Ahad, Ogos 31, 2008

Bukan Samy, Tapi Doctor Mahathir Ajak Derma Dareh

Ada satu Majlis Wanita MIC yang menjemput Rafidah Aziz untuk merasmikan rumah perkhidmatan BN bagi kawasn yang diduduki ramai India. Samy Velu hadir dan memberi ucapan bagi pihak Wanita. Dia kata:

Saya banyak berterima kasih kepada Dato Rafidah Aziz yang sudi datang ke Majlis ini yang selepas saya bercakap skit akan selakkan kain dan rasmikan rumah ini.


Seblum itu saya mahu cakap sikit. Negara kita ada masaalah sosial besar. Saya mahu rumah perkhidmatan BN ini tang-nga-ni ini. Budak-budak laki-laki sikarang banyak jahat. Tak mahu belajar betul2, tak mahu kerja. Mereka suka hisap dade. Tapi budak-budak perempuan banyak baik dan suka buat kerja amal charity. Mereka suka derma dareh.

Kalau semua budak laki-laki hisap dade dan budak pompuan derma dareh saja, apa mau jadi sama orang pompuan?

Fening lalat dengar Samy Velu bercakap.

Tak apa.

Kalau tak faham apa Samy Velu kata, kita pasti faham apa Dr Mahathir cakap. Pada hari Jumaat, Dr Mahathir rasmikan kempen derma darah pra Ramadan di Port Klang. Dia kata derma darah itu bagus. Darah baru akan keluar dari tulang dan kita jadi lebih sihat.

Bulan puasa ramai orang tak derma darah. Jadi hospital tak cukup darah. Masa Hari Raya pula, banyak darah diperlukan. Pasal orang darah tinggi, sakit jantung dan macam-macam sakit, pirigi balun makan sedap2 sampai masuk hospital. Masa driving balik kampung, banyak orang accident. Jadi perlu banyak darah pakai.

Kalau tak faham apa Samy Velu cakap, misti faham apa Dr Mahathir cakap. Pergi semua cawangan AEON Jusco satu Malaysia. Hari ini last. Kalau dah habis kempen, pergi saja Bank Darah atau Hospital. Masjid, surau-surau, ... patut buat program derma darah lepas Tarawih.

Kalau semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, dan parti politik, derma darah dan ambil darah dari Bank Darah, kita semua satu darah - darah Bangsa Malaysia - Malaysian!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kalau berdebat balik, tak apa. Sesama Malaysian ... satu darah.

Wow! Jom Derma Darah Sebelum Puasa!

7 ulasan:

Ariff Sabri berkata...

samy velu kata
wanita wanita MIC derma dara..sebab ramai budak budak melayu hisap dada.

Tanpa Nama berkata...

That's very nice sin... satu darah Malaysian... so always keep in mind that air dicincang takkan putus...agree to disagree.

d'Frog Prince berkata...

tell that to the jabatan islam people, who always bully the common muslims who are trying to live life as they deemed fit, can not work in alcohol establishment lah, can not this lah, can not that lah, go and check, darah sama jugak merah. why make life difficult for both muslims and non alike? let everyone face the God themselves when the time come, don't have to rub it in.

salam

www.tmithomas.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Betul Thomas kubur dan akhirat sendiri punya hal.

Tapi saya setuju Jabatan Agama Islam mahu tegur atau nasihat sama orang Islam. Itu tanggungjawab dia. Mereka tak paksa orang Islam terima nasihat. Dalam hidup, kita kena tegur menegur antara satu sama lain.

Jabatan Agama tak tegur orang kristian atau buddha atau hindu. Kalau ada paderi kristian atau sami hindu atau buddha tegur saya untuk jadi orang baik, saya sedia terima jika ia tidak bercanggah dengan akidah saya (kepercyaan).

Setakat arak dan bahaya arak, baik kalau orang bukan Islam berhati2 meminum arak atau berhenti minum arak.

Ornag Islam saya ucapkan selamat berpuasa. Ada kawan2 bukan Islam saya yang akan ikut berpuasa, saya ucapkan selamat (ikut sama-sama) berpuasa juga. Saya mahu cadangkan Thomas cuba juga.

Toleransi agama itu juga hormati apa yang agama lain tak boleh buat.

Tanpa Nama berkata...

tapi dareh kami, itu dareh pendatang... dareh status-squatter bolih pakai ke?

Tanpa Nama berkata...

"Saya banyak berterima kasih kepada Dato Rafidah Aziz yang sudi datang ke Majlis ini yang selepas saya bercakap skit akan selakkan kain dan rasmikan rumah ini."

...Kehkehkehh.

Tanpa Nama berkata...

geliga punya cadangan tu Husin. Semoga ramai yang sedar.