Mak Jeanne masuk bilik tidor dan dilihatnya Dolah sudah tidor. Lega hatinya melihat Dolah sudah tidor awal.
Sejak pilihanraya bulan Mac, Mak Jeanne bertekad mahu menjaga Dolah dengan lebih rapi. Mak Jeanne rasa malu melihat gambar Dolah tidor merata-rata menjadi poster dan risalah kempen. Dolah tidak boleh bekerja dan melayan tetamu hingga lewat malam lagi. Makan, pakai dan kesihatannya mesti tersusun.
Baru Mak Jeanne teringat ...
Jeanne: Baba tidor sebelum makan ubat ...
Dolah: .... zzzz ...
Jeanne: Baba ... baba ... Bangun baba. Mari makan ubat.
Dolah: ... zzzz ... huh huh ... zzzz ...
Jeanne: Bangunlah baba ... makan ubat. Baba nak sihat kan? Tak mahu kena ambil gambar tengah tidor tengah majlis kan?
Dolah: .... zzz ... &%*#$ ... tak payah la ... ngantuk ... penat ...
Jeanne: Baba nak jadi Perdana Menteri lamakan. Biarkan Najib tunggu lama lama. Kenalah makan ubat. Nanti kuat.
Dolah: Yalah yalah ... zzz... sikit sikit Najib. ... Ubat apa?
Jeanne: Ubat tidor. Baba tak makan ubat tidor.
Dolah: Kan saya dah tidor ni ...???!!!!
Sambil disambut gelas air, Dolah makan ubat-ubatnya. Mulutnya mengomel-ngomel mengenai pompuan suka ugut laki dan sejak kahwin, sudah tak cerdik. Terus dia cuba kembali tidor. Tapi mata dah celik balik. Kena tunggu ubat itu mengambil kesan ...
Ikut sajalah Dolah. Kalau dia mogok, kau bukan boleh harapkan Michelle Yeoh untuk jaga kau. Dia hanya sibuk nak melawa saja. Boifren dia orang putih kaya. Kau nak pujuk dengan kontrak sudah ada orang kacau daun.
Baguslah tidor cepat, bangun awal. Tak tertinggal Majlis pagi macam dulu. Pagi-pagi katanya boleh bangun baca Quran sama-sama. Baguslah. Harap jangan cakap saja kerana ada orang curiga.
Wow! Perdana Menteri sihat, otak pun cerdas. Rakyat pun bahagia. Betulkah turun minyak? Jangan flip flop ye ...
14 ulasan:
Bro,
Bebal sangat Dollah ni. Makan ubat apa pun tak guna. Dollah ni teramatlah bodohnya ..tengok muka dia pun nak muntah ..cuba nak buat muka pandai dia depan press ..Ya Allah !! jijik aku tengok Dollah ni ....
Ada ubat supaya beliau ada hati nak melepaskan jawatan lebih awal?
Jangan cakap kahwin dengan DOlah jadi kureng cerdik.
Tengok Zaid Ibrahim seorang loyar pandai dan cerdik jadi bahalol bila masuk kabinet dolah.
Berapa banyak orang menjadi bertambah half past six di bawah kepimpinan dolah?
Dia tertidor awal pasal terlebih minum wine masa dinner ni ...
Dahsyat engkau sin,dlm rumah dolah pun engkau tau apa yg terjadi,aku rasa jin tu bukan bagi ubat tidur kat dolah tp makanan tambahan goji plus+ kot..
Kalau Jeanne sanggup kejutkan Dolah yang tengah tidor, pasti bukan ubat tidor, Sin.
Viagra tu ... hak kaum ibu.
betul ke ubat tuh? bukan racun...???
Dollah sucksss....
Kaki tido... Baik tido truss....
GoWikipedia
Weh haji bakhil,memandai je ko neh,mana ko tau aku mkn viagra.. Beri no ic ko,aku nak saman ko..
Sakit kepala Pakalah bila memikirkan untung nasib Nori bila terlihat gambar Kedi.... ko tu Sin. Kalau tak dak sifat-sifat kebetinaan masakan begitu anggun Kedi... bila berpakaian wanita.
Ini bukan prom night aje, siap ada pompuan Mat Saleh, gila siot.
Makin sakit kepala aku sampaikan makan ubat pun tak berkesan. Celaka kau Sin, mana hang dapat gambar tu. Kan naya sekarang sebab Brader Nuar dah meleleh air liurnya.
Mari betulkan bendera Malaysia yang terbalik
http://suteramalaya.blogspot.com/
cayalah ko ni sin...mesti marah punya balaci KJ bila tengok pemimpin 'jantan' kesayangan mereka telah bertukar rupa dulu sekejap...apa istilahnya...flip=flop??? apa2je la...
sape bg ko gmbr ni hah??? aku pun nak saman juga sbb ada org tambah meleleh air liur tengok aksi sopan budak hitam ni...
Tak sangka pulak aku yang Husin ni kaki 'skodeng'.
...Kamu dituduh liwat.. kami tidak percaya. Mengapa?
Hati kami diliputi benci kepada BN yang teramat-sangat. Kami benci dengan penyalah-gunaan kuasa, monopoli, cakap menipu, dasar kronisme yang berlindung disebalik DEB, penindasan, dasar ekonomi berat sebelah rakyat vs korporat dan banyak lagi..
Dan kami harapkan kamu dapat mengubahnya kesemua karut-marut itu..
Catat Ulasan