Isnin, Ogos 04, 2008

Kempen ala orang Minang jual sikat

Ahli politik dalam berkempen serupa orang Minang jual sikat. Tolong jangan bising-bising. Kalau isteri tahu Husin cerita ini, mengaruk. Sensitif ... dia orang awak.

Orang Minang memang hebat dalam dunia peruncitan, kedai makan, kedai runcit dan perniagaan tepi jalan. Orang Minang memang jurujual yang hebat. Ini cerita orang Minang jual sikat di tepi jalan.

Dulu ada sikat dibuat dari kulit penyu. Lama-lama tak ada lagi dan diganti dengan plastik yang design macam kulit penyu. Dilelonglah kata sikat itu tahan lama, pelbagai cara kegunaannya, dan boleh dilengkok-lengkok.

Dalam dia sedang bengkok-bengkok sikat itu, tiba-tiba terpatah. Terus dia tukar skrip, "Tengok tuan2 dan puan2, sikat ini memang dari bahan yang baik. Luar dalam colour sama."

Samalah ceritanya Dato' Zahidi, Ketua Bahagian Padang Besar.

Zahidi ni dahulu orang Dolah. Pada umur yang sangat muda, dia dapat menjadi Ketua Bahagian. Menteri dalam Bahagian pun tidak berjawatan. Apabila Khairy diberi kelebihan oleh Dolah, dia merajuk dan mengumumkan akan tentang Khairy.

Nampak lah muka dia sana sini memburuk-buruk Dolah dan ikut Tun ke sana kemari. Dari sudah keliling semua Pemuda Bahagian untuk mendapatkan pengaruh. Shahidan telah memberhentikannya dari jawatan Exco negeri.

Tiba-tiba dia senyap sepi dan tidak nampak batang hidung lagi. Ceritanya dia sudah kasi senarai kepada Khairy mana-mana Bahagain yang akan tentang Khairy. Habis budak-budak itu dikasi kontrak. Terus diam akur ...

Khabar angin kata Zahidi pun dapat kontrak.

Dalam dia tengah senyap sepi, Zahidi sedang cuba mengekalkan jawatan ADUN atau cuba naik MP. Tapi nama dia tak naik langsung untuk PRU 12. Selepas itu, dia cuba melobi untuk dapat mana-mana jawatan Setpol atau apa-apa. Tak dapat juga. Jawatan Ketua Bahagian pun akan ditentang.

Selepas semua sudah umum hasrat untuk cuba tanding Ketua Pemuda, last-last baru dia hendak masuk gelanggang. Zahidi sedang berkempen dalam diam-diam.

Asas kempennya adalah Ketua Pemuda harus kembali dari akarumbi. Memang dia orang akarumbi.

Dia kata Khairy tidak boleh kerana dia menantu Perdana Menteri. Walaupun semasa bapanya PM, dia tidak bertanding. Zahidi kata Mukhriz tidak layak kerana dia anak bekas PM. Perlu dihentikan aristiokrat dalam UMNO dan anak-anak PM saja yang dapat jawatan.

Ellah ... dia pun ada kaitan persaudaraan dengan Dolah. Anak buah ke apa?

Orang pun tanya. Macam mana dengan Khir Toyo?

Dia anak pesawah dan mudanya masih bersawah. Jadi doktor. Pernah naik cepat hingga MB pada umur muda dan kini jatuh pula tinggal hanya ketua pembangkang di Selangor.

Khir Toyo dijatuhkan sendiri dari dalam UMNO oleh Karam Singh Walia dan TV3 di dalang oleh Khairy.

Zahidi diam sekejap dan menjawab, "Oh ... Khir Toyo tak boleh. Dia Jawa."

Ke situ pulak jadinya. Dalam luar warna sama ye? Sukahati kaulah. Asal dapat pencalunan. May the best man win.

Wow! Kalau kalah dan tak ada lagi jawatan, boleh tolong Husin jual unta. Jual orang, kau tak pandai.

25 ulasan:

Nasionalis berkata...

Ironi politik UMNO.

Sapa nak senang browsing, sila mampir blog saya.

Unfiltered-Madness berkata...

Orang macam ni patut jadi pembantu husin jual unta atau jual sikat jer...

Perosak betul

kamarulzaman ahmad berkata...

salam,

Khir ni nasib tak baik dan tambahan dia pun silap buat tak baik. Asalnya dulu, memang dia yang patut naik dalam pemuda, entah macamana menggatal masuk MT dan antara bagi laluan KJ menang tak bertanding. Ini semua pangkat punya pasal dan akhirnya sendiri kantul...

Apakah KT layak jadi Ketua Pemuda. jawabnya HARAM tak boleh. Sebab? dia tidak ada apa-apa jawatan melainkan ketua pembangkang. Jadi Menyalak ajelah. Ini cara fikir mudah perwakilan pemuda yang mengundi

Mukhriz, mamat ni jadi exco sebab kenang jasa Tun aje... mamat ni cukup Lembap.... hari ini pemuda melihat dia sebagai individu dan bukan lagi menerusi bapak dia? pak dia pun bukan ahli lagi.

Yang lain-lain nak bertanding.. anggaplah mereka ini bahan artifak dalam muzium.. Dulu Azimi Daim bukan main lagi... rupanya mamat tu cerdik rumours-rumours dia dapat jadi Exco Kedah. Pi rah!

Antara KJ dengan Mukhriz, kalau mengambil kira faktor kecergasan dan penglibatan dalam pemuda dalam tempoh mereka berdua join exco di tahun 2004. Ternyata KJ lebih memberangsangkan berbanding mukhriz.

Untuk mukhriz, teruskan perjuangan kerana politik itu berpanjangan dan jangan pulak keluar parti macam pak hang.

Untuk KJ.. anda bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Kj? samseng kampung dusun yang bakal jadi Ketua pemuda. Baru jadi menantu PM aje sudah berkuasa. Inikan pula dah dapatkan cucu PM, pewaris, bukan PROWARIS.

Unknown berkata...

Hussin...nak tumpang betulkan..Zahidi ketua bahagian Padang Besar, Sin..bukan Kangar....
Sin...PRU11 aku kempen untuk Zahidi sepanjang tempoh kempen..aku menyesal la Sin!!!

SaifulLubukBesar berkata...

Zahidi ni opportunis politik. Dia bukannya ada pendirian yang jelas utk mempertahankan kredibiliti UMNO (Demi Agama, Bangsa Dan Negara). Dia dok kira matlamat politik dia saja. Ana ikut dia lama.... Sama2 dok dlm Pemuda UMNO Pdg Besar dari zaman dia pakai Proton Saga BDA 8296 lagi.Dah kenai dah belang dia. Tang mana dia dpt untung, belah tu lah dia sokong. Mangkuk ayun betoi. Malang la sapa yang percaya kat si putar alam ni. Tak caya? Contact ana utk maklumat lanjut. Tanya kat DS Shahidan pun ok jugak. Dia pun dah kena getah dgn zahidi ni.

Husin Lempoyang berkata...

Azhar Abdullah

Husin tau ada tak kena. Cayalah pembaca untuk membetulkan fakta.

Terima kaseyyyy!!!!

A Voice berkata...

Sedutan dari posting saya Politik UMNO Ketandusan Kematangan:

"Masaalahnya, politik UMNO bukan satu politik yang matang dan analisa politik yang saintifik dan rasional boleh digunakan.

Bagai ramai pemerhati politik, Mukhriz dikatakan sebagai “pemain politik” yang tidak matang dan agak naif. Dia dilihat tidak realistik untuk menentang arus ombak dan terlalu idealistik dalam mahu menjaga etika dalam amalan politiknya. Malah, ada yang menyatakan akarumbi tersinggung Mukhriz, yang merupakan seorang ahli perniagaan korporat yang berjaya, tidak boleh menurunkan wang untuk di”kongsi” bersama akar umbi."

--------------

"Malangnya keberanian dan kematangan adalah komoditi yang berkurangan dalam UMNO. Politik yang matang sepatutnya jelas dan berani dalam pendirian, beretika dan bermoral, dan diketahui kecenderungan prinsip dalam satu-satu perkara dan isu.

UMNO memang bersikap pragmatik dalam penyampaian cita-cita perjuangan tetapi bukan semestinya pragmatisma harus menjadi cara politiknya. Rata-rata dalam UMNO, kematangan berpolitik dilihat dari kepandaian taktik politik berhelah dan bukan kandungan pengisian dan hala tuju politik. Belum lagi dicerita mengenai amalan rasuah, ugutan dan tipu helah.

Jika itu ukurannya, Mukhriz harus dilihat sebagai ahli politik yang matang tetapi persekelilingannya yang tidak matang."

Tanpa Nama berkata...

Husin,
Minang bukan saja pandai berniaga, mereka juga pintar dalam politik. Tengok KJ, orang minang Kuala Pilah jual Pak Lah dengan harga satu sen saja., dengan berkahwin dengan Nori. Bila jadi mnantu KJ dapat apa saja dia minta pada Bapak Mentuanya. Mari kita sokong dia supaya menang jawatan ketua pemuda UMNo, Pak Lah ada alasan lantik dia jadi menteri. dalam tempoh Dua tahun lagi, Pak Lah Lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bila Pak Lah berundur, KJ jadi PM.

Sokong Kera Jantan lebih baik jual tempe

DIN berkata...

hulubalang umno mesti buktikan bahawa mereka bukan saja gagah berkokok, tapi juga bertelor!

din
manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Hang nak kutuk, tak boleh stop hang husin ...

Tapi nak beritahu, inii blog Zahidi ... http://www.zahidi-zainulabidin.blogspot.com/

Akar Umbi berkata...

Aku pernah terlibat dalam pemilihan exco pemuda 2000, Zahidi rasanya tak lepas. Khir seorang idealis, salam perjuangan sahaja (berbanding calon lain mencari amil nak bagi zakat), so dapat undi terendah dikalangan exco yang menang.

Mukhriz dah mula ikut program pemuda kebangsaan, malah jadi speaker pulak tu, atas tiket presiden ANSARA.

Khairy agak2nya kat mana masa tu ye?

Tanpa Nama berkata...

Yang bahagian "tak boleh pasal dia Jawa" tu memang lawak giles ... ape pun itulah dia namanya helah politik, seribu satu macam alasan semua jadi.


Mohd Osman

Tanpa Nama berkata...

Akan tambah hanucs Zahidi kalau masih dgn Misnah kah kah kah

Marang kerapu kepunden marang sekeperrrrrrrrrrrrrrr

Tanpa Nama berkata...

It now appears to me that the problem began with the concept of "Ketuanan Melayu".

This concept was introduced around the time when Malaysia was working hard to achieve independence from the British.

As we are all aware, the malays were marginalised in the economic sector and perhaps to a large extend the political side as well.

The malay leaders of the time tried to boost the spirit of the malay community by introducing the concept of "Ketuanan Melayu".

So, the malay leaders at that time used the concept "Ketuanan Melayu" as a rallying point not as a tool to oppress or rid the non-malays, but merely as a cry to prevent the malays from drifting towards oblivion in the era of Malaysia as a country.

While the other concepts ranging from ethnic cleansing to white supremacy are meant to dominate and wipe out the other races, "Ketuanan Melayu" is only meant to help the malays to get to equal footing with the non-malays.

Tanpa Nama berkata...

UMNO lahir di Johor. Malah ada yang kata ia lahir di Selangor. Dua2 negeri hampir sinonim dengan rumpun melayu keturunan Jawa.
So, siapa Zahidi untuk menidakkan Khir Toyo, atau sesiapa yang lain dari Selangor atau Johor. Kalau tak kerana Jawa di Johor, jangan harap UMNO Johor kuat macam sekarang. Hampeh, perabih boreh.
Lucu selucunya.

Tanpa Nama berkata...

zahidi= muka hero tamil

Khir= muka cap botox


jadi i pilih Mukhriz, sbb dia hensem..auwwwwwwww

Tanpa Nama berkata...

Salam...
aku nak tanya la, betui ka dia jawab soal jawa tak jawa anak pak toyo tu dalam nada yang serius atau berjenaka?? takkan dia nak melawak pun tak boleh??? TDM buat lawak sampai kluar UMNO pun pun takde hal...tengok 2 3 ekoq org UMNO suka lagi ada...dulu tatang macam minyak hangat...mai la ni pandang pun tak... macam ni la para pengkomeng yang wujud dalam husin lempoyang ni...politik2 juga tak payah la kita dok kutuk atau buka aib org lain sampai menjatuhkan maruahnya...kalau dia yang mula biaq pi la kat dia jangan dok tumpang dosa sama...
aku cadang UMNO pi rujuk kat AMANAHRAYA sebab la ni dah jadi fesyen buat pusaka kepala bapak depa jawatan terpenting UMNO yang terkini KETUA WANITA...kalau lagu ni la,lantak pi la sapa pun yang naik.confirm UMNO kekal haru selamanya...
azhar abdullah...hang nyesai sebab tak dapat huuun kot???

Tanpa Nama berkata...

aku nak petik ulasan ini "UMNO lahir di Johor. Malah ada yang kata ia lahir di Selangor. Dua2 negeri hampir sinonim dengan rumpun melayu keturunan Jawa.
So, siapa Zahidi untuk menidakkan Khir Toyo, atau sesiapa yang lain dari Selangor atau Johor. Kalau tak kerana Jawa di Johor, jangan harap UMNO Johor kuat macam sekarang. Hampeh, perabih boreh.
Lucu selucunya"

UMNO JOHOR kuat lagi ka???
kalau tak slah aku la, hari tu menang banyak juga harap undi bukan melayu di sesetengah kawasan...lagi satu memang benar UMNO JOHOR kuat!!!! tapi kuat bohong la sbb bila berlaku bencana banjir sempat lagi sembunyi fakta sebenar yang berlaku...kisah beras tak cukup sbb ada org lain sapu dulu...kisah mangsa makan kuih yang terapung atas air yang bercampur najis(tapi katanya makan juga sebab lapar)...kisah korban banjir yang boleh tahan ramainya tetapi didiamkan berita tersebut walaupun ada yang merakamnya melalui kamera video(demi apa tu???)sudah tentu demi KEKUATAN UMNO JOHOR kan???? takkan nak berMUHABALAH pulak demi membuktikan ulasan aku ni betul....bak kata NABIL Raja Lawak?? Lu pikir la sendiri!!!!!!!!!!

Quantum Metal Consultant berkata...

Kekuatan UMNO Johor, hanmpa tengok Sharir dah le, dah tua, dah beruban satu kepala, pucat lesi bila harga minyak naik, kena belasah pasal koridor Iskandar.

Hampa tengok hamid albar, pulun sungguh nasib baik dah lepas, dah dapat 10 pencalonan. Hebatnya Syed hamid mengalahkan orang minang, bukan sahaja sikat, pulau pun dia pandai jual, pasir toksah dok kira lagi la...

Hampa tengok Mudin, keris terhunus ke hulu ke hilir, kena jerkah puak cina, telondeh, terlepas keris di genggaman..

Hampa tengok Muhyiddin, ni sekoq lagi, berkukuk reta kampung, kena jentik sikit, dia dah habaq, nak pertahan naib presiden sahaja..

Hampa tengok Khaled Nordin, sekog ni boleh harap sikit..tapi semua cari jalan selamat

Hampa nak tengok sapa lagi, musa hitam, tu dah lama bungkuih, la ni jadi hantu bungkuih pasai pas dok ungkit pasai memali..

Hampa nak tengok ghani, mai le tengok, 25 jam dok berzapin...

Itulah UMNO Johor..

Tanpa Nama berkata...

aku nak cakap bab MUKHRIZ sikit...macamana la dia nak kata dia akan memperjuangkan UMNO walaupun BAPAKNYA bukan ahli(katanya keluar ada tempoh - pelek tapi benar(TDM saja boleh buat)? aku nak bagi situasi....Saya tetap menyokong kepimpinan YAB AAB dan DSNTR (tapi sebelah malamnya....TDM pula berucap...selama mana UMNO dikuasai oleh kerakusan dua individu yang mempusakakan jawatan dalam erti kata lain tak payah buat pertanding kononnya DEMI mempertahankan kesepaduan dan kekuatan parti ini agar ia kekal relevan dulu, kini dan selamanya...)
bagaiman mukhriz nak tangkis hujjah bapak dia yang amat benar itu??? aku nak petik apa yang KZ AHMAD kata...MUKHRIZ hari ini pemuda melihat dia sebagai individu dan bukan lagi menerusi bapak dia? aku tak nafi tetapi apakah dia tak balik mengadap BAPAK dia atau call BAPAK dia tu bila nak rujuk atau tanya hal berkaitan...bohong la....kalau kata tak...aku yakin penyokong dia yang dapat huuuun dari dia akan kekal kagum dengan kepimpinan MUKHRIZ(walaupun KZ AHMAD kata dia LEMBAB) UMNO...UMNO...

Tanpa Nama berkata...

U RIGHT KLUANMAN!!!! abg husin mana pi???komen la sikit,tak mau join hentam sekali ka???atau abg husin setuju UMNO JOHOR STILL STRONG???OR SETERUNG???

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah tak relevan. KJ terpekik terlolong macam monyet kena belacan.
Khir Toyo - racist - hari-hari nak pertahan hak orang Melayu dan Islam - kaum lain hancur. Kuil roboh, buat gereja tak bagi. Asyik makan tempe katanya dapat cantikkan kulit pyi dah Jawa TOTOK

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Aku kenal sangat si Zahidi ni sejak zaman ITM lagi. Dulu dia ni budak ROTU yang gila glamour@kuasa. Student leader la kununnya dulu.

Jumpa 10 tahun lepas grad sombong bila jumpa, macam lah aku nak mintak projek kat dia. baik aku pi mintak kat Dolah. sapa lah lu Zahidi.

La ni dah tak ada payung, jadilah cam tu. biasa lah ahli politik kat Tanah Melayu ni buta perangai cam tu.

Tak da aku heran kalau Zahidi pun perangai cam tu.

Tanpa Nama berkata...

Ala, korang nak komen banyak pasal UMNO JOHOR, sekurang-kurangnya PRU12 masih deliver lagi 25 parlimen & 50 DUN. Lekeh-lekeh Umno Johor pun, tak plak Johor hanyut cam 5 negeri lain tuh.

Tanpa Nama berkata...

Zahidi memang ada kekurangan. Cuba Zahidi banyak duit, takdelah kutuk-kutuk macam sekarang nie.

Sebabnya Zahidi tak banyak duit macam KJ, macam Mukhriz, macam Khir Toyo....