Dia kata dia hairan mengenai dana PR dan dedahkan mengenai rancangan Anwar untuk berikan pengkalan navy di Sabah kepada Amerika.
Husin pun ikut hairan.
Setakat ini belum ada lagi blog-blog UMNO di sini yang kata Anwar akan di tanam hidup-hidup.
Ada blog pembangkang kata Anwar menang majoriti lebihan 16,000 - 18,000. Malaysiakini.com kata PKR anggar Anwar dapat 61% undi. Reme Ahmad laporkan PKR yakin lebih 17,000 majoriti.
Orang genius mungkin ada cara tersendiri untuk memastikan menang.
Tapi Husin kata lain pula.
Kita tunggu keputusan ... anytime now....
Jumlah pengundi 38,144
Peratus mengundi 65.25% (81% untuk Mac 2008)
Majoriti 17,682 (dari informer PPauh 9:35 pm), 15,671 (Informer sama 10:04 pm),
Anwar 31,195, Arif Shah Omar Shah 15,524 - Majoriti 15,671 (AP dari Bernama 10:00)
RASMI SPR SEPERTI DI ATAS (TV 10:30 pm)
Tahniah Anwar Ibrahim.
Harap ahli PKR jangan terlalu ghairah bergembira meraikan. Manakala, harap ahli UMNO jangan mengaruk kepong ibu pejabat Bahagian dan baling batu.
Khairy baik pergi buat SPM BM paper supaya tahu makna "tanam". Dolah yang terlalu slow sangat ... ada paham?
PEMBETULAN
Sebagaimana yang disebut oleh komentar KNH, peratusan yang mengundi adalah 81%. Untuk detail keputusan, sila layari MyKMU di sini.
Bab Khairy kena ambil periksa kertas Bahasa Malaysia SPM, keperluan masih ada. Oleh kerana, dia sudah lambat untuk periksa bulan 10/11, dia kena ambik untuk tahun depan. Tak payahlah nak bercita-cita jadi ketua Pemuda UMNO.
Bagi Dolah, dah masa balik kembali kampung dan balik jadi cikgu ngajar ngaji di Kepala Batas.
* Kemaskini 27/9/2008 10:20 pagi.
43 ulasan:
Pukul 10:08 pm pun aku masih yakin KJ akan pusingkan untuk BN menang ... hehehe
tanam KJ dan Dolah sekali. Terima kasih
Kepada Pak Lah dan menteri kabinet umno yang sewaktu dengan nya,
Kalau anda semua masih ada maruah diri sila berhenti.
Kepada Heri Boy,
Anda diminta meninggalkan negara ini.
sin...agak2 ko la bila SPR nak buat by-election kepala batas sin?
hehehe aku rasa cam nak buat kenduri je masa by-election kepala batas tu
menteri dlm kerajaan malaysia sekarang ni sudah lama sangat pegang jawatan.. kena overhaul semuanya.. apa takde orang lain ke yg layak? asik2 muka sama jer.. orang yg ada masalah pun dikutip macam sampah.. ceh.. dah la cakap macam orang di takuk lama.. ketinggalan.. pulak tu dah lama sangat sampai naik tocang.. kalau tak bagi chance kat orang lain, sampai bila nak ada chance? boleh blah!
UMNO & BN DI ARAHKAN TUTUP KEDAI BERMULA MALAM INI.....ARAHAN DARI RAKYAT MALAYSIA
ana heran mulanya kenape tv3 lebih awal bagitau, padahal kiraan masih belum muktamad.. katanya: seperti yg diramalkan PKR telah memenangi bla... bla...
ana masih fikirkan kenapa tv3 demikian gatal mulut nak bagitahu yg blum sebenar, walaupun ana yakin DSAI boleh ratah si Arif OCBC tu.
Baru jam10.00 lebih, Tv3 beri ditilnya. Syukur.
tahniah buat DSAI, kejayaan manis tu punya banyak melahirkan perkara pelik2 spt lahirnya spesis2 sesumpah, menjatuhkan maruah sdr roslang porigi, kes uitm geger dari hanya cadangan tanseri khalid MB, menjerat exco2 PKR perak dan dsb dsb..dari berbagai karenah BN/Umno yang tidak serik2 dengan tsunami pru12.
si mulut besar KJ akan kena tanam ditanam di rembau setelah tercampak dari 4th floor. si sayfool pulak menjadi sesumpah plastik.
Ah.. ada hati si KJ ni mau tanam orang.. dia punya undi pun orang kasik tanam pada mulanya.. hak hak hak...
Pas ni hangat pasal majlis angkat sumpah pulok.. si speaker mau buat dlm bulan oktober nanti.. macam2
tv3 ni mmg beritanya berat sebelah... malas aku nak tengok..
si khalid MB sgor tu baru je bagi cadangan.. diorg semua tu melenting apa ke hal? si khalid tu bukannya ada kuasa pun nak pinda apa2.. bukannya dia tu menteri pengajian tinggi ke apa ke.. apa bangang betul?
mrsm tu bukak kat org luar, takde pun kisah.. cit..porah
diberitahu:
peratusan keluar mengundi = 65/100
jumlah pengundi berdaftar = 58459
= 65/100*58459
= 38,000 lebih kurang yg sepatutnya mengundi hari ni
tapi total diorang dpt undi
= 31,195(PKR)+15,524(BN)+92(AKIN)+400(undi rosak)
= 47211 lebih kurang
so percentage 47211/58459*100 = 80%
so peratusan kuar mengundi ialah
80% dan bukannnya 65%. EC salah kira ke? Haizzz. Sin, tolong kira unta ni.
Dollah,
apa lagi turun la, kasi najib take over lak, mana tahu umno boleh pulih balik ditangan najib, nak harapkan ko, memang takde harapan la..
ko lembab2 kang al-juburi sapu jawatan PM kang..
Terbeliak
Tulah ..dah kata dah ..apasal bawak keluar si Anwar ni ...kan dah susah dah ..dulu sibuk buatkan passport dia ..sekarang ni nak tanam dia pulak ..Budak kahak ni betullah tak sedar diri ..nanti kalau tak percaya ..dia diam-diam berunding dengan Anwar ..Kita semua dah kena jual bro ..
Tak kira lah Pak lah ke, KJ ke..yang sebenarnya UMNO dan BN masih merasakan ini semua hanyalah mimpi ngeri..masih tak sedar diri...
Kepada pemimpin UMNO dan BN, inilah akibatnya apabila orang yang berkebolehan dan bijak pandai dan boleh ditunjuk ajar utk counter pembangkang atau Anwar dalam parti tidak diberi peluang, dan dicantas awal2 lagi. Tinggallah tukun2 lama yang syok sendiri dan mengkayakan diri sendiri.
Akhirnya, orang yang bijak mengambil kesempatan macam Anwar mendapat habuannya.
Punca kemenagan Anwar ialah :
1. masa kempen azizah setia dengan anwar. BERKORBAN APA SAJA..
2. masa kempen najib sorang2 jee
3. strategi turun harga minyak tak berapa kena masanya..persepsi rakyat..anwar push baru nak turun..ada harapan turun lagi bila jadi ketua pembangkang nampak gaya..walaupun tak pasti lagi
4. SUMPAH LAKNAT mesti ada yg rancang...ini ada kaitan dengan KEIKHLASAN bila melakukannya..JAWABLAH..HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI NIAT SESEORANG
5. Anwar mungkin juga IKHLAS tak nak bersumpah...aku rasa lahh
6. Anwar ada strategi jangka panjang..biarpun masuk jel sekali lagi tapi akan berkuasa dari dalam jel...dan bila keluar disambut sebagai PEJUANG RAKYAT...Lu fikirlah sendiri...baru dapat jadi PM apatah lagi kalau dollah/najib masih berkuasa masa tuu..
7. Walau apapun...moga anwar memikirkan rakyat
Najib pun GET OUTTTTTTTT...bila bersumpah kena ikhlas..tapi najib menunjuk2..Lihat Tun antara pemimpin yang ikhlas sebab tak menunjuk2 bab agama..apa pun fitnah dia tetap sabar dan ikhlas menjalankan tugas...Nuar lak ikhlas tak mau sumpah...BARU IKHLAS NAMANYA PAHAM...bab baik buruk itu dia dengan Allah..dan ada juga bab baik buruk antara dia dengan saifol je yang tau
SAUDARA SAUDARI..
1. DALAM ISLAM...IKHLAS PALING UTAMA..BUKAN SUMPAH LAKNAT..TAK DE SATUPUN ORG2 AGAMA YANG BERCERITA BAB NI...LUPAKAH KITA..
2. TELAH DIGERAKKAN HATI ORG2 PERMATANG PAUH BERI ANWAR KEMENANGAN...INI KETENTUAN ILLAHI...ADA MESSAGE
3. KITA KHAYAL DENGAN MENIDAKKAN LANGSUNG KEBOLEHAN ORANG DENGAN MAKI HAMUN..KENAPA..TAK DE CARA YANG LEBIH BERSOPAN KE? KATA MELAYU ISLAM..BAIK PKR MAUPUN BN..TU YG CALON AKIM NAK SAMPAIKAN...SEMUA BUAT TAK TAU JE..
4. KATA PEPATAH MELAYU..MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI...
5. TUNTUT HAK WAJIB BAGI MELAYU..TANAH MELAYU LAH KATAKAN...CINA DAPAT HAK BERNIAGA..KITA TAK PERSOALKAN..INDIA DENGAN HAK2 ASASINYA ...KITA TAK PERSOALKAN...TAPI MELAYU MAINKAN HAK BANGSA SENDIRI...
Orang Melayu bermasalah apabila tersalah pilih ketua. Dalam politik tak boleh ada eksperimen. Pilih calon pun tak boleh buat eksperimen. Kononnya calon BN pandai cakap bahasa cina. Nak buat eksperimen tentang naluri orang cina kah? Yang dilawan bukan ayam sabong Pak Kaduk tapi ayam sabong Filipina, Texas Combat dari US. Kalau nak tanam Anwar, biarlah buku bertemu ruas. Tapi ini semacam suruh Sapok Biki lawan Mike Tyson kerana Sapok juara komanwel. The end point is, BN dah guna banyak duit semasa kempen. Jumaat ini Pak Lah akan kata NO BONUS lagi..........
Tabik hang sin, maklumat terkini. Hang siap tau orang UMNO PPauh bising baling batu kat pejabat h Bahagian tak di bayaq duit.
Si Jalil ni nak kebas last kopek duit ke apa?
Sedap nantu perlawanan tiga penjuru utk ketua bahagian antara ahmad saad, jalil dan firdaus.
siap hang berdua, pak imam ini pakar dalam tendang tong. Kena kepala penin na.
Bro,
Kali ni tak sempat tanam sebab bau nuar kuat sangat.
Tak lama lagi bau najis ni akan sampai parlimen. Masa tu KJ kena tutup hidung, ajak member2 tanam kote dia kat parlimen.
Kita kena beri peluang budak KJ ni tanam si nuar hidup2 sebab dia qualified.
Gua rasa kalau dia ni tak tamak sangat, orang kita 'can fight another day' dengan penjilat2 punggung anwar.
Haiya itu Kera Jantan (KJ) banyak cakap. Naik pun sebab bapak mentua, mau banyak eksyen. Cakap selalu angkuh.
Hoorey... hari ini kita dapat Perdana Menteri yang baru...hehehehe
Molongkolong
knh,
tidak pelik la kalau diorg tersalah kira..
diorang ni bukan pakar pun.. mana ada diorg buat kajian dulu sebelum laksanakan? diorg suka buat dulu tengok keputusannya kemudian..
diorang ni semua pemalas.. boleh overhaul semua menteri2 pemalas ni..
Sin,
Kalau dollah dgn menteri2nya masih dengan stail lama, hayal atas hasil keje2 TDM seolah2 harta pusaka bapak dia.
Kita tak suka dollah & anwar, aku rasa kita tubuhkan parti baru la sin, parti cap "UNTA"..
kita minta support obama pulak, wolfowitf pun tak lama lg nak kena tendang. Nganga dollah dan anwar kita blasah kiri kanan, depan belakang, atas bawah..baru dia tahu sape "husin & unta2nya" sebenar..
amacam sin..berani ka?
pak berahim
KJ,
cakap besar berdegar-degar.
lu kencing dalam tempurung, tengok muka sendiri dalam tu,
hebat sangat ke lu?
Mesyuarat Tergempar DNA Majlis Pemimpin Negara
Ismet: Nak buat macam mana ini? Pening, serabut. Dia dah nak mai dah. Habislah kita semua. Kalau aku turun, hampa semua turun, tau dak?
Memanda Timbalan: Itulah, kalau kita dapat DNA dia dulu, lama dah selesai masalah ini.
Memanda Sihat: Pihak saya dah cuba dapatkan DNA dia, tapi dia tak nak bagi. Kita nak buat macam mana?
Memanda Negeri: Apa kata kita tangkap dia, kita kurung dia, kita tumbuk dan lebamkan sebelah matanya. Bila dia dah pengsan, senanglah kita ambil DNA dia.
Ismet: Kau tak usahlah nak buat mengarut lagi macam itu. Nanti PRU 13, PRU 14, sampai bila, parti kita kalah memanjang.
Memanda Sumber: Jadi apa yang perlu kita buat sekarang?
Ismet: Itulah yang kita mesyuarat tergempar di negara Isketambola ini, di hari ini. Baiklah, bermula saat ini, semua para memanda tidak usah buat apapun program pembangunan untuk Rakyat Isketambola. Apapun kita buat selepas ini, dan apa dana pun yang kita ada, gunakan sepenuhnya supaya kita dapat juga akhirnya, DNA dia.
Memanda Timbalan: Kita sudah tersilap besar. DNA dia kita tak dapat, dia pulak dapat bertanding. Penat dan sia-sialah segala sumpah yang telah dilafazkan. Menyentuh perihal Perwiser Plum, parti kita kalah teruk, dan feedback yang kita terima dari grass root, menunjukkan bahawa, Memanda Perdana dipersalahkan, kerana kepemimpinan yang lembik, lesu, longlai, dan lemah. Juga, keputusan yang flip-flop. Jadi, bila nak turun, kasi saya naik pulak...
Ismet: Banyak loghat kau ni Memanda Timbalan. Saya pun pee merata juga seluruh Perwiser Plum. Sampai kuil pun saya masuk. Tahu dak? Depa persalahkan Memanda Timbalan, yang tak tahu buat kerja. Kempen tak ada strategi. Berterabur semuanya. Jadi, lupakanlah apapun peralihan. 2010, kensel!
Memanda Timbalan: Alamak!
Memanda Kerja: Saya ada dapat feedback, sebab parti kita kalah, dan sebab dia menang ialah, kita gagal turunkan harga minyak onta dan tahi onta. Strategi sposen campur 5, dan sposen tolak 2, tidak berkesan!
Ismet: Itulah pasalnya. Menyesal aku dengar nasihat dia ini, Memanda Tarak Guna.
Memanda Guna: Tapi, isu harga minyak onta dan tahi onta, bukan sebab kita kalah. Sebabnya ialah menantu Memanda Perdana yang celupar. Nak tanam lah, nak kuburkan dia lah. Last-last, kita semua yang bakal terkubur.
Memanda Dagang: Silap kita semua jugak. Kita kalah sebenarnya sebab kita biarlah Budak Kembar dia, dengan Budak Judi itu, berkempen. Rosak habis semuanya.
Ismet: Beginilah tak guna kita saling salah-menyalah di antara satu sama lain. Apa yang penting sekarang, kita dapatkan DNA dia. Habis cerita. Selesai.
Memanda Negeri: Saya sudah bentangkan dalam Rumah Tertinggi, nampaknya akan lulus tak lama lagi. Lepas itu, kita bolehlah dapat DNA dia.
Ismet: Bagus! Bagus!
Menteri Terang: Kita pun akan siarkan semua rancangan media, radio, tv, dan akhbar, tiada cerita lain setahun dua ini, melainkan DNA juga. Ini supaya Rakyat Isketambola tahu pasal DNA ini.
Ismet: Bagus! Bagus! Debat DNA tak buat ka?
Menteri Terang: Debat memang satu daripada program media kita.
Menteri Didik: Sayapun sudah berusaha ke arah itu, selain debat, bermula sekarang semua silibus di sekolah sampailah di universiti pihak saya telah tukarkan kepada pendidikan dan pembelajaran DNA.
Ismet: Bagus! Inilah yang saya suka. Dari kecil lagi, budak-budak sekolah sudah tahu apa DNA ini.
Menteri Tani: Pihak saya juga sedang berusaha supaya semua petani, peladang, nelayan, penternak, tidak buat apapun usaha selama setahun, sehingga DNA dia kita perolehi.
Ismet: Baiklah, bermula sekarang, semua para memanda pee lah buat kerja, kita cuba, sampai DNA dia kita dapatkan.
Memanda Negeri: Memanda Perdana usahlah risau. Gerenti dapat punya dia punya DNA tidak lama lagi. Saya yakin.
Ismet: Baiklah. Siapa di antara memanda yang boleh ikut saya ke pejabat sekarang, bagi terang kat saya apa dia DNA ini? Saya pun keliru di antara DNA lama dan baru. Habis Rakyat Isketambola ketawakan saya. Nak marah tak boleh, nanti kena jual...
Memanda Timbalan: Memanda Perdana, err DNA pun tak tahukah?
Ismet: Tidaaak. Sekolah dulu, aku tak belajar. Jadi, manalah aku tahu apa dia DNA ini. Siapa yang tahu?
*** Kuang! Kuang!! Kuang!!!
Ahli mesyuarat memandang di antara satu sama lain. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tahu apa dia DNA ini. ***
Ismet: Aik! Sorang pun tak tahu apa dia DNA ini? Emmm, 2 kali 5 lah jawabnya, kita semua.
Memanda Guna: Jika 2 kali 5, jawabnya sposen.
Ismet: Sudah-sudahlah itu Memanda Tarak Guna, asyik-asyik sposen, sposen, sposen. Ingat, sekali lagi kamu kata sposen, siaplah kamu. Aku hantar kamu ke White Stone Island!
Ismet: Di dalam negara Isketambola kita ini ada tidak orang yang tahu, apa dia DNA ini?
Memanda Tani: Ada wahai Memanda Perdana.
Ismet: Siapa?
Memanda Tani: Nama dia Husin Lempoyang. Dia Saudagar Besar di Isketambola. Perniagaan Onta. Wow! Dia tahu perihal DNA ini.
Memanda Timbalan: DNA apa yang dia tahu?
Memanda Tani: DNA Onta.
Ismet: Tak apalah. DNA Onta, DNA Onta lah...kamu pergi panggillah dia datang ke sini minggu depan, suruh dia beri taklimat kepada kita semua. Pasal DNA.
terimakasih KJ dan Ezam...
kerana menambahkan 'kemeluatan' rakyat terhadap UMNO/BN
terimakasih juga MSM yg memberi liputan yg 'melampau' dan 'overkill'
nasihat utk KJ...
lain kali masuk kampung bawaklah kancil ke, proton ke....yg engko angkut kereta mewah engko wat apa!!!
pas tu tanya org pkr mana dapat duit utk pilihanraya,
yg engko tu dapat duit dari mana????
Dah datang tu... dia dah datang tuuuu... macam Hj bakhil tunggu cikgu mughni kat pejabat tok kadi... ingatkan labu labi bawa cikgu mughni rupanya bawak bakal pak mentua... hahaha...
aku dah agak BN kalah..antara penyumbang plg besar biasa lah si KJ budak hitam tu..bengang betul aku..buduh piang tak buleh nak ajaq...dia mengebat kat kampung sapa suruh....
si anwar al-juburi la jugak yg amik kesempatan...mmm..aku harap al-juburi ni tak jadik PM malaysia..klau jadik abis lah Malaysia kita ni tergadai kat USA..n sekutunya israel..
geng2 anwar dlm pakatan US nye..termasuklah Gus Dur..wolfowitz..pertubuhan NWO..mesti tgh gelak2 sbb rancangan diorg tinggal satu step jek nak berjaya..ye lah taun 97 punye plan kan kantoi n Mahathir berjaya cut diorg tgh jalan..
igtkan semua tu..sedih sgt nak sambut merdeka...aku berdoa utk satu malaysia..jgn lah kita tergadai pada penjajah buat kali kedua..klau dulu..selama 446 tahun kita dijajah..n klau kali ni kita terjajah sekali lagi..bapa ribu taun pulak nak merdeka??
Aku jumpa kubur tak bernesan, siapa punya ye?
Dalam paper harini baru ade tulis 81% yg keluar mengundi. Ape da BERNAMA, tulis 65% jer. Haiya. Laporan salah! Damn!
Woiiii... Sape-sape MP kat Sabah yang nak berlompatan mcm katak ? Woi.. cepatlah lompat!!! Lompat jangan tak lompat !!! Itu pun kalau ada ler....
Ye ye sikit hari itu Anwar mahu jadi PM!!Horey!!
Sapa tak puas hati pakat cabut pi luar negeri ikut bekas Memanda Menteri Perdana Mamak Bendahara.
Merdeka!Merdeka!
Uncle Usin..
* kemaskini 'sebulan' dari tarikh hari ini..*
Apapun Uncle Usin tetap best!
Al-Jubs tu tak de turunan mamak ke ? Lupa diri kot...
Dear All,
I have had enough of Pak Lah. Time to start some action. I’m calling for a petition to request Pak Lah to step down as the President of UMNO and Prime Minister of Malaysia. Those who support this petition, kindly sign at http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=69 . Thank You.
Zubli Zainordin
Maksud Tuan Ismet tu Tuan Sadiq Sigaraga ke?
Kemenangan ini memang dijangkakan. Tapi ini tidak bermakna Anwar dengan mudah boleh jadi PM 16/9/08 ini seperti yang diberitahu sebelum ini. Bukan mudah untuk teruskan langkah ke Putrajaya kerana banyak prosedur dan perkara lain lagi yang harus Anwar lalui.
tanam dolah nagn Kj jugak...pandai nk tanam org yeh...
Husin,
Setahu saya orang gila tidak layak brtandingan pada mna-mana pilihanraya. Dengan itu , semua ah;i kabinet UMNO/BN tak layak jadi MP keraa semuanya gila iaitu gila kuasa.Kalau meraka terutama PM dan timbalannya orang yang waras sudah tentu mereka dapat baca mesej yang begitu jelas bahawa rakyat tidak mahu lagi mereka. Kerana mereka ni gila kuasa mereka tu pasal mereka terus mahu kekal ditampok kuasa.
bnyk prosedur???xper kita tggu dan lihat...
Wahai Husin Lempoyang,
Maaf. Mungkin anda lebih kenal akan dia.
Benar, maksudnya Tuan Ismet tu Tuan Sadiq Sigaraga.
Ana terminum minyak onta lah 80 sposen, mabuk sikit. Penin.
Boleh edit dong...
Nanti kita bikin pelem, kita honeymoon kat Perth.
aku suka blog saudagar onta..
u're one of my fav blog list!! mmmmuuuaahhh!!!
aku suka blog saudagar onta..
u're one of my fav blog list!! mmmmuuuaahhh!!!
Catat Ulasan