Khamis, Ogos 28, 2008
Babak 2: Husin Dilantik Penasihat ... Macam Mana Nak Halang "Dia"?
Mesyuarat dengan Memanda-Memanda sudah selesai. Sadiq Sigaraga masih lagi di dalam bilik merenung panjang. Ini Rawna aku ajak pakat supaya kita sama-sama bolot semua harta. DIa ganti aku dan Menantu ganti dia. Tapi dia mahu ambik jawatan aku dan monopoli sama keling hindra dan kawan-kawan asing pula.
Besok dia akan masuk jadi ahli Dewan Perniagaan. Apa aku nak buat? Aku perlukan penasihat dan anak menantu. Disuruh setiausahanya memanggil.
Sadiq Sigaraga: Tuan Penasihat! Apa ini "dia" sudah menang? Apa pasal boleh menang? Sekarang apa kita nak buat? "Dia" akan masuk dalam Dewan Perniagaan kasi kecoh.
Penasihat: Itu senang saja Tuan. Salahkan Memanda Timbalan.
Sadiq Sigaraga: Tidak boleh tuan. Nanti orang salahkan sama saya. Ini semua pasal Anak Menantu. Bapak sudah cakap jangan pergi bising-bising …
Anak Menantu: Tapi Bapak … Kalau saya tak cakap macam itu, macam mana saya nak menang jadi Ketua Peniaga Muda. Yang lawan saya lagi berkebolehan dan sudah terbukti. Orang suka sama dia. Walupun saya bayar pengikut-pengikut, saya kena tunjuk saya berani. Peniaga-peniaga yang mengundi bukan cerdik nak fikir.
Sadiq Sigaraga: Apalah kamu pergi cerita pasal dia lewat? Bapak pun selalu lewat masuk mesyuarat dan Majlis. Nanti orang pun sebut juga. Bapak paling takut kalau orang fitnah bapak. Rumah kita belakang istana Jalan Beloni yang jaga tu orang lembut. Nanti orang kata Bapak pun lewat juga.
Anak Menantu: Habis bapak. Itulah cara paling senang untuk kita malukan dia. Bapak marah?
Sadiq Sigaraga: Tidakkk … Bapak tidak marah. Dahlah tak apa. Apa anak dan menantu mahu, semua bapa kasi. Buatlah buatlah … pijak kepala bapak pun tak apa.
Anak Menantu: Bapak jangan cakap macam itu …. Depan orang.
Penasihat: Yang Mulia Anak Menantu, kita orang nak menang bukan nak malukan … Tak apa Tuan Sadiq … kita tahan dia dari masuk Dewan. Malam-malam kita bakar rumah dia dan buat repot dia bakar rumah untuk claim insurance. Kita suruh budak-budak Pekoda. Biar polis siasat ….
Sadiq Sigaraga: Sudahlah! Kita sudah pernah buat cara itu. Gagal. Ini Memanda-memanda sudah sebut pasal DNA dan cari ini orang nama Husin Lempoyang. Dia pakar pasal ini.
Penasihat: Tak payah ambil satu lagi Penasihat. Saya tahu caranya. Kita minta Yang Dipertua Dewan letakkan syarat untuk supaya dia kena memberi DNA.
Sadiq Sigaraga: Bagus bagus … teruskan.
Penasihat: Menggunakan Peraturan Dewan di bawah kuasa Yang Dipertua, dia boleh menetapkan apa saja syarat untuk angkat sumpah. Kita suruh dia buat peraturan baru. Semua Ahli-Ahli Wakil Dewan mesti lulus periksa doktor – kita masukkan periksa untuk dadah, penyakit AIDs … dan masukkan memberi darah dan DNA untuk diperiksa.
Sadiq Sigara: Kita tahu dia takut kasi darah dan DNA. Jadi dia tak mahu sumpah. Bila tak sumpah, dia tak jadi Wakil Dewan. Hahaha ... Bijak bijak … tambah lagi 10%.
Anak Menantu: Bapak! Bapak! Cukup bapak! Dia sudah banyak persen dapat. Nanti kita tak ada apa2.
Sadiq Sigaraga: Tarik balik.
Penasihat: Janganlah Tuan Sadiq ...
Sadiq Sigaraga: Betul! Kau dah banyak kaya sekarang .... Tolong aku sekarang. Tapi macam mana nak buat? Itu cadangan kau. Nanti Dewan Bergaduh besar … Masa yang kerusi roda nak angkat sumpah ada orang suruh ikut peraturan mesti berdiri. … bergaduh besar. Yang Dipertua Dewan itu ada darah tinggi.
Penasihat: Tak apa tuan … kita ada orang-orang Pekuda untuk sedia gaduh. Bila Yang Dipertua kata berkali-kali ..."mengikut Peraturan Mesyuarat" ..."mengikut Peraturan Mesyuarat" ... , Wakil-Wakil fed-up dengar dan gaduh dengan dia. Kalau dia cakap dia ada darah tinggi. dia orang misti berhenti gaduh.
Sadiq Sigaraga: Kita kena tanya Husin Lempoyang. Bolehkah kita percaya dia, Yang Mulia Anak Menantu?
Anak Menantu: Itu saya dah cek. Mesti boleh Bapak. Dia itu depan saja jual unta tapi dia jual orang … Susah-sah kita bayar saja. Siapa yang kita tak boleh bayar? Anak Sulong kaya ...
*************************
Husin Lempoyang baru saja habis membaca suratkhabar. Dia ketawa. Dunia dunia … orang datang lewat pun boleh menang. Dulu kaki komisyen dan politik wang, sekarang tuduh orang rasuah. Apalah Si Sadiq? Dengan orang keluar penjara, salahguna kuasa, balaci peniaga-peniaga asing pun kalah?
Kalau aku layankan geram aku, aku kenakan Rawna. Hari itu dia kata budak Sempol tak sah pasal pakai Quran dan sebut Wallahi Wabillahi Watallahi. Suruh seorang Wakil persoal sumpah dia tidak sah. Pasal banyak sangat selisih pendapat, aku suruh ulamak-ulamak dan Imam Ponggol jadi saksi. Suruh "dia" baca sumpah yang aku tulis ...
“Saya datang Parlimen untuk jadi PM tak kira apa jadi dan ikut suka hati saya apa saya nak buat. Walaupun saya tahu siapa saya, orang percaya saya bersih. Amen.”
Tiba-tiba terdengar suara …
Anak Menantu: Assalamualaikum!
Husin Lempoyang: Muaalaikum salam. Siapa itu?
Anak Menantu: Saya Anak Menantu Tuan Sadiq datang ada hajat.
Husin Lempoyang: Oh bagus. Apa hajat itu Yang Mulia Anak Menantu?
Anak Menantu: Tuan Sadiq memerlukan pertolongan, Tuan. Jemaah Memanda berkata Tuan adalah dalam halehwal onta. Tuan Sadiq mahu nasihat berkenaan DNA Onta.
Husin Lempoyang: Oh … undang-undnag sedang di bahaskan di Dewan Perniagaan. Apalah Bapak Mertua kau. Dengan Rawna pun boleh kalah terok?
Anak Menantu: Itu salah Menantu Timbalan Tuan. Bolehkah Tuan tolong?
Husin Lempoyang: Ini mesti pasal Rawna la. Aku boleh tolong. Aku pun tak suka itu orang. Banyak tidak vetul lah. Tapi aku ada syarat-syarat.
Anak Menantu: Apa tuan? Cakap saja. Intan, permata, dayang, tukang urut baru, … payung?
Husin Lempoyang: Itu semua aku tak mahu. Ingat kalau syarat ini tak diperolehi. Jin Ahmad Albab akan cari dia. Anak Jin cari engkau …
Anak Menantu: Jin? Takut saya Tuan. Masa kempen di Perwiser Plum pun saya takut nak keluar dari kereta. Saya nampak berani tapi saya penakut tuan. Apa syaratnya?
Husin Lempoyang: Kalau tak mahu kena dengan Anak Jin, senang saja. Pergi balik sekolah dan duduk kertas Bahasa Melayu sijil SPM. Tapi bapak engkau kena ikut tiga syarat campur satu. Mari sini aku bisik dengan engkau …
Apa syaratnya? Apa yang 3 + 1 pulak? Kopi 3 +1? Teh 3 +1? Kopi campur teh, ko-teh? Macam mana Husin Lempoyang akan jual Sadiq Sigaraga?
Sama-sama kita tunggu dalam Babak seterusnya.
Akan Datang
Babak 3: Syarat-syarat Husin Lempoyang kepada Sadiq Sigaraga ... Kena Jual
Zubli Zainordin, nak sambung?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
sah semakin sakit jiwa penjilat jubog menteri Perdana, ada yang sanggup Mandi darah di sini http://perakbangkit.blogspot.com
dae,
ish2x...x kan la sebab gini nk mandikan darah pulak en"mandidarah" oit...?ada ka...?
apa daa tuan lempoyang,
sikit punya suspense daa.
Jangan la kenakan Rawna Sin, saya pun nak rase harga minyak turun RM2.00....
Biarla Rawna jadi kepala gembala...
molongkolong
kluar mulut buaya.. masuk mulut singa...
kluar bawah tempurung... masuk dalam gua..
Oo Wow!
Husin Lempoyang!!!
Ini boleh hit!
Semakin menarik, dan semakin memperterujakan.
Semoga sukses!
Tak sabar menanti babak seterusnya.
Hello Tuan Hussin!
Seronok baca tulisan tuan kali ini.
U make my day...TQ..tambah 20%!!
Apa kata kita minta si promoter Hishamudin Rais tolong sambung kan...
Salam Tuan Husin,
MasyaALLAH,manyak sedap la ana baca ente punye cerita...
Boleh kasi geletek ana punye usus la.
HAHAHAHA..
Ini cerita kasi smbung la Tuan Husin..
Manyak syok la..
Saudagar Husin,
Perwiser Plum...??Hehee
Memula tu blurr jugak apa kejadah ler Perwiser Plum neh.
Kopi campur teh = koteh...??
Apa-apa pun saudagar Husin, ente menceriakan hari ana.
Teruskan, teruskan...
Husin,
jawab salam ialah
Waalaikumussalam, bukan
Muaalaikum salam.
Maaf
Wahai Husin Lempoyang. Ini versi belum edit. Sila tokok tambah ya. Terima kasih.
Wow!
...............
MACAM MANA NAK HALANG DIA!
Dalam perjalanan menaiki kereta, anak menantu Sadiq Sigaraga, yang memandu terpaksa memberhentikan keretanya berkali-kali.
Pada kali kelima, Husin Lempoyang keluar kereta, pergi ke longkang berdekatan. Beberapa ketika, masuk kembali ke dalam kereta.
Anak Menantu: Apa fasal Lah? Ante, asyik keluar kereta?
Husin Lempoyang: Tak perlu Lah tanya, Ana sudah terkena penyakit loya Lah.
(Rupa-rupanya, Husin Lempoyang keluar kereta lima kali kerana uruskan loya tekaknya. Tidak tahan mendengar cakap besar Anak Menantu Sadiq Sigaraga).
Anak Menantu: Kalau boleh kita teruskan perjalanan, tak perlu berhenti-berhenti. Tak bawa ubat loya ke.
Husin Lempoyang: Ini loya tak perlu obat. Kalau kamu berhenti cerita pasal diri kamu, loya ini hilang dengan sendirinya!
Anak Menantu: O itu macam ka?
Anak Menantu merenung jauh, mengenang nasibnya, macam mana nak take-over jawatan Memanda Perdana kelak, ramai orang loya mendengar cakapnya, terutama bab lulus hebat dari Universiti Isketambola nya.
Anak Menantu: Itu dalam bungkusan kain batik itu apa?
Husin Lempoyang: Ini? O, ini untuk Tuan Sadiq Sigaraga. Dalam botol besar ini, air kencing onta. Dalam mangkok hayun ini, tahi onta.
Anak Menantu: Err yang kecik-kecik dalam botol kecik itu apa?
Husin Lempoyang: Ini? Minyak Onta.
Anak Menantu: Jauh lagi ke rumah nujum yang kita nak pergi ni?
Husin Lempoyang: Dah sampai pun. Itu ada lelaki pakai serban tu, dengan budak kecik tu, anak dia. Itulah mereka yang kita nak bawa sekali jumpa Sadiq Sigaraga.
Kereta pun diberhentikan, Lelaki dan budak kecik itupun naik. Mereka berempat, dalam kereta meluncur laju ke PusatJaya Isketambola.
Di pejabatnya, Sadiq Sigaraga mundar-mandir tak sabar menunggu.
Sadiq Sigaraga: Manalah Anak Menantu sama Husin Lempoyang ni? Sudah ampat jam aku tunggu, sampai dah nak jadi penunggu. Kenapa lambat sangat!!! Rawna dah angkat sumpah, lepas ini, dia akan mai sini PusatJaya, mampus aku!
Tuan Penasihat: Sabarlah Tuan Sadiq Sigaraga. Tuan ini selalu gopoh. Itu sebab Tuan jadi flip-flop.
Sadiq Sigaraga: Mike perli kita ye?
Tuan Penasihat: Bukan perli. Ini yang benar. Kalau begitu, tidorlah dulu. Nanti saya kejutkan.
Sadiq Sigaraga: Tidor kau kata. Aku dah puas tidor merata majlis. Ini, si Rawna nak mai dah. Aku tak boleh tidor...
Tuan Penasihat: O itu pun mereka sudah sampai.
Sadiq Sigaraga: Bagus! Bagus!!
Mereka pun bersalam-salaman semacam amalan orang Arab.
Sadiq Sigaraga: Siapa yang kamu bawa ni Husin Lempoyang?
Husin Lempoyang: Ini Ahlil Nujum Pak Belalang. Ini pula anak dia, si Belalang.
Sadiq Sigaraga: Apa yang kamu bawak nii Husin Lempoyang?
Husin Lempoyang: Semua ini untuk ujian forensik. Wow!
Tuan Penasihat: Forensik tu apa dia?
Husin Lempoyang: Dalam botol ini air ehem onta. Tuan Sadiq gunalah untuk mandi dalam tempayan. Sisa air mandian, masukkan dalam botol, serah kembali pada hamba.
Tuan Sadiq Sigaraga: Baik Lah. Yang ini?
Husin Lempoyang: Dalam mangkok hayun ini, ehem onta. Sapukan ke seluroh muka. Bila sudah kering, kikiskan, masukkan dalam mangkok hayun ini, serah kembali pada hamba.
Sadiq Sigaraga: Dalam botol kecik ini apa?
Husin Lempoyang: Hanya air ehem onta, dan ehem onta sahaja diperlukan untuk ujian DNA. Dalam botol kecik ini, minyak onta. Oleh kerana Tuan Sadiq Sigaraga, masih baru lagi jadi penantin. Maka ini untuk disapukan pada ehem. Jika digunakan dengan betul. Isteri tuan akan menangis.
Sadiq Sigaraga: Menangis pulak, kenapa gitu?
Husin Lempoyang: Bukan menangis kerana sakit, tapi kerana kesedapan!
Sadiq Sigaraga ketawa besar. Seronok bukan kepalayang dia.
Sadiq Sigaraga: Kamu pulak bawak apa, wahai Nujum Pak Belalang?
Nujum Pak Belalang: Tiada apa yang istimewa, cuma ini sahaja, serbok kopi special.
Sadiq Sigaraga menghidu serbok kopi itu, lalu bertanya...pasal apa baunya macam tahi kuali?
Nujum Pak Belalang: Sebab dari kuali itulah anak hamba mengikisnya.
Sadiq Sigaraga: Tak mengapalah. Cerita pasal DNA onta ini, wahai Husin Lempoyang.
Husin Lempoyang: Ini hamba bawak balang berisi virus. Lepaskan ke dalam Rumah Tertinggi. Semua ahli akan merasa sungguh gatal seluruh badan. Semua orang dikehendaki memberikan sampel DNA, supaya penyakit gatal ini sembuh, setelah kita berikan penawar.
Tuan Penasihat: Bijak, bijak. Tentu pasti Rawna akan berikan sampel DNA dia, jika tidak dia akan gatal selama-lamanya.
Anak Menantu: Kita berjaya bapak.
Husin Lempoyang: Tuan Sadiq Sigaraga bacalah buku ini, semua maklumat mengenai DNA onta, ada di dalamnya. Ini mukasurat 13, ada dicatitkan DNA sama sahaja walaupun seratus tahun. Faham?
Sadiq Sigaraga: Tuan Penasihat, ambil buku, kamu baca. Nanti briefing aku.
Tiba giliran Nujuman pula
Nujum Pak Belalang: Tuan Sadiq Sigaraga. Cobalah tengok dalam mangkok telekan hamba ini. Nampak tidak si Rawna di dalamnya?
Sadiq Sigaraga menggeleng-gelengkan kepala.
Si Belalang: Kalau tak nampak, nyawa Tuan tinggal seminggu sahaja.
Sadiq Sigaraga: Oh baru aku nampak. Yang pakai songkok, baju Melayu hitam ini kan? Tuan Penasihat, kamu nampak dak?
Tuan Penasihat geleng kepala.
Sadiq Sigaraga: Kalau tak nampak, nyawa mike tinggal seminggu sahaja.
Tuan Penasihat: Oh ya, baru hamba nampak. Banyak jugak sampel DNA di badan dia ya!
Nujum Pak Belalang: Jika nampak, baguslah. Menurut telekan hamba, si Rawna ini akan sampai juga di PusatJaya untuk menawan kuasa.
Anak Menantu: Jadi macam mana nak halang dia?
Nujum Pak Belalang: Kekuatan mereka terletak kepada huruf "I".
Tuan Penasihat: Apa dia huruf "I" itu?
Nujum Pak Belalang: Internet Lah, Bahalol!
Sadiq Sigaraga: Oh aku pernah dengar ini Internet.
Nujum Pak Belalang: Ini hamba bawakkan software, hendaklah pasang di siber raya.
Sadiq Sigaraga: Apa Lah yang kamu cakap ni Nujum, aku tak faham.
Husin Lempoyang: Itu Lah, dulu orang suruh pergi sekolah, tak mahu pergi, sekarang kan dah menyusahkan diri sendiri.
Nujum Pak Belalang: Ini software, alat ajaib. Setelah dipasang di pusat Internet utama Siber Raya, semua pengguna Internet, terutama penulis blog dan portal, bila seseorang taip sahaja kebaikan Sadiq Sigaraga, akan keluar gambar Tuan Sadiq Sigaraga. Kalau tulis keburukan, gambarnya bertukar menjadi gambar si Rawna.
Anak Menantu: Jadi apa kesannya?
Husin Lempoyang: Aik itu pun tak tahu? Tadi dalam kereta bukan main cakap besarnya. Lulusan Universiti Lah, belajar tinggi Lah. Tapi tak cerdik rupanya. Patut Lah, gagal kuburkan kerjaya si Rawna.
Nujum Pak Belalang: Magiknya, pengguna Internet akan jadi confuse. Yang baik semua gambar Sadiq Sigaraga. Yang buruk semua gambar si Rawna.
Sadiq Sigaraga: Bagus! Kita sudah berjaya. Panggil semua para Memanda. Kita laksanakan sekarang jugak!
Catat Ulasan