Selasa, September 23, 2008

Pep Pep Peet ... Pep Pep Peeeeet .... Jawapan Teka Teki


... dengan ini mengisytiharkan jawapan kepada teka teki semalam. Sori tak beri malam dan pagi tadi. Tak sempat kerana banyak orang mahu beli unta buat rendang unta. Hehehe ...

1. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

Jawapan: Masukkan benang dalam jarum ... ushhhh jangan fikir bukan-bukan.

2. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah

Jawapan: Panjat pokok kelapa ... betulkan? Kau ingat buah apa? Ushhh ... bulan puasa.

3. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

Jawapan: Semut yang matanya BENGKAK

4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

Jawapan: Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje. ... ada ke pasal dia pakai seluar?

5. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

Jawapan: Kambing bin-ATANG

6. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jawapan: Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR ... ini ramai tak dapat teka.

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

Jawapan: Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah ... Abis macam mana bas Universiti? Mesti lagi pandai. Dr Ahmad Zahid Hamidi pergi Universiti ... siap Phd.

8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

Jawapan: MI-lo air

9. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

Jawapan: Lampu stadium, kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

Jawapan: Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

Nampaknya melainkan Tuan Akhlakan yang sudah tahu jawapan semua, tidak ada yang menang. Anonymous pula tak ada yang masa yang sama.

Tuan Akhlakan boleh pergi ke mana-mana showroom kereta kepunyaan Dato Hanif dan order mana kereta idaman. Kami aturkan finance dan jika cukup syarat dilulusan. Bayar saja deposit atau hantar invoice pada Khairy. Hari Raya anda bawak kereta baru.

Dengan ini, negara kita telah selamat dari ancaman musuh. Negara Isketambola akan aman damai, sejahtera makmur.

Ahlil Nujum ditabalkan menjadi Ahlil Nujum Negara. Husin Lempoyang dapat terus berniaga unta dan lebih untung jual orang. Negara menunggu Sadiq Sigaraga dijual.
Belalang dapat em-mak baaaruuuu ...

Lawo pulak, engkau! Mestilah mak Ogy Ahmad Daud. Tapi mana sama lawa dengan Ghasidah Sigaraga. Wow!

---------------------------

* Sempena bulan baik ini, Husin memohon kepada semua pembaca sedeqah fatihah kepada semua pelakon-pelakon filem lama, yang mendahului kita dan menjadi karakter dalam blog ini. Tak ada S&P, deposit, press conference, launch gambit dan cek besar, cuma fatihah pemberian ikhlas kita.

Bagai lilin membakar diri tetapi menerangi suasana, mereka memberi kita hiburan dan disebalik hiburan, memberi kita peringatan dan tauladan.

Al Fatihah


Lepas ni ada banyak cerita politik terbaru balik ... yahhhh!!!!

--------------------------------------

Update: 5:49 pm

Betullah. Itu Hashimah Yon. Sori ana puasa.

Ini bawah Seniwati Saadiah, bonda Ogy. Lawo masa muda, kau. Berisi. Membuat hati Ahmad Daud jadi bergoncang. Best buat borak dengan arwah Ahmad Daud.


Latifah Omar itu cinta ana dahulu la. Semasa balik kerja dari Jalan Ampas Singapore dulu, ana selalu ikut dia dari belakang. Malu nak jumpa dia.


Roseyatimah ni, fliendly. Tapi susah nak tackle. Mustapha Maarof yang punyalah.


Hati ku masih pada Ghasidah Sigaraga ... How lovely. Cantik, berisi, dan sombong sikit. Wow!

8 ulasan:

Tuan Ahkalaken berkata...

terima kasih en Husin lempoyang, tapi kairi kata duit dah nak habis, pasal dah bagi kat bhg untuk lobi, tapi tak apa hambo beli jer kereta yang murah buat tabung...

Izzshah berkata...

Sin,
TU bukan mak ogy tu.... itu hashimah yon dalam nujum pak blalang... hehehhe.. T

jenab berkata...

itu hashimah yon laa husin... apa laa.. nangis nanti sareemaaa... how nice!~

My Raison D'etre berkata...

Husin,

Rose Yatimah )pendekar) ngan Mariani (Labu Labi) pun lawa gak...

Selamat Buka Posa No..

Rafiz Rahim berkata...

Aik semua org ngidam org lama...
Husin, ko buat cerita pun, bukannya sadiq resign pun...

Tanpa Nama berkata...

Latifah taik lalat pun lawa gak.. Aisyehmen sin dh betul smua jwpan aku,script dah ada cuma nk posted je.. Malangnya aku lmbt,maklumlah gunakan hp je sbagai browser . Apa2pun tahniah pd tuan akhlaken kita.

haji berkata...

aku mau tunggu kau jadi tuan director lah sin..tajuk filem "Ana tak mau turunnn lah! Tunggu 2010 lah".

ilovebudu berkata...

manyak bagus...meransang minda...kekeke