Jumaat, September 12, 2008

Apalah Muhyiddin, Pak Lah nak kerja "keras". Banyak nak dibuat ni ...


Apalah Tan Sri Muhyiddin suruh-suruh turun cepat? Saya terperanjat.

Ini dipetik dari Bernama bukan Husin tambah. Oppps ... yang hitam bold lah:

Saya masih lagi nak berkhidmat bukan untuk bersuka-suka. Ini bukan suatu yang boleh dianggap hanya untuk berseronok.

Wooi! Sampai Jun 2010 pun kerja tak habis. Siapa cakap? Khairy dan Kamaluddin cakap.

Sampai pilihanraya ke PRU13 dan lepas tu pun, kerja saya tak habis. Cuma jangan sampaikan pada Najib. Dia percaya ada peralihan kuasa.


Banyak soal politik, banyak masalah yang perlu ditangani dan banyak program yang saya perlu selesaikan. Pembaharuan2 yang membabitkan badan kehakiman, Badan Pencegah Rasuah dan polis.

Soal politiknya, saya nak bertanding pada bulan Desimber. Khairy yang akan ganti saya. Tapi jangan cerita orang.

Najib dah percaya peralihan kuasa. Dia kenalah sokong. Saya takut kalau Najib dan Muhyiddin lawan saya. Bila Najib dah setuju, susah lah dia nak lawan. Malah, dia akan pertahankan.

Hakim, BPR dan polis perlu diperbaharui supaya Najib, orang-orang yang nak melawan dan nak lompat parti takut dengan saya.

Anwar? Anwar saya tak risau. Kes tu saya boleh sumbat balik penjara, tapi kita salahkan pada Tun. Anwar bahalol mesti tuduh Najib. Sama bahalol lah, sama-sama dari Penang. Kawasan sebelah-sebelah saja.

Lepas Khairy naik, Najib boleh saya sumbatkan mana-mana. Anwar kata mana? Ya, hantar Mongolia. Boleh kita jadikan dia Duta Mongolia.

Apa? Kita tak ada hubungan diplomatik dengan Mongolia? Okay. Tak payah hantarlah.

Banyak kerja nak buat. Banyak perkembangan nak difikirkan. Saya saja yang boleh buat semua tu.

Pada masa yang sama, saya berjanji akan hapuskan kemiskinan tegar.

Apa tu tegar? Hai ... janganlah tanya soalan yang susah-susah. Ini mesti nak putarbelitkan kenyataan saya.

Saya dah jadi Menteri Pendidikan dan Luar Negara. Saya dah keliling satu dunia. Bila saya jumpa Khairy, saya tahu menilai dia genius. Kita perlu pelapis masa depan macam ini. Itu yang saya perlu wang untuk masa depan politik Khairy.

Apa? Khairy amal politik wang? Tak, tak dia menantu saya. Tak amal politik wang. Cuma beli Rexton sorang satu untuk geng dia. Tolong orang susah tak ada kereta Rexton. Proton tak cukup. Pengangkutan awam pun tak berapa bagus.

Itu yang perlu bujet pengangkutan awam RM36 billion. Saya nak bina pengangkutan awam negara. Saya sendiri dah turun naik keretapi.

Apa? Kamaluddin dah ada syarikat bas dan buat gerabak keretapi? Oh ... tidak itu secara tak sengaja.

Kamal hanya berniaga luar negara. Syarikat dia bekal mud untuk carigali. Hanya dua dalam dunia ada. Itu untuk luar negara, cari kontrak luar begara.

Oleh kerana dia sudah world class, mestilah kasi pada syarikat tempatan. Tak akan nak kasi kompeni luar negara.

Untung? Mestilah untung. Kamaluddin kerja kuat dan brilliant, belajar Cambridge. Tinggi sikit dari Oxford. He deserve it. Dia boleh nampak world demand for public transportation.

Ini semua untuk Kamaluddin, bukan untuk saya. Tak rasuah. Dia cuma anak Perdana Menteri, bukan Perdana Menteri.

Separuh kedua RMK9 ada tambahan RM30 billion dari subsidi minyak yang saya ambil dari rakyat untuk projek koridor.

Tak rasuah. Bukan saya yang ambil kontrak. Saya bagi Patrick Lim, Zaki, kawan-kawan Khairy, dan kaum keluarga Endon.

Memang memang ... saya ada dengar. Sebenarnya saya memang tak suka pun Patrick Lim, Cina penipu. Tapi apa boleh buat? Dia partner Kamaluddin.

Saya akan kerja keras untuk mencapai semua itu, dan pada masa yang sama, berusaha membawa perubahan pada Barisan Nasional agar ia dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat.

Saya akan pastikan Khairy pilih calun bertanding dan berkempen untuk "tanam". Tengok lihat kejayaan kita kurang 8 nak dapat dua pertiga majoriti. Fikirkan. Cabaran PRU12 lagi susah dari PRU11, tapi kita masih memerintah.

Senang untuk UMNO bagi PRU13. Kalau Khairy diberi mandat penuh untuk urus PRU13, no problem.

Kami sekeluarga sentiasa memikirkan mengenai aprti dan kerajaan. Lihat Kamaluddin akan bantu mengurus Petronas dan syarikat PNB. Tolong settle hutang berbillion-billion.

Tak tak tak rasuah. Oh ... awak tak tahu Petronas dan syarikat PNB hutang berbillion-billion pada Kamaluddin dan Khairy. Bila dia bayar fee dan komisyen kepada mereka, kira bayar utang lah.

Ingat ini bukan untuk saya tetapi Kamaluddin anak saya aja. Harap faham, dia seorang saja anak lelaki saya.

Bagi Umno, banyak lagi usaha yang saya perlu dilakukan untuk membantu Dato Seri Najib mencapai matlamat semua program yang telah ditetapkan.

Pakai sikit nama Najib. Senang Najib dipencenkan bila masanya dan kasi pada Khairy kelak.

Sementara itu, saya kasi anak Tun Razak kerja macam kerbau dan duduk dalam 37 jawatankuasa kabinet.

Saya tak kerja? Tak payah. Orang lain ada. Saya ada banyak masa untuk tidur ... maaf silap. Maksud saya bertafakur untuk memikir masa depan rakyat. Ya ... ya ... Kamaludin, Khairy, Kalimullah, dan Jeanne pun rakyat. Walau dia agen pun, Kalimullah pun rakyat ... rakyat Singapura kan?

Jadi tolong ikut pada peralihan kuasa yang telah saya paksa MKT dan Kabinet setuju.

Apa sebenarnya kerja yang membuatnya konon sibuk sangat hingga susah nak turun? Adakah ini sebenarnya:


Adakah ini sebab kita bertukar polisi untuk mengikut tuntutan IMF? FDI kurang akan diganti duit IMF?

Anwar yang bantukah? Adakah dia pengganti akhirnya?

Itu sebab Ketuanan rakyat pasal kena hapus DEB.

Geleng tengok susahnya kerja jadi wartawan. Nak tanya susah dan nak lapor kebenaran dan perkara yang merunsingkan tak boleh.

Wow! Jual orang dan unta lagi senang dari jadi wartawan yang kena cover Dolah.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, kita ada 20 juta lebih penduduk kat Malaya ni, takkan sorang pun tak boleh nak selesaikan keje Dollah bangang ni ...Come on bro, he needs more time to set up budak bangsat Rembau tu and of course the big mastermind himself Kamal bro. Budget baru lepas ni banyak nak spend on public transport ni ...sapa lagi kalau tak semuanya untuk SCOMI ..

Tanpa Nama berkata...

Bro, kita ada 20 juta lebih penduduk kat Malaya ni, takkan sorang pun tak boleh nak selesaikan keje Dollah bangang ni ...Come on bro, he needs more time to set up budak bangsat Rembau tu and of course the big mastermind himself Kamal bro. Budget baru lepas ni banyak nak spend on public transport ni ...sapa lagi kalau tak semuanya untuk SCOMI ..

Samad berkata...

Kalau dah anti Pak Lah dan kerajaan, pasti akan ditentang segala-galanya yang melibatkan kerajaan.. Kadang-kadang tidakkah kita terfikir bukan mudah menjadi seorang PM. Memang tak dinafikan seorang PM yang baik mempunyai banyak kerja dan program yang hendak dilaksanakan. Orang kita hany pandai membangkang saja. Ingat senang ke nak jadi PM...Macam Dr Mahathir, memang la nampak pembangunan yang dijayakan sebab beliau menjadi PM untuk tempoh yang lama. Macam Pak Lah, beliau baru beberapa tahun memegang tampuk pemerintahan. Man mungkin beliau dapat membawa banyak pembangunan dalam masa yang singkat. Bersikap adil kepada beliau. Jangan hanya nak membangkang saja...

Thomas Mok berkata...

tuan rumah,

teringat plak cerita dulu kala, kalau ada yang gelar mantan pm "mahafiraun", maka pak aab mcm "maharaja nero" plak.

let rome burn while he played his fiddle.

Tanpa Nama berkata...

Samad, Lu tidoq ka?

- Endon-

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Nak kerja keras atau buat benda jadi keras. Kalau dah nampak rumah dah senget gantikan tiangnya dulu. Samalah macam pemimpin negara, kalau dah senget buang PMnya dulu.
Mai kita buat pulak Bancian negara mengenai Paklah kita sama ada rakyat mahu dia lagi atau tidak. Anjing kat rumah pun pangkah tidak sebab nak makan tulang pun susah sekarang.
Binawe pun manusia

Tanpa Nama berkata...

Samad,
nak kenal perempuan, kita tengok kat dada ngan punggong dia je kita dah tahu, samada dia dah jadi "orang pahang" atau tak..

Begitu juga dgn dia, tak perlu tunggu negara dah jadi punah ranah baru nak resign..

kau pun tido gak ke?

Wak Karman

Tanpa Nama berkata...

@Samad pak lah baru 4 taun lebih jd pm negara dah huru-hara,naik sana,naik sini,flip flop sana,flip flop sini,takkan kau tak perasan? Kalau dia jadi pm 20tahun,lu fikir sendiri apa akibatnya,hang jgn suka tidoq mcm pak lah gak no..

EX-DIPLOMAT berkata...

aku benci betul laa kat Khairy Jamaluddin nie.. tak habis-habis nak merosakkan bangsa dan Agama Islam aku. Mampos laa ko KJ!!!!!!!!

shukor berkata...

Samad,

Dr. Mahathir jadi PM, tak sampai 5 tahun dia buat Proton dan Jambatan Pulau Pinang. Tak sampai 7 tahun projek PLUS dah jalan... Pak Lah jadi PM sejak 2003 (5 TAHUN), negara huru-hara, menantu makin kaya... anak dapat kontrak berjuta... dolah kansel projek rakyat (Jambatan Bengkok dan Keretapi Berkembar).. ko mmg buta laa samad!

Poning Palo berkata...

Pendapat ana, boleh disimpulkan ada 4 Usaha2 Mengusir Dollah, Muhyidin no 4:

1. Mahathir, dah tekan Dollah.Sebabnya:
-Bebaskan nuar
-Lembam, tiada idea baru (mukhriz)
-Batal projek bernilai, sewaktu nilai murah untuk diganti dgn pertanian yg tak jadi2.

2. Nuar punya strategi, pun gagal:-

a.7 parti keluar, Sabah & Sarawak
- tak jadi, Sabah tandatangan & semuanya bercuti.

b. 2 komponen Utama BN (Cina) keluar, Ismail (berdasarkan analisis tertentu dipercayai orang Nuar membantu) dah bakar, tapi masih tak jadi.

c.SMS kesimbangan Melayu/Muslim disebar, selepas MCA/Gerakan keluar, Melayu UMNO terpaksa join Nuar krn nak seimbang.Antara yg dijolok:Muhyidin, Zahid, Saifuddin.

Maka dapatlah 40 wakil, tapi kena extend, mungkin gagal, kerana baunya sudah dihidung orang.

Dateline: Mungkin 20 September tahun Gajah.

3.Gerakan Mahathir Ku Li & pakatan Veteran.
Dateline: Sidang Disember 08

4.Muhyidin & Khir Toyo, Pulak jolok.
Dateline: Serta-Merta, @ percepatkan dari 2010.

Yang kelima:
Mungkin ( Kahiry) setelah mendapat keuntungan sebagai double agen.Hidup mewah kat oversea ketika negara sudah digadai & kacau bilau.

Poning Palo berkata...

yang den poning palo, Paklah tak soda2.

"Tokojut" jauh panggang dari api.

Pak Ngah berkata...

En. Samad oi! Ini bukan soal pembangunan. Ini soal kepimpinan

Pak Ngah berkata...

En. Samad Oi! Ini bukan soal pembangunan. Ini soal kepimpinan.

kluangman berkata...

Cakap Samad memang betul, paklah masih baru memerintah dan jadi PM, patut diberi peluang 10/20 tahun lagi untuk merosak dan meranapkan negara ini baru kita kata...haa..paklah tak boleh buat kerja..

Samad..dulu kau sekolah kat mana..

Mogen Ali Rico berkata...

adoi..samad..samad..

lebih percaya ular berkata...

Lim Lit Siang pernah bagi nasihat kat Pak Lah, nasihat nya berbunyi begini :

`Pak Lah, kenapa anda tidak Cakap Siang Pandang-Pandang, dan suka Cakap Malam Raba-Raba ?'

Hairan juga ye kenapa wartawan yang datang ramai2 masa press conference tak tanya soalan macam ni....

`Pak Lah nape Hang Suka tidoq,
hari2 kami tengok muka hang baru bangun tidoq...
la ni dah basuh muka ka belom?'

ataupun soalan berbunyi begini...

`Pak Lah nape Hang Suka Raba-Raba,
Bang Nuar tak pernah buat macam ni tau...?'

Zubli Zainordin berkata...

Husin Lempoyang,

Kesian Pak Lah.

Memang macam-macam kerja dia nak buat.

Masalahnya dia tak start-start satu pun lagi.

Lagi pun macam mana nak start kerja dia?

Kerja opis pun menimbun.

Sampai opis jer, ada yang dah atur jadual padat-padat.

Semua kena dahulukan, semua urgent.

Sampai nak tidor dalam majlis rasmi pun dah tak sempat dah.

Habeh, camnor?

Mr. X berkata...

Looks like you could the next victim.

You may want to consider joining the “Please ISA Me” wave (psygame playing lah) so that they will think twice before handcuffing you.

Please ISA Me
http://thexblogs.blogspot.com/

I am begging you to ISA me
http://thexstories.blogspot.com/2008/09/i-am-begging-you-to-isa-me.html

Tanpa Nama berkata...

Zaid ni memang kaki bodek. (mengenai Muhyiddin patut letak atau disingkirkan). Apa yang kau buat mengenai Majlis Peguam yang mengadakan "Forum Memeluk Islam" tempohari. Langsung tiada kenyataan yang dikeluarkan.

Tanpa Nama berkata...

Zaid kata, Muhyiddin patut letak jawatan sekiranya tak puas hati dengan PM. Bagaimana pula jika rakyat yang tak puas hati dengan PM?

Tanpa Nama berkata...

Rakyat le yg kena letak jawatan.

Jurublog berkata...

Sin,

Pak Lah cakap rakyat dah fed-up pasal cerita pembangkang nak alih kuasa ni tak habis-habis. Lagi pulak soal dalaman UMNO sendiri tak betul.

Pak Lah masih tak sedar orang sebenarnya fed-up dengan dia yang tak reti-reti selesaikan masalah. Berenti ajer lah Pak Lah oiii...

www.jurublog.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Kalo diikutkan hati, nak aje aku bagi pelempang kat si palui sorang tuh, bermasaLAH betul ! Nasib baik bulan Ramadhan, setan dah kena jel (di ISAkan), kalo tak... Kerja keras konon...

Tanpa Nama berkata...

Aku naik fening tahap dungu mendengar PM cerita tentang pembangunan. UMNO dan nak terlungkup pun kau nak cerita pasal pembangunan. Ini mesti kes syok sendiri. Sepatutnya cerita mcmmana nak memperkasakan UMNO.Aku tahu Dollah dah tak boleh nak pergi dah utk memulihkan UMNO tetapi lebih seperti tikus membaiki labu.

Aku bertambah fening bila Dollah kata dia tekejut tahap bruk bila TSMY bersuara.Apakah penasihat-penasihat Bedollah ni memberi nasihat yang tidak benar tentang kempimpinannya.Sedarlah sikit Bedollah, majoriti ahli UMNO tahu kau memang tak perform dan tak layak lagi memegang jawatan PM.Tapi mereka tunggu kau sedar sendiri, tapi memang jenis org tak sedar diri apa nak buat..