Rabu, September 24, 2008

Hari Ini Tak Ada Siaran Live Dari Mahkamah

Peminat-peminat mintak ada siaran langsung dari mahkamah.

Husin dah sediakan krew tapi depa penat baru balik dari Permatang Pauh buat dokumentari.

Takpe, hari ini cuma bicara pasal nak bawak kes ke Mahkamah Tinggi. Masa bicara mesti ada kerana orang kata tak lama. Sekejap settle.

Dokumentari akan disiarkan sat sehari dua lagi.

1 ulasan:

azam berkata...

hUSIN,
Cerita ini amacam?:

1)
Pada suatu waktu saya pergi ke perjumpaan dengan pemimpin salah satu bakal ketua pemuda.

1.Maka berkata-katalah beliau dengan perasaan berkobar-kobar,berapi-api serta bersembur-sembur airliurnya dengan memperjuangkan ‘Setia Kawan’
2.Maka satu janji setia kawan pun di ikatlah. Selepas pertemuan itu, si calon ketua pun meninggalkan hadirin dengan menaiki helikopter sedangkan yang lainnya pulang menaiki proton cabuk atau honda cup. Saya pun teringat; inilah ‘Setia Kawan’
3.Sambil menunggu bas dalam perjalan pulang, saya menatap majalah tertampang wajah artis Maya Karin. Saya teringat sesuatu; Setia Kawan ? Setia Kawin?

2)
Pada suatu waktu saya pergi ke perjumpaan dengan pemimpin salah satu bakal ketua pemuda.

1.Maka dengan sopan dan penuh semangat perjuangan serta kepentingan bangsa dan negara berkatalah tokoh itu; Berani Mengubah
2.Maka sewaktu meninggalkan perjumpaan, hadirin berjalan sama mengiringi tokoh itu. Janji dibuat dan kata di kota.
3.Sambil menunggu hari penentuan saya terfikir; hanya inilah satu-satunya yang akan dapat kita lakukan. Kita jangan merasa takut lagi kerana itu adalah hak kita. Pemimpin adalah pilihan kita. Kalau kita sayangkan kapal kita, kita akan berani memilih nakhoda yang bijak,berani dan tahu mengambil keputusan.