Jumaat, Ogos 22, 2008
Minyak Turun ... Terima Kasih
Terdengar radio kata minyak petrol turun 15 sen dan diesel 8 sen besok. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak.
Ingat Dolah katakan akan umum pada Ogos 31hb. Baru keluar surat khabar semalam.
Hampir serupa seperti yang pernah berlaku semasa minyak naik 78 sen. Kenyataan Shahrir keluar di suratkhabar pagi-pagi, malam tu juga minyak naik.
Naik minyak flip flop tarikhnya ... turun pun flip flop tarikhnya ... adil.
Husin lihat minyak pasaran sudah turun dari harga dahulu yang sampai US$120 setong semasa minyak dinaikkan kepada harga sekarang sudah capai US$100 setong. Hampir 1/6 kali turun.
Husin tak dengar betul-betul tadi - minyak turun fifty sen atau fifteen sen?
Wow! Dapat unta-unta rihat sedikit. Teruk kerja semasa minyak naik serta merta. Shukran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
Pak Husin pekakkah? Dia kata fifteen sen lah bukan fifty sen. Lain kali korek, korek, koreklah telinga tu supaya boleh dengar dengan jelas. :-)
syukur2...
flip-flop tetap trademark.
flip-flop yang baik apa salahnya kan
Apa ni Sin, dah pencen kutuk2 ke? Aku malaslah nak tengok blog kau kalau mcm ni.
Syabas Mr. Flip Flop M'sia!
Syabas Mr.Clean Dulunya!!
Syabas Bapa Mertua MP Rembau!!!
Syabas Pee Em Peerah Pak Lah!!!!
Flip Flop Dulu Kini & Selamanya...
Harap2 Paklah akan hilang ngantuknya. Mudah2an dia jadi baik semula seperti mula2 dulu.
Mungkin Paklah gila meroyan kehilangan ibu & isterinya & kerenah menantu yang tamak haloba.
Saya yakin Paklah berjiwa rakyat & berjiwa orang kampung. Tetapi dia hilang tempat mengadu & gila meroyan.
Semalam dia naik komuter. aku tengok mood dia dah balik macam dulu. Sopan santun, sabar & bukan saperti binatang buas seperti Anuar berahim.
kalau Paklah mangantuk lagi. saya harap Anuar juga tak jadi perdana menteri.
saya cadangkan:-
saudara HUSIN LEMPOYANG, saya yakin blogger akan turut serta.
Saya yakin manusia & orang & beruk2 Malaysia mengutuk saya kerana menyokong Pak Lah.
Tapi Saya nyatakan Demi Allah, saya tak suka orang berperangai & berwajah seperti Binatang Buas.
Macam pergi kerja la..Bos2 yang aggresif memang macam bagus. Tapi kepala diorang macam tak betul & tensyen.
Itulah sebabnya, jika Paklah gagal, saudara Husin Lempoyang -dicadangkan jadi PM.
Kepala mesti rock & lawak2. baru hati senang.
Blog politik macam ni la bagus.Kita hantam semua orang2 politik tak kira, UMNO, PKR, PAS,DAP,GERAKAN DSB.
Buat ape nak pening2 pasal politik.
Menang ke kalah, hidop aku same aje. Kena kerja jugak.Lainla kalau aku ada bekait dengan calon2.
Tapi nasib baik, sebab politik kacau minyak turun.
salam Husin..kekadang aku tengok blog ko ni..ada kala pedas ada kala manis juga...tp byk pedas kot..tp mcm ko ckp juga sin terima kasih..sin mlm ni minyak keta saya dan tahap E sudah top2 aku buka blog ko aku baca ni..sekali tak puas hati lg saya buka lg lain2 dan paper lain tp ternyata betul..bukan aku tak caya blog ko ni sin tp u tahu lah kan sin sapa tak kenal blog lucu mcm ko ni penuh kontrovesi dan ermmm pedas lucu..tp apa pun sin mcm ko ckp terima kasih tu perlu ada dlm diri..ok sin esok pg saya nak isi fullllll tank hehehhe tp mesti esok sesak kan..lantak lah yg penting murah sikit..oh ya sin ko rasa blog yg pro pada PR tu pertikai kan harga minyak ni tak..pertikai2 pun kena juga dia org pakai gak kan kalau tak mcm mana nak kempen...
Harga minyak turun, harga barang sama saja dari dulu, esok dan selamanya.
Hebat pakar ekonomi Malaysia kerana dapat menyelesaikan masalah kerajaan bukan merungkai masalah yang telah dihadapi oleh rakyat.
Sin,
akupun nak ucap trime kasih kat pak lah turunkan harga minyak, 15sen pun jadilah..tiap2 hari aku ke spend $60 untuk minyak, mana taknye krete aku, bini aku, anak-anak aku yg masih student semua aku yg kena isi, belum bini muda aku..aku cuma isi air je, he..he..
harap dengan apa yang terjadi dlm politik kebelakangan ini, akan mematangkan tindakan pak menteri kita dan memberikan kesan yg positif kepada pentadbiran negara secara keseluruhannya..
mcm aku org bisnes sin, klu politik & ekonomi huru-hara susah aku nak cari makan, bawah aku ada 20 org yang aku kena bertanggungjwb.. kau bayangkan sin kalau negara huru-hara, tak larat aku nak menaji sin, yg tua takpe, yg muda tu yg aku risau tu, hari-hari mau..
Pak Din
Entahlah macam mana kepala hotak si beduin itu kira.
minyak turun 1/6 tapi kepada kita cuma 15 sen , yang patutnya turun 45 sen.
balen 30 sen masuk poket siapa oi.
apa benda lagi yang turun? setahu kita, bn akan turun tahun ini.
turun, jangan tak turun
Nah, sekarang kita tunggu kedai mamak turun harga roti canai 15sen pulak.
Apa kata kita pergi berarak ke rumah pak lah dan mengucapkan terima kasih....
Harga Minyak Sama Harga Tahi Unta: TURUN!!!
Ismet: Ini mosyuarat keluarga, kita bincang pasal harga minyak onta sama harga tahi onta.
Anak Sulong: Apa yang mau dibincangkan bapak?
Ismet: Harga di pasaran dunia sudah pun turun, semua rakyat sudah tau, kita tidak boleh tipu mereka lagi. Depa guna dan dapat tahu dari Internet. Jadi Aku mau tau sekarang, ini harga mau diturunkan atau tidak?
Anak Tengah: Tok sah lah bapak, kita baru untung sedikit saja. Tahun ini biarlah kita ikut ketetapan harga 5 Jun 2008.
Tahun 2009, bapak naikkanlah lagi sampai 300 dirham. Kemudian naikkan lagi menjelang 2010, sampai 600 dirham.
Ismet: Aku dah tersilap cakap, 1 September 2008, harga ini semua, aku kata menerusi media, akan diselaraskan.
Anak Menantu: Kenapa bapak bodoh sampai tara itu?
Ismet: Nak buat macam mana, Tuan Penasihat bagitau begitu! Aku umumkanlah. Sudah terlanjur, nak buat macam mana?
Anak Menantu: Berhentikan sajalah Tuan Penasihat ini bapak, anakanda benci melihat muncungnya.
Tuan Penasihat: Wah! Ini sudah melampau ni. Karang aku You Tube gambar kau menari pakai gaun, baru kau tahu!
Anak Menantu: Cobalah kalau kau berani! Esok muka kau keluar muka depan akhbar, makan mee sodo, nak?
Ismet: Sudah! Sudah!! Tak usah bergaduh, kita semua dalam satu parti.
Tuan Penasihat: Jadi apa keputusan Tuan Ismet. Jikalau kita tidak turunkan harga minyak dan harga tahi onta, maka Tuan Ismet akan diturunkan di Pauh Permatang!
Ismet: Inilah yang aku rasa macam nak demam kus-kus neh.
Anak Menantu: tak usahlah turunkan harga bahan istimewa ini bapak. Bayaran komisyen rebet pun baru dapat sikit saja.
Anak sulung: Kau tu asyik fikir komisyen rebet saja, bapak dah nak terkelepet ni, kau tak fikir. Mementing diri kau sorang saja. Jikalau bapak turun, kita semua turun! Kau tau dak?
Ismet: Jikalau begitu, tak usah lawan bapak kali ini, kita semua setuju harga bahan ini diturunkan.
Anak Tengah: Berapa banyak bapak nak turunkan harga?
Ismet: Entah! Tanyalah Tuan Penasihat.
Tuan Penasihat: Kita tidak boleh turunkan sposen sposen sposen. Mestilah lebih dari sposen, jikalau tidak malulah ana.
Ismet: Jadi berapa sposen kau nak cadangkan Tuan Penasihat?
Tuan Penasihat: 5 sposen.
Anak sulung: Apa yang kau melalut neh Tuan Penasihat, cakaplah betul-betul berapa jumlahnya?
Tuan Penasihat: Hasil pendapatan ramai, eh, maaf, hasil pendapat ramai, dan pendapat pakar, yakni Saudagar Husin Lempoyang, maka ana cadangkan harga diturunkan sebanyak 50 sen, bersamaan 50 dirham.
Ismet: 50 dirham! 50 sen! Kau nak mampus!!!
Isteri: Kanda marah?
Ismet: Tidak, tidak, kalau marah nanti kanda kena jual. Maka, kau orang cadanglah, dan turunkanlah banyak-banyak sampai semua puas hati.
Isteri: Sabarlah kanda.
Ismet: Dinda cadang berapa?
Isteri: 15 sen, bersamaan 15 dirham untuk minyak onta. Manakala untuk tahi onta, 8 sen, bersamaan 8 dirham.
Ismet: Geliga sungguh otak dinda. Baiklah 15 sen untuk turun harga minyak onta, dan 8 sen untuk turun harga tahi onta. Kita umumkan malam ini jugak.
Anak Menantu: Tunggulah 1 September 2008, nanti orang tuduh bapak ni Flip-Flop!
Ismet: Tak apalah apa orang lain nak kata. Bapak pun dah memang flip-flop-flup pun. Kita umumkan malam ini jugak...
15 sen? itu kaki-tidur ingat kita pengemis ke?
ingat petronas duit dia punya ke?
cis, celaka punya mertua ladyboy no.1 malaysia.
Penyokong Pak Lah
Mcm Najib juga ... ana terharu diberikan kepercayaan untuk dicadangkan jawatan Perdana Menteri.
Kalau ana jadi PM, langkah pertama ana adalah membuka employment agency untuk tolong Kalimullah, Brandan Preira, Kamaluddin, Khairy, Annuar Zaini, Ali Rustam, Zaid Ibrahim, Zahid Hamidi, Dr Vincent Lim, Zaki Zahid, Kamal Khalid, dll cari kerja baru.
Ana akan bukak rumah orang tua-tua untuk Musa Hitam, Shahrir, Khaled Nordin, Muhamaad Taib dll pencen.
Ana akan perbaiki dan naik taraf lokap polis dan penjara supaya kalau Anwar masuk balik, ia adalah selesa macam rumah orang tua-tua.
Minyak turun tapi nilai ringgit merosot berbanding USD jadi pukul ratalah Sin. Pakar ekonomi negara patut berindak menstabilkan nilai ringgit lagi barulah kita betul-betul dapat menikmati penurunan harga minyak mentah. Sebenarnya harga minyak kita tak turun sangat cuba bandingkan RM3.15 x USD125setong = RM393.75setong bahagikan dgn 157 liter bersamaan RM2.51seliter. Sekarang harga minyak USD115setong X RM3.35/USD = RM385.25setong bahagikan 157 liter bersamaan RM2.45seliter. Hanya 6 sen seliter pak oi. Kecuali nilai ringgit dinaikkan ke RM3/USD barulah harga minyak boleh turun ke sekitar RM2.19seliter. Semua harga ini tak ditolak sunsidi 30se/liter lagi.
Kalau P Ramlee ada lagi, tentu dia lantik kau lempoyang buat skrip baru tau. He he
Wahai Husin Lempoyang,
Tengah kira duit komisyen jual minyak onta dan tahi onta ka apa?
20 par sen!
Syiok jugak lawat blog EdyesDotCom.
Namun dinasihatkan semua bersyukur, ye dak?
Begini!
Begitulah murninya hati Pak Lah, dan betapa prihatinnya Barisan Nasional. Pak Lah mengharap semua rakyat bersyukur.
Umpamanya, telor. Telor siapa? Katakanlah telor ayam. Dulu sposen naik 3 sposen menurut menteri berkenaan penguna dan penggunaan.
Jadi, dengan turunkan harga minyak sposen campur 5, dan diesel sposen tolak dua...ertinya harga telornya, nya ayam itulah, umpamanya ialah 29.2357845 sen.
Sini lagi ada info.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14874
15 sen Nilai Prihatin Pak Lah dan Kerajaan BN Terhadap Rakyat Malaysia
Dilulus terbit pada Sunday, August 24 @ 09:55:16 MYT oleh SongkokPutih
Pendapat Oleh zublizainordin
Hebat? Yes!
Catat Ulasan