Rabu, Ogos 27, 2008

Babak 1: Dia Nak Mai ... Sadiq Sigaraga Panggil Mesyuarat


Sadiq Sigaraga: Nak buat macam mana ini? Pening, serabut. Dia dah nak mai dah. Habislah kita semua. Kalau aku turun, hampa semua turun, tau dak?

Memanda Timbalan: Itulah, kalau kita dapat DNA dia dulu, lama dah selesai masalah ini.

Memanda Sihat: Pihak saya dah cuba dapatkan DNA dia, tapi dia tak nak bagi. Kita nak buat macam mana?

Memanda Negeri: Apa kata kita tangkap dia, kita kurung dia, kita tumbuk dan lebamkan sebelah matanya. Bila dia dah pengsan, senanglah kita ambil DNA dia.

Sadiq Sigaraga: Kau tak usahlah nak buat mengarut lagi macam itu. Nanti PRU 13, PRU 14, sampai bila, parti kita kalah memanjang.

Memanda Sumber: Jadi apa yang perlu kita buat sekarang?

Sadiq Sigaraga: Itulah yang kita mesyuarat tergempar di negara Isketambola ini, di hari ini. Baiklah, bermula saat ini, semua para memanda tidak usah buat apapun program pembangunan untuk Rakyat Isketambola. Apapun kita buat selepas ini, dan apa dana pun yang kita ada, gunakan sepenuhnya supaya kita dapat juga akhirnya, DNA dia.

Memanda Timbalan: Kita sudah tersilap besar. DNA dia kita tak dapat, dia pulak dapat bertanding. Penat dan sia-sialah segala sumpah yang telah dilafazkan. Menyentuh perihal Perwiser Plum, parti kita kalah teruk, dan feedback yang kita terima dari grass root, menunjukkan bahawa, Memanda Perdana dipersalahkan, kerana kepemimpinan yang lembik, lesu, longlai, dan lemah. Juga, keputusan yang flip-flop. Jadi, bila nak turun, kasi saya naik pulak...

Sadiq Sigaraga: Banyak loghat kau ni Memanda Timbalan. Saya pun pee merata juga seluruh Perwiser Plum. Sampai kuil pun saya masuk. Tahu dak? Depa persalahkan Memanda Timbalan, yang tak tahu buat kerja. Kempen tak ada strategi. Berterabur semuanya. Jadi, lupakanlah apapun peralihan. 2010, kensel!

Memanda Timbalan: Alamak!

Memanda Kerja: Saya ada dapat feedback, sebab parti kita kalah, dan sebab dia menang ialah, kita gagal turunkan harga minyak onta dan tahi onta. Strategi sposen campur 5, dan sposen tolak 2, tidak berkesan!

Sadiq Sigaraga: Itulah pasalnya. Menyesal aku dengar nasihat dia ini, Memanda Tarak Guna.

Memanda Guna: Tapi, isu harga minyak onta dan tahi onta, bukan sebab kita kalah. Sebabnya ialah menantu Memanda Perdana yang celupar. Nak tanam lah, nak kuburkan dia lah. Last-last, kita semua yang bakal terkubur.

Memanda Dagang: Silap kita semua jugak. Kita kalah sebenarnya sebab kita biarlah Budak Kembar dia, dengan Budak Judi itu, berkempen. Rosak habis semuanya.

Sadiq Sigaraga: Beginilah tak guna kita saling salah-menyalah di antara satu sama lain. Apa yang penting sekarang, kita dapatkan DNA dia. Habis cerita. Selesai.

Memanda Negeri: Saya sudah bentangkan dalam Rumah Tertinggi, nampaknya akan lulus tak lama lagi. Lepas itu, kita bolehlah dapat DNA dia.

Sadiq Sigaraga: Bagus! Bagus!

Menteri Terang: Kita pun akan siarkan semua rancangan media, radio, tv, dan akhbar, tiada cerita lain setahun dua ini, melainkan DNA juga. Ini supaya Rakyat Isketambola tahu pasal DNA ini.

Sadiq Sigaraga: Bagus! Bagus! Debat DNA tak buat ka?

Menteri Terang: Debat memang satu daripada program media kita.

Menteri Didik: Sayapun sudah berusaha ke arah itu, selain debat, bermula sekarang semua silibus di sekolah sampailah di universiti pihak saya telah tukarkan kepada pendidikan dan pembelajaran DNA.

Sadiq Sigaraga: Bagus! Inilah yang saya suka. Dari kecil lagi, budak-budak sekolah sudah tahu apa DNA ini.

Menteri Tani: Pihak saya juga sedang berusaha supaya semua petani, peladang, nelayan, penternak, tidak buat apapun usaha selama setahun, sehingga DNA dia kita perolehi.

Sadiq Sigaraga: Baiklah, bermula sekarang, semua para memanda pee lah buat kerja, kita cuba, sampai DNA dia kita dapatkan.

Memanda Negeri: Memanda Perdana usahlah risau. Gerenti dapat punya dia punya DNA tidak lama lagi. Saya yakin.

Sadiq Sigaraga: Baiklah. Siapa di antara memanda yang boleh ikut saya ke pejabat sekarang, bagi terang kat saya apa dia DNA ini? Saya pun keliru di antara DNA lama dan baru. Habis Rakyat Isketambola ketawakan saya. Nak marah tak boleh, nanti kena jual...

Memanda Timbalan: Memanda Perdana, err DNA pun tak tahukah?

Sadiq Sigaraga: Tidaaak. Sekolah dulu, aku tak belajar. Jadi, manalah aku tahu apa dia DNA ini. Siapa yang tahu?

*** Kuang! Kuang!! Kuang!!! Ahli mesyuarat memandang di antara satu sama lain. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tahu apa dia DNA ini. ***

Sadiq Sigaraga: Aik! Sorang pun tak tahu apa dia DNA ini? Emmm, 2 kali 5 lah jawabnya, kita semua.

Memanda Guna: Jika 2 kali 5, jawabnya sposen.

Sadiq Sigaraga: Sudah-sudahlah itu Memanda Tarak Guna, asyik-asyik sposen, sposen, sposen. Ingat, sekali lagi kamu kata sposen, siaplah kamu. Aku hantar kamu ke White Stone Island!

Sadiq Sigaraga: Di dalam negara Isketambola kita ini ada tidak orang yang tahu, apa dia DNA ini?

Memanda Tani: Ada wahai Memanda Perdana.

Sadiq Sigaraga: Siapa?

Memanda Tani: Nama dia Husin Lempoyang. Dia Saudagar Besar di Isketambola. Perniagaan Onta. Wow! Dia tahu perihal DNA ini.

Memanda Timbalan: DNA apa yang dia tahu?

Memanda Tani: DNA Onta.

Sadiq Sigaraga: Tak apalah. DNA Onta, DNA Onta lah...kamu pergi panggillah dia datang ke sini minggu depan, suruh dia beri taklimat kepada kita semua. Pasal DNA.

Akan Datang

Babak 2: Husin Dilantik Penasihat ... Macam Mana Nak Halang "Dia"?


* Diambil dan ubahsuai dari komen Zubli Zainordin dalam blog Husin Lempoyang. Sidang Parlimen sedang membincangkan rang undang-undang DNA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erm...dah baca la pak husin oiii....ape pn blog pak husin ni mmg ok...kehkehkeh

ISA berkata...

DNA pun tak tau ke? (Dollah Nak Anak = DNA) Jeanne kata tak boleh dah tua..., pasai tu semua orang tak tau... apa itu DNA.

Unknown berkata...

laaa... aku ingatkan DNA tu panjang-panjang macam senapang... rupa-rupanya macam pukau jugakla... 'marang merapu kepunden parang sekeper...'

Gelombang Rakyat berkata...

Adoi...pecah-pecah perot ketawa berdekah.

Nii nak nunggu babak ke dua!

Hidup Husin Lempoyang, Penasihat Negara!!!

Tanpa Nama berkata...

Apalah ko ini sin, DNA tu singkatan bagi Datuk Nazri Aziz, alaa.. yg mcm beruk kat parlimen tuuu...Diaorang nak sangat DNA nie pasal DNA nie jer yg bole tewaskan Al Rawna Al ...

Sutera Timur berkata...

SANGAT MENGHIBURKAN TEATER PAK HUSIN NI....BIJAK-BIJAK....TAPI KENAPA K'JAAN ISKETAMBOLA TAK MAHU DENGAR NASIHAT DR. MAHATHIR PASTI PERMASAALAHN SEMUANYA SELESAI....tak perlu panggil si ezam dan nalla yg dah expire PKR SENDIRI DAH BUANG BN P KUTIP PULAK NAKYA SUNGGUH KESIAN ....KESIAN

Sutera Timur berkata...

SANGAT MENGHIBURKAN TEATER PAK HUSIN NI....BIJAK-BIJAK....TAPI KENAPA K'JAAN ISKETAMBOLA TAK MAHU DENGAR NASIHAT DR. MAHATHIR PASTI PERMASAALAHN SEMUANYA SELESAI....tak perlu panggil si ezam dan nalla yg dah expire PKR SENDIRI DAH BUANG BN P KUTIP PULAK NAKYA SUNGGUH KESIAN ....KESIAN

Tanpa Nama berkata...

Pak Husin,

Dengar cerita KJ pegi kempen pun takut turun kereta. Apalah budak kecik ni, cakap macam petir tapi telur kecik rupanya. Macam ni ke nak jadi ketua pemuda.

Woi orang UMNO, berhentilah berkempen untuk budak jakun ni.

Unfiltered-Madness berkata...

Tak sabar pulak tunggu sambungannya...

apa husin nak bagi nasihat?

pk berkata...

hahahah

tuan punasihattt lebih baik nasihatkan tuan sadi sigaraga sambung tidur.

pk berkata...

hahahah

tuan punasihattt lebih baik nasihatkan tuan sadi sigaraga sambung tidur.

pk berkata...

hahahah

tuan punasihattt lebih baik nasihatkan tuan sadi sigaraga sambung tidur.

Tanpa Nama berkata...

Saya yakin orang Melayu bukanlah bangsa penakut seperti yang dijangkakan.

Sejarah membuktikan, jika benar2 pembelot bangsa muncul @ benar2 Melayu & Maruah Islam terhina, ada orang-orang yang akan nekad berani mempertahankannya.

Cuma di nasihatkan, jangan mencuba bermain2 dengan perkara2 seperti ini.

Kejadian2 lepas seperti Natrah Berdarah, Amukan2 gila & kejadian2 berjihad di masa lepas adalah angkara ‘manusia syaitan’ yang memikirkan orang Melayu/Islam bodoh dan mahu menguji kebodohan itu.

Contoh terbaru Lwo Gwo Burne ditampar (nasib baik ditampar shj) kerana mempersoal pembinaan surau. Karpal Singh dihantar peluru & Ambiga cuba dibom adalah kerana tindakan ‘eksperimen’ mereka2 yang cuba membuat tafsiran baru.

Saya nasihatkan ketika keadaan ‘masih terkawal ini’ janganlah memusnahkan Malaysia @ membuat sesauatu pertimbangan sempit dan bodoh ketika negara ini MASIH AMAN.

Saya tak mahu Malaysia menjadi seperti Pakistan, Iraq & Afghan, kerana ketamakan orang lain- rakyat jadi mangsa. Oleh itu, betulkan jln masing2 jika berpolitik. Sesiapa yang merasakan ‘diri mereka pangkhianat’ cuba baiki.

Di Pakistan,Nepal & jiran Thailand-pemimpin2 pengkhianat telah menjadi ‘mangsa korban’ akibat perbuatan diri sendiri-memperalat rakyat untuk berkuasa.

-peace-

Gelombang Rakyat berkata...

Wahai Husin Lempoyang,

Gambarnya kurang komedi. Lagi pun ada emblem.

Kasi tukar daa...

Taruk Isketambola punya aaa.

Baru Syiook!

Ini cadangan saja ya...

Tanpa Nama berkata...

SIN kalau kau dilantik jadi penasihat Sadiq Sigaraga,cadangkan kepada Memanda Tani supaya tanam LEMPOYANG secara besar-besaran.khasiatnya banyak tau?...diantaranya,awet muda dan 'panas' badan untuk yang lemah-lemah dan lembik-lembik tu,heh,heh,..

Bung Karno berkata...

Husin, itu Sadiq bila mau kasi jual aaaa

Gelombang Rakyat berkata...

Wahai Husin Lempoyang,

Terima kasih.

Cantik Emblem!

Jom ronda-ronda kotaraya Isketambola, kita naik sama itu

Penarik Beca.