Rabu, September 24, 2008

Pak Lah, PM Paling Berani


Masa tengah meeting, Dolah menoleh kepada Najib dan bertanya, “Antara Pak Lah dengan Tunku Abdul Rahman, siapa lagi berani?”

Hendak tak nak Najib akui, “Pak Lah lagi berani. Tunku mudah mengalah. 13 Mei masa zaman Tunku.”

Dalam fikiran Najib, aku nak dia undur cepat-cepat tapi tak faham-faham dia. Berani apa? Tapi dia tak lagi umum nak lawan Dolah.

Tunku pandai mententeramkan keadaan dan diplomasi. Dolah ni tahu tersengeh senyum macam kerang busuk tak ada otak. Dia tahu nak buat gambar besar macam belakang ni tapi kerja hopeless.

“Pak Lah rasa Jib. Dengan Pak hang pun, Pak Lah lagi berani.”

Meluatnya Najib dengar. Dengan lemah longlai, dia terpaksa menjawab, “Ya lah.”

Dalam hati Najib berkata, mana tak lagi berani. Kamu main langgar peraturan kerja, undang-undang dan perlembagaan parti. Main ikut dengar cakap anak, menantu dan dewa hindu-mulah syiah tu.

Meeting habis dan Najib beredar.

------------------------------------------------

Annuar Musa, Tan Sri baru ah! datang.

Belum dia duduk kerusi, Dolah dah tanya, “Nuar, Pak Lah dengan Hussein Onn, sapa lagi berani.”

Pantas Nuar menjawab, “Ohhhh …. Mistilah Pak Lah! Hussein Onn tak beranilah."

"Jauh lagi berani Pak Lah. Ahli biasa, Sulaiman Palestin boleh lawan dia untuk jawatan Presiden.”

Dia menambah, “Pak Lah orang tak berani? Mana boleh dia orang kata Pak Lah tak cukup pencalunan? Nanti kita ajar dia. Tengok Tun nak datang Kelantan buat kacau sama kita. Spray saja. Itukan berani namanya.”

Dolah suka dan jawab, "Bagus bagus. Kalau kita berjaya, fail kamu yang Tun kasi pasal PPRT Pak Lah bakar."

"Nuar hang jangan cerita-cerita orang Pak Lah yang suruh spray Tun."

------------------------------------------------

Sat lagi Ku Nan, Hamzah Zainuddin, Reezal Merican, Shahidan dan Che Alwi akan datang untuk perbincangan.

Pak Lah tanya lagi, “Ku Nan, kamu dahulu taat dengan Tun. Pada kamu, siapa yang lebih berani antara aku dengan Doctor Mahazir?”

“Itu susah nak jawab. Tun boleh kena buang UMNO, dia tak takut."

"Yahudi serang matawang, dia relaks dan cari jalan lawan."

"Sebelum dia pencen, dia boleh bantai Zionis.

"Pak Lah tahu terima nasihat Zaki Zahid, Khairy dan Che Alwi. Mahathir degil.”

Dolah membalas, "Bukan pandai, berani."

“OK OK ... Pak Lah lagi berani sikit sanggup nak lawan. Pak Lah tak menangis atas pentas.”

Hamzah Zainuddin lantas menjawab, “Saya sokong!”

Reezal Merican pun dengan cepat, “Vane kele kele … saya sokong!”

Che Alwi sambil lewa, “Ambo sokong sokmo.”

Shahidan yang perasan dirinya harimau bertempik, “Aum …! Saya sokong. Dapat jadi Tuan Penasihat.”

Mereka terus bermesyuarat sampai pukul 2.30 merancang untuk mengugut dan memaksa jemaah kabinet dan ketua-ketua perhubungan negeri supaya memaksa ketua-ketua bahagian calun Dolah. Dah time waktu tidor PM.

Kali ini tak ada pujuk-pujuk2, kain pelikat, pakai peraturan nak tahan, dan rasuah cawangan lagi. Semua nak melawan, mesti pakai cara brutal.

------------------------------------------------

Bangun tidor, dah dekat petang Muhyiddin datang ke pejabat.

Yees sir? You called me?"

Dolah bertanya, “Yes, I need to discuss about your repeated statements to the press lately. I am not quite happy. Sit first.

Muhyiddin duduk dahulu.

Mereka berbincang agak lama juga. Macam panas saja. Apabila dah berakhir perbincangan mereka, Dolah beritahu.

“Tadi Pak Lah tanya semua orang. Bandingkan Pak Lah dengan PM yang lepas-lepas, siapa lebih berani? Semua kata Pak Lah. Do you agree?

Oh yes. Absolutely. I agreee. Malah, saya rasa Pak Lah lebih berani dari Saidina Ali.”

Pret! Terdengar bunyi seluar Dolah koyak.

Dalam hatinya bangga betul dibandingkan dengan Saidina Ali. Sepupu Nabi tu digelar Saifullah, pedang Allah. Orangnnya berani, pandai, bjak dan waraq.

“Jangan puji lebih-lebih, Din. Hang puji tapi hang tibai nak jatuhkan aku.”

“Itu isu kepentingan bangsa, parti dan negara. Tapi betul saya cakap ikhlas. Tak tipu”

“Macam mana tu?” Dolah hairan

“Pak Lah lagi berani. Saidina Ali masih ada perasaan takut. Dia takut Allah ….,” jawab Muhyiddin sambil terus bangun beredar.

Dolah terpinga-pinga. Tak tahu nak bangga atau nak apa. Tak faham sindir …

Edited: 6:30 pm

23 ulasan:

Jamal Pak Tongkol berkata...

Memang berani Dolah ni. Menantang permuafakatan dan keamanan dan kesejahteraan yang dituntut tuhan.

Masa Saidina Abu Bakar menerima perlantinkkan sebagai Khalifah dia berkata mintak ditegur dan kritik.

Saidina Omar angkat pedang sambil berkata jika sahabat ku menyeleweng dari jalan allah maka pedang ini dia akan gunakan.

Pak Lah dah menyeleweng dan macam tak takutkan allah. Dia sudah buat perkara2 yang dilarang allah. Budi pekertinya dah tak jaga.

Dah patut undur!

Tanpa Nama berkata...

dolah berani jadi bodoh piang! orang lain tak berani jadi bodoh.. dolah lain, sebab dia mmg bodoh.

jambi

My Raison D'etre berkata...

Husin paing berani.

Berani sungguh sungguh sebab cover sidang berani Abdul.

:)

Wasalam..

Tuan Ahkelaken berkata...

pak lah memang berani, berani tukar janji, itu sebab kita kena tukar paggil pak lah,

kita tak boleh pangil bapak lagi kita kena panggil abang,

jadi bang lah ........

Tanpa Nama berkata...

Taktau plak aku, Dolah suka dipuji-puji...

Zubli Zainordin berkata...

Awesome post.

Di antara Pak Lah dan Husin Lempoyang, sebenarnya Husin Lempoyang lebih berani. Sebab Pak Lah tak berani buat posting begini mengenai Husin Lempoyang.

Tapi Pak Lah memang PM Paling Berani.

Itu memang makanan kegemarannya.

Jika dia dapat makan berani gam yang Johor punya, lauk daging unta, dia akan lebih berani lagi.

Semoga Pak Lah terus berani untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga 2100.

Hidup Pak Lah!

Pret! (Samy tanya), lu worang ada dengar kah itu bunyi seluar siapa ada koyak?

Tanpa Nama berkata...

"“Pak Lah lagi berani. Saidina Ali masih ada perasaan takut. Dia takut Allah ….,” jawab Muhyiddin sambil terus bangun beredar."...

Pandai TSM jawab !!!
heheheheheh

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Husin,

"“Pak Lah lagi berani. Saidina Ali masih ada perasaan takut. Dia takut Allah ….,” jawab Muhyiddin sambil terus bangun beredar."...

Maknanya, TSMY lagi pandai dan berani. Makanya wajarlah TSMY dinobatkan sebagai Presiden UMNO, bukannya Pak Lah lagi dah!!!


Anak Pantai Merdeka

Haji Bakhil berkata...

Zubli

Berani lah bukan beriani ...

Tapi TSMY layak jadi PM.

Dia berani tapi tunjuk bila sampai masanya.

Bukan Najib ... nak dah sampai masa telor dia masih tercari2 letak laci mana rosmah simpan.

Dah kena makan Teresa Kok atau anjingnya.

Steno MKT berkata...

Annuar Musa, Tan Sri baru, ah! ... siul aja ko kutuk dia...

Mmg barua ni yg pertahankan Do La Ti Do masa meeting MKT hari tu.

Laxmana berkata...

Sin...

Gua rase memang le TSMY yg lebih layak mengambilalih jawatan Presiden umno, dengan Tok Pah sbg regunya...

heh!

Tanpa Nama berkata...

Sin kau memang hebat sebab Dolah baru dinobatkan dalam Guinnes Book Of World Record sebagai PM paling berani sebab berjaya MENIPU 27 juta rakyat Malaysia.
Harga minyak diumumkan turun 10 sen berkuatkuasa esok 25/09/08 serentak. Tetapi awal bulan ini rakyat Malaysia dijanjikan oleh PM bahawa jika harga minyak purata kekal USD109 setong maka Insya Allah harga akan dapat diturunkan sebanyak 15 sen seliter tetapi seperti yang semua tahu bahwa harga minyak hari ini adalah USD107 setong dan harga paling rendah bulan ini adalah sekitar USD91 setong jadi harga purata bulan ini sepatutnya kurang dari USD100 setong dan harga minyak sepatutnya turun 25 sen hingga 30 sen seliter.

Tanpa Nama berkata...

Sin, tabek sama lu...

Pah Lah berani sangat, berani jawab dengan Allah akhirat nanti....

Piggy Singh berkata...

Nak sambung pasal cerita timun ngan telur, agaknye si kaki kipas Dollah macam Ku Nan, Alwi, Reezal Tambi dan Annuar PPRT dah tak de telur ngan cucumber, habis Dollah amek buat menjamu tahanan penjara.

Sin, you should get this entry sent to Dollah Al-Tidori.

Mat Cendana berkata...

Saya tengok Feedjit, banyak jugak Clicks yang berasal dari sini. Herannn... Ooooh, patutla - ada Link! Tenkiu, tenkiu. Saya pun dah masukkan kat bawah yg anta punya (kena bawah, sebab tepi Full)

Ni saya dok baca; cari-cari idea ... silap-silap boleh ciplak heheh!

Tanpa Nama berkata...

dear mr.husin
a damn gud artical by you lah. u rule!

zGreat berkata...

tergelak aku baca blog post ko yang nie! lawak giler! Husin kalau aku amik post ko letak kat blog aku (zgreat.blogspot.com) boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

Dollah dah start dah!Semalam dia guna Jins Samsudin dalam berita sokong kepimpinan dia..Hidup Pak Lah!Kami sokong Pak Lah!Bodek,bodek.

Apa pulak perancangan 3 hero dan sorang heroin melayu untuk perang saraf dgn geng Pak Lah?

Kempunanlah Tuk Jib..Kera lagi bijak merancang.

princess jiji berkata...

mmg best post ni!

WAK SAPU berkata...

Kesimpulan yang Wak buat... yang paling berani sekali ialah...ialah...ialah...ialah...ialah... Husin Lempoyang kerana dia berani hantam semua orang. Mana ada orang seberani Husin. Semua dia ada kasi hantam. Tapi Husin, Wak nak ingatkan..jangan hantam belakang orang sudahlah. nanti masuk court syusah....susah nak angkat tilam, cadar...dan sesuatu yang sewaktu dengannya.

Jam berkata...

Helllooo bro,

Masa kau dengar cerita ni... tiga kali kau kata "macam mana nak cerita dalam blog aku ya?"

U terror bro, dari terrer ke terrorist... hahahhahaa.

the story is much more greater then the original version.... U ROCK!!!! eh, bukan Rocky ye!!!

Zubli Zainordin berkata...

Haji Bakhil memang pandai.

Belanja Lah saya makan nasi beriani, saya berani makan, jikalau Haji Bakhil yang belanja.

Muhammad Zulharith berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.