Sejak bukan lagi Menteri, JJ agak lapang masanya. Banyak masa bersantai di Hotel Hilton, Sentral Kuala Lumpur hingga peristiwa hari itu.
Dia pun tak ada mood untuk tumpukan masa kepada perniagaan. Nak cari duit buat apa pun? Dah banyak, cuma dirisaukan macam mana nak naikkan balik politiknya.
Satu masa dahulu, dia adalah Ketua Bankbencher Club. Pernah pegang jawatan Menteri Kewangan II. Dalam pemilihan MT, JJ pernah top 5. Sudah disebut-sebut sebagai potential Naib Presiden.
Sekarang ini, bekas Menteri Besar, Dato Hasan pun akan tentangnya untuk Ketua Bahagian Rompin. Kalau kalah, pencen lah. Fikir-fikir ada baik juga dia bukan lagi Menteri. Boleh lakukan kerja-kerja masyarakat dan politik untuk mengekalkan namanya.
Katanya ada satu Majlis di Kuantan dengan satu NGO Muaallaf yang dihadhiri oleh Dolah. JJ yang tak malu berbaik dengan Najib dan juga dengan si budak KJ, pun datang.
Macam mana orang kata JJ ni nakal, tapi bab sembahyang dan pergi Masjid masih ada lagi dalam tabiatnya. Ramai orang selalu nampak JJ dengan pakaian separuh baju Melayu, separuh seluar rumi, dan tak pakai songkok pergi terawih di lain-lain Masjid.
Dalam Majlis itu, ada sembahyang maghrib. Mereka minta Dolah jadi Imam sembahyang. JJ ikut bersama tetapi berada di barisan ketiga. Bila bukan Menteri, biasalah kena dudok belakang dan bukan lagi atas pentas atau barisan pertama.
***************************
Maka bermulalah sembahyang ... Allahu Akbar
Bismillahir Rahman Nir Rahim ... berkumandang suara Dolah membaca Fatihah.
... Walodh Dholleen
Dengan kuat makmum menyebut ... Aaameeen!!!
Bismillahir rahman nir rahim. Qul ya ayyuhal qafirun. Laa ... Dolah membaca surat lazim Al Qafirun ...
... Wala Antum 'Abidu Nama Aqbud ...
Tiba-tiba disebut balik ... Wala Ana 'Abidum Ma Abad Tum. Wala Antum 'Abidu Nama Aqbud ... berkali-kali diulang macam rekod lama rosak.
Salah seorang makmum menyebut ... Subhanallah. Tapi Dolah tak sedar dan terus terulang-ulang lagi. Entah terlalu penat hingga tertidor sambil mengimamkan sembahyang.
Akhirnya seorang makmum muallaf menyebut, "Aiyeah ... Lakum Dinukum tara mari ka?
Batal sembahyang muallaf kerana tersebut sesuatu lebih dari 2 harakat.
Baru Dolah sedar dan terus membetulkan bacaan. Selepas itu, semua berjalan lancar.
******************************
Selepas sembahyang, JJ begitu muram sepanjang Majlis. Bad mood JJ disedari oleh seorang Dato' pengikutnya. Ditegurnya, "Kau ni apa pasal? Jangan buat muka masam depan PM."
"Tak guna, tak guna. Petanda tak baik. Petanda tak baik"
"Apa pasal?" tanya Dato tu.
"Dolah ulang-ulang Surah Qafirun. Dia beri message pada aku. Maksud muaallaf tu ... peralihan kuasa tara mari ..."
Ke situ pulak JJ? Orang politik ini begitu paranoid hingga salah baca surah pun ada ertinya.
Rasanya hari ini, RPK mengadap mahkamah kerana kes Criminal Defamation. Pasti JJ mengharap RPK akan dilokap supaya nama Najib dapat diperbaiki dari pelbagai tuduhan. JJ tinggal boleh berharap pada Najib untuk hidupkan kembali kerjaya politiknya.
Wow! Biar jual orang atau unta, tapi jangan raba bontot unta. Nanti Fatihah pun tak habis dibaca.
20 ulasan:
siapa JJ?
Apa blogger sosio-politik tak tahu sapa JJ?
Kasi anakmalaysia kecor, jgn kasi tahu.
JJ?
Jantan Jalang
Jubor Jenab
Jangan Juboq
Juboq Jantan
.. al maklum musim al-Jubori.
Kun Fa Ya Kun.
Jamaluddin Jarjis kottt
salam,
biasa terjumpa JJ sembahyang jumaat kat masjid damai ampang..jeep JJ pun hebat W*W2*2..
wasalam
Pandai aja kau konar cerita kun fayakun tara mari ...
Hehehehe
Hidup Husin Lempoyang. Jangan Lempayong cukuplah.
anakmalaysia - JJ tu memang Jamaludin Jarjis ler... yang ade kes ari tue tu...kan sin?
hajibakhil - si usin ni memang pakar kona cerita haji, kona baring lagi...hehehe
usin - Laku diinukum waliyadiin ni jawapan kepada majlis peguam... terjemah sket sin...
Kpd saudara seislam sekelian,tak baik mempermainkan ayat al quran.
Ini kisah benar atau ciptaan? Kalau benar, jangan dipermainkan bab bacaan dalam solat.
SitiNur kesayangan abang
Janganlah marah sangat pada Husin Lempoyang.
Cerita lakum dinukum itu adalah cerita biasa ustaz2 mengenai kesilapan yg sering dilakukan dalam sembahyang sebagai ingatan kita.
Bab JJ tu ... Husin punya konar untuk cerita Najib mungkin tak merasa menggunakan karakter JJ sebagai penyampai cerita..
Inilah namanya satira.
Tapi tak apa. Bila kita ada anak, SitiNur ajar anak kita jangan permainkan Quran.
Ingat, malam ini kita bunuh Yahudi ya.
apabila ayat-ayat ALLAH pun sin main-mainkan.sin dah gila esen.sama saje lah dgn org politik ko nih sin.gilo
pe pun dah la slow... bukan melayu naik tocang... dia leh buat derk jer... apa punya pemimpin da...cari yang tegas sikit... adyai..cam hitler ke... baru la lain kaum takut.. ini senang giler lunyai....
pe pun dah la slow... bukan melayu naik tocang... dia leh buat derk jer... apa punya pemimpin da...cari yang tegas sikit... adyai..cam hitler ke... baru la lain kaum takut.. ini senang giler lunyai....
husin hang main-main ayat Suci no.. dah lah hang tulih rumi bunyi macam apa tah, hai apalah ...
Sin baik hang minta ampun pd allah atas kesilapan hang mempermainkan ayat suci al-quran,dan mengaku atas kesilapan pd org2 kat sini,aku rasa reputasi hang xkan jatuh,malah org akan pandang tinggi lg,apa2pun aku enjoy dgn blog hang ni, keep blogging.
Bagaimana dengan doa' ... wa AMPU sana wa AMPU sini .....
Koi bukan orang Pahang.
Terima kasih kerana defend saya. Terima kasih kerana ada yang menegur.
Maaf bagi yang tersinggung akibat anggapan Husin mempermainkan tuhan.
Memang cerita ini adalah dua cerita jadi satu.
Mesej pertama adalah cerita pengajaran mengenai bercakap dalam sembahyang yang sering didengari dari ustaz yg ajar fardhu ain utk menceriakan kelas. Kalau cerita ini menjadi masaalah, bergenerasi guru fardhu ain yang salah.
Mesej kedua cerita ini adalah cerita mengenai JJ dan harapannnya utk kembali jika Najib kembali.
Penyambung cerita itu adalah interpretasi JJ yang paranoid dari Pak Lah yang susah hendak menyebut ayat terakhir surah Al Qafirun.
Husin hanya tanya, yang mengegur tahu tak, ayat "Lakum Dinukum Waliyadeen" bermakna "Kamu jalan kamu, Aku jalan aku"?
Mungkin JJ dalam cerita ini salah sangka bahawa kesusahan Dolah untuk menyebut ayat itu bermakna susah dia hendak suruh ambil kerjaya sendiri?
Memandangkan ceteknya keupayaan yang lain hendak jadi Naib, kebolehannya, kepandaiannya dan kepimpinannya itu amat diperlukan negara.
JJ pun orang yang maish lagi ke Masjid. Dekatkan diri dengan Allah, mungkin Allah akan bantu dan Dolah akan terima nya kembali dalam kabinet. Allah masih mengampuni ...
Sayang cerita ini dibuang kerana ada mesej dalamnya. Husin akan lerai-leraikan cerita ini dengan garisan.
Okay?
Depa kata macam2, tak per la. Biaq kat depa. Tolong pi blog POKPET kejap, bukan apa, pakat2 pi undi sikit. Nak tengok ada depa kata ...
http://www.pokpet.blogspot.com
Salam,
Solat pun boleh jadi permainan...
wallahualam
hahahaaha Abang Usin ni lawak laaa...
Nanti bleh masuk Raja Lawak
GoWikipedia
Catat Ulasan