Rabu, Mei 06, 2009
Mat Moto pun paham malu
Mereka kelihatan ranggi tetapi geng-geng moto yang bertempiaran memandu moto mereka di lebuhraya-lebuhraya seluruh negara pada hari minggu adalah kegiatan yang sihat.
Untuk berjalan beramai-ramai, ia memerlukan pengurusan dan pakatan. Kegiatan tersebut bukan saja mengirat silatulrahim dalam kumpulan masing-masing tetapi ia menambahkan jaringan kenalan dan sering ekspedisi mereka diiringi amal kebajikan.
Ana nak cerita pasal satu Geng Moto yang semasa pengembaraan mereka berhenti maghrib di sebuah surau untuk solat. Jangan ingat orang pakai jacket leather, rantai dan ranggi tak sembahyang.
Masa nak solat jemaah, masing-masing menjemput yang lain jadi Imam.
"Beb jemput, beb."
"Wa tak bole. Lu la."
"Biar si polan jadi Imam."
"Wa tak boleh. Baik si polan."
Lu, wa, lu, wa ... masing-masing menolak dan mencadangkan yang lain.
Akhirnya semua mencadangkan satu brader bernama Ayim. Pasal Pak dia Pak Imam surau, mereka anggap dia tahu. Semua yang ada sebulat suara bersetuju.
Ayim pun menolak tetapi oleh kerana di desak oleh semua, dia pun terpaksa menerima permintaan ramai menjadi Imam. Sembahyanglah semua.
Semua berjalan lancar. Takbir, fatihah hingga sampai bab membaca surah.
Ayim nak baca Surah Tin... Wat tiin...
Wat tiini waz zaiton ...
Dia terlupa perkataan berikutnya. Diulang lagi ... Wat tiin ni waz zaiton ni wa ...
Tiba-tiba, dia paling kebelakang dan berkata kepada kawan-kawannya yang menjadi makmum.
"Wa tadi kan dah cakap wa tak ole jadi Imam ...!!!"
Wa thurisi neen tak mari, dia melencung ke situ pulak.
"Lu orang mintak wa juga. Lu orang kecoh la. Kasi wa malu aja."
Batal semua jemaah.
Tak ada pulak yang tahu mufarakah untuk ganti dan ambilalih tugas Imam semasa dalam sembahyang. Nak cari Imam pun susah. Ini pula makmum yang tahu ambilalih Imam dalam sebahyang.
Ada pengajaran di sini.
Selalu kita dengar ceramah mengenai sembahyang jemaah sebagai contoh model kepimpinan dalam Islam. Imam dipilih dari kalangan jemaah dan yang diterima jemaah. Bukan setakat pandai, bijak dan berpengetahuan, tapi kena ada penerimaan.
Dalam Islam, kepimpinan tahu tanggungjawab berundur bila tiada kemampuan atau tidak lagi diterima majoriti. Bila 16(6) sebut mesti turun, maknanya turun. Tak turun tak maknanya tak meluhurkan perlembagaan.
Sifat kepimpinan dalam Islam adalah meniru sifat Nabi - Siddeq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Jadi, pemimpin dalam Islam tidak boleh cakap bohong. Ini pula kelentong..
Amanah dan Tabligh ramai faham. Bijaksana yang tak faham. Patutnya gentleman la ... Insan manusia ada maruah nak jaga dan tahu malu. Jangan bawa huru hara dalam dunia.
Hehehe ... jual jangan tidak jual. Siapa pula yang kena jual besok?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Bro.. Turun pun tgk la jugak turun yang macam mana? Adakah majoriti keseluruhan rakyat yang mahukan? Kalau setakat tiga empat kerat yang meroyan tak aci la.. Biarlah majoriti rakyat yang tentukan turun naiknya seseorang pemimpin tu..
Pendapat wa la.. hehe
Hehehe... kaw punya post la Pak. Very entertaining!
Sin
Kau cerita pasal geng moto teringat aku kat Naib yang baru tu. Sekarang pun dia dah jaga ugama tentu boleh jadi imam tanpa perlu kalih ke belakang cam Yim :)
Oleh sebab kau dah cerita pasal moto ianya subjektif Sin. Peminat Rossi kata; The Doctor lah yang paling terer, peminat Stoner kata; Stoner lah yang paling cool, etc etc. Berbuih mulut, kematu hujung jari menaip kata Rossi tak bagus tapi balik nu pulak ramai peminat yang suka dia tambahan dia menang pecut dari no.4 potong Lorenzo, Stoner dan Pedrosa di Jerez haritu. Kau kiaslah Sin :)
Btw takde geng unta buat konvoi ke? heheh
Imam bukan ikut yang diterima jemaah tapi yang diterima Allah. Ambik alih imam ada caranya bukan ikut suka je nak rampas
Agaknya Siva ni kalu majoriti dah tak boleh terima dia jadi speaker kat sidang DUN tentu dia harap Nga cover dia balik walaupun memang mustahil.
Salam...
Sin..
Eli Wong lagi tak malu sin..
gambar lubang keramat pun dah nampak sin...
semalam aku jumpa pusat bersubang ja...
hari ni...siap lubang keramat hancing haprak pun dia dah tunjuk...
lagi malu sin....
panassssss
sorry sin... lupa bagi link lubuk keramat hancing eli wong...
http://www.gutteruncensored.com/2009/05/welcome-back-elizabeth-wong-so-when-are.html
aku ni bukan dari kalangan org2 alim, tapi aku ingat ada sebuah hadis nabi yang berbunyi lebih kurang cam nie :
Barangsiapa yang Allah hendak meninggikan darjatnya di dunia, maka akan dikenakan ujian, dan hendaklah dia redha dengan ujian tersebut. ...
Jadi aku rasa Yang Beriman (YB) Nizar kenalah redha dan menerima ujian ini.
Salam Bro Usin..
Aku rasa Nizar kena lawan tentang hal ini..kerana Kes Kat Perak nanti boleh di buat panduan jika berlaku lagi hal yang sedemikian..
Contohnya ..kalau Si Najib hilang kepecayaan di Parliman..Agong berhak tidak membubarkan Parliman tetapi melantik Perdana Menteri yang pada firasat Baginda mendapat sokongan Mejoriti...
Tindakan Sultan Azlan sebenarnya menaikan martabat Raja Melayu dan menunjukkan bahawa Raja Melayu Masih mempunyai Kuasa...apapun Daulat Tuanku ..jika Nizar Kalah..ha ha ha ha..Jika Nizar Menang pun Daulat Tuanku...(Lingam!!!!!...Bole menang ka???)
Pemimpin UMNO lagilah tak layak jadi pemimpin.
Bapak banyak bohongnya.
Najib Altantuya tak berani saman akhbar luar negara yang siar cerita dia. Maknanya betula lah cerita Altantuya tu.huhu
Catat Ulasan