Sabtu, Ogos 02, 2008

Sembang-sembang Muqabalah


Jawatankuasa PAS telah mengumumkan tidak setuju untuk berkongsi kuasa dengan UMNO.

Ada satu khabar angin kata, Dolah pun tidak setuju dengan Muqabalah kerana PAS meletakkan syarat yang tidak munasabah. Oh, jangan ingat syaratnya mengenai hukum hudud untuk Kelantan. Itu untuk pengetahuan orang ramai. PAS bohong kita?

Tidak semacam itu. Mula-mula dahulu semua tidak mengaku ada muzakarah, tetapi akhirnya mengaku. Seperti kata Mahfudz Omar yang meminta maaf, dia terpaksa berbohong kerana Jawatankuasa Pusat PAS tidak mahu perkara itu menjadi heboh. Kira bohong sunat atau bohong politik.

Berbalik cerita syarat yang PAS letakkan hingga tak jadi muqabalah, apa dianya?

Katanya dan kalau orang bohong, salahlah Husin, PAS meletakkan syarat Dr Mahathir menjadi orang tengahnya. Pandai PAS untuk mencari helah untuk menyatakan sebenarnya mereka tidak percaya dengan Pak Lah.

Mereka tahu. Sebut Dr Mahathir, Dolah sure tak jadi.

Di kedai kopi tadi ada cerita nasi tambah. Kalau ditakdirkan Dolah kena minta maaf dengan Tun di akhirat untuk masuk syurga, sanggup dia duduk neraka.

Hahaha ...

Lebih-lebih pulak andaian. Tapi ini sembang kedai kopi, tak wajib untuk percaya. Temberang sunat.

Kalau Husin dapat tawaran masuk syurga, Wow! apa saja sanggup buat.

Dah termasuk cerita syurga neraka, hari ini sudah 30 Rejab dan hendak masuk Syaaban. Insya Allah, sebulan lagi kita berpuasa. Latih-latihlah diri berpuasa dan sembahyang sunat.

Aisay ... kena cuti blogging dari cerita politik.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi tak mahu tidor sekatil dengan Dolah kerana dia tidor mimpi tidak ada lain tapi nak raba bahu Michelle Yeoh.

Dolah sebelum tidor tak mengucap dan selawat macam Hj Hadi.

Gelombang Rakyat berkata...

Harapnya di Syurga nanti tidak adalah pulak orang yang nak kekal jadi Presiden UMNO.

A Voice berkata...

Kalau minat nak tahu jangkaan saya, sila baca berikut ...

Thursday, July 31, 2008

Realiti sebalik Muqabalah UMNO-PAS

Mengikut laporan Utusan hari ini, PAS akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini bagi membincangkan rancangan muqabalah dengan UMNO.

Jika muqabalah ini berhasil, BN dan PAS dijangka akan menubuhkan kerajaan campuran di negeri Perak. Ramalan bekas Menteri Besar Perak, Dato Tajul Rosli melihat kerajaan boneka DAP kecundang sebelum hari Merdeka Ogos 31 mungkin menjadi realiti. Cuma bagaimana rupa dan bentuk kerajaan baru itu serta apa tolak ansurnya.

Walaupun inilah harapan ummah Islam Melayu dan segelintir bangsa-bangsa lain yang faham, adakah ini benar-benar untuk menstabilkan keadaan politik. Adakah dengan usahama antara PAS dan UMNO akan menguatkan kembali politik Melayu?

Perkara sebalik tabir yang didengari begitu berlainan sekali.

Baca seterusnya ... di blog Another Brick in the Wall.

Tanpa Nama berkata...

horai...yahooo...yehhaa....

Bang Nuar dah terima aku sebagai budak kopi baru dia.

Aku nak pergi imigresen esok nak buat buat passport.

Dapat jalan-jalan seantero dunia.

jangan jeles... jadi budak kopi pun dapat jalan-jalan.

kalau boleh nak ajak Bang Nuar pergi Alaska ka, Siberia ka North Pole ka.....

la..la..la..la..madani oops

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi budak kopi anwar bkan pilihan syurga dan neraka, tetapi pilihan syurga dan neraka yang susah terpulang kepada seksualiti anda.

Bagi orang gay, mungkin pilihan syurga dunia dan neraka akhirat. Bagi orang biasa, neraka duni adan akhirat.

Anwar pembawa pembinasa negara dan agen kuasa2 besar!

Tanpa Nama berkata...

Tekan link ke blog Saiful Bukhari.

Tanpa Nama berkata...

Lebai Kampung berkata .........

Muqabalah apakan bendanya kalau syarat gila-gila dikenakan. Saya tergamam bila melihatkan syarat Hukum Hudud yang dikenakan oleh PAS jika nak bekerjasama dengan UMNO. Tetapi sekarang bila mereka bekerjasama dengan PKR dan DAP tiada pula syarat demikian yang dikenakan. Betul-betul sebiji macam `Sesumpah' pemimpin ulama kita sekarang. Cakap tak serupa bikin.
Jangan ajaran Islam diperkotak-katikkan demi kelangsungan parti PAS. Adakah umat Islam hari ini ingin meniti kehidupan masa depan dengansudah terhantuk baru tergadah.
Persoalannya kenapa bila berMuqabalah dengan orang Islam dan Melayu dikenakan syarat yang begitu ketat tetapi dengan bangsa lain tidak dikenakan. Jika begini pemikiran bangsa Melayu dan umat Islam alamatnya begitu senanglah umat dan bangsa kita dipergunakan.
Apakah umat Islam tidak sedar-sedar lagi bahawa kedua-dua pemimpin besar negara hari ini adalah dari golongan yang mementingan diri sendiri dengan penerapan Islam Hadhari dan Islam PAS.
Kita patut renungkan masa hadapan umat dan anak bangsa kita jangan jadi BANGSAT di bumi sendiri.

kamarulzaman ahmad berkata...

Sin,

Jangan-jangan ada puak Wahabi jahanam dalam PAS. Puak Wahabi ni kalau orang islam lain tak ikut cara diorang, dia akan cop kafir dan boleh dibunuh. Tapi kalau kepentingan dia, dengan kafir pun diorang tak kisah..agaknyalah... l

lagi lama ada di padang pasir lagi malas nak ambil tahu pasal puak-puak ni. Orang ISlam kat malaysia pun ada yang terikut-ikut. bodoh, sedangkan agama itu diturun kepada manusia yang berbagai. tapi nak ikut macam arab.

Yang lebai tu nak maju kedepan, yang tua ni pulak letak syarat pelik yang dia pun tak terbuat. tapi dia minta orang lain buat. tambahan dia salahkan orang lain pulak yang tak buat. Kan ke pelik namanya

Itu belum lagi puak ahlul bait (kununya) dalam PAS gamaknya.

Gasak kau oranglah. Yang serupa dari dulu sampai sekarang adalah tetap Unta...

Tanpa Nama berkata...

eloklah la tu saudagar Unta
rentikan menulis bab FITNAH
kerana FITNAH lebih tajam dari mata pedang

eloklah bertaubat!

Tanpa Nama berkata...

Bab hukum hudud saya tak berani komen sebab berdosa umat Islam menentang hukum hudud. Saya cuma nak komen berkenaan PAS. Mengapa PAS membangkitkan hukum Hudud bila diajak menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO? Sedangkan semasa PAS join PKR dan DAP dulu, tak pulak mengusulkan hukum hudud? Diharap PAS tidak mempersendakan hukum Allah semata-mata untuk politik...

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Siti Nur...Kenapa masa PAS masuk Pakatan, tdak pula kedengaran PAS meminta hukum Hudud. Tapi bila UMNO ajak PAS buat pertemuan, terus minta hukum Hudud. Bukan nak tolak hukum Hudud tapi cuma pertikaikan permainan PAS...

Tanpa Nama berkata...

Mampos la UMNO sarkas..!!!

Termasuk la sesapa yang sangat sayang parti sarkas nih...!!

~HMK~

Tanpa Nama berkata...

HMK..Pakatan rakyat terdiri dari binatang2 sarkas haha..lagi teruk!