...

Sin..

Satu sekolah ni issue lama..Hishamudin dengan sekolah wawasan..tapi tak jadi pasal takut MCA&MIC marah...Idea bagus..tapi UMNO macam takut untuk laksanakan..huh.

Lagi satu kalau dah jadi satu sekolah ..medium pembelajaran dalam bahasa apa..kalau nak mempertabatkan bahasa Melayu kenalah buat semuanya dalam Bahasa Melayu kecuali subjek Bahasa Asing la..Tak terkecuali yang kena di tongsampahkan ialah PPSMI..tak gitu Sin..

Wasalammmmmm

azienmat berkata...

O O.. ada yang menyampuk!
Sekolah pondok tu bukan sekolah agama? Bukankan sekolah pondok ini yang melahirkan byk sekali kader2 kapla batu a.k.a pejuang berani mati PAS. Baguslah klu ada sekolah begini lagi cepat UMNO bungkus..

Tang sekolah agama rakyat atau sessi petang lantak koranglah.. minta maaf

-azienmat-